Saturday, April 27, 2013

Malu dan ikhtilat (Copy Paste)

Musta'mal~

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,cha­tting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahu­ilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,int­ernet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawa­b menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,berma­nja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....

Thursday, April 18, 2013

[Cerpen] Panahanmu aku sambut

1.

Irfan berkalih selang beberapa minit. Malam ini terasa serabut. Hatinya tidak tenang. Hujan lebat dan kilat menyabung tidak menambah apa-apa kecuali keresahan. Sejak kebelakangan ini, semuanya tidak menjadi. Hatinya terasa kering dan gersang. 'Alangkah lucunya hati ini. Di luar sana sedang musim hujan, dalam hati ini musim kemarau. Allah.'

Guruh semakin galak berdentum. 'Ahh..menganggu tidur sahaja!' katanya. Irfan semakin geram. Dia berkalih sekali lagi. Kali ini kaki di kepala katil pula, terbalik. Dia terfikir kenapa sampai begini hatinya resah. 'Ada apa-apa yang aku buat salah ke?' fikirnya.

Usrahnya sudah tak basah seperti dulu. Tadabur dan tilawah al Qurannya juga seperti tidak membawa makna apa-apa. Semakin bosan. Solat pun sudah hilang umphnya. Puasanya hanya kerana mengikut ikhwah-ikhwah lain yang turut berpuasa. Tiada lagi semangat dalam hatinya. Galau sungguh rasa. 'Kenapa?' monolognya.

Ditambah serabut dengan tanggungjawab persatuannya dan assignmentnya lagi. 'Ahh..serabut. Classmate tak boleh harap, semua nak aku buat. Ikhwah akhawat pun kerja lembab semacam je. Kata nak dakwah, tapi ambil tanggungjawab acuh tak acuh. Nak kejar syurga, tapi kerja macam tak nak syurga.' keluhnya geram.

'Baik aku keluar ambil angin sekejap. Duduk dalam bilik lagi serabut jadi'.


Di ruang tamu, kelihatan seorang sahabatnya, Aiman sedang bertahajjud. 'Oh..sudah pukul 4 rupanya'. Dia keluar diam-diam ke halaman rumah, tidak mahu menganggu sahabatnya itu. Irfan membuka pintu dengan berhati-hati, tanpa mengeluarkan sebarang bunyi dan menutupnya kembali dengan perlahan. Dia menuju ke bangku di sebelah rumah.

Kawasan luar rumahnya berbumbung, menghadap bendang yang sangat luas. Dia dan kawan-kawannya sering duduk di situ berehat-rehat, melepaskan tekanan seharian di universiti. Namun, pagi ini dia bersendirian. Dia ingin merungkai permasalahan hatinya.

Irfan duduk. Keluhannya berat. Hujan masih lebat. Kelihatan nun di sana kilat sabung menyabung, bagaikan menari-nari di kaki langit.

'Allah..bantu aku ya Allah. Kenapa hatiku rasa begini gersang?'

Irfan berharap dia mendapat jawapannya malam itu. Dia termenung jauh. Jauh ke arah kilat yang saling menyabung di kaki langit sana. Bercahaya dan terang benderang. 'Cantik...' katanya. Irfan berbaring dan terlena.


2.

Allahu Akbar Allahu Akbar! Azan sayup-sayup kedengaran. Irfan terbangun. 'Oh..aku tertidur di sini rupanya...' bisiknya. Badannya sudah menggigil kesejukan. Tidur di luar sepanjang malam yang hujan membuatkan badannya berhempas pulas mengekalkan core temperaturenya. Rumah sudah bercahaya, tanda penghuni-penghuninya sudah bangun.

Alhamdulillah. Semenjak duduk di sini, Subuhnya terjaga, solat-solatnya andai tidak di Pusat Islam di universiti, akan di surau. Dakwah masyarakat kan? Semestinya penduduk teringin ikut sekali ke surau andai kelihatan mahasiswa-mahasiswa yang mengimarahkan masjid. Yang sedang dalam perjalanan ke surau pula sentiasa berdoa, memberi salam kepada penduduk kampung yang berselisih jalan dengan mereka.

'Kita perangi mereka dengan kasih sayang. Dakwah kita berlandaskan 'athifah. Kecintaan yang mendalam kepada manusia..' Irfan mengelamun. Teringat daurah Dakwatuna dalam Risalah Himpunan Hasan al Banna semester lepas.

'Tapi macam mana aku nak memberi kasih sayang andai aku pun rasa hati aku kosong macam ni?' keluhnya.

Irfan bingkas bangun, bersiap-siap sekali dengan ikhwah lain untuk ke surau.

'Lah...sini rupanya nta..ana ingat nta dah ke surau awal tadi..' ujar Aiman yang mencari Irfan sejak azan berkumandang lagi.

'Tak..ana di luar. Ana pergi siap-siap kejap..' balas Irfan basa-basi.


3.

Kelas hari ini semuanya bosan. Nombor-nombor yang memenuhi kertas-kertas kelihatan tak bermakna. Rasa konkrit dan kosong. Lagi menyakitkan kepala melihat skema litar yang berselirat sana-sini, dengan simbol-simbol yang menambah kekusutan di kepala.

