Monday, January 2, 2012

Konferens Riang

Masa kali pertama aku mendapat senarai nama daripada penyelaras, "Allah.. layak ke aku nak bawak budak-budak ni? Tak apa. Pelan-pelan kayuh". Masa kali pertama liqa', macam-macam fikrah gamaknya. Semua ada. Mereka ahli Nuqaba' Council SMIAAG. Mereka ini semua naqib-naqib untuk halaqah adik-adik tingkatan satu dan dua. Kali pertama liqa', aku buat jamuan. Depan pejabat sekolah. Nak tengok sorang-sorang, kenal dalam-dalam. Biar rapat hati.

Selepas itu, ada yang mula tak datang. Aku tahu - mereka tak bersetuju dengan dakwah Ikhwan. Advanced sungguh budak-budak zaman sekarang. Aku masa form 5 tak tahu pun mende alah macam ini. Tapi tak apa. Proceed dengan siapa yang ada. Mula-mula agak awkward. Ke arah mana aku nak bawa anak buah aku. Silibus ada, tapi aku rasa tak sesuai dengan mereka. Aku pun jumpa penyelaras, minta nak bawakan beberapa topik lain dari silibus. Alhamdulillah, diluluskan.


Membina, bukan sahaja tautan hati, tapi kefahaman - Muharikah
Dalam tempoh pertama, aku ulangkaji balik nota-nota lama usrah dulu. Ambil buku rujukan modul tarbiyah Islamiyah yang aku beli masa aku jaulah di Indonesia, rujuk balik Maza Ya'ni. Aku bentang tajuk Madlulusy Syahadah (Dalil-dalil syahadah), Syarat Syahadah, Ma'na La Ilaha Illallah. Semua ini berjalan dengan panjang dan perlahan. Aku sediakan peta minda. Nota. Aku selang-selikan dengan ta'aruf. Iya. Sebab aku masih baru dengan mereka, aku nak bina tautan hati. Sesi ini agak lama. Tambah pula topik ini topik aqidah. Nabi Muhammad SAW ambil masa nak dekat 13 tahun, tanam aqidah dalam dada sahabat betul-betul. Tanam iman dalam-dalam.

Kemudian aku masuk bab nubuwwah. Lepas aku rasa semua dah jelas, aku proceed dengan buku 'Apa erti aku menganut Islam?' bahagian pertama. Bab Aqidah sahaja sudah makan masa yang lama. Bila tanya balik naqib aku pasal tajuk-tajuk aqidah itu untuk clear betul-betul, selalu kene bidas - "Itulah..dulu masa ana explain, anta main, anta tido, anta makan..ha..skng datang merayu nak talaqqi pulak". Aduh. Setempek kena. Dalam hati nak tergelak. Perli-perli dia pun, akhirnya dapat juga duduk semeja. Dia korbankan masa bertahun-tahun bina kami masa di Al-Amin. Dari tingkatan tiga lagi. Aku dan kawan-kawan aku pula, kalau ada bantal krohhh, ada keropok ngappp, ada air slurrrp. Sebab itu bila aku fikir balik, kalau dia boleh bersabar dengan kerenah kami, kalau dia sanggup endure lamanya kami nak develop kefahaman dan minat - aku mesti boleh. Aku bersetuju dengan Ustaz Hasrizal - sesimple mana presentation kita, haruslah ada preparation. Lagi-lagi dengan anak-anak usrah. Untuk membina manusia, perlu ada banyak faktor hadir serentak. Perlunya niat yang betul, semangat dan jiddiyah yang tinggi, sistem gerak kerja yang berkesan, silibus yang teratur, dan paling penting sekali - redha Allah. Yang penting, kita ambil serius dan buat terbaik untuk membina manusia.

10 peribadi muslim
Masa ini, fokus aku untuk bina peribadi Muslim. Memang aku sendiri masih cuba untuk fulfill perkara ini. Dan aku nak mereka tahu aku pun bersama-sama dengan mereka untuk membina diri mereka. 10 Peribadi Muslim."Lambat lah bang nak kahwin kalau tunggu semua ni siap..". =.=' Asyik nak kahwin je. "Tak apa, nta buat, nanti ada lah bunga yang sedang membina diri pun sampai. Kalau dah sampai seru, sama-sama lah bina diri dan masjid."


Quran wanewani! - Benih suburrr..
Tiap-tiap kali mula halaqah, aku mula dengan baca Quran. Kemudian aku minta seorang demi seorang round table, cuba explain pengajaran yang mereka dapat dari ayat yang kami baca. Setiap kali. Aku nak tekankan betapa seorang ikhwah perlukan Quran. Biar mereka kenal Quran macam kenal tapak tangan sendiri. Tengok Quran-Quran akhawat, fuuh. Berseri-seri dengan pelekat warna-warni. Silau mata memandang. Tapi ikhwah tak perlu sangat lah nak pelekat-lekat kan? Kita main lekat sikit-sikit je. Untuk tahun ini sahaja - aku go through Maza Ya'ni bahagian pertama. Aku tanam dalam-dalam sirah-sirah nabi dan sahabat, fasa Makkah & fasa Madinah. Selalu buat kuiz. Minta mereka kaitkan diri dengan sahabat-sahabat nabi. Kaitkan sehari-hari dengan nabi. Biar dekat di hati. Sampai masa tamrin mereka, penceramah tanya soalan pasal sirah - mereka lah yang menjawabnya, laju pula. Penceramah tanya, mereka angkat, jawab. Tanya, angkat, jawab. Lepas itu semua pandang aku buat muka bangga sorang-sorang dapat jawab soalan penceramah.

