Monday, October 29, 2012

Update & Nikah Abu Bakr

Semalam bersama naqib masa sekolah menengah dahulu, Abg Sarep ke walimah junior kami yang berumur 19 tahun, Abu Bakr Abdullah. Anak pakcik Nicholas Sylvester. Kami berdua naik kereta ke Masjid As-Syafi'e di Taman Maluri. Dia bernikah dengan Khadijah 'Atifah, akhawat sebaya dengan Abu Bakr. Abu Bakr belajar di UTM Skudai dan Khadijah belajar di Mesir.

Bahagia tengok junior dah bernikah. Masa kami makan, kawan rapat aku dan abang kepada Abu Bakr, Omar datang berbual bersama kami. Aku tanya pasal mas kahwin, hantaran, dan perancangan selepas nikah pada abang dia. Alhamdulillah, baik. Mudah dan murah.

Masa kami nak pulang, jumpa ramai ikhwah-ikhwah senior. Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia pun datang, Dr Parid. Bersalam dan berbual sikit sahaja sebab dia pun sibuk. Abang Sarep lah yang seronok nak jumpa salam semua. Pakcik Syed Ibrahim ada, Dr Hatta ada, ramai sungguh. Sebelum nak balik, pakcik Nicholas tepuk belakang aku masa aku ucap tahniah pada dia. Seronok tengok muka dia seorang anak dah kahwin.

Abu, Khadijah, makcik dan pakcik :) Makcik dan pakcik ni sangat baik orangnya. Dua-dua sepadan. Pakcik Nicholas dan isterinya.

Baju pengantin lelaki memang kena gelak dengan abang Sarep sebab macam uniform Jepun. Still, to me it looks good.

Abu dan Abang Sarep [Kredit to Amir Mohsein atas gambar-gambar]

Dulu, masa darah pemuda baru nak bergelojak dengan syahwat dan nafsu, aku pernah tanya pada Abang Sarep kenapa walaupun puasa keinginan itu sangat-sangat kuat? Nabi kata puasa dapat 'hold' keinginan itu. Aku terus sambung soalan aku, aku bukan puasa fizikal sahaja, tapi pancaindera sekali. Tapi kenapa masih kuat dan mengganggu?

Jawapan dia sampai sekarang aku ingat. Adakah kita berpuasa dengan sebenar-benar puasa macam yang nabi maksudkan? Kekuatan datang dari dalam katanya. Inisiatif kita untuk menundukkan nafsu. Inisiatif dan kekuatan dalam diri untuk menolak tepi keinginan dunia untuk fokus pada akhirat. Puasa tahap yang ketiga - bukan sekadar menjaga pancaindera dan mengharapkan hasil, tetapi menjaga hati dari berbuat maksiat kepada Allah. Walaupun kecil. Walaupun ianya hanya lintasan hati.

Allahu Akbar.

Masa dalam kereta on the way balik ke rumah (Yes, he picked me up, and he sent me home. I refused, he insisted), banyak dapat mutiara berharga daripada Abang Sarep. Dia jadi driver untuk kedua-dua Naib Mursyid Am IM yang datang ke Malaysia. Allah susun sangat cantik. Masa tengah cuti - ada orang bawa jalan-jalan sambil bagi nasihat. Masya Allah. Oh. Ya. Abang Sarep, walaupun senior kami, masih belum berkahwin. Belum sampai seru mungkin. Dia menceritakan mengenai komen Syeikh Jum'ah Amin pada ikhwah di Malaysia. Syeikh berkata "Aku hairan pada ikhwah-ikhwah di Malaysia. Bagaimana mereka boleh hidup tanpa bernikah?".

Sampai rumah aku pahat azam baru. Tiada masa akan kosong pada waktu cuti ini. Masa kosong membunuh pemuda seperti aku. Meliarkan angan-angan kosong. Melemahkan jiwa. Tiadalah aku nak melemahkan diri masa cuti setelah aku berdisiplin hempas pulas masa di kampus. No way. Kalau di kampus dah jumpa orang untuk tasmi' al Quran setiap minggu, sini pun jangan miss. Selalu juga cemburu dengan ikhwah akhawat UIA, ada kelas tasmi'. Di kampus, aku mencari orang untuk tasmi' aku. Hidup Allah dah stabilkan, jangan kita kucar kacirkan. Emotion and lust are tools. Tools yang patut digenggam dengan kuat di bawah kawalan. Rindu juga pada suasana Darul Quran. Tapi fikir balik, to what ends am I gonna sit and wait for opportunity to come? Teringat dalam kisah "Cinta di rumah Hasan Al Banna", ahli keluarga Imam Hasan bercerita bahawa Imam Hasan akan sentiasa tasmi' Qurannya dengan mana-mana ahli keluarga. Andai tiada yang dewasa, dengan anak kecil pun jadi. Masya Allah.