'Nasib baik circuit atas kertas je. Kalau kena mengadap circuit betul lagi berserabut aku jadinya..' getus Irfan.

Rasa hati Irfan semakin menganggu dirinya. Pening dia memikirkan apa yang sudah terjadi dengan dirinya. Dahulu, dia amat meminati subjek-subjeknya. Setiap hari ke kelas semangat untuk mempelajari perkara baharu kekal hidup. Tapi, apa sudah jadi pada hatinya sekarang pun dia tak tahu dari mana hendak mula mencari jawapan. 'Allahu musta'an...' doanya dalam diam.

Tak sabar nak menghabiskan sesi makmalnya yang terakhir. Sudah hampir 3 jam setengah dia berada di dalam makmal itu. Geramnya pada classmates bising dan riuh itu membuatkan dia ingin saja mempateri mulut seorang demi seorang. 'Soldering pen dah ada, timah dah ada. Tinggal nak buat je..' Irfan mengomel seorang diri.

Dia mengambil sebiji kapasitor  berkapasiti 10 mikrofarad untuk dipateri pada litarnya. Untuk menenangkan diri, dia merenung kapasitor itu lama-lama. Pelik. Dia seperti merasakan jawapannya kepada persoalan hatinya ada pada kapasitor ini. Pelik. Apa kaitan hatinya dan kapasitor?

'Ahh..bakal electrical engineer tak ada masa nak melayan intuitif punya kata hati macam ni..aku bukannya artis...imaginasi yang diperlukan, bukan kata hati pelik macam ini..' Irfan menidakkan kata hatinya.

'Allahu musta'an..' bisik Irfan. Dia sudah semakin lemas dalam kegersangan hatinya. Dia kembali memateri kapasitor di litarnya. Bagaikan berada seorang diri di dalam makmal, dia fokus menyiapkan kerjanya tanpa mempedulikan apa yang berlaku sekelilingya.

Dia tak sabar untuk ke kolam renang selepas ini. Setidaknya itulah kebebasan yang dia masih miliki sejak kebelakangan ini. Kebebasan untuk bergerak sebebas-bebasnya di dalam air. Tenang. Tiada yang menganggu.


4.

Guruh berdentum sekali lagi. Malam ini hujan lagi. Ditambah dengan riuhnya guruh dan kilat di luar. Irfan kembali ke bangku di luar rumah. Dia semakin menyukai tempat itu. Ditambah pula dengan pertunjukan kilat di hadapan matanya dan hujan yang menambah syahdu. Dia memerlukan sesuatu untuk mengisi rasa hatinya yang kosong. Jam menunjukkan tepat jam 4 pagi.

Dia duduk termenung. Kemudian Irfan membuka mushafnya untuk dibaca. Dia berharap dapat menemui jawapan dalam tilawahnya itu nanti.

Dalam hujan malam itu, dia membaca penuh pengharapan. 

Tangisannya diseka. Tilawah al Quran membuatkannya menangis. Tapi tangisnya bukan kerana menyesal atas dosa. Tangisnya kerana merasa sangat takut dengan apa yang berlaku dengan dirinya. Dia menginginkan agar Allah menunjukkan jalan padanya. Dia masih tidak faham apa yang sedang berlaku.

Dia sudah meninggalkan maksiat, dia sudah melengkapi mutaba'ahnya, perkara-perkara harus sudah dikurangkan, namun kenapa rasa hatinya masih begini? Masih kosong. Iman itu seperti melarikan diri daripadanya.


'Assalamu'alaikum, Irfan. Ana tumpang duduk boleh?' Aiman menyapa tiba-tiba.

'Astaghfirullah! Terkejut ana. Ingatkan hantu mana tadi.. bagi lah salam dulu kalau ye pun..' Irfan mengurut-urut dadanya.

'Ana dah bagi dah..' Aiman menjawab sambil tersenyum.

'Hah..duduklah. Wa'alaikumussalam..' Irfan menjawab.

Aiman mengambil tempat di sebelah Irfan. Kedua-duanya diam. Menikmati angin hujan seketika. Aiman memulakan perbualan.

'Ana pernah baca dalam Dr Gray punya buku, Men from Mars and Women from Venus yang lelaki ni bila ada masalah dia masuk dalam gua dia. Diam seorang diri, sampai dia jumpa jawapan. Baru dia keluar gua dia balik. Dia jarang nak berkongsi dengan orang. Jadi, ana hormat nta sebagai seorang lelaki.. ' Aiman berkata-kata sambil tersenyum.

'Apa maksud nta?' Irfan bertanya kehairanan.

'Ana dah nampak nta macam ada masalah. Cuma, ana biar dulu nta settle sendiri. Mungkin nta perlu masa bersendirian. Cuma, ana nak beritahu kalau nta perlukan teman mendengar atau nak consult sesiapa, ana ada di sini..' ujar Aiman sambil tersenyum lagi.

'Ok. Takpe..kalau ana perlu ana cakap. Sekarang ana perlu masa berfikir. Cuma, kalau nta tak keberatan, nta teman ana duduk di sini kejap boleh?' pinta Irfan. Di sebalik keengganannya untuk berkongsi masalahnya, dia akui dia memerlukan seorang teman untuk bersamanya ketika ini.

