Friday, August 31, 2012

Nilai Cinta

Sebelum habis Ramadan, saya ada membeli beberapa buku. Mood semasa Ramadan merupakan mood cinta. Jadi, semasa ke kedai buku, saya membeli buku perihal cinta. Buku mengenai kekasih saya, Syamail Muhammadiyah(Keanggunan Nabi Muhammad) - Imam Tirmizi dan juga buku Hilal Asyraf, Sebelum Aku Bernikah. Hasrat nak membeli Is God A Mathematician? saya tangguhkan. Momentum Ramadan ada, jadi kena garap hikmah-hikmah selagi semangat itu ada. Biar hikmah jadi kefahaman, dan kefahaman memandu istiqamah di bulan lain.

Sekembalinya saya di sini(Penang), saya meminjam buku Kecerdasan Asmaul Husna, Sulaiman Al Kumayi. Sepanjang di sini, sudah enam buah buku saya pinjam dan habis baca. Semuanya buku mengenai sains dan saintis. Understanding Einstein, Black Holes and Baby Universes - Stephen Hawking, The Great Beyond; Higher Dimensions and Parallel Universes, dan lain-lain. Jadi, memang sepanjang di sini sebelum raya moodnya mood sains, bila masuk Ramadan jadi mood hamba yang mencari cinta. Alhamdulillah, Ramadan kali ini saya bahagia. Tiada apa yang saya sesalkan. Moga-moga Allah terima segalanya.

Raya kali ini agak mendebarkan. Saya tak sentuh walau sebiji pun kuih raya (Heheee : Gelak Shin Chan nakal). Di pagi raya, kami berkumpul di Kubang Kerian. Sesudah ibu, ayah dan makcik pakcik saya bersalaman dengan datuk dan nenek saya, saya membacakan doa. Panjang doanya. Bercucuran air mata makcik pakcik ibu ayah saya. Saya berdoa kepada Allah, merasai harapan ibu saya selama ini. Alhamdulillah. Ini kali pertama semua adik-beradik dapat berkumpul setelah lebih sepuluh tahun tak dapat berkumpul bersama. Saban tahun saya melihat ibu saya sedih, kerana sedikit perselisihan dengan nenek kami, hanya keluarga kami sahaja yang beraya di sana. Kadang-kadang sangat dapat bertembung dua beradik di rumah nenek kami. Saya belajar nilai yang sangat penting dalam keluarga daripada kejadian ini.

Lebih mengejutkan, biasanya saya hanya menitis air mata ketika bersalaman dengan ibu ayah saya. Sikit je. Tapi tahun ini, saya menangis di bahu mereka. Saya tak cakap apa-apa. Saya pandang wajah mereka, saya salam tangan, saya letak muka saya di bahu mereka. Menangis macam budak-budak. Habis basah baju ibu ayah saya. Lagi-lagi masa tengah meraung di bahu ibu saya, ibu saya berbisik "Anak mama, Mama sayang. Lagi dua je Allah tak makbulkan lagi doa Mama untuk abang. Jadi Hafiz Quran, Allah dah makbulkan. Lagi dua, Mama doa abang dapat pimpin masyarakat, dan Mama doa abang mati syahid. Itu doa Mama". Lagi kuat saya menangis. Maklumlah, anak sulung. Bukan selalu dapat rasa ibu belai kepala. Dah habis menangis, sempat lagi saya tanya, "Ma, tak doa untuk Asif kahwin ke?". Keh. Entah macam mana soalan itu keluar pun saya tak tahu. Tiba-tiba. Moga saya dapat jadi anak yang baik. Mereka tak pernah putus asa untuk saya, dari saya kecil hingga besar. Banyak dosa saya pada mereka. Saya tahu dalam hati saya, saya cinta mereka. Sangat-sangat cinta. Tak pernah berlalu sehari tanpa nama mereka disebut dalam doa saya.

Saya sering tertanya-tanya, terutama pada bulan Ramadan lepas. Apakah nilai cinta saya di sisi Allah? Macam mana untuk saya ketahui adakah cinta saya bernilai atau tidak di sisi Allah? Saya tidak tahu jawapannya. Tapi saya merasakan, cinta itu perasaan yang menenangkan dan membahagiakan. Saya merasakan bila kita hidup dalam senang, kita bersyukur. Bila hidup diuji, kita solat dua rakaat memohon sifat redha dan bersangka baik pada Allah.

