Thursday, December 31, 2009

Glimpses of 2009, Sparks of 2010

Salam.

Bismillah.

Saya pulang semalam. Saja. Ada urusan sponsor. Balik dengan KTM, pukul 4. Tahu bila saya sampai Terminal? 7.30! Iftar dalam kereta dengan ayah saya. Petang semalam luar biasa kesesakannya. Stesen-stesen KTM dan LRT sibuk mengumumkan bahawa mereka akan tutup pukul dua pagi sempena sambutan Tahun Baru. Mainan syaitan. Hati terasa sakit sepanjang perjalanan. Sakit melihat kesakitan umat. Sakit kerana diri ini hanya mampu membenci dalam hati. Hanya mampu menaip, serta mengingatkan rakan-rakan agar tidak terlibat dengan sambutan yang berbentuk kemaksiatan. Saya merasakan agama Islam itu agama yang tiada tandingan. Semalam, setelah hati membengkak melihat maksiat demi maksiat berleluasa, solat merupakan penawarnya. Di hujung hari, hati yang penuh benci kembali pulih dengan merendah diri menghadap Pemilik Alam. Juga membungakan hati melihat masih ramai yang solat di KL Sentral. Ada dua golongan, yang pergi ke surau untuk solat dan pergi ke tandas untuk tukar baju. Golongan kedua kata-kata mereka berbaur sumpah seranah dan perkataan lucah, persediaan untuk menyambut sambutan New Year di luar. Golongan pertama pulang juga untuk menyambut New Year, namun dengan kembali bersama-sama kawan atau keluarga, air muka mereka lebih tenang. Tak salah menyambutnya, tetapi yang salah bergantung bagaimana cara disambutnya. Kalau disambut dengan makan-makan bersama keluarga, solat berjemaah serta berkumpul dengan kawan-kawan di restoran, tanpa ada pergaulan bebas, silakan, itu malah menyebabkan ukhuwah bercambah. Namun, jikalau cara disambutnya dengan berkumpul ramai-ramai, bergig sana sini, dengan arak dan pil-pil perangsang, dengan bercampur lelaki perempuan, dengan bersepah-sepah kondom di atas lantai, itu sudah semestinya haram. Usah dinafikan perkara ini. Bukannya saya tak membaca. I have read plenty enough testimonial mereka yang bertaubat, semuanya bermula dengan perkara yang sama. Ianya atas pilihan kita. Satu peristiwa menarik ketika saya dalam LRT, ada sepasang manusia yang saling mencintai berpelukan dalam LRT. Mereka berada di belakang saya. Pakaian boleh tahan. Pada hemat saya mereka sudah berkahwin, kahwin muda agaknya. Lagi baik husnuzon. Tapi, saya agak geram kerana mereka bercakap perkara kotor. Sekeliling mereka sudah mula menunjukkan protes secara mimik muka. Saya yang duduk di depan lagi lah dengar. Geli jugak. Hati saya sudah mula panas. Mereka semacam semakin galak. Sudah tu apabila terlanggar makcik tua depan mereka, lagi kuat mereka gelak. Walhal makcik tu hampir jatuh. Mungkin agak biadap, saya memulakan bicara "Assalamualaikum. Bang, kakak, minta beretika sikit boleh tak?". "Yang kau nak sibuk pahal?" katanya. "Bukan sibuk bang, tapi, bang dan akak berdua mengganggu kami. Cakap mende tak elok, biadap". "Kau jangan kurang ajar sangat boleh tak? Karang aku bagi kang! Suka hati mak bapak aku la nak cakap apa, kau jangan kampung sangat cakap. Nak cakap bab agama pergi masjid la!". Saya diam. Terfikir, saya tak bukak topik agama pun. Saya terus menyambung "Bukan apa, abang duduk cakap pasal 'barang' masing-masing, duduk berahi-berahi peluk-peluk, cium-cium tengkuk, macam dah bukan manusia pulak. Bukan nak lepas cakap, tapi keliling abang semua dah merasa apa yang abang baru nak merasa. Jadi minta hormat je. Saya tak minta lebih bang". Saya memandang tepat mata abang tu. Mukanya sudah bercampur marah dan malu. Saya cuba mengekalkan ketenangan. Tak mahu menimbulkan pergaduhan. "Kau diam! Suka hati kitorang la nak wat apa..ini bandar la weh..bukan kampung". Suaranya sedikit keras. Tapi, saya sendiri tak tahu mengapa dari tadi dia duduk sebut kampung. Kemungkinan dia berasal dari kampung, di mana kampungnya dia tak boleh nak buat perkara macamtu, jadi datang bandar lepas geram. Saya lihat akak tu sedari tadi diam menunduk, melepaskan pelukan di pinggang suaminya. Dada mereka juga makin menjauh. Mungkin akak itu malu..saya menyambung "OK2. Kak, saya minta maaf kak. Abang memang ada hak, tapi abang tahu kan dalam kenderaan awam tidak boleh berkelakuan sumbang. Lagipun, kita manusia bang. Abang tak tahan balik lepaslah. Tapi sekarang hormat kami. Etika sikit. Itu beza kita dengan binatang..apapun saya minta maaf..tapi bang, badan tu bukan hak abang, satu hari nanti jadi tanah juga abang ngadap Tuhan nanti. Allah tanya bang.." Tren berhenti. Saya keluar. Dalam hati saya beristighfar. Nak naik angin dah masa itu. Cuma, ingat buat tu sebab Allah je. Kalau buat sebab diri sendiri, ha, nak cuba jugak menghembus aura-aura ni..lama tak mencuba dekat orang lain. Duduk scan je. Hehe..