'Emm..ok!' jawab Aiman pantas.

Tiada gesaan ke atasnya pagi ini. Qiamnya sudah cukup 8 raka'at, muraja'ah al Qurannya sudah dilakukan sekaligus di dalam solatnya, solat witir dan doa qunut juga sudah dipanjatkan untuk pejuang-pejuang Islam seantero dunia juga untuk mereka yang dizalimi. Sekarang sudah hampir waktu sahur, sunnahnya ialah berhenti qiam dan beristighfar sehingga waktu subuh. Ayat al Quran 'Wal mustaghfirina bil ashar' dan 'wa bil ashari hum yastaghfirun' dipahat di dalam kepala.

Kedua-duanya diam. Membiarkan dentuman guruh mengisi telinga masing-masing. Irfan dengan fikirannya dan Aiman dengan istighfarnya. Di dalam hati masing-masing mengagumi keindahan suasana hujan dan kilat yang saling menyabung di hadapan mereka.

Lama mereka diam.

'Tengok kilat tu..cantik kan?' Aiman sekali lagi memulakan perbualan.

'Haah..cantik.' jawab Irfan lemah. Dia masih sibuk menyelami rasa hatinya yang sedang mencari jawapan.

Mereka berdua diam kembali.

Irfan yang masih berfikir tiba-tiba mendapat idea. Dia teringat peristiwa petang tadi di mana dia merasakan kapasitor yang dipegangnya dapat memberikan jawapan kepada persoalannya.

'Bagus..mamat sebelah aku ni budak dekan elektrik, mesti boleh jawab!' Irfan bermonolog.

'Akhi..emm. Boleh nta terangkan pada ana tak pasal kapasitor? Ana tahu ana macam orang gila tiba-tiba pagi buta ni tanya pasal kapasitor. Tapi ana nak tahu..' pinta Irfan.

Aiman memandangnya kehairanan. Dia mengangguk dan diam sebentar. Kelihatan seperti mencari cara terbaik untuk menerangkan pada Irfan mengenai kapasitor. Kemudian dia memandang Irfan dan tersenyum.

'Tu....' Aiman berkata sambil menunjuk ke arah bendang.

'Erk..apa dia yang nta tunjuk tu?' tanya Irfan kehairanan.

'Kilat..' Aiman menjawab. 'Untuk pengetahuan nta, kilat adalah sebuah kapasitor semula jadi.. konsepnya sama seperti dengan kapasitor yang kecil tu..cuma, kilat lebih besar, bertenaga, dan tak terkawal. Dan ianya ciptaan Allah yang sangat indah..!' sambung Aiman sambil bertasbih.

'Elaborate more please...' Irfan meminta sambil tersengih. Dia tertarik mengenai kaitan kilat dengan kapasitor.

'Nta tahu macam mana kapasitor berfungsi kan secara basic kan? Cuba terangkan pada ana. Kita revise balik pagi ini..' Aiman bertanya kembali.

'Tahu. Kapasitor berfungsi bila dua plate yang dijarakkan, di caj di satu plate positif dan lagi satu plate negatif. Bila charge positif dan negatif makin banyak terkumpul di plate masing-masing, voltan antara kedua-duanya semakin tinggi, sehingga tiba ke satu tahap yang digelar breakdown, udara atau material yang memisahkan kedua-duanya yang pada asalnya penebat menjadi konduktor kerana breakdown yang berlaku. Bila dua-dua plate itu discharge, tenaga terhasil. Arus eletrik pun mengalir.. Nta nak ana bagitahu sekali ke formula-formulanya? Ana ingat lagi ni..hehe.' jawab Irfan sambil mneyeringai kebanggaan.

'Fenomena kilat secara asasnya pun macam itu lah akhi..kilat ini secara sejarahnya merupakan fenomena yang membolehkan manusia memanfaatkan api. Kalau nta pernah tengok cerita Spongebob Squarepant macam mana Spongebob, Patrick dan Squidward manfaatkan api yang terhasil daripada sambaran kilat..' Aiman mula menghuraikan. 'Walaupun mereka duduk di laut..' Aiman berbisik. Baru dia sedar mengarutnya Spongebob. 'Ada api dalam laut?' monolognya.

'Ana tak sangka nta minat Spongebob...' Irfan memintas. Dia menjeling Aiman. Aiman minat Spongebob? Kelakarnya.Tak logik langsung, macam 1+1=3.

'Eh..ke situ pulak. Itu dulu. Lelaki ini kadang-kadang muka je legend, dalam hati ada taman..' Aiman membela diri. Takut tercalar imej kejantanannya. Jatuh sahamnya kalau pakcik-makcik ejen Baitul Muslim tahu ini. Macam mana nak kahwin dengan akhawat qawiyyah macam ini.

'Plate dalam fenomena kilat ini ialah tanah dan awan. Dalam proses yang saintis pun tak faham sepenuhnya, caj-caj negatif terkumpul di dasar awan dan caj-caj positif tertarik ke kawasan awan yang lebih tinggi. Saintis percaya matahari memainkan peranan penting dalam proses pemisahan caj-caj ini.. ' Aiman menerangkan sambil tangannya menggayakan awan dan matahari.