Alhamdulillah, bila saya terima berita yang saya kurang berkenan, saya terus mengambil wudhu' dan menunaikan solat dua rakaat. Andai sebelum ini walaupun saya bersabar, tapi hati saya akan sakit. Tapi Alhamdulillah, kali ini rasa sedih itu saya pulangkan kembali pada Allah. Andai itu yang terbaik, mohon dikurniakan redha. Saya sentiasa berdoa pada Allah agar segala keputusan hidup ini dipandu Allah, bukan dipandu oleh kecetekan akal diri sendiri. Walaupun kadang-kadang kemahuan itu terlalu kuat, kemahuan itu saya pulangkan kembali kepada Allah. Andai ianya baik, pulangkan ia kembali pada saya. Andai tidak, hilangkan ia dari hati saya.

Hidup ini punya tujuan. Jangan mudah terleka dengan distraction lain. Sentiasa belajar dari kesilapan.

Ya, hidup saya ada impian. Saya punya tiga impian dalam hidup. Andai Allah ingin gugurkan mana-mana impian saya, saya redha. Impian boleh digugurkan, namun tujuan itu pasti. Tujuan hidup kita ialah Allah. Paksikan itu dalam hati.

Sentiasa check dari masa ke semasa, bagaimanakah cinta kita? Adakah bila kita sujud, hati kita merasakan kehinaan dan kehambaan? Adakah kita ingat pada Nabi semasa kita senyum, bergurau, makan, dan solat? Kerna itu semua sunnah nabi. Di akhir zaman ini, di mana nabi telah tiada, link kita untuk menyemai rasa cinta pada Nabi hanyalah dengan mengamalkan sunnah nabi, selawat dan membaca sirahnya.

Sentiasa rujuk hubungan kita dengan Al Quran. Adakah kita menjaga dan mengamalkan isi Al Quran? Adakah kita faham ciri-ciri dalam Surah al Mu'minun? Sudahkah kita maklum ciri-ciri orang bertaqwa yang terletak di banyak tempat di dalam Quran? Sudahkah kita faham berapa kali Allah berpesan, yang Allah akan meneguhkan tapak kaki mereka yang berada di jalan Allah? Malah Allah siap menghantar malaikat untuk bersama dengan kita.

Saya ingin syorkan satu buku yang sangat bagus. Bekalan Sepanjang Jalan Dakwah, Mustafa Masyhur. Sangat peribadi dan hidup. Beliau mengajak kita untuk mencari bekalan dalam solat, di dalam Quran, zakat, haji, tafakur pada nikmat, dan takfakur pada ciptaan Allah. Best!

Juga buku Syamail Muhammadiyah. Ada di MPH. Tak padan langsung dengan harga. Harga murah, isinya masya Allah tak ternilai. Cinta pada nabi berbunga.

Sejak saya habis buku itu, saya sering berdoa sebegini di akhir doa saya, " Ya Allah, aku sangat merindukan kekasihMu, Rasulullah. Kirim salam sayang rinduku padanya. Allahumma Sholli 'ala Muhammad. Aku ingin dahiku dicium olehnya di syurga nanti".

Hargai cinta kita, pupuk dan semai. Kerana kita akan bersama dengan siapa yang kita cintai di akhirat nanti.


Berikan nama-nama Allah - At Tawwab, Ar Rahim, Ar Rauf dan banyak lagi nama-nama indah lain nilainya. Yakinilah Allah itu at Tawwab, Maha penerima taubat. Yakinilah Allah itu ar Rahim, Maha penyayang. Berikan nama Allah haknya, berikan nama Allah sifatnya, berikan nama Allah nilai cintanya. Moga dengan itu, cinta terus berputik. Tak kenal, maka tak cinta. [Kecerdasan Asmaul Husna]. 

Insya Allah.

Sunday, August 19, 2012

[Cerpen] 'Ayah, berehatlah'

Deruan hujan semakin lebat. Khalid dan Zaid masih sibuk mengulang hafalan masing-masing. Mata mereka sibuk menjeling jam di dinding, menunggu bilakah ayah mereka akan pulang. Janji ayah ingin membawa mereka beriktikaf di Masjid Negara, namun jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Khalid, abang sulung yang berumur 12 tahun terus mundar-mandir di halaman ruang tamu sambil mulut masih membaca ayat hafalan. Khalid mesti memastikan dia dan adiknya habis mengulang al Quran sebanyak dua juzu' sebelum ayahnya pulang. Walaupun dia masih muda, namun naluri tanggungjawabnya amat besar. Dia telah dilatih sedari kecil lagi oleh ayah mereka. Umi mereka sudah tiada semenjak mereka kecil lagi. Ayah lah yang menjadi ibu dan bapa mereka. Mereka berdua beradik memang sudah masak dengan latihan, disiplin, kefahaman dan tanggungjawab. Ayah sering menceritakan kepada mereka tentang besarnya tanggungjawab manusia yang faham terhadap umat.