Percaya pada saya, sekiranya ada di antara rakan-rakan anda mempertahankan hujah bahawa sambutan seperti itu tidak mengapa, maklumkan pada dia bahawa dia sudah termakan racun orientalisme, iaitu buah fikir liberalisme. Agama Islam itu punyai banyak simpulan, dan simpulan yang terakhir akan terurai di hujung dunia ialah solat. Sekarang satu demi satu sedang terurai. Ceh, konon moden. Katakan padanya dia sedang melucutkan prinsip agama sedikit demi sedikit. Katakan pada dia, dia sedang merendahkan prinsip Islam seperti dalam Electrochemical Series, yang mana dia meninggikan prinsip liberalisme, di mana dengan mudahnya prinsip liberalisme displace prinsip Islam. Katakan padanya inilah matlamat Freemasonry. Matlamat mereka mudah, Novus Ordo Seclorum - New SECULAR World Order. Most people translate New World Order. But, I guess Seclorum which is derived from saecculum, means Secular, plays the key role. It was and is a systematic order of attack. Orientalist do their job, to learn and find our weaknesses. Then, they claim that most developments from religion come from them. While our community is 'pelik'. Contohnya, bila Barat umumkan yang seseorang boleh membunuh seseorang, boleh mengangkat barang hanya dengan menggunakan fikiran, sebagai hasil pengolahan gelombang radionik yang wujud, masyarakat kita percaya. Bila sampai Ustaz-ustaz cakap pasal kasyaf dan karamah, terus kena label sesat dan tahyul. Isn't that weird? I mean we as Nusantarian has long possessed and mastered those psionic skills. Islam came just to purify it. That's the key of Orientalist. Then, slowly, they interpret religions according to their own will but it is very minute the way they do it. They claim to be tajdid and bring religion along to be parallel with the world modernization, but their interpretations are out of 'Thabat wal Murunah' principles, means Flexible and Constant principles. They dismiss any explicit commandments and syariah in Islam which they think are not suitable for this modern world. From this, they produce Liberalism. Day by day, more and more of Islamic principles and identities dissolved. After the micro identities has been dissolved, they produce new ideology, not new really, it just has been resurfaced by John Hicck if I'm not mistaken. Pluralism. It teaches that all religions teach good things and are believed to be true. If all religions teach good values and truth, then, all religions are the same because they have same goal. I prefer "Tuhan Manusia" by Faisal Tehrani. It is light and suitable for you. Tak payah kisah dia Syiah atau tak. Dia tak mengaku, kita tak payah nak pi cari salah dia. At least, karya-karya dia far better than 'novel cinta' or so on. Sihat nurani sihat hati. Bukan tak ada romance dalam novel dia, ada saja. Cuma, bertempat la. Jadi, baca lah karya dia. :) Of course not Maulana Rumi, even to read half of its poem had already bursting my brain, melting my eyes, and cracking my bones(exaggerate tahap seladang). Hehe. Okay. Now look carefully. Pluralists will admit that all religions are true and are the same. I don't have to list why this ideology is wrong, illogical and flawed. You'll have to find it yourself if you want to know. Most of pluralists are 'pakar-pakar agama'. Expensive conventions are held occasionally, and religious figures are invited and sponsored, from these conventions they turned religious figures into religious traitors - pluralists. Even Malaysians involved. Now, before I continue, from where did the money came? Sponsors and all of them. Open your eyes widely please. Okay. Then, pluralism will produce less sensitive people. I mean, as if they don't care in which religion they are. If liberalism tear apart the micro components of religions, pluralism destroy the main wall. Religion, what makes us mainly different from them is our God. Prophet Muhammad once said, Ummah is like a body. Now, let me take you into my ridiculous analogy. Prophet Muhammad (peace be upon Him) said ummah is like a body, then each muslim is a cell. Now, these ideologies are viruses. Liberalism destroys components inside the cell. Pluralism destroys the cell membranes. Later, there will be no cell. That's how they want to destroy us. Mankind. Lastly, after religions lose their identities, where faith doesn't matter anymore, secularism will take place. No religions anymore. But, eventually, human nature which is fitrah, will lead them to find something to worship. When these happen then the real colors of Illuminati will appear. They'll bring a new god, god that they had worshiped long time ago, the Light Bringer - Lucifer. Some said Lucifer is the Anti Christ Dajjal. Apa-apa pun, itu sahaja sebagai short brief tentang jalur-jalur ideologi yang membunuh kita.

Realiti 2009
Tahun ini tidak banyak yang berubah. Secara globalnya umat Islam masih ditindas, biarpun Obama sudah naik. Positifnya, perbankan Islam mula digunakan seperti di Jepun dan negara-negara lain. Sistem riba sedang jatuh. Kalau pergi ke Kinokuniya, new arrivals punya slot, hah, penuh pasal meltdown and financial. Iran sedang di dalam kemelut dalaman. Filem 2012 yang hot sekali. Guess how many symbols will I find then. Tak tengok lagi. Busy bangat. CERN punya LHC baru habis baiki, dah start balik dah. Gempa Bumi di Padang. Masya Allah, kifarah saling berganti.

Harapan 2010
Harapnya penguasa-penguasa Islam lagi efektif. Kiamat nak dekat sangat dah. Umat Islam perlu bersatu. Cukup-cukuplah buat perkara sia-sia banyak sangat. Rasa-rasa nak tak kita jadi tentera Imam Mahdi? Di saat Dajjal mengetuk pintu setiap rumah. Moga kita selamat dalam keimanan. Nabi Muhammad pernah bersabda, fitnah Dajal fitnah paling besar pernah Allah ciptakan. Kalau zaman sekarang punya fitnah pun dah kecundang, dengan ketua fitnah macam mana? Hmmph..Harapan parents sudah saya tanyakan. Sudah diaminkan dalam hati. Saya pula, harapan saya agar kekal dalam iman sepanjang tahun ini. Harapan saya agar diberkati setiap ilmu yang dipelajari. Dimurahkan rezeki untuk beli buku banyak-banyak, hehe. Juga dijaga hati saya agar dikhaskan hanya untuk Tuhan, belum untuk wanita bukan muhrim. Juga ditajamkan fikiran dan lidah serta dimudahkan segala urusan. Juga agar mendapat tempat di dalam mana-mana syarikat penaja untuk melanjutkan pelajaran. Juga agar dapat melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan. Juga agar keluarga dan kawan-kawan berada di bawah rahmat Allah. Amin. Harapan-harapan lain takleh bitau. Rahsia. :)


Di akhir perjalanan, saya melihat sekumpulan perempuan bertudung labuh dan lelaki yang bercahaya muka mereka menaiki tren. Saya tersenyum. Harapnya mereka hanya mengedarkan risalah. Tak perlu menangkap dan lokap. Itu kurang berkesan. Pikat mereka dengan akhlak. Cukup. Dalam hatiku berdoa, semoga berjaya wahai saudara-saudaraku. Saya senyum pada kumpulan lelaki tersebut. Mereka mengangguk seakan memahami bisikan hati ini. Barakallahu fiikum. Kereta ayah saya sampai. Ku cium tangannya dan ku iftar..lapar benor! Haha...apa-apa pun, selamat melaksanakan azam tahun baru. Hayati video yang di attach ini. Saya tak pasti whether MSM punya production atau tak. Terjumpa di youtube. Tak tahu siapa upload. Tapi, semestinya mereka yang sudah melalui Ini Sejarah Kita(ISK). Itu saja..salam

Tuesday, December 29, 2009

Filler 1: Malu

Daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sebahagian daripada apa yang manusia ketahui tentang bicara nabi yang terdahulu: 'Apabila engkau tidak merasai malu lakukanlah apa sahaja yang kamu mahukan' " - Riwayat Bukhari


Belakang skrin komputer sekarang, agaknya ramai dah yang hilang malu dia. Boleh tengok sendiri kan? Malu kembar dia taqwa, malu terangkat, taqwa hilang. Itu undang-undang dia. Then, berapa ramai yang tak malu sekarang? Muhasabah sendiri, and please, define 'malu' secara ilmiah. Thank you.


Mood - pelik tengok jantina berlainan hilang rasa malu sesama sendiri. Melebih-lebih dan berpanjangan. Kesan globalisasi mungkin. Sama-sama muhasabah :)

Saturday, December 26, 2009

Aku dan Alam


Salam..

Bismillah..