'Bila caj-caj negatif terkumpul di bahagian bawah awan, caj-caj positif terkumpul di daratan. Cuba nta tengok sekarang, nampak tak dalam banyak-banyak kilat itu, ada kilat yang tak sampai ke bawah? Dia keluar in branches tapi tak cecah tanah. Fenomena itu dipanggil stepped leader atau downward leader. Ianya terjadi bila caj-caj negatif yang ingin turun tak disambut oleh caj-caj positif dari darat. Nampak tak mereka macam cuba nak turun tapi tak dapat?' Aiman bertanya.

'Haah.. macam cinta tak disambut pun ada. Bertepuk sebelah tangan..' Irfan menjawab.

'Macam cinta Allah yang tak disambut oleh hambaNya kan?' Aiman menambah.

Irfan terasa. Dia mula mencari makna di sebalik fenomena itu diam-diam. 'Astaghfirullah..' bisik Irfan.

'Kilat ini akan jadi bila stepped leader disambut oleh upward streamer dari daratan. Udara antara awan dan daratan akan break down, menyebabkan pokok-pokok atau konduktor dapat mengalirkan caj-caj positif dengan berkesan. Medan elektrostatik yang tinggi akan menyebabkan udara di ionize dan memudahkan laluan untuk pertemuan caj-caj positif dan negatif. Boom! Kilat pun menyabung..Pertemuan dua kelompok caj itu akan menghasilkan cahaya yang gemilang beserta dengan energy transfer yang sangat-sangat tinggi!..' Aiman meneruskan huraiannya. Hatinya semakin gembira dengan takbir, membesarkan keagungan Tuhannya. Allahu Akbar.

'Ianya semacam dua-dua sumber tenaga yang melimpah-limpah bila bertemu. Mereka mengalirkan tenaga yang begitu tinggi.. Semacam empangan yang dibuka setelah sekian lama ditakung..Masya Allah..' Aiman tenggelam dalam kekagumannya pada ciptaan Allah.

'Senang cerita, untuk kilat ini terjadi ada dua syarat. Yang pertama, perbezaan voltan antara dua kawasan mestilah sangat tinggi. Yang kedua, mesti adanya medium yang menghalang aliran tenaga daripada berlaku. Macam udara yang kemudiannya break down. Atau macam dinding empangan. Sebab itu bila kilat menyabung, semacam flood gate terbuka..' Aiman menamatkan penerangannya sambil tersenyum. Episod Spongebob kembali menjengah mindanya. Teringat babak di mana Spongebob berkongsi api membakar makanan. 'Tapi, api dalam laut? Hish..mengarut..'Aiman berkhayal.

'Akhi..terima kasih!' Irfan memeluk Aiman erat.

Irfan merasakan dia semakin hampir dengan jawapannya.

'Sama-sama. Akhi, buka Surah ad-Dhuha. Tadabbur maknanya, baca kisah di sebalik penurunannya..moga Allah mempermudahkan..' Aiman merasakan pelukan Irfan semakin erat, dadanya kembang kempis.

Irfan bangun dan terus masuk ke dalam rumah. Menahan sebak di dalam dadanya.


5.

Irfan cepat-cepat menghabiskan lapnya yang terakhir di kolam tersebut. Freestylenya ditambah dengan drill slow arm recovery, quick catch dan high swingers sebagai final push. Rasanya tidak sabar lagi untuk pergi ke library. Ingin mencari maklumat mengenai Surah ad-Dhuha seperti yang disarankan oleh Aiman.

Setibanya Irfan ke perpustakaan, dia terus menuju ke makmal komputer untuk mencari di Internet dan direktori buku-buku di situ. Mencari asbab nuzul surah itu, pendapat perawi-perawi dan Imam-imam hadith mengenai surah itu.

Setelah lebih tiga jam berulang-alik tingkat satu dan dua, mengupload artikel-artikel ke dalam dropboxnya untuk dibaca di telefon pintarnya, membawa buku-buku rujukan dan kitab ke mejanya dan menelaah serta menelefon asatizahnya, akhirnya dia puas.

Surah ad-Dhuha diturunkan kepada nabi Muhammad untuk menghiburkan hati Baginda, yang merasa ditinggalkan oleh Allah dan Jibril kerana sudah lama tidak menerima wahyu. Juga untuk menenangkan Baginda yang berduka cita kerana ejekan kafir Quraisy.

Bismillah

 Demi waktu dhuha,

  Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

  (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

  Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.

  Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

  Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?

  Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

  Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

  Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

  Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.


'Indah sungguh ayat-ayat Allah untuk NabiNya...cukup indah. Maafkan aku ya Allah.. Maafkan aku..' Irfan menitiskan air mata selepas membaca surah ad-Dhuha. Ayat-ayat Allah itu satu persatu menerjah hatinya, membasahi daerah yang sekian lama kontang dengan iman, menerangi negeri yang sudah lama dicengkam kegelapan.

Irfan menangis tersedu-sedu. Hatinya digamit kesedihan yang begitu pahit. Betapa dia menyangka Allah telah meninggalkannya. Betapa dia merasakan bahawa Allah telah membiarkan dirinya keseorangan. Betapa dia sering menganggap Allah membiarkan doanya tak bersambut. Begitu sangkaannya selama ini.

