Wednesday, March 20, 2013

Sebuah Jendela Untuk Remaja

Hari ini aku lihat banyak isu-isu yang mengusutkan minda. Mengelirukan. Mengotorkan hati, dan membunuh iman. Ada yang mengapi-apikan emosi dan sentimen. Sehingga ia membawa ramai dalam kalangan kita memilih untuk, 'Aku tak peduli'. Ya, ada bezanya ia dengan peduli tetapi mengambil langkah berkecuali. Aku melihat ianya satu keperluan mendesak untuk remaja khususnya pada hari ini, untuk mempunyai satu cara pandang yang berprinsip dan fleksibel.

Ada juga yang sudah lemas dalam ketaksuban dan kefanatikan sehingga justification menjadi kerja sambilan. Allah, aku juga takut aku termasuk dalam golongan sedemikian. 

Ianya bukan lah merupakan satu kerisauan bagi mereka yang mempunyai tata cara fikir yang jelas. Yang berani mendengar dahulu, mengasingkan dan mengkategorikan, menilai dan membuat keputusan, dan terus berlapang dada. 

Wujudkah satu cara pandang mempunyai solusi yang tetap?

Oh tidak. Ianya bukan begitu. Namun cara pandang ada garis-garis panduan yang ditetapkan. Boleh juga diandaikan ianya bagaikan sebuah formula. Berlainan keadaan dan pemboleh ubah membawa kepada berlainannya solusi dan penyelesaian.

Jika para da'i turun pandang, kita boleh melihat betapa masyarakat memerlukan sesuatu bagi mengisi hati -mereka. Dalam perjalanan, mereka menemui kepelbagaian yang amat seni dan kadangkala menjadi buruk. Bagaikan fractals, corak yang andainya dilihat secara biasa-biasa menjadi tidak menarik, namun jika diperhatikan secara halus dan teliti, seni yang amat indah dan tersusun kelihatan. Corak yang dianggap tiada pattern dan dianggap mustahil untuk mathematical representation sebelum ini, akhirnya disedari keindahan di sebaliknya. Order in chaos.
Fractals in nature. 

Masyarakat pada hari ini keliru dan kusut. Malah mereka yang sedang melalui proses tarbiah juga keliru. Ianya tidak dinafikan, iya, proses tarbiah itu panjang dan susah, dan cara pandang atau paradigma bukanlah boleh berubah dalam sekelip mata.

Ianya memerlukan satu masa yang sangat panjang dan keadaan yang sangat sukar untuk seseorang membentuk satu paradigma yang menjadikan redha Allah sebagai baik buruknya. Seperti geology, Red dalam filem The Shawshank Redemption mengatakan ianya the study of pressure and time. 

Tapi, untuk mencapai satu paradigma berasaskan nilai dan prinsip yang tertulis tidaklah sesukar membentuk dan memahat apa yang dikatakan Ustaz Pahrol tauhidic world view.

Satu Cadangan

Menjadi seorang pelajar kejuruteraan elektrik mengajar aku satu antara banyak perkara. Dalam bidang ini, calculus dan circuit merupakan sahabat baik kami. (^.^). Apabila kami dikemukakan permasalahan, kami cuba mencari penyelesaian. Setelah kiraan yang panjang lebar, dan circuit yang ditransformkan beberapa kali, jawapan kami salah. Mahu tidak mahu kami akan pergi kepada jalan kami satu persatu untuk mencari apa yang menjadi masalah. Namun, sebelum kami nak jumpa apa yang salah, kami perlu tahu apa yang betul.

Dalam istilah yang lebih tepat sikit, itulah muhasabah. Untuk mencapai muhasabah yang efektif dan efisien, baik dan buruk haruslah kita kenalpasti. Aha..dalam mengenali baik dan buruk itulah hadirnya keperluan paradigma yang berprinsip dengan prinsip yang benar. Paradigma yang tepat akan membawa kita memahami keseimbangan.