Memikirkan cuti ini hampir habis dan aku akan pulang ke Darul Quran, kembali menghafal ayat-ayat suciNya. Matlamat jangka pendekku, aku akan habiskan 8 juz dalam masa sebulan setengah, sebelum Raya Cina, kerna aku akan ke Indonesia dengan izin Allah pada cuti Raya Cina. Insya Allah..Ingin ku luahkan sedikit yang terbuku di hatiku ini. Iya..hanya sedikit perkongsian. Jika tak keberatan.
------------------------------------------------------------------------------------------

Aku melihat alam ini amat indah. Alam ini mengisi mahkluq-makhluq Allah. Dihiasi dengan hiasan yang hanya akan mengagumkan pengkajinya. Semakin dikaji, semakin kagum. Adakah alam ini terjadi dengan sendirinya? Aku pernah cuba untuk berfikir seperti mereka. Itu falsafah interfaith dialogue yang aku belajar. Pemikiran mestilah pluralist, iya, itu kayu ukur mereka, namun, aku cuba juga untuk menjauhi pemikiran exclusivist. Sedangkan aku mahukan yang lain melihat agamaku sebagaimana aku melihat agamaku sendiri, aku tidak takut untuk memakai pemikiran mereka, kerana aku yakin Islam itu benar. Maafkan aku, aku sudah cuba mencari-cari kesilapan dalam agamaku sendiri, namun tidak aku jumpai. Ianya cukup sempurna. Ianya merupakan penawar kepada barah kemodenan masa kini. Rumusnya mudah sahaja, tanpa agama, modernisasi is inversely proportional to moral manusia. Makin tinggi kadar modernisasi, makin rendah moral manusia. Buktinya sudah ada di negara-negara maju. Seolah-olah jenayah dan keruntuhan moral bertambah semakin hari, secara exponential mungkin. Tak payah jauh, lihat di negara sendiri. Dengan kemelut dunia yang sedang melanda, ianya merupakan penawar untuk seketika ku menjauhkan diri daripada kesibukan hutan konkrit dan kembali ke dalam alam semulajadi. Aku merasakan seperti hutan itu hidup. Aku rindu dan sayang akan hutan. Sungguh asli.

Minggu ini, aku tinggal di hutan selama beberapa hari. Alam yang amat indah. Pernah ada seorang kawanku bertanya, apa gunanya alam ini? Allah boleh mencipta kita sahaja tanpa alam ini, mengapa perlu alam? Maksud aku, matlamat jelas alam ini. Apa matlamatnya? Aku terdiam. Aku memejam mata. Aku tahu jawapannya, namun ianya tidak mahu keluar. Mohon ilham ya Allah. Hening mengisi sela masa perbualan kami. Alam itu alamat, aku menjawab. Alamat yang membawa si pencari pada destinasinya. Alam dan alamat, kata akarnya sama kan? Dunia ini sudah punya cukup petunjuk dari segi fizikalnya. Kita hanya perlu mendengar petunjuk dalam diri kita, iaitu fitrah kita. Jangan biarkan ego menutupi fitrah ini. Aku melihat kehidupan ini amat cantik analoginya. Aku menyambung perbualan, Kau tahu tak? Hidup ini macam jalan. Dari zaman dulu hingga sekarang. Ada jalan menuju Tuhan. Jalan lurus. Kalau 2000 tahun dahulu Allah hantar Nabi Isa untuk tunjukkan jalan kepadaNya. Petanya Allah kurniakan Injil untuk mereka. Itu sebab dalam John 14:6 Nabi Isa kata macam ini.
Jesus told him, "I am the way, the truth, and the life. No one can come to the Father except through me

Pada masa itu, pengikut dia tanya macam mana nak menuju Tuhan. Kau jangan salah faham pula pasal Father and Son. Itu gaya bahasa Hebrew. Even Greek pun tak salah tafsir kau tahu tak. Dalam Bible, beribu-ribu ayat mention pasal beribu-ribu Son of God. Gaya bahasa masa itu menunjukkan sons atau son merujuk pada hamba Tuhan yang bertaqwa. Bukan Nabi Isa seorang je. Okay, back to topic. Cuba kau dengar ayat itu, Nabi Isa jadi penunjuk jalan buat umat dia. Tapi, nabi Isa akan pergi, dan setiap nabi akan pergi, Allah kurniakan kitab atau lembaran untuk mereka, supaya bila Nabi mereka pergi, mereka ada peta. Peta untuk menuju Allah. Itu Nabi Isa, aku tahu kau budak comparative, tengok Kitab-kitab lain dari perspektif lain dari orang biasa. Cuba bawa konsep kau ni kat Nabi kita pulak. Ada tak? Sebab aku macam tak berapa yakin dengan ayat Bible tu. Iyelah, tangan-tangan dah ubah-ubah. Takut salah pula. Itu je. Oh..haha. Tak ada, tak ada masalah kau nak tolak Bible. Kita wajib terima hanya Al-Quran dan As-Sunnah. Okay. Konsep jalan eh. Kau pernah dengar tak hadith ini?

Dalam suatu hadith, yang mana sesudah Nabi s.a.w. menguburkan jenazah seorang sahabat Ansar di perkuburan Baqi` di al-Madinatul Munawwarah, lalu baginda mengambil ranting kayu dan membuat satu garisan lurus di atas tanah sambil berkata, "Ini jalan ALLAH."…Kemudian Nabi s.a.w. buat beberapa garisan di kiri dan kanan daripada garisan lurus itu sambil Nabi kata lagi, "Janganlah kamu ikut jalan-jalan yang lain daripada Islam, nescaya berpecah-belah kamu daripada agama ALLAH.".

Kau tengok bijak tak bijak Nabi kita. Kalau dia kata diri dia jalan lurus, for sure orang sembah dia macam orang sembah Nabi Isa. Tapi ini tak, dia lukis atas tanah. Masih membawa konsep yang sama. Satu-satunya jalan yang selamat di dunia. One road, one message, one God. Secara tidak langsung, jalan itu merujuk pada Al-Quran dan Sunnah. Jalan lurus itu bukan Islam hanya pada nama tau, ha, hadith itu relate pulak dengan ayat ini.

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam ini seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata." Al-Baqarah 208

Asbabul Nuzul ayat ini adalah berhubung dengan 7 orang yahudi yang telah memeluk Islam di Madinah, yang mana mereka diketuai oleh Abdullah bin Salam r.a. datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. di Masjidil Nabawi. Kata mereka, "Ya Rasulullah, kami ini orang-orang yahudi Madinah yang telah memeluk Islam. Kami baca quran, kami sembahyang Jumaat, dan kami puasa bulan Ramadan; cumanya kalau boleh izinkan kami buat 2 perkara wahai Rasulullah. Yang pertama ialah izinkanlah kami orang-orang yahudi di Madinah yang telah memeluk Islam ini merayakan hari Sabtu bersama-sama dengan orang-orang yahudi yang lain sebab hari Sabtu itu adalah hari kebesaran bagi orang-orang Yahudi. Dan yang keduanya ialah kami nak baca kitab Taurah sebab Taurah ni juga daripada ALLAH SWT, apa salahnya kami membacanya?"...Bila mendengar begitu, Nabi s.a.w. pun diam. Sebab baginda tidak akan menjawab kecuali wahyu daripada ALLAH SWT. Lalu apabila Abdullah bin Salam bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya melihat Rasulullah mendiamkan diri, maka tahulah mereka bahwa Nabi sedang menanti jawapan daripada ALLAH SWT. Kemudiannya tiba-tiba Nabi s.a.w. berpeluh. Bila Nabi berpeluh, maka sahabat-sahabat pun tahu yang wahyu sedang dibacakan kepada Nabi. Begitulah beratnya Nabi s.a.w. menerima wahyu. Sehinggakan kata `Urwah bin Mas`ud r.a., "Sekiranya wahyu turun ketika Nabi sedang menaiki unta, nescaya unta Nabi itu jatuh dan tidak dapat berjalan lagi."...Begitulah beratnya wahyu itu sehinggakan unta jadi lembik. Manakala kata Saidatina Aishah r.a. pula, "Kalaulah wahyu turun pada musim dingin di Madinah, Nabi s.a.w. akan tetap berpeluh." Ha, nampak tak. Cukup kemas Islam ni. Kalau nak masuk, masuk betul-betul. Jangan jadikan tiket nak raih populariti, tafsir baru dan apa-apa lagi la. Panjang la pulak kalau nak cakap bab liberal dan sekular ni kan?