'Ayat ini untuk aku!' Irfan terus merintih. Dia membacanya berulang-ulang kali. Ulang dan ulang. Hatinya merayu sedalam-dalamnya, memohon ampun dan menghinakan dirinya di hadapan yang Maha Mulia.

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

Irfan merasakan nikmat yang tak terhingga. Hatinya mula kembang setelah sekian lama kuncup. Bagaikan nafas kehidupan kembali memenuhi setiap rongga di dalam hatinya. Rasa hangat dan dicintai. Pengharapannya yang sekian lama sunyi kini bersambut. Bersambut dengan penuh hikmah dan kefahaman. Hatinya bagai dibelai-belai dengan kasih sayang dari yang Maha Penyayang. Dia mula sedar dan bangkit. Dia mula segar dan kembali hidup, setelah sekian lama hatinya mati.

'Ya! Ianya bagaikan kilat! Setelah sekian lama rasa sunyi dan kosong, hatiku ini sangat-sangat memerlukan cinta yang bersambut. Alhamdulillah pada hari ini cintaku telah bersambut...' Irfan mula memahaminya.

'Allah memang tidak meninggalkanku. Dia ingin mengujiku sejauh manakah pengharapanku padaNya! Aku lulus ya Allah..aku lulus! Hahahahahahaha.....' Irfan semakin gembira. Air matanya tumpah kegembiraan. Dia menarik nafas, kemudian melakukan sujud syukur. Sujudnya lama. Bagaikan hamba yang pulang ke pangkuan tuannya setelah lama menghilangkan diri. Irfan tunduk. Mengagungkan kemuliaan Tuhannya.


6.

'Kunci kebahagiaan kita ini ada pada ta'abbud kita kepada Allah. Itulah seperti yang diungkapkan oleh Ibnu Qayyim dalam menghuraikan rahsia dan hikmah di sebalik solat. Ibadah itu tiada tujuan lain, hanya semata-mata ta'abbud kepada Allah. Puncak kenikmatan dalam beribadah ialah merasakan betapa hinanya kita di hadapan Allah..hati ini dipersembahkan kepada Allah, anggota-anggota kita semua ikut tunduk kepada hati. Kita serahkan segalanya untuk Allah..dengan itu, hati menjadi hidup. Sambutlah cinta Tuhanmu wahai ikhwah sekalian..bagai kilat menyambut tetamunya. Agar kehidupan mengalir di dalam hidupmu. Ia..agar ia mengalir dengan segar..' Irfan mengakhiri tazkirahnya. 

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Irfan mengulang-ulang ayat daripada surah ad Dhuha itu. Dia menyedari hikmah musim kemarau yang melanda hatinya dahulu. Kini dia mendapat pengajaran yang mendalam. Dia menyedari kesilapannya dahulu.

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?

Pengajarannya yang dia perolehi terus daripada surah ad Dhuha tersebut. Dulu dia hanya memfokuskan peningkatan kualiti dirinya sahaja. Farqiyyah! Peningkatan vertikal. Dia lupa dia juga ada tanggungjawab terhadap aspek ufuqiyyahnya. Peningkatan horizontal.

 Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

  Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;


Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah berdua. Kembali ke Mekah dengan sepuluh ribu orang. Islam ini nikmatnya bukan untuk seorang diri. Tapi, untuk dikongsi. Tak ada makna andai cinta ini dinikmati seorang diri tanpa menghiraukan orang lain di sekeliling. Dakwah itu dasarnya 'athifah. Inilah 'athifah yang diungkapkan oleh Imam Al Banna. Kasih sayang mendalam terhadap umat manusia. Ya..kasih sayang dan cinta.


7.

Irfan kembali ke bangku kesukaannya. Hari ini dia menghabiskan qiamnya awal. Dikejutkan juga rakan-rakannya yang lain. Dia ingin orang lain merasakan apa yang dirasakannya. Walaupun dia lebih suka qiamnya dia seorang sahaja yang tahu. 

Irfan tersenyum memandang ke arah bendang yang luas di hadapannya. Malam ini hujan lagi. Kilat dan guruh kembali menjadi temannya. 

'Kilat..aku rungkaikan rahsia kau pada hari ini. Rupanya bukan cintaku tak disambut Tuhan. Tetapi aku yang tidak menyambut pengharapan manusia lain padaku. Manusia yang masih di dalam kejahilan dan kegelapan jahiliyah yang pekat...'

'Kilat..aku rungkaikan rahsia kau pada hari ini. Aku menyedari nikmat kehidupan itu tersembunyi dalam bermanfaatnya aku pada makhluq yang lain. Tenaga kehidupan yang mengalir hasil interaksi yang lahir daripada kasih dan cintanya aku pada umat manusia...'

