Friday, July 31, 2009

Journey to the PC Fair!

Salam.

Ana dah edit bahagian comment, sila lah. Insya Allah dah OK.
Nak cerita semalam, pergi PC Fair. Macam-macam berlaku. Penat bangat malam tu.

Pada awal rancangan, kemas punya plan. Kami nak bertolak awal, sebelum kelas habis. Tapi minta izin ust la. Sebab masing-masing nak solat jumaat di tempat yang diingini. Ana dan dua orang kawan ana, namely Hamdi dan Irsyad. Kami pun pergi sampai kat depan kedai lesen Hamdi berhenti amik lesen baru buat. Kemudian sampai di pekan, drop seorang lagi rakan yang nak balik Perak. Kemudian, Hamdi dan Irsyad pergi bank, hebat. Tengok jam. Adoyai, sudah lambat la. Terfikir jugak, naya la kalau depa dok wat kedai kopi depan bank. Resah betul! Sampai saja di KTM punya stesen. Nampak benda besar bergerak. Agak kebiru-biruan. Oh, tidak!!! Tren dah bertolak. Kecewa betul. Tapi tak apa, ada lah hikmah dia. Itu yang pasti. It is godly affairs. Kita merancang, Tuhan menentukan. Sebab time tu tak makan lagi, abang prebet tu bagi free bawak kami pergi beli makanan.

Akhirnya, setelah menunggu tren sampai. Ha, dalam tren ini la yang nak cerita perkara menarik. Budak-budak DQ pelik sikit. Derang takut pakai jeans dalam DQ. Tapi sampai stesen tukar jeans. Mungkin 'image' huffaz tak sesuai kot. Bagi ana ok saja. Kita ada kuasa nak tukar persepsi. Biar kita kemudi bahtera perubahan minda. Tapi jangan pakai Levi's la. Boikot. Lagi satu, ada certain product ada kod. 502. Mesti biasa tengok pada jeans kan. Itu kod Illuminati. 5 refers to their five great symbols; Fire, Water, Air, Earth, and Illuminati's Diamond. 0 ana tak ingat pulak. Nanti bukak balik reference book tu. 2 for duality. They believe everything has its pairs. It is true I guess, unless for our God, Allah. The only One who possesses the 'singularity'. Only one. Seterusnya, ana nak cerita tentang fenomena yang selalu sangat terjadi pada banin-banin yang agak jelas keizzahan dia pada Islam dalam tren. Macam berkopiah. Atau baca Al-Quran dalam tren yang sardin. Satu perkara menarik yang biasa ana tengok terjadi pada orang lain, tapi ini terjadi pada ana semalam. Tapi, terus terang, bukan sebab izzah la, kopiah tak pakai. Hanya kemeja, seluar slack dan murajaah perlahan-lahan suara, serta buku Freemasonry yang baru tahun ini diterbitkan. Lawak juga, bila tengok ada seorang akak hot datang duduk sebelah kita. Time tu pening juga, banyak tempat kosong dia pergi pindah duduk sebelah kita. Tapi tak apa. Yang lawaknya, ana duduk biasa saja. Tak ada sampai nak elak-elak tak nak bagi bersentuh. Tak bersentuh lagi pun. Cuma bila train tu buat drift kena la bahu dan lengan akak tu. Tapi pelik, kita duduk biasa bila train corner baring, confirm tersentuh tapi akak tu pula yang masya Allah tak bersentuh dengan kita. Dia macam cuba jaga betul-betul agar tak tersentuh kita. Pelik. Macam bila kita nak betulkan tempat duduk, dia macam jarakkan diri dia. Ada macam hormat dalam diri dia. I am confirmed. Bukan jijik atau geli. Contohnya bila kita nak ambil HP dalam poket, easily we just look straight into their eyes and buat macam nak ambil barang dalam poket, automatically dia akan bagi space. Tapi, bila tengok balik, akak itu tak buat macam tu dekat orang lain. Dah lama ana kaji perkara ini. Dari awal masuk DQ. Kenapa boleh jadi perkara ini? Dan analisis ana cukup untuk mengatakan yang perkara itu bukan lahir dari perasaan jijik, tapi hormat. Kekerapan untuk pemerhatian ana dah banyak. Tempat meliputi rangkaian KTM. Bila ingat-ingat balik, jawapan ada dalam Quran dan Sirah.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ali-Imran, 26