Tapi weh, macam dah jauh je. Aku tak nampak apa kaitan Nabi dan Islam dan apa-apa la kitab suci kau tu dengan alam. Aku tanya pasal alam, kau bukak topik lain pulak. Macam ni lah, minat kita sama. Pada sains, walaupun kau nak selamatkan orang, aku punya minat bab sebaliknya, bidang yang boleh membunuh ramai orang dalam sekelip mata. Macam aku cakap tadi, alam tu alamat. Kau tak nampak lagi ke? Yang kita betul-betul tengah bermusafir. Yang dunia ni persinggahan saja. Pengembaraan kita jelas. Dari alam ruh, kita berikrar bersama ruh-ruh lain, bahawa Allah itu Tuhan. Sebelum kita mula mengembara, kita janji kita akan sampai balik pada Allah dengan menjadi hamba yang soleh dan bertaqwa. Itu janji kita sebelum kita start mengembara. Kita lalu alam rahim dan kemudian alam dunia. Kat alam ini ramai yang terkandas, sedangkan di alam ini paling banyak petunjuk atau alamat nak menuju Tuhan. Allah masih bersama kita walaupun kita tengah mengembara. Dia mahu tolong kita. Dia hantar nabi sebagai rahmat seluruh alam. Dia hantar yang benar-benar tahu macam mana nak sampai pada Tuhan. Kenapa kita ikut dia? Allah berfirman dalam Surah Ali Imran..
[31]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Aku rasa kau faham kot. Allah hantar penunjuk jalan. Bersama penunjuk jalan itu ada peta. Bila penunjuk jalan dah wafat, peta masih ada lagi. Peta 'panduan hidup'. Dalam peta itu juga ada ajar kita supaya kaji dan lihat sekeliling kita. Lihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Tanda-tanda yang mendekatkan diri kita padanya. Peta itu dari Tuhan, terus dari Tuhan. Peta itu hebat, dipelihara oleh Yang Maha Agung, manusia mengambilnya sebagai panduan hidup, berjuta-juta manusia menghafalnya, berbilion manusia membacanya, ianya kekal tidak diubah sejak 1400 tahun dahulu. Zaman kita, peta saja ada, penunjuk jalan dah wafat, tapi, road sign ada sampai kiamat. Alam ini bertindak sebagai road signs. Tanda-tanda yang membawa pengembara ke destinasi. Tengok sekeliling kau. Dari sebesar-besar angkasa yang boleh mengisi bintang yang lebih besar daripada matahari, dimana jumlahnya lima kali lebih banyak dari jumlah butir pasir di bumi ini. Dari sekecil-kecil quarks yang di dalamnya wujud bebenang halus yang bergetar. Semuanya bergetar, menghasilkan bunyi, satu simfoni yang mengajak manusia sama-sama menundukkan hati dan diri pada Pemilik Alam ini. Aku tak faham kenapa ramai manusia tak akui wujudnya Tuhan. Aku faham kalau manusia berdosa, itulah manusia. Berdosa itu memanusiakan dia, dan dia akan kekal manusia selagimana dia bertaubat.


Hanya ada dua jalan. Tunjukilah kami jalan yang Mustaqim!

Uish..dalamnya. Okay2. Aku faham sekarang ni. Kau rasa wujud tak naturalist muslim? Aku takut terjebak jadi naturalist yang atheist pulak. Hehe, kau lupa apa pesan Tuhan dalam peta? Kau jadi mu'min, automatik kau jadi naturalist di sisi Allah. No worry..hehe..laws yang wujud juga ciptaan Tuhan. Jangan sekali-kali lupa..it's like human invented logic gates and binary codes. Kau perlu yakin yang Tuhan itu ada. Jangan taklid dalam bab akidah. Kalau kau yakin, tak ada hal. Keyakinan tak dapat dihilangkan dengan keraguan kan? Okay. Thanks banyak kawan. Lepas ni kena lebih banyak perhati sekeliling nih..hehe


Agama melarang manusia menuju kemusnahan. Setiap larangan agama ada tujuan.

Till we meet again. I'll start my new sem tomorrow! Bismillah...au revoir~
Di sini aku sertakan lyric lagu kat mixpod sebelah tu. Berjudul Open Your Eyes. Ianya tentang alam...layan...

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..


Thursday, December 24, 2009

Ikatan Hati

Salam..

Bismillah..

Penat, penat, penat! Saya pergi Persaingan Eksplorasi 2009. Saya rindu hutan. Saya suka hutan. Haha. Lama-lama jadi orang utan. Pergi Ekspolorasi jadi Alumni. Jumpa kawan-kawan sana. Seorang sebaya dan yang lain senior. Kalau boleh nak ajak ramai, tapi mesej semua berbalas tak dapat pergi. Sunyi juga. Rindu zaman dulu-dulu. Luka-luka, panas-panas, penat-penat, lumpur-lumpur, koyak-koyak, basah-basah, hujan-hujan, kawad-kawad bersama. Semuanya sekali. Pergi pun ada misi. Perkembangan dakwah dah mula. Secara sistematik dan tersusun. Dahulu dan juga sekarang saya minat tentang kewujudan organisasi rahsia seperti Freemasonry dan Illuminati. Saya ambil tahu. Perkembangan semasa. Tapi, agak terkejut beruk juga saya bila tahu untuk Islam juga wujud satu gerakan universal yang amat rahsia, mengoptimumkan setiap tenaga penggerak, bergerak dengan penuh disiplin dan adab, bekerja dalam satu ikatan yang menyatukan ummah. Yang memimpin bukanlah yang menindas, bukanlah yang diatas, jauh sekali sistem piramid seperti yang diamalkan oleh organisasi rahsia yang lain, ianya adalah kejernihan manhaj Rabbani, corak dakwah Rasulullah, penuh kekemasannya, ketat prinsipnya, menjulang setiap manusia memperjuangkan idea Din dengan sepenuh tenaga.