'Kilat..aku rungkaikan rahsia kau pada hari ini. Aku akan ingat, andai suatu hari nanti aku mengalami kesusahan yang menjatuhkan, masa yang memeritkan, saat yang mendukacitakan, dan keputusan yang mengecewakan - akan ku pahat di hatiku bahawa ia hanya merupakan permulaan untuk panahan cinta yang lebih hebat. Itu lah ujian. Dan ujian tidak lain dan tidak bukan sebagai kafarah dan tapisan dari Tuhan, untuk mengetahui siapakah dalam kalangan HambaNya yang terpilih. Dan aku berdoa, agar aku dapat bertahan sehingga panahan cinta menyambutku sekali lagi. Sehingga maut menjemputku... '

'Dan pada hari ini, panahanmu telah ku sambut..' Irfan berkata. Dia mengakhiri luahannya dengan syahadah. Syahadah yang dimaknakan sedalam-dalamnya, menghadirkan hati dan mindanya, membulatkan tekad dan azamnya.

'Ini jual beliku ya Allah..terimalah..'

Di belakang Irfan, Aiman memerhatikan dengan tenang. Dia tersenyum. Alhamdulillah, Irfan berjumpa dengan jawapannya. Dia gembira untuk Irfan.

'Tapi..dah sambut panahan kilat? Ceh..mamat ni ingat dia avatar Aang ke apa nak main sambut-sambut kilat. Lain lah macam aku..ada rupa Jeneral Iroh..' Aiman kembali perasan.

Tamat.


Nota kaki :

1. Kajian mengenai kilat juga dikenali sebagai fulminologi. Masih banyak yang belum difahami mengenai fenomena kilat ini. Sila search untuk maklumat lanjut. Istilah dark lightning ada menjelaskan mengenai interaksi antara elektron dan positron (anti matter of electron). Malah, ada fenomena yang dikenali sebagai ball lightning. Peminat Naruto, bayangkan Raikiri. Ha..itu lah dia. Kepada Allah dikembalikan segala pujian, Subhanallah.

2. Ayat beristighfar waktu sahur - Ad Dzariyat:18(وبالأسحار هم يستغفرون) dan Ali Imran:17(والمستغفرين بالأسحار).

3. Idea tercetus bila Ayaz tanya macam mana kilat terjadi.

4. Image from Spongebob episode Cavemen.

4. Sebarang ketidaktepatan maklumat atau kesalahan minta dibetulkan. Terima kasih. Selamat mengambil pengajaran. :)



Monday, April 15, 2013

Beautiful - Euler's identity

Just arrived home this morning. Hoping to join the task force for PR in KL. Still waiting for further instruction.

Perspective.
In the midst of this intense political weather, men must not forget to attend the prayer at mosque and to maintain their akhlaq. It's easy to lose your cool head especially when you meet someone who is so irrational in front of hard evidence. Fanatics, or as we students prefer to call them, macai. But even I may be in the same spot as him in his view. Wallahu a'lam. May Allah guide us and free us from fanaticism and blind obedience.

My best friend, Asyraf Roslan showed me this identity. And hitherto, it is the most beautiful identity I've ever seen. It is known as Euler's Identity. Want to know more about Euler? Click

Why suddenly? Today is his birthday. He was an exceptional mathematician. I'm a student of science and math, so I think our Malaysian society should know more about these wonderful heroes of the world that have contributed so much to the world without us realizing it. So, check out the grand identity of Euler, as Richard Feynman(physicist) put it, 'the most remarkable formula in mathematics'.
Euler's Identity

Beautiful isn't it? Just simple, elegant, wonderful, and truly magnificent. Masya Allah.

Selamat berPRU dengan berakhlaq dan selamat.

Salam.



Tuesday, April 9, 2013

What do we mean by second, meter....? A peek into the world of measurement

Last semester, I took a very interesting subject, Electrical Measurement. And Alhamdulillah, I was taught by a very strict lecturer who was very particular and cared for her students. Thank you Miss Anis Diyana for that. Basically the subject deals with statistical analysis, how the measurement is acquired, how we calculate and deal with errors, the mechanism of the measuring instrument itself, to its errors and sensitivities. Simply put, a very technical subject full with lengthy calculations and mechanism explanations.

One of the many things that popped in my head while dealing with this subject is to wonder how accurate and precise our measurement is. The thought was induced because what I learned was how to calculate errors, not only one layer but layer upon layer upon layer of errors. If I could describe it simply, it is like there is a boundary between the outside world and our measurement. What we measure isn't what exactly 'out' there. There will always be a slight deviation in term of its real value and the measured value - perhaps technology one day might close the gap who knows. Nevertheless, my true purpose of posting this is not to bring you along in my convoluted, complex unneccessary questions and thoughts, but to share with you what I love to share. Knowledge! :)

Have you ever wondered about all the units we use in our daily life, on what are they based upon? Units of measurement like second or meter. When we say, 'I'll be there in five minutes!' or 'Boss, 2 kilos brown beras please..', have you thought about it? Did the question 'How the whole world came to an agreement of what a second is or a kilogram is?' ever pop up in your head? Malaysian kilogram shouldn't be no different than the US' kilogram right? (Actually there is, very-very minute difference.. I'll explain later).


So what do we mean by second, meter......?


There are seven base units of SI(International System of Units) unit, namely second for time, meter for length, kelvin for temperature, kilogram for weight, candela for luminous intensity, ampere for current, and mole for amount of substance. And the whole world uses these units to indicate, measure, monitor and define. For us public, defining these units is not a thing to be concerned of. For example, when we came late to class, our lecturer said "Stop, stand right there. You are one minute late." And then we said "But my one minute is different than yours. I'm just following my standard, you can't punish me for that." Exaggerated. Point taken right? But, in big laboratories, institutional research lab, giant factories, and standard maintenance it's something very important. 