Itu dari Quran. Ini yang kawan baik ana Asyraf selalu ingatkan bila mana di Karim kena kutuk. Tak apa, kutukan membawa kepada perubahan. Dari segi Sirah, kita dapat lihat bila mana 'Umar dalam perjalanan ke Baitul Maqdis untuk diberi kunci oleh ketua paderi di sana. 'Umar pergi bersama seorang penunjuk jalan. 'Umar menetapkan mereka perlu bergilir-gilir naik unta. Dulu tak ada bodyguard, sekarang ramai. Zaman dah berubah, tak ada masalah. Pakaian 'Umar bertampal-tampal. Muka penuh debu. Sebelum sampai, pahlawan-pahlawan di sana dah resah, sampai ada sahabat nabi minta 'Umar tukar baju. Kemudian 'Umar dengan tegasnya berkata "Kita dimuliakan kerana Islam oleh Allah. Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka mereka akan mendapat kehinaan di akhirat." Masya Allah, such a philosophical statement. Indah betul. Sesampai di pintu Baitul Maqdis, giliran 'Umar tarik unta. Ketua paderi terus menyambut orang yang di atas unta, kerana ikut sangkaan haruslah khalifah umat Islam yang agung duduk di atas unta. Lalu budak itu berkata, "Bukan, bukan saya. Ini, di bawah! Saya hanya penunjuk jalan. Inilah Amirul Mu'minin". Melihat situasi tersebut, terus menangis ketua paderi. Beliau berkata "Aku pernah bermimpi. Bahawa aku akan menyerahkan kunci kota agung ini kepada seseorang yang hadir bersamanya tiga tanda. Iaitu pakaian bertampal-tampal, muka penuh debu pasir, serta beliau menarik unta. Anda lah yang dimaksudkannya". Umat Islam terus bertakbir kegembiraan. Indah betul.

Itulah yang ana faham. Bila kita amalkan Islam, Allah akan muliakan kita. Jangan risau. Kawan-kawan, pembaca-pembaca, kalau amalkan Islam itu biasa kalau kena fire. Tapi ingat, Allah akan muliakan kita. Tak ada jalan lain untuk cari kemuliaan dunia akhirat melainkan melalui Islam. Ana percaya hakikat ini.

Ok. Sambung, dalam KTM, tengah-tengah syok baca buku, pakai earphone tak sedar terlepas stesen pertukaran. Kita sedar bila train tutup, nampak banat dan banin lain dah turun. "Irsyad, kenapa tak bagitahu???". Bukan apa pun terlepas, cuma nak solat jumaat. Kesian, Irsyad first time. Dia tak tahu. Sorry. Reconstruct balik plan. Solat Masjid Negara. Sebelum kami turun, ada akak cun yang ana cerita tadi, dia cakap. Berikut conversation kami.

Akak : Ooooh, ayop, tak pergi solat jumaat eh?
Asif : (Senyum) Terlepas stesen la kak. Insya Allah, sempat solat depan sana.
Akak : Ohhh..OK.. tapi nanti korang tak dengar khutbah la kan? Ish, khutbah tu wajib. Rukun solat. Rugi la tak dengar, terlepas keberkatan tau. Hilang pahala.
Asif : (Senyum) Akak doa la kami sampai. Tak silap lagi satu stesen kan Masjid Negara?
Akak : Errm,, ye kot. Akak pun tak pasti. Dari mana ni?
Asif : Darul Quran.
Akak : Ohhh..ye. Okk. (She let a smile escapes her lips.)