Lepas segmen sirah, masuk ahwalul muslimin. Hal ehwal umat Islam. Aku suka cerita pasal Palestin. Sebab aku nak mati dekat sana satu hari nanti. Lepas itu, aku open counter untuk mereka bercerita update diri, ibadah, luahan hati dan hal-hal sekolah. Sebab mereka pimpinan sekolah, kadang-kadang sesi itu jadi panjang. Sampai ada yang tertinggal bas. Tumpang orang lain balik. Bulatan comel aku buat tiap-tiap Jumaat, 4.30 sampai 6.30 petang. Kadang-kadang anjak Khamis, sebab nak iftar sekali. Akhir sekali, mutaba'ah ibadah. (*Ada part yang dirahsiakan. Harap maklum.)

 Kadang-kadang, bila fikir balik tanggungjawab yang dipikul sangat berat. Aku perlu menggalas tugas walid - syeikh - qaid - 'alim. Kasih sayang - pembentukan diri - kepimpinan - ilmu. Banyak betul. Tapi bila fikir balik dah ramai yang usaha sehabis baik mereka untuk membina manusia, dan Allah permudahkan mereka. Aku juga menginginkan begitu.

Pelik, bila aku yang bawa mereka terasa ruhiyah aku yang naik pula. Tengok muda dan jernih jiwa mereka, amat rugi kalau disia-siakan untuk umat.

Mana Jemaahnya?
Kadang-kadang ada juga anak buah yang tertanya-tanya, bila lah aku nak perkenalkan jemaah pada mereka. Oh tidak. Tidak lagi. Aku dengan naqib aku dulu 3 tahun menunggu. Dah habis SPM baru dia introduce. Aku pun macam itu. Kenalkan pada Allah, pada Islam, pada ukhuwah, pada wajibnya beramal untuk Islam dari segi prinsip, hukum, dan darurat. Kenalkan pada nabi, senang cerita biar kenal semua. Kemudian baru pilih jalan mana yang mereka nak serahkan komitmen seumur hidup mereka. Lepas itu, aku ambil prinsip - tak perlu nak cerita keburukan jemaah lain untuk ajak mereka masuk jemaah sendiri. Itu tindakan pengecut. Kata pejuang. Kena lah gentlemen.

Jadi, akhir liqa' kami minggu lepas. Di Ulu Yam. Sedihnya. Aku pesan elok-elok, macam naqib aku pesan pada aku, "Anak buah bukan milik naqib. Jangan sekali-kali ingat sebab kita dakwah dia, dia milik kita". Milik siapa jadinya? Milik Allah, hadiah untuk umat yang sedang bangun.

Untuk naik atas, kena ikut tangga dia. Aku selalu cakap dengan anak buah aku. Kita buat kerja kita. Jangan sibuk hal orang lain. Maratib amal itu kena tertib kita follow. Kadang-kadang mereka pun pening. Kenapa kita tak join je yang dah ada? Atau mana-mana? Kita tak bersatu lah kalau macam ni. Ye ke? Aku tanya balik. Aku tunjuk tangan aku - dalam tangan ada apa? Ada sel otot, ada kulit, ada connective tissue, ada urat saraf, ada bulu, semua ada. Untuk apa? Supaya tangan ini dapat berfungsi dengan baik. Untuk bersatu, tak perlu menjadi satu. Bila ada khilafah naik nanti, kita akan patuh pada yang telah naik. Sementara itu, kita teruskan dengan membina. :)


Memori best!
Yang paling aku ingat, masa bulan Ramadhan. Nak iftar, kami semua pergi pasar malam. Ada seorang anak buah aku, naik motor dengan aku, entah macam mana mungkin sebab berat, tayar motor pecah. Haha. Habis aku balik rumah kena perli dengan Mama tersayang turunkan berat badan.

Lepas itu, dengan mereka ini, janganlah buka topik kahwin ke cinta ke. Habis dua jam masa silibus dihabiskan meluahkan perasaan, melayan rindu dendam, tak sabar nak dewasa mende alah. Jadi lah tempat luahan. Macam-macam ditanya pasal mende alah perasaan ini. Penat jugak den nak mendengar satu-satu. Kelahkah pun ade.