Before we go into the definitions of these units, we should know who's setting the standards for these units. There are three important organizations that are responsible for maintaining the standards, one of them is International Bureau of Weights and Measures. This organization along with the other two work hand in hand internationally to maintain and revise the standard definition for the SI units. They meet once in a few years with their delegates to discuss things regarding the standards. The bureau has another important role which is to maintain accurate worldwide time. A bit WOW isn't it? The reference is called the Coordinated Universal Time(UTC), somehow has the same function as often-used GMT(Greenwich Mean Time). UTC is more carefully calculated and defined, and it is governed by scientific community.

And the bureau also keeps the international prototype of kilogram. This prototype is very carefully protected and secured. Of course, it sets the defining kilogram for the whole world!

One thing you should know that these guys in the organizations are aiming to set the standard based on constants, not physical thing which will change in time. Constants like speed of light or charge of electron.


So what do we REALLY mean by second, meter....?

Ok. We'll go through one by one. As you read, you'll realize that these definitions do depend on one another.

1. Meter - The meter is the length of the path travelled by light in vacuum during a time interval of 1/299 792 458 of a second. You might also realize that if you rearrange this definition, it's the speed of light!

2. Second - The second is the duration of 9 192 631 770 periods of the radiation corresponding to the transition between the two hyperfine levels of the ground state of the cesium 133 atom. Previously, they defined a second as 1/(24 x 60 x 60) of the day. It's obvious right why they revise the definition?

3. Kilogram - Previously, it was defined as the mass of one litre of water. Now, it is the unit of mass; it is equal to the mass of the international prototype of the kilogram. What is the international prototype? Click

4. Ampere - The ampere is that constant current which, if maintained in two straight parallel conductors of infinite length, of negligible circular cross-section, and placed 1 meter apart in vacuum, would produce between these conductors a force equal to 2 x 10-7 newton per meter of length. Got it? If you don't understand, just know that when current flows through a conductor, it generates a field(circular most of the time).  When two magnetic fields meet, they are either pushed or pulled.

5. Kelvin - The kelvin, unit of thermodynamic temperature, is the fraction 1/273.16 of the thermodynamic temperature of the triple point of water. Emm..what is triple point then? Interestingly, triple point is the temperature and pressure at which a substance coexists as all three phases of matter; gas, liquid, solid. Simply, it's a condition where for example H2O will exist as ice, water, and gas at the same time.

6. Mole - 1. The mole is the amount of substance of a system which contains as many elementary entities as there are atoms in 0.012 kilogram of carbon 12; its symbol is "mol."  2. When the mole is used, the elementary entities must be specified and may be atoms, molecules, ions, electrons, other particles, or specified groups of such particles.

7. Candela - The candela is the luminous intensity, in a given direction, of a source that emits monochromatic radiation of frequency 540 x 1012 hertz and that has a radiant intensity in that direction of 1/683 watt per steradian. Don't worry, I don't understand it well myself. Self-effort please haha..

The definitions I listed are the exact definitions. Not a word changed.

Ongoing revision..
I don't know about other units, but from what I know, kilogram is going to be revised again and the process of introducing the new more stable prototype is on its way. I'll post the video at the bottom of the post.

Four standards of measurement
There are four standards as for now. The first one is the international standard, which is maintained by the bureau I mentioned above. The second one is primary standard, also known as national standard. This standard is preserved and maintained by each respective country. So Malaysian standard might as well different compared to Thailand standard, in very minute difference. It's an error though. The third one is secondary standard. Secondary standard is also known as industrial standard, usually maintained by large factories. Lastly, working standard. A standard that is used by most laboratories and researchers and many more.

These standards will try to maintain their standards as accurate and precise as possible with the international standard.

So, next time, in your daily conversation, you will finally begin to grasp fundamentally what a meter or a second means. Ha.

Our standard.. A sad reality
When my lecturer covered the above subchapter regarding standards of measurement, it really made me think, what sets our standard as a Muslim? In the university where I studied, you can even see girls with tudung labuh and guys with kopiah laughing so hard together on the same desk and eating together. I mean, what the heck?

I was moved when I posted about the death of Syeikh Said Ramadan al Buti, a friend commented. He said, although Syeikh Said was a syeikh, still when a female student came to him, you can see obviously he was shy because of the female student. Masya Allah. May Allah bless him.

Perasaan malu tidak mendatangkan apa-apa kecuali kebaikan - mafhum hadith.

We are an expert when it comes to talk about Islam. We can answer anything, refute anything, prove anything. But when it comes to akhlaq, we are the same with others. Our standard today has gone awry. Especially when it comes to ikhtilat and politics. I see even when it comes to watching movies, when some of them see erotic scenes or sexy poses, they just laugh and make a joke out of it.

I'm in an effort to re-adjust my standard. May Allah ease. May blessings of Allah come with my effort. Amin.