Bila tengok balik, macam terkejut. Akak tu pakai agak seksi. Jeans, pink shirt amat ketat. Mekap tak tahu la ada ke tak. Tapi, ikut norma mesti ada. Dia cakap pasal khutbah, yang ramai orang Melayu lelaki tak tahu yang khutbah itu rukun. Tapi akak tu tahu! Masya Allah, dia ada ilmu, tinggal amal sahaja. Moga Allah beri dia kekuatan untuk dia amal ilmu dia. Amin. Lepas solat jumaat, tup tup sejam lepas itu ana jumpa Omar di Terminal Putra. Janji nak jumpa situ. Nak ambil barang lagipun. Naik LRT sama-sama. Rindu dia. Jumpa dia terus peluk, peluh pun peluh. Haha. Kawan. Cerita punya cerita, macam-macam tahu. Sekalung TAHNIAH buat Asyraf, Omar, Syazwan, Amin dan Amar Redhawi dapat masuk Quarter Final dalam tournament di UM. Keep up the good work. Terharu dengar, diorang mengalah dalam match sebab nak solat. Jarang jumpa gamers gini. Hebat. May God Bless you all. Sampai KLCC, cucuk duit. Jumpa Amin dan Abu. Pergh, masuk PC Fair. Hall untuk Online Games, memang kena pejam mata. Karakter Games, pakai pelik-pelik. Tapi, ana datang dengan tujuan. Lepas pusing punya pusing, beli MP3 Sony. Puas! Alhamdulillah. Dalam tu ya Allah, pening. Crowded betul. Jalan 5 langkah, satu flyer dapat. Heh.

Lepas itu solat, makan dan balik. Amin dan Omar datang lagi harini. Semalam mereka survey dan teman ana saja. Thanks guys. Sorry lambat sampai. Abu juga. Thanks theme naruto. Jangan lupa baca. HP Abu dah gempak dah sekarang. Kereta pun dah bawak. Syazwan tak boleh datang, parent tak bagi sebab takut kena H1N1. Ha, alang-alang cerita la pasal mesej Omar dan Syazwan semalam di LRT. Idea asal ana. Hehe.

Syazwan : Mar, ko tolong tengok model %^$*$ ni? Check harga sekali
Omar : Weh, aku dah jumpa ko punya laptop tu. Tapi, sorry,ko mmg xle beli.
Syazwan : Asal? Tolong la weh, brape K pun aku sanggup bayar,,,
Omar : Bukan, klo murah pun ko xle beli. Mak ko tak bagi punya..
Syazwan : Asal? tlg la...aku nk..
Omar : Sebab....sebab...komp tu dah kena virus H1N1!!!!

Habis ktrg gelak sakan dalam tren. Then kami berpisah. Thanks Omar, Amin and Abu. Jumpa lagi nanti. 15 minit kemudian, ayahku sampai. Ku cium tangannya, beliau cium pipiku. Rindu sama dia. It saja. Salam....

Sunday, July 26, 2009

Calmness in Hardship..

Salam.

Haritu, ana pergi ijtima'.
Ijtima' ini perhimpunan orang-orang tabligh dan juga bukan tabligh untuk menuntut ilmu. Seriously, memang terlalu ramai. Tak beragak ramai. Kuala Lumpur sahaja second day yang ana pergi mencecah 16 ribu orang. Khemah yang dipasang tak payah tahu la besar mana, kalau kos pemasangan untuk satu khemah dah mencecah RM 3 juta. BBC juga hadir untuk buat Live Report, dikatakan perhimpunan kedua terbesar di dunia selepas Haji di Makkah.