Rehlah - syok sekali. Kitorang sangat suka mandi sungai dan makan ayam dan daging bakar! Dan mereka suka suruh aku terjun tempat tinggi dulu. Suka suruh aku masuk sungai dulu. Bila aku suruh mandi dulu masa kami bakar ayam, dok kate sungai kene dirasmikan dulu. Lepas itu bila aku keluar nak buat pengisian sikit sebelum balik, semua nak ajak buat dalam sungai. Dalam sungai pula duduk sibuk main masukkan pasir dalam baju orang, simbah-simbah air kat orang, sampai main tarik seluar pun ada. Nasib baik aku duduk jauh-jauh awal-awal lagi. Mereka kalau dah 'masuk air' lain jadi nya. Haha. Bila nak balik, semua liat nak keluar dari air. Macam badak pun ada. Rindu betul.

Ada yang tak datang masa ini. Semuanya ada 9 orang.
Sebab mereka budak SPM, aku sangat stresskan untuk mereka fokuskan pada belajar. Letak seiring. Seimbangkan. Antara fungsi bulatan comel ini pun, mentawazzunkan fikrah. Balance balik, takut lepas balik rumah terlepas tarbiyah zatiyah seminggu, timbul rasa nak bias itu ini, fanatik itu ini, betul salah itu ini, bosan best itu ini - jadi balance balik. Biar mereka tengok dunia dengan kaca mata yang rabbani.

Sinergi!
Lima batch berkerjasama untuk menjayakan Kem Qiyadah tahun ini. 13 - 14 - 15 - 16 - 17. Batch mane? Tengok kat jari kami.
Harapan aku, lepas mereka keluar. Mereka lah yang aku membangunkan umat di luar sana, pada masa yang sama tak melupakan Al-Amin tempat menyemai benih-benih subur untuk umat.


Terjun jangan tak terjun! 
Sekian. Penceritaan aku tentang bulatan gumbira aku bersama-sama anak-anak buah aku. Memang tak boleh cerita banyak-banyak. Mende ni kami rahsiakan selalu..sebab spesel :)

Amir Luqman - nak jadi akauntan.
Aku lah tu...
Nabeel di New Zealand
Khairul Iman bakal ustaz
Faruuq nak pergi belajar pondok Pasir Tumboh
Falah Azmi doktor muda.

Wassalam.

p/s - Siapa nak usrah>? Minat untuk membina diri, meningkatkan ruhi, mengenal Islam, bertemu dengan kawan-kawan yang OSEM dan sanggup mati untuk agama, tak perlu takut untuk buat salah sebab sini semua tegur je -tak simpan dalam tak main belakang. Dan paling best, kat sini semua manusia! Tak ada yang sempurna, tapi mengejar sempurna! :DD

p/s - Kalau nak, sila mesej! Haritu dah jumpa seorang lepasan SPM sekolah agama, nak mencari usrah. Jadi, kalau engkau orang pun nak join, sila lah. Komen boleh di sini, di FB pun boleh, mesej pun boleh.

Pemenang tempat kedua video OSEM Angel Pakai Gucci '11. Jom bangun sama-sama lawan raksaksa!

7 comments:

  1. Kerdil aku rasa bila baca post ini.

    MasyaAllah.

    Teruskan berbakti Asif, insyaAllah. Masing-masing ada ganjarannya. :)

    ReplyDelete
  2. Salam.

    wah wah wah... akh Asif, long time no read your post. hurm... terbaiklah bulatan comel anta ni... hihi

    btw, i was wonder about ur word of: "Selepas itu, ada yang mula tak datang. Aku tahu - mereka tak bersetuju dengan dakwah Ikhwan. Advanced sungguh budak-budak zaman sekarang."

    macam mana yer dgn mereka selepas tu? anta ada cuba mendekati mereka? atau apa? *maaf bertanya, i wish i could learn something from ur wonderful experience...

    ReplyDelete
  3. ya Allah. nak menangis bila baca post ni. speechless! T_T

    ReplyDelete
  4. Syazwan - jangan wan.. ko lagi la nak dibanding dengan aku. Insya Allah, kita buat kerja. tapi kita berlumba..! Ngeh2

    Abg Hamidi - hehe. comel kan? Emm.. tak. ana tak paksa. cuma ana jaga hubungan. mereka lah yang nombor satu kalau bab rehlah dan iftar. ana guna kereta mereka lah. cuma mereka tak setuju dengan ikhwan, tu je. prinsip. tapi dengan ana rapat. :)

    Mu'az - nangis cepat! haha.

    ReplyDelete
  5. Asif- lol... anta masih panggil ana 'Abg' ke? panggil nama ana kan lagi mesra? huhu...

    adakah anta dah ceritakan mengenai metod dakwah yang anta gunakan pada awal2 bulatan comel anta tuh?

    *yup, comey2... oh, jadi Muaz n Amir luqman tu mutarobbi anta la yer? mantop2!

    ReplyDelete
  6. eh akh hamidi, ana bukan mutarobbi asif. cuma sahabat jee. ceh. kan asif? :D

    ReplyDelete