Salam.

p/s - Miss Anis Diyana rewarded me two times. Dulu masa nak beli pen drive, nak guna voucher tapi tak jadi, sebab voucher kena guna minimum Rm50. Masa itu memang sangat-sangat perlu pen drive. Terdesak. Pasrah lah masuk kelas miss. Alhamdulillah, dapat highest mark(rezeki Allah) dalam test, dapat satu pen drive 8GB. Second time, masa nak belanja makan adik-adik usrah. Masa itu memang kering, tapi nak belanja juga. Again, Allah blessed me, dapat highest mark lagi sekali dan kali ini miss bagi duit Rm40. Miss asalnya ajak makan sekali dengan student highest kelas lain, which happened to be girls. I rejected politely and miss gave me the money which I used all of them to treat my adik-adik usrah. Alhamdulillah. Allah memang ar Razzaq! :)

Video and reference
http://physics.nist.gov/cuu/Units/current.html
http://en.wikipedia.org/wiki/International_Bureau_of_Weights_and_Measures
Don't forget to subscribe the channel!

Monday, April 1, 2013

Kenapa kita membezakan?

Dalam satu jarak masa kebelakangan ini, beberapa ikhwah telah dijemput oleh Allah.

Kerna mereka pergi bertemu dengan kekasih mereka, ianya jarang menjadi sesuatu yang menyedihkan buatku. Sedihku selalunya bukan kerana mereka pergi, tetapi kerna bimbang mengenai nasib diriku.

Seni kematian aku tidak tahu bagaimana, adakah indah atau sebaliknya?

Sering, andai aku merasakan usrah sudah hilang umphnya, murajaah dan tadabur Quran sekadar meniti bibir, bersedekah pun kurang nikmatnya, jalan ke masjid sudah kering seronoknya, last resort aku akan ke kubur, always, secretly. Tak kisah siapa pemilik kubur, seperti kata nabi, manfaat menziarahi kubur bukan untuk si mati tetapi untuk yang hidup.

Dua pemergian insan yang sangat dalam kesannya. Akh Iman, yang mana naqibku mengenalinya. Dia bercerita mengenai beliau dalam usrah kami. Tiada sedih bagi diriku aku untuk beliau. Hanya rindu pada orang beriman seperti beliau.

Namun, pemergian seorang syeikh yang sangat aku cintai kerana ilmunya, Syeikh Said Ramadan al Buti sangat membuatkan aku sedih. Pada hari beliau meninggal, aku menangis. Menangis dan menangis. Air mata demi air mata tumpah. Aku jadi benci sehingga pada hari itu, mulut aku penuh lafaz doa agar Allah melaknat Basyar al Assad dan pembunuhnya. Sehingga lah keesokan harinya, reda sedikit.

Aku sangat mencintai beliau kerana ilmunya. Kitabnya Fiqh Sirah sangat aku gemari. Bagi pembaca buku, buku ada dua jenis. Ada buku yang dah habis baca disimpan. Ada buku yang sudah habis baca, dibaca lagi, dibaca lagi dan terus dibaca. Kitab Fiqh Sirah beliau termasuk dalam jenis kedua bagiku.

Aku sangat hiba dan sedih sehingga ke hari ini. Aku menulis post ini, hanyalah dengan harapan Allah meredakan kesedihan ini. Intipati pengajaran dalam Fiqhnya membuka satu ruang pandang yang sangat luas dalam mendalami sirah. Selepas membaca karyanya, sirah was no longer a distant past. It is a close friend, walking along in every step of my life. A window to peek the very lives of mun'im alaihim, the people that Allah has bestwod ni'mah upon them. The an'amta alaihim people.

Tapi, syeikh telah pergi. Beliau pergi bertemu kekasih beliau. Aku tak tahu mengapa aku sedih. Aku merasakan hati ini sangat-sangat mencintai syeikh Said. Hati ini sesak dan lemas bila mendapat berita mengenai pemergian beliau. Yang aku tahu, sehingga hari ini aku sedih. Aku rindu pada syeikh.

Satu Tazkirah
Pada suatu hari, di group facebook ikhwah, seorang akh telah menegur kami. Kenapa bila syeikh meninggal ramai yang bersedih? Kenapa sebelum ini biasa-biasa saja? Adakah beza nyawa seorang Muslim dan Muslim yang lain?

Allah.. Maafkan aku wahai kaum muslimin. Aku membezakan nyawa kalian semua. Sedangkan kalian juga wajar menerima doa dan juga simpati dari kami. Astaghfirullah, maafkan aku andai aku telah membezakan kalian dan syeikh.

Ke atas diriku dan pembaca, terletaknya haq untuk perjuangan umat ini. Sila ambil serius bagai nyawa kalian bergantung padanya. Bak kata akh Iman, biar dakwah dan tarbiyah jadi nadi kehidupan.

22 Mac
Tarikh Syeikh Ahmad Yassin dan Syeikh Said Ramadan pergi meninggalkan kita.

Juga tarikh adik kelima aku lahir, Ayaz. Aku telefon Ayaz keesokan harinya. Kerana aku terlalu sedih pada hari itu. Aku berazam akan mendidik Ayaz untuk bercita-cita untuk syahid sebagaimana pahlawan-pahlawan pada tarikh lahir Ayaz syahid.

Moga Allah redha.