Ana pergi dengan kawan-kawan ana dari DQ. Darul Quran ini pelik sikit, walaupun ada berbagai komuniti dakwah, tapi ada sesetengah pihak yang memandang rendah pihak lain. Macam tabligh, selalu dikatakan jumud, ketinggalan, dakwah yang tak lagi realistik dan ideal untuk masyarakat. Tapi, bila tengok balik statistik kehadiran, KL sahaja sudah mencecah 16 ribu, automatik statement 'dakwah tabligh tak berkesan' ana deny. Sebelum itu lagi dah pelik, kenapa orang selalu gelakkan golongan ini? Jadi, Allah gerakkan hati ana untuk pergi. Kami sampai malam kedua. Sampai situ, terus nampak macam-macam bangsa. Cari port dalam khemah besar, tapi tak boleh masuk lagi, orang nak solat. Masya Allah, ada satu keadaan waktu tu, bila mereka solat, seram sejuk pulak rasa. Bila tengok, semua manusia kat situ, ramai sangat-sangat, sujud mengadap tuhan yang satu. Sebak pulak rasa. Seram sebab agaknya bagaimana la keadaan di Padang Mahsyar nanti. Bila keadaan nafsi-nafsi. Kau kau, aku aku.

Lepas tu, bila dah amik spot baik punya, buat la benda lain. Tapi, ada satu perkara yang menarik terjadi kat diri ana. Selalunya, bila sampai tempat crowded, ana jadi serabut dan pening. Macam kat shopping mall. Spare me, I can only stay fresh for two hours. After that, I'll be begging my mum to go home. For me to go shopping mall? Heh. Tak ada mende nak beli pun. Tbun lagi baik. Macam kat Nilai haritu, lepas lawatan pihak library DQ ke USIM, ada kawan minta ana belikan kain untuk mak dan adik ana. Dia siap bagi cadangan corak kain lagi. Baik betul. Tapi, ana masuk je kedai kain, zapp....20 minit ana rasa nak muntah. Pening. Dengan warna lagi, bau lagi. Macam-macam ada. Tapi, bila kat ijtima', rasa tenang je. Nak kira lagi crowded. Tapi, tenang. Tak serabut pun.

Bila time wudhu', hampir semua kat situ ambil air wudhu' guna botol. Walhal ada kolah, ada paip. Ana pun cuba la. Miraculously, rasa sangat puas. Sangat nikmat. Bila kita jimat air sikit-sikit. Bila solat pun, masya Allah. Tak payah cerita. Saat itu baru ana sedar, hardship. Ijtima' dia tak mewah. Tidur atas kanvas, bantal dengan beg, makan dalam dulang, air jimat sangat. Bila ana muhasabah balik, memang terasa amat puas! Mengapa? Sebab kita mujahadah untuk perkara tersebut.

Bila susah, baru rasa apa yang kita ada tu bernilai. Amat bernilai. Islam itu agama mujahadah. Serasa ana, sepanjang ana membaca sejarah, tiada orang hebat dalam Islam yang hidupnya senang lenang. Semuanya hardship. Dan ingat, susah dan senang, beza dengan tenang dan resah. Kadang-kadang, kita selalu fikir, hidup susah hati tak tenang. Tapi, it happens to be untrue. Kajian yang dijalankan di New York, Adakah wang dapat membeli kebahagiaan? Hasil kajian hanya 1 peratus yang bersetuju. (Rujukan Buku Motivasi HM Tuah). Walhal, semua tahu New York tempat cari duit.

Di situ baru ana sedar, mungkin inilah sebab 'orang dulu' hebat-hebat. Mereka merasa kesusahan untuk mendapatkan Islam, merasa rasa kesusahan dalam memperjuangkan Islam. Kita sekarang, semuanya nikmat dan mudah. Betul la kata nabi, ujian kesenangan itu lebih susah daripada ujian kesusahan.