Si adik, Zaid sudah tersengguk-sengguk mengantuk. Zaid terus membaca al Quran walaupun matanya amat berat. Hatinya kuat, ingin bersama-sama dengan si ayah beriktikaf di masjid nanti. Dia masih ingat pesan ayah, "Kalau baca Quran walaupun mengantuk, Al Quran pada hari akhirat nanti akan datang jadi pemberi syafa'at. Al Quran akan cakap pada Allah yang Zaid ni walaupun mengantuk tetap baca Quran. Jadi kalau mengantuk sikit, Zaid kena kuatkan diri".

Hujan masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda. Khalid dan Zaid masih setia menunggu si ayah. Malam-malam terakhir Ramadan sudah lama menantikan bersatunya si ayah dan anak-anaknya. Tombol pintu dipulas, bunyi kunci bertemu mangga. Terus Khalid dan Zaid menuju ke pintu. Hati mereka berbunga.

"Assalamu'alaikum" Si ayah memberi salam. Kondo yang mereka diami itu masih terasa lapang dan aman, tidak surut walaupun sedikit ketenangan itu. Khalid dan Zaid terus memeluk dan mencium tangan ayah mereka. Ayah membalas pelukan dan mencium dahi anak-anaknya. Sudah seminggu ayah tiada di rumah, makan minum mereka diuruskan oleh Cik Yah jiran mereka.

Ayah terus melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Dia menutup Quran-Quran anak-anaknya yang terbuka. Dia memanggil anak-anaknya untuk duduk di sebelahnya. Dia ingin mendengar dan mengetahui apa yang mereka lakukan sepanjang ketiadaannya. Sementara Khalid bercerita kepada ayahnya bagaikan seorang komando melaporkan pada jeneralnya, memaklumkan segala taklifat yang ayahnya amanahkan pada mereka berdua, Zaid yang lebih muda pula lebih gemar bercerita mengenai bagaimana dia dan rakan-rakannya menyambut Ramadan. Bagaimana mereka berlumba-lumba untuk solat lebih lama, baca Quran lebih banyak dan siapa yang lebih banyak berzikir. Ayah tersenyum. Hatinya tenang. Dia memandang muka anak-anaknya. Mencium dahi mereka sekali lagi. Membawa kepala mereka ke dadanya.

"Emm..ayah. Khalid nak tanya sesuatu boleh tak?" Anak sulung memulakan bicara. "Apa dia Khalid?" Ayah menjawab. Kepala Khalid masih lagi disandarkan pada dada ayahnya. Dia tidak ingin mengangkat kepalanya lagi. Rindunya pada ayah masih belum reda. "Kenapa ayah selalu sibuk dengan urusan kerja dan dakwah sampai Khalid tengok kadang-kadang ayah macam tak pernah rehat? Ayah tak penat ke?"

Ayah tersenyum. Memang penat. Badannya sendiri pun masih belum hilang rasa penatnya. Ayah terus berfikir macam mana nak menjawab persoalan anaknya yang sulung ini. Hendak bercerita tentang sirah nabi, sudah selalu. Ayah terus berfikir cara terbaik untuk menjawab persoalan anaknya itu. Agar anak-anaknya faham, mengapa hidup ini perlu diserahkan sedemikian rupa pada Allah.