Dalam program ini, ada satu keadaan di mana ianya mengingatkan saya tentang ikatan hati. Kami sampai dalam keadaan banyak perkara tak tersiap lagi. Tujuan asal kami hanyalah untuk membantu. Jauh sekali terlibat dalam program. Namun terdapat beberapa masalah teknikal yang menyebabkan kami terpaksa campur tangan. Namun tujuannya hanya dua, mendidik AJK yang muda, kami mahu mereka memimpin sekolah nanti, dan menyediakan suasana buat guru-guru baru. Maaf jikalau ada salah silap daripada pihak kami. Juga untuk peserta kami juga datang membawa tujuan. Maafkan kami jikalau tujuan itu tidak kesampaian. Kami telah berusaha sebaik mungkin. Tidur kami adalah lebih sikit, persiapan kami berganda-ganda lebih, dan bilangan kami amat sedikit. Maafkan kalau ada kekurangan daripada pihak kami. Saya, Hakim, dan Basith menugaskan diri masing-masing untuk membuat trek basikal untuk perlumbaan mereka. Heh. Makluman untuk poyo, saya juara sprint basikal zaman Xplorace saya. Cuma, peredaran masa telah menyebabkan diri saya dibebani molekul-molekul yang tidak diperlukan dalam badan. Hehe. Ok. Jadi, kami pergi membuat trek dengan BASIKAL. Maaf kalau peserta rasa jauh sangat. Cuma, nak anda semua merasakan nikmat turun bukit. Agak kesian kalau tak ada brek, anda tak dapat merasakan angin menyapa lembut muka anda dengan laju, anda tak dapat menikmati pemandangan kerana beruk-beruk dan kera-kera menanti anda, jadi anda tidak selamat. Haha. Lepas kami buat trek, kami naik balik untuk merancang Checkpoint dan Tugasan. Kemudian kami keluar pergi beli barang. PERINGATAN, modul itu hanya dibuat dan disiapkan 10 jam sebelum peserta memulakan cabaran. Kerana, bukan kami yang kena buat sepatutnya!!!! Haha. Kami hanya melengkapkan apa yang belum lengkap. Tak sangka banyak lagi..

Sedang dalam kereta pergi ke Shah Alam untuk membeli barang-barang untuk lumba basikal, Hakim mencadangkan lagu Rabithah sebagai nasyid tugasan. Terus disetujui. Lalu, ditulis lirik, ditaip dalam laptop dan diprint dalam masa setengah jam di Cyber Cafe. Dalam kereta dan perjalanan yang sama. Malam berbasikal itu adalah malam yang menarik. Tiba-tiba kenangan lama dan baru mengisi ruang fikiran. Setelah kepenatan yang amat sangat malam semalamnya dan siangnya. Malam itu, setelah solat Maghrib, Hakim dan Rahman memulakan acara. Emosi saya mula disentap dengan setiap bait kata-kata mereka. Satu-satu kenangan manis bersama rakan-rakan muncul.

Saya yang ditugaskan memasang nasyid Rabithah mula terkesan. Ceh, sasaran peserta kita pula yang kena. Mata bertakung, tapi sebab masa itu menghadap banat, saya cuba untuk control. Tahan juga. Yang Rahman sudah mula menangis. Saya agak, kami yang sudah keluar Al-Amin lebih terkesan mungkin dengan kata-kata dia. Iyelah, kita lebih terkesan sebab kita dah keluar. Kita lihat bagaimana entiti 'dunia luar' mengubah kita dan rakan-rakan. Kadang-kadang ada yang terlepas dari orbit Islam. Graviti tidak cukup kuat atau velocity dirinya terlalu laju sehingga terciptanya ketidakseimbangan antara daya graviti dan centrifugal force untuk membenarkan wujudnya revolution.

Sekarang hanya tinggal kenangan. Harapan masih lagi menggunung pada pimpinan batch untuk menganjurkan aktiviti bersama-sama. Harus kekal aktif. Jangan hanya pada nama. Itu harapnya. Rindu pada kawan-kawan masih lagi menebal. Di Al-Amin. Ukhuwah di DQ masih belum teruji. Imej mereka seakan hampir sama dengan rakan-rakan di Al-Amin. Berfikrah, berakhlaq, dan KEBUDAK-BUDAKAN. Haha. Letak tepi mereka yang pandai berlakon, letak tepi mereka yang tikam belakang, letak tepi mereka yang cuba merosakkan ukhuwah yang wujud. Tak berbaloi mengorbankan ramai kerana yang sedikit. Nasyid itu sayup beralun, mengiringi kata-kata Hakim dan Rahman. Lirik nasyid itu merupakan doa. Doa yang telah disusun oleh Imam Hasan Al Banna. Jika difahami di dalam bahasa Arab, Aduh, indah sungguh. Doa tersebut amat berkaitan dengan hati-hati yang berdakwah di jalan Allah. Bilamana ada yang down, yang lain menangkat. Bilamana ada yang sedih, yang lain menggembirakan. Bilamana ada yang bermasalah, yang lain cuba menolongnya. Lengkap, natural dan jernih. Rindu pada batch Al-Amin Caliph14. Batch paling macam budak-budak(?), atau bak kata Cg Hawa, batch yang unik. Macam-macam yang dilalui, sama-sama. Tak habis nak menceritakan semua. Cuma, masing-masing yang membaca tahu apa yang boleh dikenang. Dari Tamrin, perkhemahan, even kena rotan berbirat di tangan. Haha. Di Wafdul, Uji Cekap, Xplorace! Waduh...banyak yang boleh dikenang.

Harapnya semua kawan-kawan masih berada di landasan yang benar dan betul.

No man is a true believer unless he desireth for his brother that which he desireth for himself - Prophet Muhammad

Do unto others as you would have them do unto you - Jesus

You shall not covet your neighbor's house. You shall not covet your neigbor's wife, nor his servants, nor his cattle, nor anything that is your neighbor's. - Moses


Saya mahu anda di jalan Allah.

Nasyid Rabithah itu telah saya masukkan dalam mixpod di sebelah. Sila hayati.

Thursday, December 17, 2009

Let there be light

Salam..

Bismillah..

It's a new year. Salam Maal Hijrah!

And God said, Let there be light and there was light.
Genesis 1 verse 3. The Holy Bible: King James Version.

-----------------------------------------------------------------------------------

It's been a year since. A year of pain, hardship, pressure, joy, happiness and all kinds of emotions you can list. Sometimes a strong typhoon of dilemma swept you away. When you are confused with yourself. Am I really for this? To wield the legendary Book. A book, one and only of its kind that has survived the time test. Sometimes a chain of spiritual lightning struck you. Shocking you and waking you up from a worldly long nap. You regained your strength. But then, a soothing wind blew comfortably, slowing your rate and interrupting your destination. Challenges. You must have something to be sacrificed isn't it? In every action, you have an equal and opposite reaction. That's the law. The Taurat(Torah) and the Injil(Bible) had already been modified. The Bible is still in the process of continuous modification until today. But Quran, it's the only book that will be preserved by The Most High until The Day. And I will be one of its guardian. Insya Allah.

This is my experience. A perspective that I want to share. And together we ponder. Throughout my early teenage life, in every form that I fill in, I always stated "Nasi Goreng Kampung" as my favorite food. Truly, I thought at that time I like NGK. Until I finished my SPM. Weird things happened in my early period at DQ. I started missing my mum's and dad's dishes. Both of them are great cooks. Very. I thought it was normal. So I ordered frequently NGK at the cafe in order to satisfy and alleviate my emotional pain. Strangely, I didn't feel anything. I was still missing them. The first three weeks were very torturous. They kept our handphones, no outside contact. Their physical drill was nothing. Unlike others, it was my emotional conflict that was killing me at that time. I survived. Hehe. The pain went away when my family came. My God, that was one of the happiest moments in my life. It is as if you've been separated when 2012-like disasters happened and suddenly at the end you met them. I ate a LOT that day. And that day, I learnt something. Something that has changed my world view. Allah is a very creative God. Right?