Akhir, satu analogi kisah yang menarik yang ana dapat dari ISK(Ini Sejarah Kita).
Kisah monyet dan pokok kelapa. Satu hari, ada seekor monyet memanjat pokok kelapa. Dipanjatnya dengan begitu pantas sekali. Akhirnya, bila sampai di puncak, dia gembira dan berbangga. Tiba-tiba, ada angin yang bertiup, kuat sekali. Monyet tersebut cepat-cepat berpaut dengan kukuh. Dia berazam, sekuat mana angin yang datang melanda, dia akan tetap kukuh di atas puncak. Kemudian, datang angin yang lagi kuat. Monyet tersbut berpaut lagi. Angin tersebut tidak dapat menggoyahkan monyet tersebut, walaupun sedikit. Monyet itu puas. Setakat ini, kedua-dua angin tidak dapat menjatuhkannya. Kemudian, monyet itu disapa lembut oleh angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Amat nyaman dan menyegarkan. Monyet itu turut menikmatinya. Angin lembut tidak mungkin dapat menjatuhkannya. Dia pun terus hanyut dalam kelembutan sapaan angin tersebut, dan akhirnya dalam kenikmatan itu, monyet itu terlepas pautannya lalu jatuh dan mati.

Faham dan Fikir.

Salam.

p/s : Ana balik DQ petang ni, next post maybe minggu depan. Ana balik untuk Hari Keluarga SRIAAG. Minggu depan ada tiga jemputan, satu dapat tiket freepergi Konsert 4 Gergasi(www.gamisconcert.blogspot.com), satu pergi kursus perubatan JAWI, satu family day. Mestilah family kan. Mereka hati kita. Ha..

Saturday, July 25, 2009

Haluan Blog Ini


Salam. Rakan-rakan pembaca, pertama sekali nak minta maaf, tengah pening dibuatnya dengan mende2 blog ni. Korang boleh tengok sendiri la, yang pod dengan chatbox itu terlebih saiz. Heh. Tapi tak apa. Biar ana terangkan sikit haluan yang akan ana kemudi dalam blog ana ni.

Ana amat terbuka dalam perbincangan tentang apa-apa tambahan ilmu. Namun, ada beberapa yang dia extra minat sikit.

Minat 1.
Physics. Truly minat in Physics. Terutama modern physics. Memang ada cita-cita nak sambung dalam nuklear fizik atau astrofizik. Apa-apa perkongsian. Silakan. Dan anda pun akan dapati most of dalam blog ini berkaitan dengan physics.

Minat 2.
Illuminati, Masons, dan apa-apa secret organisations. I admit, I fond of Illuminati. Artistic. Fantastic. Realistic. Chopstick? Haha. Jadi, jikalau apa-apa yang ingin ada kongsi, contohnya macam bekas Presiden US, George W. Bush, 33rd Degree Freemason, bila dia jadi head of CIA, dia berhentikan siasatan CIA ke atas Illuminati. Ha..Controversional Issues. They called it open secrets. Jadi, jikalau ada apa-apa bahan, reference, pertambahan maklumat, malah pembetulan fakta, amat dialu-alukan.

Minat 3.
Comparative religion. Dalam bab ni, pin amat-amat minat. Saya merupakan alumni Friendly Comparative Religion anjuran Saba Islamic Media. Batch ana Al Amin ingat nak ajak ramai lagi, tapi most of them are busy. Jadi, setakat ini, hanya saya dan seorang lagi ahli C14. Ilmu yang amat menghiburkan. Sebab kita dalam side yang benar, jadi semua kebenaran dah ada. Macam dalam Bible, Muhammad disebut sebagai Muhammadim means Muhammad Yang Terpuji. Juga dikenali sebagai Paracletos. Dalam Veda, nama ibu Muhammad bernama Sumati. Sumati is Aminah. Both have the same meaning! Sama macam ayah Muhammad. Translate dalam BM, maksud 'Hamba Tuhan'. Apa nama ayah nabi? ABDULLAH, means hamba tuhan. Begitu juga Buddha, memberi wasiat, bahawa akan datang akhir zaman seorang yang seperti dia. Kuat beragama, dan berperilaku mulia. Senjata utamanya adalah penarik utama pada dirinya, iaitu akhlak yang terpuji. Cuba rujuk balik sejarah dunia, manusia mana yang mempunyai akhlaq terbaik sepanjang zaman. Muhmmad juga dihormati oleh penakluk hebat, Napoleon Bonaparte. Proudly, Saya berbangga menjadi pengikut Muhammad.