Alhamdulillah, kerja dah dapat. Itu pun lagi dua minggu baru mula. Bayaran RM 80 sehari. Insya Allah. Cukup. Sekarang ini mengambil tugas sambilan menulis ringkasan dan nota-nota pelajaran. Ok lah kot satu ringkasan RM20. Kalau banyak. First ringkasan buat pasal Hadith pertama, hadith niat. Last sekali rasa bersalah gila nak ambil upah. -.-

I just love teaching. But now, there's no one to teach. SPM dah hampir. Dan anak murid aku sekarang tengah berhempas pulas untuk prepare SPM. Sebelum raya, aku ada berjumpa dengan manager sebuah kedai buku. Nak pohon kerja. Dia tanya, sebelum ini masa cuti buat apa? Aku jawab mengajar. Subjek Add Math, Biology, Physics as tuition dan mengajar Al Quran di dua buah masjid. Dia membalas, "Oh..Cikgu. Tak payah kerjalah. Cikgu sekarang banyak duit. Sangat banyak". Itu fakta yang baru aku tahu. Aku kemudian gelak besar, menafikan. Aku bukan seorang cikgu dalam kerjaya.

Lusa insyaAllah akan ke seminar finance. Di Hotel Boulevard. Baca The Star dengan kawan, jumpa seminar. Terus daftar. Kawan itu juga lah yang minta nak berusrah Alhamdulillah, setelah satu semester study dengan dia. Dulu langsung tak minat bisnes finance etc. Sekarang ini dah ada tanggungjawab. Asyik fikir macam mana nak pacu IkramSiswa UITMPP punya DnT dan kewangan. Nak fikir projek dana. Kalau ada idea roger lah. Kami open untuk cadangan. Projek jual beli emas dan perak dah ada yang mula.

Dah target nak habiskan dua buku tebal. Buku sirah Raheeq Makhtum, yang selama ini hanya jadi rujukan. Dan fiqh dakwah.

Masuk team RnD Robotic UiTM. Will be busy. Busynya sampai masuk keluar lab sampai pukul 2 pagi. Let's give it a try. Dah dijemput masuk, tak moleklah kalau menolak. Jadi, masa cuti ada pembacaan sikit-sikit.

Itulah rancangan setakat masa cuti.

Masa cuti - aku spend untuk keluarga(family first), kerja dan perancangan untuk Ikram Siswa nanti. Membaca diteruskan.

Anekdot masa cuti. Ayaz selalu, kalau kami jadi imam dia akan sebut masa tengah solat surah yang dia nak revise untuk sekolah, contohnya kalau rakaat pertama tengah imam tengah Al Fatihah dia akan sebut "Al 'Alaq". Kami pun baca al 'Alaq. Kemudian dia sebut al Bayyinah. Kami baca al Bayyinah. Kalau kami tak baca, dia akan ulang dan ulang, "al 'Alaq..al 'Alaq..". Geram juga kadang-kadang. Tapi melayan lah. Dia adik kecil yang aku sayang.

Ada elemen comel terbaru - Meelo. Cucu Avatar Aang, dalam Legend of Korra.

Dia fartbending, extension of airbending. Mengarut betul budak ni.


:)

Itu lah update sedikit sebanyak.