Have you ever listened to "Pandangan Mata" from Hijjaz? On that day, I realized that my favorite food is not NGK, but it's my parents' dishes. Could you believe it? After all these years! I didn't even think to add my parents' dishes into my favorite list years ago. I could not 'see' it. I can't see! After they went, I lost myself in my own imagination, thinking. All these years, I forgot to see it with my heart. Maybe the barakah from Quran cleansed my heart a little, with God's permission. Maybe. I don't know. But what I know, at that day, I learned to see with my heart. It's simple.

My mum cooks kari ayam. If I see it with my physical eyes, I'll know that the curry is attractive. That's it. I'll eat the curry, with my mind saying that this curry is attractive and delicious. The meaning of the curry only reaches its taste. Nothing more nothing less. If I see the curry through my lust or nafsu, I'll see the curry as a dish to be finished by me alone. No one can share it with me. I'll finish it as soon as possible, not letting anyone feels the luring texture of the curry. Through my lust, myself will be sent into paroxysms of greediness and selfishness. If I see with my intellectual eyes, I'll know that this curry is a healthy delicacy. The curry has certain nutrients and vitamins that will enhance my body systems. So, I'll recommend the curry to my friends also. These had been my situations all these years. I see either through one of them or more. Sometimes, I see Maggi and fast foods through my intellectual eyes, that's why I really forbid my family from eating those foods. Because I know well about it. Sometimes, I see fruits through my physical eyes. They are attractive and beautiful. So, I eat them. I've been exchanging lenses but I forgot to see my life with my heart. I guess life would be much more meaningful if I view my life with my heart. I'm not implying my life isn't meaningful, my life is a happy life. Calm and happy. I'm sure. But, can't you see? We can make our life much more meaningful if we learn to see with our heart. That moment, in my own imagination journey, I know, I understand. I see my mum's dishes with my heart. I can see how she cooked the lunch, sparing her money, sacrificing her time, spending her energy, everything. How hard she had tried to make the lunch as best as she could. For her child. For her family. And the space was getting bigger. Now I know why it's so meaningful to me. I saw it with my heart. Our heart can see what others cannot see. A rich guy may see a nasi lemak as a usual breakfast, but to a poor guy, a nasi lemak worth his life. That's the magic of our life. A metaphysical law. We all can see with our heart. It depends on our choice.

It's just like my handphone. I got it from my dad. And I know my dad had sacrificed a LOT to buy that phone for me. Thanks Mama and Baba.

Insya Allah. Let us clean our hearts, and let us view the world with our hearts!! Live your life. Cherish every moment meaningfully. We may do mistakes. But, see it with your heart and you will see a step stone lying ahead of you. Barakallahu fiik. Start this new year with a new view!

Tuesday, December 8, 2009

The Ancient Healing

Salam.

Good morning, afternoon and evening! Night? No, you won't be reading this when you are already on your bed.
blogger-emoticon.blogspot.com Yesterday I went to some places to make my passport. Allah, tup tup, already being called for that. It's just I think and am really sure that it's too fast. I mean, wow! Going overseas only for tarbiyah? Alhamdulillah, Insya Allah, I'll think positive about this. blogger-emoticon.blogspot.com Hehe. Ok. That's it. No further information. Just want you all to pray for me. Insya Allah.

------------------------------------------------------------------

Kelmarin ana merawat dua orang ahli keluarga ana. Ayah ana dan adik ana. Merawat fizikal sahaja. Tak mahir lagi nak mengolah tenaga lain. Ana merawat dengan cara berbekam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setelah enam bulan ilmu itu terpendam lepas kursus dua hari memandangkan kesibukan di DQ dan juga kesan-kesan lain pada pembekam.

Bekam merupakan salah satu cara sunnah nabi berubat.

Dari Anas Radial-Lah-hu-'anh

إن أمثل ما تداويتم به الحجامة

"sesungguhnya cara pengubatan kalian yang paling utama ialah berbekam"


Ana sampai sekarang tak tahu macam mana bekan berfungsi, tapi yang keluar dari lubang-lubang yang terhasil dari tusukan jarum halus adalah darah yang amat lain warnanya dari darah-darah luka semasa perkhemahan di hutan. Semasa di kursus ana ada juga bertanyakan tentang bekam dan bagaimana caranya darah yang kotor sahaja yang keluar dan bukan darah bersih. Sesiapa yang ada jawapan tolong beritahu.

Caranya ialah anda cucuk badan dia dengan jarum atau sesuatu objek yang tajam tidak melebihi lapisan epidermis. Senang cerita hanya bagi berdarah sedikit sahaja macam untuk ujian pap smear. Kemudian ambil alat penyedut untuk sedut darah itu. Sedut je kuat-kuat. Jangan rasa takut atau gerun dengan bonjol yang naik. Adik-adik kecil ana takut, yang kecil sekali menangis tengok badan ayah ana kena bekam. Menangis!blogger-emoticon.blogspot.com Kemudian darah akan keluar, ada warna-warna dan jenis-jenis cara darah keluar. Ada yang cup dia berwap sebab ada banyak angin, ada yang darah memancut dan berbuih, ada yang darah hitam pekat jadi macam lintah. Buat beberapa kali. Di poin-poin sunnah. Jangan main hentam poin kerana anda mungkin jadi gila kalau tersalah poin. Beware! blogger-emoticon.blogspot.com

Ada beberapa perkara tak terjawab dalam kaedah bekam. Yang pertama, pembekam normal mesti terasa letih. Amat letih. Ana pun tak tahu kenapa. Asalnya ana hanya anggap ana seorang yang kena macam ni. Tapi lepas berborak dengan pembekam-pembekam lain, mereka merasakan perkara yang serupa. Lalu dijawab oleh senior saya, Abdullah Hafidz ianya berlaku kerana ketidakseimbangan aura pembekam. Wah.. orang soleh cakap mesti buat kajian. Sampai sekarang ana akan rasa letih walaupun dah cuba set dalam minda yang tak rasa letih. Tapi, kalau biasa buat mungkin tak letih sangat. Insya Allah. Apa-apa pun, yang penting buat pendinding kerana poin-poin bekam adalah pusat-pusat aktif jin. Confirmed!blogger-emoticon.blogspot.com Jadi, para pembekam, bersiap sedia! Hoyeh!

Ana pernah dibekam. Sikit je. Ana rasa HEALTHY and CLEAN!blogger-emoticon.blogspot.comHehe. Next target, acupuncture and iridology(eye)! Insya Allah, bukan sebab minat medic, cuma nak tolong orang. Dengan cara mudah sikit. Budak-budak medik adalah mereka yang cukup gigih untuk harungi zaman university untuk menolong orang. Rajin dan jitu. Dengan buku.blogger-emoticon.blogspot.com Hehe. Ana hanya melalui cara ini sahaja, tak sekuat mereka, lagipun ana malas dan tak minat medik! Maths and Physics are the best! blogger-emoticon.blogspot.com



PERHATIAN. Ini cara yang salah untuk berbekam. blogger-emoticon.blogspot.com Tak panah dalam sangat! Ni dalam.
Untuk pembekam, kalau darah tak keluar juga, jangan buat macam ni. Bahaya.blogger-emoticon.blogspot.comTak ada courtesy. Hehe.
Itu sahaja untuk setakat ini. Cuti lagi dua minggu. Salam

Monday, December 7, 2009

Nak kapel dengan adik abang boleh?