"Khalid, Zaid, nak dengar satu cerita tak?" Ayahnya membangkitkan minat.
"Nak!" Jawab mereka berdua. Zaid yang sedari tadi sudah hampir lentok mula segar kembali.
"Tahu tak apa fungsi matahari?".
"Tahu ayah. Matahari banyak fungsi dia, terutama pada bumi. Untuk tumbuhan, untuk manusia. Termasuk cahaya dan tenaga haba." Jawab Khalid, seperti biasa bagaikan tentera. Ringkas dan padat.
"Zaid pulak.. matahari ini Allah cipta untuk bulan bercahaya, untuk bumi pusing-pusing matahari, dengan untuk kita tahu masuk waktu solat" Jawab Zaid.
"Betul. Pandai anak-anak ayah. Tahu tak apa yang matahari perlu buat supaya dia terus kekal bercahaya macam itu?" Ayah mula masuk ke persoalan yang lebih serius. Anak-anaknya menggeleng. Masing-masing memandang ayah dengan air muka yang serius. Terserlah rasa ingin tahu mereka.
"Matahari perlu membakar apa yang ada dalam dirinya, supaya badannya terus bermanfaat untuk bumi. Tapi bukan semudah itu. Untuk pengetahuan Khalid dan Zaid, kita punya masa dan ruang ini macam kain yang fleksibel. Boleh kendur, tegang. Malah, kalau Khalid dan Zaid nak tahu, calculation terbaru menunjukkan kita punya kain atau fabric ruang dan masa selalu koyak di peringkat lagi kecil dari zarah. Mesti semua pernah dengar pasal graviti kan?" Ayah memulakan cerita. Dia sangat gemar bercerita mengenai sains. Dia mencintai sains. Dia ingin anak-anaknya tahu, ilmu sains ini bukan ilmu yang rigid  dan tak menambah iman. Malah ilmu ini jikalau dihayati, lebih mendekatkan diri yang memahami kepada Tuhan. Sebab itu dia tak pernah risau kalau-kalau teori yang baru wujud disulami dengan falsafah yang menidakkan tuhan, sebab dia yakin sains sentiasa akan membawa kepada Pencipta dunia ini.

"Pernah..Khalid rasa, graviti itu ada bila ada mass di tempat itu kan. Kan ayah?" Khalid menerangkan. Zaid menggaru-garu kepala.

"Tak fahamlah ayah.." Zaid mula pening. Apa itu graviti?

"Ok. Khalid, boleh tolong pergi ambilkan kain lap di dapur tu?" Pinta ayah.

"Cuba Khalid dan Zaid bayangkan, yang kain ini ialah ruang dan masa. Cuba Zaid ambil Handphone ayah, letak atas kain ini", terang si ayah. Zaid mengambil telefon bimbit ayahnya, lalu diletakkan di atas kain yang dipegang ayahnya.

"Nampak tak kain ini kendur, sebab ada handphone di tengah ini? Macam itulah graviti berfungsi. Bila ada berat, atau mass kain ruang dan masa ini akan kendur. Jadi kalau siapa yang ada dekat kawasan itu mestilah tertarik sekali kan? Betul tak?", tanya si ayah. Zaid dan Khalid mengangguk-angguk. Khalid teringat kisah nabi Muhammad dan kabilah-kabilah di Makkah. Tentang konflik siapakah yang paling layak meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya. Apa yang Khalid lihat di depan matanya semacam serupa dengan apa yang Nabi Muhammad lakukan sewaktu ingin meletakkan batu tersebut. Nabi menghamparkan serbannya, lalu batu itu diletakkan di tengah-tengah kain serban tersebut dan diangkat oleh pemimpin-pemimpin kabilah lain. Adakah ada hikmah yang Allah ingin beritahu? Apa kaitan graviti dan ikatan hati-hati? Entah. Dia menyimpan persoalannya itu. Dia kembali mengalihkan perhatiannya kepada ayah.

"Habis ayah, kenapa bumi tak jatuh je ke matahari?" Zaid bertanya. Khalid turut mengangguk. Persoalan itu turut menganggu fikirannya.

"Bumi dan planet lain tak jatuh, sebab masing-masing berpusing keliling matahari dengan laju. Jadi bumi akan terus mengorbit matahari," Jawab si ayah.

"Jadi, apa kaitan apa yang matahari perlu buat untuk kekal bercahaya dengan graviti ayah?" Khalid menyambung kembali.

"Kalau Zaid dan Khalid nak tahu, matahari sendiri sangat berat. Jadi, untuk matahari kekal macam bola yang bercahaya yang kita tengok sekarang, matahari kena terus bekerja untuk kekalkan fungsi dia. Sesaat matahari lalai, matahari akan mati. Dalam matahari sendiri, ada graviti yang sangat kuat menarik matahari untuk mengecut. Jadi, untuk kekal macam itu, matahari perlu terus membakar bahan bakar di dalamnya untuk cipta cukup pressure yang amat kuat ke luar permukaan untuk melawan graviti yang menarik matahari ke dalam. Matahari kita akan terus membakar, sampai satu hari nanti bila Allah takdirkan bahan bakar dalam matahari habis, matahari kita akan mati" Cerita si ayah. Anak-anaknya mengangguk-angguk faham. Dia ingin bercerita mengenai dwarf star dan black hole, tapi segera mematikan niatnya. Takut tidak menjawab persoalan.