1. "Tafaqqahu qabla an tusawwadu" -Umar al-Khattab r.a [Kata-kata Umar yang menunjukkan peri pentingnya ilmu sebelum dilanti
k sebagai pemimpin (at-Tasawwud bermaksud ar--Riasah) sangat jarang diulas sebagai "tuntutlah ilmu sebelum kamu berkahwin" kerana menurut az-Zabidiy dalam Taj ul-'Arul semasa mensharahkan maksud at-Tasawwud, katanya ia juga bermaksud at-Tazawwuj (berkahwin), justeru membawa maksud pelajarilah ilmu sebelum berkahwin kerana orang yang berkahwin akan disibukkan dengan urusan rumahtangganya.] - FB Marwan Bukhari



2. Oleh itu aku menyeru kamu wahai ikhwah, janganlah kamu berpada hanya sekadar menjadi akh muslim, atau berpuas hati sekadar dirinya telah bersolat, berpuasa dan bermujahadah. Jangan! Menyebarkan dakwah itulah yang dituntut daripada kamu, setiap orang. Maka, awas kamu! Jangan berlengah, jangan bermalas, jangan berasa berat untuk melaksanakan kewajipan ini. Awas! Jangan kamu tanggalkan baju yang telah dipakaikan Allah kepada kamu dengan memilih Muhammad s.a.w. sebagai ikutan dan pemimpin kamu. - zaadut-taqwa

Allahumma solli 'ala Muhammad.

Moga aku dikurniakan cinta pada Allah dan Rasul melebihi segala-galanya.

Roger and out.

Tuesday, October 23, 2012

Written in the stars [Part 5]

http://static.desktopnexus.com/thumbnails/31949-bigthumbnail.jpg

The river was beautiful. It flowed slow and smooth.

As if it was waiting for me to speak.

I took a deep breath.

I looked to the other side of the river.

I was worried.

You were sad. Your eyes were gloomy.

I could feel it. Deep.

The river was wide. The distance was painful, yet it was lovely.

I sighed. I did not have the power.

I wished I could swim there.

I sat down. 

I whispered,

"Remember Allah. Remember Allah. Remember Allah. And don't ever give up. Don't give up on Him."

The wind started to blow. So tender and soft.

As if it was comforting me and you.

The wind will carry my whisper to you.

I stood up.

I went.

"We are survivors and we are travelers. Don't get distracted, the real destination is Allah, and only Allah. Emotion is only a tool", I whispered, again.

I looked up, "O Allah.. keep the person safe, until I am able to cross to the other side".



Saturday, October 6, 2012

Da'ie workshop oleh Dr Zakir Naik - pengajaran yang dalam mengenai rezeki

Satu hari masa tengah sibuk, dapat satu mesej. Dari Bro Mas Yuri. Invitation to Training by Dr Zakir Naik. Katanya ini closed event dan hanya boleh datang by invitation. I checked my calendar. The training was on 4th Oct, my examinations were on 2nd and 7th October. I had programs oleh IKRAM that 6th. I kept silence and did not reply. Hoping there would be a way out. To spend RM70 for me for that short amount of time was not wise. My pocket was indeed on a strict ration. Nak pinjam kereta ikhwah, tak ada yang idle. Nak tidur pula, ada program packed before dan after 4th. Program DnT. Kena amanah dengan janji dan masa. Punya lah fikir option. No reasonable options left.

My heart sank. Yes, indeed. It was a disappointing situation for me. I couldn't come to any of his talk. I hoped at least I could make it to the training. Just to meet him face to face. Punya lah kecewa dan sedih. Hati paksa juga untuk redha. Ada hikmah Allah buat macam ini. Akhirnya reply mesej Bro Mas. Cakap yang aku tak boleh pergi. Pergi mengadu sedih pada Allah. Doa sungguh-sungguh biar Allah tunjuk hikmah. Kenapa aku tak dapat pergi to even satu pun talk dia? Untuk aku, there are only a few things that can get my blood boiling. Aside from Palestine, gaming, superbike, math and science, it is majlis ilmu macam ini lah. Jadi bila tak dapat, boleh faham macam mana kecewa aku jadi.

Aku pun membawa diri lah di hadapan Allah. Minta ditenangkan hati (ceh). Alhamdulillah, aku lama-lama redha. Walaupun ada kecewa, tapi yakin hikmah Allah. 