Aku mengandaikan pembaca aku mempunyai asas-asas agama. Jauh daripada ketaksuban dan kefanatikan, aku ingin mencadangkan sebuah paradigma yang amatlah tepat dan evergreen dalam memahami persoalan asas dunia hari ini. 

Semestinya ia tidaklah begitu simplistik untuk mengatakan paradigma ini menyelesaikan segala-galanya dengan mudah. Pemalas memang tidak akan ke mana. Namun, aku merasakan ia cukup untuk menjadi panduan. Cukup untuk memandu kau mencari jalan sendiri dan menemui apa yang kau rasakan lebih dekat dengan hati kau.

Usul 20

Usul 20 ini dihasilkan oleh Imam as Syahid Hasan Al Banna. Bukan lah niatku untuk menghuraikan satu persatu usul ini kerana aku sendiri pun menghadiri daurah dari pagi hingga ke petang semata-mata untuk memahami hanya dua-tiga usul. Ini kan pula dua puluh. (*.-)

Ianya usul, ianya fundamental. Sebagaimana wujudnya First and Second Fundamental Theorem of Calculus, begitu juga dengan derivation usul 20, ataupun Usul al 'Isyrin dalam kalangan ahli Ikhwan. Sungguh, ianya merupakan mutiara yang amat bernilai. Usul sendiri membawa maksud prinsip asas, fundamental, sepakat ke atasnya. 

Contohnya, sebelum ini apabila tiba perkara furu', walaupun ia khilaf, aku menjauhinya atas dasar akhlaq. Aku kurang gemar membincangkan mengenai khilaf, kerana ianya FURU'(cabang). Namun setelah memahami secebis daripada pemahaman yang sangat luas daripada prinsip 20 ini, aku memahami "Kerana ia furu' lah wujudnya khilaf. Andai ianya usul, tiada khilaf". Selesai.  

Dalam mengkaji usul 20 ini, kekaguman ku pada as Syahid Hasan Al Banna sama taraf dengan kekaguman aku pada Imam As Syathibi dan kitab Muwafaqatnya, Imam as Syafi'i dan usul fiqhnya, Nikola Tesla dan alternating circuitnya, juga Stephen Hawking dan black holenya.

Ianya merangkumi Islam dalam erti kata kesyumulannya, nubuwwah dan sunnah nabi, etika kepimpinan dan politik, istilah-istilah dan hakikat maknanya, juga keselarian hakiki Islam dan sains dalam ertikata sunnatullah tabi'i. 

Silalah baca. Ianya boleh dijumpai di dalam Himpunan Risalah Imam Hasan al Banna, dalam Risalah Ta'lim.

Makna Kehidupan

Setiap perkara itu wujud maknanya. Kerna itu apabila ditanya Rasulullah mengenai apa itu Islam, Rasulullah menjawab dengan Rukun Islam. 

Andai kita memahami hadith ini dengan pendekatan konkrit dan teknikal, kita mungkin terfikir "Apa ini? Islam bukan itu sahaja. Islam itu sangat luas....".

Namun kita lupa, datangnya Islam itu untuk memberi makna kepada kehidupan kita. Andai tiada Islam, tiada lah dapat kita memahami makna dan tujuan hidup kita. Dan dalam Islam, tujuan ibadah disyari'atkan hanyalah satu - ta'abbud, ubudiyah. Kita menjadi hamba kepada Allah dan menghambakan diri. Dalam satu paradigma yang tepat, ubudiyah kepada Allah lah kemuncak tujuan hidup. Di bawah kemuncak ubudiyah itu bukan kosong-kosong dan reput, ianya penuh dengan nilai akhlaq, keadilan, kesejahteraan, adab, kecintaan, dan keseimbangan. 

Islam itu deen, dan Islam itu juga dibina atas lima rukun, Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan Haji. Jadi di mana intersection point nya di antara cara hidup dan rukun? Ayuh, aku mengajak kalian mencari makna sedalam-dalamnya di sebalik setiap kewajipan ini. Maknakan kehidupan kalian. Give your life meaning!

