Tuesday, January 17, 2012

Cahaya yang tidak terpadam

Sudah sebulan habis membaca novel Hilal Asyraf - Takdir: Cahaya yang tak terpadam. Masih lagi terasa semangatnya. Lain kesannya berbanding novel-novel lain. Memang, setiap novel dan cerita ada kesan berlainan. Contohnya novel Ayat-ayat cinta, karakter utamanya membawa pembaca cenderung untuk menjadi 'romantik-baik-warak' sebegitu. Oh tidak. Aku bukan orang sebegitu - jadi, kesan buku-buku cinta yang bertemakan Islam tidak begitu berkesan. Banyak mana pun baca novel macam itu, macam ini je lah tuan yang membacanya. Karakter-karakter yang dibentangkan tidak begitu diminati. Terkesan memang - tetapi tidak berapa 'fit' dalam idea ke'hero'an yang ada dalam kepala.

Hari itu jalan-jalan di Giant. Selalunya kalau Ayaz dan Saif datang angin pelik mereka, akan sentiasa diminta bawa ke Giant untuk puaskan kehendak. Selalunya nak aiskrim dan donat coklat - yang mana kadang-kadang makan sikit lepas tu tak habis. Jadi masa jalan-jalan, nampak buku, usha sikit-sikit. Nampak buku Hilal Asyraf. Belilah. Perh. Satu hari baca sudah habis. Menakutkan sungguh. Teringat lagi masa tingkatan 4 - Asyraf Roslan bagi pinjam buku Warcraft Archives. Buku tebal tu compile kan 4 lore dalam Warcraft - memang lama baca sebab tebal, tapi habis sebab kita tertarik nak habiskan. Novel Hilal Asyraf yang ini ada kesan addiction yang sama macam novel Warcraft tu. Haunted, sebab sangat best.
Nak ceritanya, betapa seronok baca buku tu, sampai habis baca masa makan malam declare - "Cop..semua, nanti nama anak-anak Asif, Asif nak letak nama Fathi Auni dengan Fathan Adi. Jangan amik..". Takkan nak letak nama hero Angkasa pulak kan, kuno benor namenye. Haha. Betapa fanatiknya. Kenapa aku minat? Sebab aku sangat menyukai idea seorang lelaki, yang bukan sahaja di'equip'kan dengan akhlaq yang baik dan ilmu yang kukuh - tapi seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri kepahlawanan. Mungkin ini ciri-ciri lelaki tradisional. Biar. Aku lebih suka begitu. Betapa indahnya seorang lelaki yang mempunyai keupayaan untuk melindungi. Melindungi orang lain yang lebih memerlukan.

Sinopsis dan Nilai
Ceritanya berkisarkan akhir zaman yang betul-betul akhir. Tiada lagi senjata elektronik dan sebagainya. Jika hari ini kita dapat melihat sehingga peluru biasa pun mempunyai sirip untuk ketepatan. Sirip yang sentiasa meng'update' posisinya dengan satelit, dalam beratus mili saat, kecepatannya meng'adjust' posisi untuk mengenai sasaran. Tapi, zaman dalam novel ini, semua itu tiada. Bak kata Encik Einstein yang mengatakan perang dunia keempat akan menggunakan kayu dan batu. Latar masa ketika itu memang seolah-olah pada masa itu masa zaman dahulu. Hendak ke kota seberang wataknya menggunakan alat jarak zaman dahulu. Jika sekarang jarak diukur menggunakan kilometer, dalam novel ini menggunakan 'sehari perjalanan' atau 'dua hari perjalanan'.

Heronya Angkasa, yang mengembara untuk memenuhi takdirnya. Zaman itu zaman gelap - zaman seluruh dunia tunduk pada Sang Asura, watak jahat yang memerintah dunia. Dalam kegelapan dunia, masih terdapat segelintir yang masih berpegang pada kebenaran. Unsur 'Islam' dalam novel tersebut sering digandingkan dengan langit. Agama Langit, Kitab Langit, Utusan Langit. Yang menariknya, seni beladiri di dalam novel ini juga membabitkan fantasi yang besar. Bagi mereka yang pernah menonton Avatar The Last Airbender, Naruto, ataupun One Piece - membayangkan seni beladiri di dalam novel ini tidak menjadi masalah. Latar masyarakat di dalam novel ini, dari kalangan pahlawan mereka segelintir menguasai seni aura. Seni yang menggunakan tenaga di sekeliling. Semacam 'form chakra' di dalam Naruto yang terdiri daripada pelbagai jenis chakra iaitu angin, api, tanah, kilat, dan air. Atau pun Haki di dalam One Piece yang mana mereka yang betul-betul fokus dapat mengoptimumkan tenaga di sekeliling mereka. Macam dalam One Piece, ada tiga jenis bentuk pengolahan Haki. Yang pertama, dia panggil Observation Haki. Di mana pengguna Haki jenis ini sangat sensitif dengan keadaan sekeliling. Boleh mengesan pergerakan sekeliling. Tahap kedua, Armament Haki. Membolehkan pengolah melindungi badan menggunakan Haki, untuk pertahanan dan juga menyerang. Yang last sekali, jarang yang ada dan dapat optimumkan - Conquerer's Haki. (Watch : Types of Haki) Macam dalam novel Takdir, orang yang auranya kuat boleh suppress orang lain, sometimes to the extent tak boleh nak angkat kepala langsung. Macam apa yang berlaku pada hero Angkasa masa dia kena suppress dengan End, salah seorang jeneral Sang Asura.