Salam..

Bismillah..

Saja ana nak berkongsi cerita ini dengan antum semua. Asalnya ana kongsi minggu lepas lagi, tapi kesibukan mengekang masa ana. Lepas tu pulak, bila dah depan komputer ana jadi numb-minded person pulak. Tak keluar idea. Insya allah..baru beli buku, tapi tak nak baca lagi. Tak nak rosak mood. "A history of God". Karen Armstrong. Agaknya perangai ana macam tu, tanda-tanda ana tak tahu sesuatu perkara, ana akan jadi bad mood dan defensive. Contohnya dulu ada kawan ana ajak join debat di forum DoTA, ana jadi bad mood. Sebabnya, bukan sebab mereka kutuk Islam, tapi sebab ana sendiri tak kenal agama ana. Jadi, makin lama belajar, makin banyak ana tak tahu, tapi ada perubahan drastik. Ana tak lagi bad mood, ana hanya akan relaks dan anggap mereka tak tahu tentang Islam dan cuba ajar mereka. Cuma, kadang-kadang tujuan itu diperlahankan bila lihat orang-orang Islam sendiri gaduh sesama sendiri. Tak payah cerita baik atau tak, pemikiran dah teracun. Itu kelebihan perang saraf. Ada enam, salah satunya golongan sasaran tak kira siapa. Jadi, fanaticism. Kisah yang ana nak cerita ini berlaku tahun lepas.
Suatu hari ana duduk di pondok membelakangkan sungai, membaca, ada seseorang datang duduk di sebelah ana. Baya anak usrah ana, sekarang form 2. Duduk sebelah ana, dan senyum. Ana pun pelik. Kenapa dengan budak ni? Buang tabiat ke? Tiba-tiba dia tanya, Bang nak tanya boleh tak? Ana jawab, Ha tanya je..ana free sekarang ni. Bang jangan marah tau kalau ana tanya ni. private skit, katanya. Ye2, tanya je. Ana tutup buku ana. Ana tertanya-tanya dalam hati apa yang dia nak tanya. Sudah lah hari ini dia mesra lain macam. Emm, boleh tak nak kapel dengan adik abang? Ana tersedak. Biar betul?!! Kebanyakan budak datang pada ana menceritakan masalah keluarga atau masalah peribadi, tapi budak ini berani betul. Terpinga-pinga ana. Air muka ana berubah mendadak. Keliru. Dengan jawatan dunia ana pada ketika itu sebagai ketua umum, ditambah lagi dengan jawatan Sarjan Mejar, ana pelik. Berani betul. Apa pun, jauh dalam hati ana, ana lega. Menunjukkan ana boleh didekati. Kadang-kadang ana rasa itu dilema senior-senior ana dulu. Ana selalu tak puas hati, kenapa senior-senior atas selalu muka serius dengan ana yang form 1 dan form 2. Sekarang baru ana faham. Mereka dibebani permasalahan dari mereka yang lebih senior dari ana, kerisauan umat, menyalahkan diri sendiri atas kelemahan mereka. Mencipta tembok ketakutan bercampur hormat, namun lama kelamaan ketakutan lebih dominan. Melahirkan junior-junior yang hanya berpura-pura di depan yang lain sedang di tempat lain berlaku sebaliknya. Siapa sangka dan pasti ianya bukan diniatkan oleh pemimpin-pemimpin, namun itu berlaku.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda : Kamu mendapati antara manusia yang terjahat adalah yang bermuka dua, ia mendatangi satu kelompok ini dengan satu wajah dan mendatangi kelompok yang lain dengan wajah yang lain. - Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Astaghfirullah. Ana tenung banin tu tepat ke dalam matanya. Ana tengok betul-betul muka dia. Keberanian dia. Itu adalah keberanian yang jarang ana jumpa. Keberanian untuk mengetahui. Jika dihias dengan akhlaq yang baik, dia boleh menjadi pemimpin Islam yang tidak terpengaruh dengan idea fanatisme, atau individualisme di atas skala yang lebih besar, PLATFORM. Setiap yang berlaku akan dicarinya sebab-sebab dan punca-punca. Mencari hubungkait dan punca penyebab. Ana sendiri pernah berbincang dengan kawan-kawan ana. Bila seorang atheist cakap pada ana "Correlation does not imply causation". Perbincangan yang cukup menarik dengan hanya melalui SMS. Ana akan cuba tolong budak ni. Budak tu mula takut, sudah mula membayangkan perkara bukan-bukan
Ana senyum. Nope, tak boleh. Dia nampak semacam lega. Ana nak test abang je tadi, ingatkan nak marah. Men2 je, katanya. Tahu. Ana jawab selamba. Tapi kalau abang bagi, saya jalan je hehe. Ana bukan tak nak saja-saja. Bukan ana punya, nak minta kat sana tu, Ana tunjuk ke langit. Kalau nta nak betul-betul, jadi budak baik dan minta. Jangan duduk doa hulu hilir, usaha tak ada. Dia mula memberi perhatian. Ana tak nak adik perempuan ana, satu-satunya adik perempuan ana rosak macam gadis-gadis lain. Hanya ada dua jalan sahaja bagi ana. Ke arah solehah, atau ke arah yang tak solehah. Ye ana tahu, abang mesti nak adik abang jadi solehah, bertudung labuh dan lain-lain ciri yang power kan? Ana dapat baca abang. Eh, jap. Pembetulan, ana tak nak adik ana bertudung. Ana nak adik ana tutup aurat. Bertudung dan tutup aurat nampak serupa tapi berbeza. Kalau nta belajar set, nanti nta belajarlah naik form 4 nanti, bertudung labuh itu subset menutup aurat. Hanya sebahagian. Ana lukis atas buku ana. Dia mengangguk. Ana nak adik perempuan ana tutup aurat. Sebenar-benarnya. Walaupun susah atau ana salah ajar ke, ana nak dia jadi macam tu. Dari segi pemakaian, dia melambangkan ciri-ciri wanita solehah. Wanita yang melangkah secara offensive melawan hawa nafsu. Ana tak nak dia defensive je. Dia macam tak faham. Apa ni bang offensive defensive ni? X faham lar.. Hehe, lupa pulak, nta kecik lagi. Maksudnya, kalau defensive nta kekal cara lama. Tutup aurat cukup-cukup. Tak salah. Definitely. Cuma dengan arus perang saraf sekarang, agak payah. Ana takut dia terkorban. Bayangkan, usaha mana lagi menyakinkan. Yang pakai cukup-cukup makan, seluar yang ketat tak ketat, baju yang singkat tak singkat, pergaulan yang kejap jaga kejap tak, cara bercakap semacam tak ada hormat pada diri, jiwa yang sakit yang selalu nak tarik perhatian lelaki walau tak sedar. Ana tak nak adik ana macamtu. Nta dah belajar tajuk ghazwul fikr kan? Ombak perang tu kuat sangat. Ana nak adik ana lawan badai tu. Buat usaha yang membentuk benteng streamlined shape. Yang akan memudahkan adik ana menempuh dunia ni. Kalau nta buat benteng tak streamline, nta mudah jatuh. Dia mengangguk-angguk. Habis tu, abang nak adik