Rasulullah memahami!

Kerana itulah andai kita melihat riwayat-riwayat mengenai bagaimana sahabat-sahabat datang berjumpa Rasulullah s.a.w bertanyakan apakah amalan yang terbaik, Rasulullah memberi jawapan yang berbeza. Ini kerana setiap orang berlainan situasinya, berlainan latar belakangnya. Ada yang Qul Amantu billah thummastaqim(katakan aku beriman kepada Allah, dan istiqamahlah), ada La taghdab(jangan marah!), ada dikatakan solat di awal waktu sebaik-baik amalan. 

Kita sebagai murabbi cenderung untuk mengikut tradisi, bagaimana naqib-naqib hebat lain yang 'menjadi' anak usrahnya. Kita lupa mereka bertindak atas dasar memahami mad'u mereka, dan kita bertindak atas dasar mengikuti mereka. Kita lupa, tugas kita menyampaikan, dan yang pertama ialah memahami mad'u kita. 

Di sinilah pentingnya kita memahami konteks dan tujuan perkara yang kita lakukan. Dan pengaplikasian cara pandang atau paradigma yang tepat. Cari makna di sebalik setiap perkara yang kita lakukan. 

Jendela di antara banyak jendela

Dalam memahami permasalahan dan isu, kita juga harus memahami ianya semulajadi untuk wujudnya jendela lain. Ada orang lain melihat melalui jendela yang lain warna kacanya, lain bentuknya, berbeza jaraknya, berbeza tingginya. Dan kita semua melihat perkara yang sama, cuma melalui jendela yang berbeza. Ianya hakikat. 

Kita mengambil sikap mengakui kewujudan jendela-jendela tersebut dan memandang perbezaan itu dalam kaca mata yang berbeza. Bukan dalam erti kata konfrontasi, tetapi dalam maksud melengkapi, kepelbagaian dan natural.

Aku gemar menyebutkan kata-kata Rasulullah mengenai sahabatnya Salman al Farisi, "Salman minni, wa ana minhu". Salman daripadaku, dan aku daripadanya. Indah.. :)

Tapi kita jangan lupa, ada beza berbeza pendapat dan berbeza bathil dan haq. Jauh bezanya.

Wallahu a'lam. 

Sekadar berkongsi sedikit pendapat. Terutamanya mengenai isu-isu politik dan jemaah. Isu-isu lain kita sudah jelas kedudukannya, tapi isu ini aku merasakan ramai yang sedang mencari. Termasuk aku. Bimbing lah kami ya Allah.

Chinese Bamboo

"Apparently, once the seed has been sown, you see nothing for about five years apart from a tiny shoot. All the growth takes place underground, where a complex root system reaching upwards and outwards is being established. Then, at the end of the fifth year, the bamboo suddenly shoots up to a height of 25 metres. What a tedious object!"  -Aleph, Paulo Coelho

Be patient friend! :)

Wednesday, March 6, 2013

Persediaan kita.

Kami ikhwah utara baru selesai Mukhayyam dua minggu lepas. Mukhayyam yang sangat banyak ibrahnya, sangat memenatkan, dan sangat menyuntik semangat perjuangan.

Lagu tema kami Jejak oleh Izzatul Islam. Ayat hafalan kami pendek sahaja, al Anfal 60. Tapi, ayat ini sehingga sekarang terngiang-ngiang di telinga, terbayang di mata, terus menerus meniup bara semangat untuk berjuang agar kembali marak untuk Allah, Islam dan ummah.

War game kami sangat seronok. Walaupun penuh nyamuk, tapi ganas, berstrategi, dan penuh ruhi. Panglima kami senantiasa mengingatkan kami agar sentiasa berselawat dan ingat tujuan asal. Kami diingatkan mengenai syurga yang menanti. Semasa perang sudah bermula, ada masa semua sunyi sepi, ada ketika keadaan sangat riuh. Kami memandang ke langit andai ada artileri datang menghentam.