Conquerer's Haki [Short Clip]. Tenaga yang dilepaskan oleh Luffy ke sekelilingnya - melemahkan musuh-musuh di sekelilingnya.
Selain seni aura, dalam novel ini juga ada include pasal serba sedikit pasal gerak, kekuda mende alah semua. Dalam Tae Kwon Do panggil pattern atau Tul. Cantik. Jadi, bila novel ini pun ada mention pasal gerak, lagi lah excited. Macam perh, Hilal Asyraf ni. Dalam banyak-banyak, aku ada terpesona dengan gerak dalam cerita Avatar the Last Airbender. Masa ini dua-dua nak belajar 'true' firebending. Jadi mereka pergi belajar dengan Firebender asal, Dragon!! Macam buat team pattern lah pulak. Beautiful.

Link Video Dragon Dance oleh Aang dan Zuko. Banyak-banyak scene smart, scene ini antara favorite.
 Selain perang, romantik pun ada. Suspens pun ada. Cara pembinaan karakter setiap watak sangat kemas dan teliti. Macam mana watak-watak sampingan pun boleh menarik pembaca berfikir pasal dia. Senang cerita, pembaca tak 'lost' sampai tak tahu nak expect apa sepanjang baca novel, juga tak boring sangat sebab jalan cerita dia dan pembinaan karakter dia sangat interesting. Penamaan dan penggunaan istilah pun sangatlah cool. Contoh agama Islam dipanggil agama Langit. Nabi Muhammad dipanggil utusan Langit. Macam ada satu situasi dimana Angkasa tengah baca Quran, ada orang lain, macam tertanya-tanya zaman tersebut jarang orang pandai baca Kitab Langit. Aku pun, ya Allah. Tak boleh smart lagi ke. Excited. Novel ini bagi idea macam mana Islam will prevail. Macam mana aqidah Islam itu kekal menjadi mutiara bagi penganut agama Langit, macam mana penganut itu mempengaruhi orang sekeliling. Orang-orang yang pada asalnya kosong agama dia, akhir sekali berjuang bersama-sama hero dan kawan-kawan dia.


Aku suka kisah pahlawan zaman dulu-dulu. Zaman nabi Muhammad - ramai sangat pahlawan-pahlawan hebat. Bukan sahaja pahlawan fizikal, tapi pahlawan dalam diri. Kalau zaman Crusade sibuk semua nak volunteer jadi Crusaders sebab dapat pengampunan dosa dari paderi dan pope - malah sepanjang Crusade mereka immune dengan dosa, bunuh semua termasuk saudara mereka Kristian Ortodoks sekali. Tapi pahlawan pimpinan nabi tidak begitu. Mereka kuat dalam dan luar. Bagi contoh Thalhah menahan berpuluh panah dengan badannya ketika perang Uhud untuk melindungi nabi yang terjatuh. Contoh lain Ja'far bin Abi Talib, sampai digelar Zul Janahain, yang memiliki dua sayap kerana keberaniannya berjuang ketika perang Mu'tah, putus dua tangan untuk memegang panji Islam. Bagi contoh 'Ali yang tidak jadi membunuh kerana diludah mukanya. Nak masuk pahlawan moden pula - kita bawa Yahya Ayyash yang syahid sebab handphone dia sendiri meletup, dikhianati oleh bapa saudaranya. Dia pakar bom, jurutera elektrik kelahiran Palestin. Nak lagi muda, aku bawa Faris 'Audah. Semua dah tahu cerita macam mana budak umur 14 tahun ini syahid. Tapi jangan lupa, pahlawan bukan sahaja orang yang berlawan orang lain. Fizikal, face to face. Ingat, mereka yang membantu anak yatim juga pahlawan, mereka yang berhempas pulas hidup dari hari ke hari surviving cancer juga pahlawan, mereka yang setiap hari pulang bekerja dan berbakti pada ibu bapa juga pahlawan, mereka yang sabar dengan ujian hidup juga pahlawan. Pahlawan, he never gives up!

Ingat nak buat post pasal kepahlawanan zaman nabi lah, aku bagi nama post tu "Warriors of the Past". Biar jadi motivasi. Macam dalam al Fatihah kita baca, "Jalan mereka yang TELAH diberi nikmat". Syeikh Hamza Yusuf hurai, untuk berjaya, kita rujuk jalan golongan yang Allah dah beri nikmat. Wallahu a'lam. :) Have a blessed day!

3 comments:

  1. dia pernah cerita, (kalau ingatan aku tak silaplah),
    ilham tulis novel ni dari siri LOTR.

    ulasan yang cambest, aku rasa nak baca lak. =)

    ReplyDelete