abang macamtu. Apa kaitannya dengan permintaan ana tadi? Oh..hehe..lupa plak ana, gini. Kalau ana benarkan adik ana kapel, adik semacam menganggap dia murah. Macam jahiliyah. Dulu, sebelum nabi datang, perempuan rendah sangat maruah dia, tamadun-tamadun hebat dunia semuanya merendahkan perempuan. Dari wanita khayalan tamadun Yunani, sehingga ke agama Hindu yang membakar si isteri kalau suami mati agar si isteri ikut bersama. Nta baca lah artikel-artikel tu. Cari dan baca..nta akan rasa semangat nabi membawa Islam. Mengangkat setinggi-tingginya maruah wanita. Kapel, hanya akan membuatkan wanita jadi murah. Nta nak besar-besar nanti dapat isteri cinta dia second hand? Ana pun tak nak. Ana cakap ni, apa yang ana lalui sepanjang dari kesilapan-kesilapan ana. Allah tolong ana. Islam datang untuk jaga wanita. Kenapa perlu kapel? Ana tak nampak apa keperluannya..nta tolong ana boleh? Cuba bagitahu..
Oh..ntah lah..tak penah pun..tapi apa yang ana tahu, kawan-kawan ana kata rasa hati rasa macam dilengkapi. Kita boleh luah macam-macam kat die, dan kita boleh cintakan dia. Alah, bukan sentuh-sentuh pun. Cuma mesej je..call kejap-kejap. Jumpa pun. Bukan buat apa..
oh. Baguslah kalau macamtu. Bukan apa, cuma, 200 lebih kes rogol dan zina dan anak luar nikah, di Selangor, hampir semuanya ada ciri-ciri macam anta sebutkan tadi. Mula-mula tak sentuh, call je..rindu je..biasa lah. Cuma, ana nak bagitahu nta satu rahsia. Kalau nta tahu dan amalkan, syaitan akan lagi kuat nak jatuhkan nta, tapi tak apalah. Nta tolong agama Allah, Allah tolong nta dan teguhkan prinsip nta. Surah Muhammad ayat 7. Bukaklah balik nnt. Rahsia dia, Iblis ni bijak. Bayangkan dia hidup lebih lama dari kita. Golongan jin. Umur 60 tahun masih lagi nak tengok TV. (Akademi Rawatan Islam Nur Ihsan) Mereka punyai teknologi yang hebat, mereka ambil ilmu-ilmu kita. Mereka bagaikan CCTV yang boleh report apa-apa sahaja pada HQ. Yang menjalankan penyelidikan, terutama dalam bidang interaksi psikologi dan fisiologi. Seks. Mereka sudah masak dengan pola kelakuan kita. Mereka tahu nak pancing kita macam mana, mereka tahu macam mana nak jauhkan kita dari ulama', mereka tahu macam-macam. Mereka hebat pasal konspirasi. Baca sirah, di Dar An-Nadwah, iblis menyamar jadi lelaki tau cadangkan nabi dibunuh. Cuma kita saja masih tak sedar. Termasuk ana. Tapi nta jangan takut sangat, Allah dah janji dalam Quran, hamba yang ikhlas iblis dan syaitan tak boleh sentuh. Probability logik ke macam tu? Walaupun human science di hujung spektrum of science, dia mesti ada pola mathematics atau statistics yang jadi basic penentuan sesuatu. Or else, it wouldn't be called human science.
Ya Allah, cuak pulak dengar abang cakap macam ni. Betul jugak. Tapi, bang..ana rasa macam susah la..puasa dah, doa dah. ntah..tertarik juga kat perempuan..cmne eh bang?
Adoi!!! Ana tak minta nta tak tertarik dengan perempuan!
Apa la nta nih..nta nak jadi gay apa? Jadilah jadi..ana patahkan tulang nta nanti..tertarik tu normal. Itu menandakan nta normal..hehe. Macam ni, tertarik tu fitrah. Jaga fitrah tu jangan sampai jadi fitnah pada nta nanti. Faham? Entahlah.. ana pun tak berani nak cakap lebih-lebih dalam bab ni. Cuma, ana dulu ada taekwondo. Jadi, ana lepaskan puas-puas masa belasah orang. Tapi, lepas itu ana cuma puasa. Ana pernah tanya soalan sama. Puasa? Jawapan dia, kalau tak dapat tahan lagi, maknanya puasa nta tak sempurna lagi. Puasa tu dalam hadith nabi, nabi takkan menipu. Jadi, tak berkesannya datang balik pada diri kita. Cuba hayati betul-betul puasa kita. Dari segi kesan fizikal dan juga kesan bukan fizikalnya. Percayalah. Dan kalau dalam bab ni, nta jangan cepat down. Sebaik-baik hamba adalah hamba yang berdosa, lalu bertaubat. Itu hadith nabi. Ayat ni pun best.. nanti nta hafal lah.. Ana bacakan pada dia Ali Imraan, 135-136.
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
Ana suka ayat ini. Macam Allah bagi motivasi pada ana. Pada hamba-hamba Dia. Percayalah, kalau nta anggap Allah tu kekasih nta, nta akan layan Quran macam surat cinta untuk nta. Nta tengok Sarep, tengok senior-senior lain, tak ke nta rasa mereka disirami iman dan rahmat Allah, bila menangis baca Quran. Ana suka pemandangan itu. Ana rasa kalau zaman Rasulullah mungkin mudah nampak, tapi sekarang susah. Bak kata tabligh, kita ini sudah dikembalikan ke zaman jahilyah. Kita patut rasa bertuah, sebab kita diuji pada zaman ini. Kita ini termasuk golongan yang nabi sebutkan..nta tahu tak hadith pasal nabi menangis.
Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
Kita hidup di zaman di mana orang merendahkan sunnah, meninggikan jahiliyah. Nta nak tak termasuk dalam golongan yang Rasulullah rindu?
Nak! Hehe. Thank you bang..ana tahu, ana takkan dapat adik abang pun. Saja je. Dapat mende best pulak jawapan. Motivasi. Tq. Ana senyum, puas. Mana tahu, kalau nta baik, dan terlibat dalam gerakan untuk menaikkan Islam tanpa merendahkan gerakan yang lain, sape tahu ana cadangkan ke kat mak ana besor nanti..Allah yang menentukan. Yang penting, nta buat yang terbaik dalam setiap apa yang nta buat. Jap, mana tahu ana ada adik? Dia bukan sekolah sini. Hehe..tengok dalam kereta. Oh..tak apa, insya allah, nanti kita sama-sama berjuang naikkan Islam. Pesan lah pada kawan-kawan nta tu. Jangan marah, ajak derang. Jangan putus asa. Allah tak tengok pada hasil tapi pada usaha. Kalau Allah tengok pada hasil, Nabi Nuh akan jadi orang paling rugi, 950 tahun berapa orang je yang naik bahtera tu. Jadi, berusahalah. Moga kita termasuk dalam ikhwan nabi, dan bersama dengan nabi dalam syurga nanti. Wokeyh?
Dari Abdullah RA, katanya: "Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu."( Muslim)
--------------------------------------------------------------------------------------
Akhir kisah. Harap dapat ambil pengajaran dari perkongsian ana ni. Ana masih harap budak tu manfaatkan apa yang ana bagitahu, lama tak melawat dia di Alamin. Okeyh. Salam.