Semasa pasukan infantri sudah masuk, ada juga ikhwah yang menjadikan diri sebagai diversion(syahid kemudiannya) supaya special force kami boleh masuk untuk membebaskan tawanan. Antara sebab kemenangan kami, ialah kerana guard team pasukan lawan yang sepatutnya menjaga hostage turun ke ground zero untuk membantu pasukan yang engage attacking team kami. Ibrah perang Uhud. Special force kami bagaikan Khalid al Walid semasa Uhud. Teruk mana pun pasukan Abu Sufyan dibelasah kaum Muslimin, batalion berkuda Khalid kekal di posisi untuk serang dari sisi belakang Jabal Rummat. Bak kata Syeikh Khalid semasa Heroes, Khalid al Walid sabar bagaikan kucing menghendap mangsa, garang bagai singa bila menerkam.

Kami di guard team juga menerima banyak serangan. Kami kekal pada posisi dan tidak belas kasihan. Sementara ikhwah lain lebih gemar membaling peluru, kami cenderung untuk  menghentam secara dekat(macam Rasengan dan Raikiri). Ada yang sampai dihentam peluru dan peluru pecah di kepala. Di akhir war game, kami digelar unit paling kejam. -.-

Kesan mukhayyam masih kekal sehingga sekarang. Pengajarannya terpahat, moga kekal sehingga kematian datang menjemput.

Sekarang ini pejuang-pejuang di Sabah masih dalam keadaan bersedia. Walaupun sudah selesai operasi yang sangat kritikal. Moga Allah bersama mereka yang benar.

Peranan kita buat masa ini, berdoa dan beri sokongan sepenuhnya. Andai pihak musuh menawarkan perjanjian damai, terimalah. Andai tidak, saya lebih cenderung untuk berpihak kepada keputusan untuk 'selesaikan' sahaja terus.

Dalam risalah ta'lim, Imam Hasan al Banna menyenaraikan, Wajibat al Akh antaranya berniat untuk syahid, dan bersiap-siap untuknya. Justeru, saya ingin mengajak untuk kita bersama-sama menyiapkan persediaan. Hidup kita, kalau mampu isilah dengan amalan para syuhada' yang sudah terbukti mereka diredhai Allah, dan mereka redha pada Allah.

Semasa menghayati sirah Mus'ab bin Umair dan Salim Maula abi Huzaifah bersama classmates(halaqah), hati ini sentiasa sebak apabila membaca ayat minal mu'minina rijalun sadaqu, ayat ini dibacakan oleh Rasulullah semasa melihat jasad as syahid Mus'ab b Umair. Ada yang sudah menunaikan janjinya pada Allah, dan ada yang masih menunggu. Moga kita termasuk dalam mereka yang akan menunaikan janjinya pada Allah.

Hidup kita, pelajaran kita, masa kita, diri kita, adakah benar-benar kita sudah waqafkan untuk jalan dakwah? Adakah kita menyahut seruan Allah untuk perniagaan yang tiada ruginya? Atau adakah kita sudah memberikan Allah pinjaman yang baik?

Adakah kita sudah berikan sehabis baik untuk ibadah kita, study, keluarga, dakwah dan tarbiyah, tsaqafah, jasad, bumi dan kesejahteraannya, makhluq di sekeliling kita, juga haq-haq Allah, al Quran, dan diri?

Berkata sebahagian salaf:
Apabila hadir akan seseorang itu akan kematian, akan dikatakan kepada malaikat:

"Hidulah kepalanya", maka berkata malaikat: "aku dapati al-Quran pada kepalanya".

"Hidulah hatinya", maka berkata malaikat: "aku dapati dihatinya ada Puasa".

"Hidulah kakinya", maka berkata malaikat: "aku dapati pada kakinya ada Qiamullail".

Maka berkata: "dia memelihara akan dirinya, maka dia dipelihara Allah."
-Ibn Rejab al-Hanbali ra

Ikhwah wa akhawat, saya menyeru kalian dan juga diri saya, Wa A'iddu!