Minat 4.
Quran dan Sains. Islam dan Sains. Dulu, ana cukup anti bila orang kata Science and Religion itu twin sisters. Ana beranggapan, Agama mesti letak di atas sekali, baru sains. Tapi, human changes. So do I. Sekarang, ana anggap statement itu betul. Science and Religion are twins. Why? Because Islam is NOT merely a 'millah', not merely a religion, but it is a 'deen'. Means way of life. WAY OF LIFE. Science and Religion are not at odds. Science is just simply too young to understand- Leonardo Vetra.
Jadi, contoh dalam bidang ini ialah Harun Yahya.

Minat 5.
Seni. Seni pertahanan diri, tak kira, fizikal atau pun seni ghaib. Dark magic, Metaphysical Arts Of Defense, apa-apa. Ana amat alu-alukan ilmu ini. Why dark magic? Why Unseen ones? Ana perlu tahu tentang perkara ini. Takdir hidup ana dah menjadikan ana penentang dark arts ini. Dan untuk itu, ana perlu tahu. Umar Al Khattab pernah berkata, Barangsiapa yang tidak mengenali apa itu jahiliyah, maka dia sendiri telah termasuk dalam golongan jahiliyah. Zaman sekarang zaman jahiliyah. Medivh dalam Warcraft define FEAR, as Unknown. Human always fear of the unknown. Macam mana nak banteras dark arts ini? Senang saja. Bukan dengan cara pergi serang pusat-pusat mereka, tapi dengan menyedarkan mereka, bahawa wujudnya seni-seni tenaga lain yang tidak menggunakan jin, tidak mensyirikkan Allah, malah menggunakan ayat Quran sebagai khasiat utama rawatan. Wujudnya seni-seni yang akan menyedarkan kita tentang hebatnya anugerah yang Allah berikan kepada khalifahnya di muka bumi. Amat-amat hebat!

Minat 6.

Games. Walaupun tak banyak yang perlu dibincangkan, tapi ia tetap menjadi satu minat bagi ana. Dulu minat Real-Time Strategy genre punya games, yang mencabar minda betul-betul. Lepas Palestin kena bedal lagi teruk, bertukar arah pulak. Minat First Person Shooter. Tapi DOTA masih tak tinggal. Hehe. Melepas. Hari ni diorang ajak pergi TBun, Asyraf ada tournament kat UM. GOOD LUCK ASYRAF!!!!!
Sori la kawan-kawan, ana pilih nak pergi Hari KoKU SRIAAG pagi ini, bersama family tersayang.


Mungkin ini antara haluan-haluan blog ini. Ana mungkin tak macam blog lain, penuh hujah dan hujah, blogger seperti itu ilmu mereka tinggi, tak terbanding. Cuma, ini yang ana mampu, Insya Allah, sebagai hujah di akhirat yang ana sudah menyeru orang ke jalan Allah. Insya Allah. I'll try my best!

Adios....Salam

Friday, July 24, 2009

Salam Perkenalan

Salam. Ha, setelah sekian lama menjadi author, dapat pun buat blog sendiri. Blog sendiri pun ye jugak, tapi pada Karim tetap akan ana sumbangkan post2 ana. Jangan risau. Insya Allah. Moga dapat mengambil manfaat sepenuhnya di blog ni.

Sekarang, dah pun ada blog. Tak adalah janggal sangat untuk adakan perkongsian yg agak peribadi. Tak ada hal.

Siapa2 yg nak berkongsi pndgn, pendapat dan lain2 pun ok. tak ada masalah. Layan je saya...

ok. Jumpa lagi. Nak decorate blog. Ceh.

Salam