"Sebab itu Khalid, ayah serahkan hidup ayah ini pada Allah. Untuk menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Ayah takkan berhenti  bekerja walaupun ayah penat. Sebab bila saat ayah berhenti, jahiliyah akan terus menarik ayah ke dalam kegelapan, dosa akan terus menyelimuti hati ayah, lalai dan selesa akan mengaburi mata ayah, dan syaitan akan terus mengabaikan ayah dari tanggungjawab ayah. Khalid boleh anggap, kita semua ini macam matahari. Sebab nabi pernah bersabda, sebaik-baik dari kita ialah mereka yang bermanfaat. Tanggungjawab ayah untuk menjadi khalifah sebagaimana tanggungjawab matahari untuk menerangi bumi. Ayah perlu terus bekerja supaya tak ditarik oleh syaitan menjadi orang yang lalai dan tidak berbuat apa-apa untuk memperjuangkan Islam, sepertimana matahari perlu terus membakar supaya tak ditarik kecut oleh gravitinya. Tapi Khalid, ayah pun tak tahu sampai bila ayah boleh terus bekerja. Ayah pun tak tahu bila 'bahan bakar' ayah habis, tapi selagi belum habis, ayah berdoa pada Allah agar terus bermanfaat untuk orang lain. Alhamdulillah, ayah ada Khalid dan Zaid. Hasrat Umi dan ayah, agar Khalid dan Zaid terus membesar menjadi pejuang untuk Islam. Nama Khalid dan Zaid ini pun Umi kamu semua yang namakan, sempena nama panglima-panglima di Perang Mu'tah. Sebab di zaman ini, orang yang faham akan keperluan perjuangan ini amat sedikit. Jadi, ayah berharap Khalid dan Zaid dapat menjadi penglima yang memimpin umat Islam yang sedikit untuk memperjuangkan kalimah Allah" Terang ayah sambil memandang bingkai gambar arwah isterinya yang amat dicintainya. Khalid dan Zaid memandang ayah mereka. Wajah ayah sayu, merindui Umi.

"Khalid dan Zaid pun kena rasa macam itu. Tapi biar ada kefahaman. Sebab itu dari Khalid dan Zaid kecil lagi ayah latih dengan disiplin dan tanggungjawab. Moga-moga Khalid dan Zaid membesar menjadi mereka yang menyerahkan hidup mereka pada Allah. Proses ini dipanggil proses tarbiyah. Untuk Khalid dan Zaid ada kekuatan nak membakar 'bahan bakar' yang Allah bagi, kamu berdua kena faham apa itu tarbiyah. Tarbiyah agar terjaga iman, dari iman lahir kekuatan. Dari iman lahir taqwa. Tanpa iman, kita pejuang tiada kekuatan. Sebab itu Khalid dan Zaid kena faham, pentingnya iman untuk kita para pejuang. Sebab itu Khalid dan Zaid jangan sekali-kali tinggal mutaba'ah ibadah yang ayah amanahkan. Dari situ, carilah iman dan carilah kefahaman. Insya Allah, yang lain Allah akan tunjukkan. Faham? Umi pun nak anak-anak dia macam itu. Umi dan ayah bukan kahwin sekadar untuk suka-suka, tetapi untuk menyambung warisan perjuangan nabi dan sahabat. Kalau Khalid dan Zaid nak tahu, Umi dulu lagi lah kuat bekerja untuk Islam. Mengalahkan ayah. Tapi sekarang, ayah tinggal seorang. Tak sabar ayah nak jumpa Umi nanti di syurga".

Khalid dan Zaid menatap wajah ayah mereka. Terasa suasana menjadi semakin suram. Hujan masih tidak berhenti.

"Okay. Jom, Khalid dan Zaid pergi siap-siap, ayah janji nak bawa pergi iktikaf kan?" Ayahnya memecahkan suasana sedih itu. Khalid dan Zaid terus pergi bersiap di dalam bilik mereka. Apabila Khalid dan Zaid sudah hilang dari pandangannya, ayah mengambil bingkai tersebut dan memandang lama-lama gambar isterinya, menatap dalam-dalam, sambil bermonolog, 'Anak-anak kita sudah semakin besar sayang'. Air matanya jatuh. Rindu. Ayah terus terlena dalam kerinduan, di atas sofa empuk itu.