Sampai satu hari, IKRAM Penang anjur MABIT. Selepas slot malam, kami pergi makan roti canai. Punya lah sporting YDP IKRAM Penang, dah lah ada title IR. Rilek je dengan kami mahasiswa ni. Lepas habis makan, kami kembali ke tempat Mabit. Masa itu ada dua ikhwah minta aku ajar pasal Bible dan Quran. Ikhwah tu anak usrah dia classmate aku, jadi anak usrah dia cerita lah pasal aku pada ikhwah tu. Aku pun buat bulatan di satu sudut kat surau, present topic Bible, Al Quran, its authenticity and comparison. Jadi lah macam halaqah sikit, sebab masa tu masa free jadi adalah beberapa ikhwah join sekali dengar presentation aku di sudut surau tu. Panjang jugak. Dah habis present, aku bukak soalan. Kemudian bila dah bersurai ada seorang akhi ni, pelawa aku nak tak jadi wakil Hidayah Centre Pinang pergi training 4th October. Aku masa mula-mula dengar macam tak percaya. 

Aku minta dia ulang balik point dan detail. Yang transportation semua disponsor etc. Aku pun macam terkejut. Aku jabat tangan dia kuat-kuat, sebab gembira gila. Nak peluk segan, sebab dia pakcik umur 40 lebih. Lepas bagi nama penuh dan IC aku sujud syukur. Menitis air mata keharuan (ceh lagi sekali). Masa itu memang aku seronok, aku doa sampai hati Allah usik aku macam ni. 

Aku pun clarify pada Bro Mas. Ada lagi dua slot rupanya. Aku pun ajak lah dua orang classmates aku. Yang anak usrah ikhwah yang tanya aku tu lah. Asalnya ajak ikhwah, tapi semua ada paper masa tu. 

Kami bertolak ke KL pukul 12 dari Penang, sampai terus solat di Masjid Negeri. Masa habis solat itu, aku rasa macam familiar sangat suara imam. Rupanya imam tu guru aku masa di Akademi Imam dulu, tahun 2009. Aku pernah cerita dulu, peserta akademi ini bacaan tajwid dia sangat outstanding me EXCLUDED. 30 orang satu Selangor dan KL. Tapi masa kami di akademi, perh, kaw-kaw kena tegur al fatihah sahaja dua jam lebih. Tajwid dan bacaan imam ini memang lah sangat kemas dan mantap. Tapi nak jumpa lepas solat tak sempat. Dia dah pergi. Cukup lah, tengok muka pun dah sejuk hati. Once a teacher, forever a teacher. Aku pun panjatkan doa untuk ustaz tu.

Kami akhirnya sampai di Concorde Hotel Shah Alam.

Not much to be said. Masa di sana. Cuma, bila nampak Dr Zakir Naik in front of me. My eyes swelled. Rasa macam nak menangis. It's not easy for me to be there, but Allah put me there. Right where I want to be. It's like Allah told me, that my presence there not because I wanted to be there, but Allah wanted me to be there. That's why I failed to find a way to attend the program the first time, and then Allah somehow put myself and brought me to the program the way He wanted. Allahu Akbar. Wastaghfirullah. Walhamdulillah. 

Dr Zakir Naik's presence was what inspired me. He being there in front of me, the feeling was indescribable. 

Plus masa forum ada Dr Amir Farid (I am still on a research about him, the way he talked and the way he acted during the URI program was different. I bet there are reasons for it, he's not calang-calang. I want to learn from him one day. I love to know what his views. I'll make him my teacher one day), Bro Shah dan Pakcik Nicholas. Bro Shah dan Pakcik Nicholas were there masa Ramadhan lepas untuk Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre. I still remembered how pelik ikhwah Penang were when they came, I hugged them and talked with them macam kami dah kenal lama. Bro Shah is my teacher. I met him few times luar dari FCR. And Pakcik Nicholas lagi lah. Anak pakcik tu kawan baik aku, Omar. Selalu je pergi rumah dia, siap pinjam buku dia lagi in which sampai sekarang tak pulang-pulang (-.-). Jadi, pakcik tu memang kenal aku dari sekolah rendah lagi. These are all great teachers. I want to learn from them as much as I could.

Moga Allah beri kemudahan dan kekuatan untuk aku terus istiqamah di Penang. 

I just wanted to tell you, that my journey to KL was indeed amazing. How finally I was able to attend the program. It may not seem significant to you, but to me it was indeed a sign of Allah's wisdom. Moga Allah menjadikan aku asbab untuk tarik kawan-kawan aku di sini ke jalanMu. Amin.