Hujan sudah semakin reda. Semakin perlahan titik-titik air itu menghentam cermin-cermin tingkap kondo itu. Bagaikan turut mengiringi naik turunnya emosi si ayah.

Khalid dan Zaid kembali ke ruang tamu dengan beg pakaian mereka untuk ke iktikaf. Mereka melihat ayah sudah terlena di sofa. Di dadanya dipeluk bingkai gambar isterinya. Zaid ingin mengejutkan ayahnya. "Jangan Zaid. Biarkan ayah berehat. Ayah penat. Malam esok masih ada," tegah Khalid. Zaid mengangguk. Khalid mengambil selimut di dalam biliknya lalu menyelimutkan ayahnya. Khalid mencium pipi ayahnya dan berbisik "Ayah, berehatlah...".


* Dalam muhasabah mengenai masa depan, meletakkan pergantungan kepada Allah menanti keputusan. Andai diterima Alhamdulillah, andai tidak diterima redha dan syukur. Itulah sebaik-baik keputusan. Moga Allah memberikan yang terbaik.


Saturday, August 18, 2012

Irony

How am I supposed to be happy, when the month of Ramadan where Allah opens up so many blessings will go away?

But how can I be so ignorant, for Allah's mercy is up for grab anytime, anywhere? Not only during Ramadan.

Still, I love the spirit during the month of Ramadan where good people have chances to do better 'amal and sinners repent.

I love the feeling of the last nights of Ramadan, where every time I went out to have a fresh air during i'tikaf, I would look up to the sky, wondering if tonight Jibril and his fellow angels were here? Maybe that night was lailatul Qadr.

I love feeling sleepy after Subh, consequence of staying up all night long - Man qama Ramadana imaanan wa ihtisaaban ghufiralahu ma taqaddama min zanbih.

I love listening to the Imam crying during Qiam, and his ma'mum also cries. When else can I find people cry openly to ask for forgiveness of Allah?

But, why is it, the more I ask for forgiveness, the greater the feeling of remorse I feel for my past?

I look forward to having a clean and positive future. People may not see the remorseful feeling behind my smile and my appreciation towards the presence of others in my life. I wonder, if the feeling is put by Allah to make me hold on to Allah, until I die.

It's so strange, in your heart, you feel so weak in front of Allah due to your sins, but at the same time you feel reinforced and strong. Allah al Ghaffar. I know He will forgive, and let me start over.

Last night was a very emotional night. It might be my last Ramadan. Who knows?

"La'allakum tattaqun" - Mudahan kamu bertaqwa.

Amin ya rabbal 'alamin.

Wednesday, August 15, 2012

Home sweet home

Dah sampai rumah, sampai KL.

Seronoknya tak terhingga, terutama bila nampak parents dan adik-adik, and someone else although it is unexpected. Si Ayaz dan Saif seronok menyambut. Bercerita macam-macam, cerita yang dah simpan lama nak cerita. Memang, keluarga itu satu nikmat yang tak terkira. Alhamdulillah.

I live in a small house, however, my house is the most spacious place I've ever lived. In there lies my happiness.

In this two months and more, I loss 12 kg. Alhamdulillah. I'm looking forward to becoming healthier. Insya ALLAH.

Sampai-sampai rumah, terus parents ajak pergi iktikaf. My dad reads Quran very slowly, yet he tadabbur setiap muka surat lama. Selalu lepas tadabbur, my dad will share what he learned with us.

10 malam terakhir, tiada lagi malam yang lagi baik untuk stress dan penatkan badan, bersengkang mata, bengkak mata, lesu dan letih untuk mencari cinta Allah selain pada malam-malam ini. Ayuh, jangan slow down. Manfaatkan lagi dua hari.

Friday, August 10, 2012

Anecdote

1. This Ramadan was a very hectic Ramadan. Lelah dan penat itu terasa makan dia. Dengan malam ada test, dengan kawan-kawan minta buat kelas express sebelum test, dengan nak ikut naqib kumpul dana untuk Aqsa2Gaza8 dan tugas baru, jadi personal escort dan translator untuk Imam dari Gaza yang lain akan datang. I really need to have a quick course nak cakap Arab pasar. They must feel awkward when I speak Arabic baku. Can anyone help me? Lepas ini gerak untuk iktikaf, and I'll be on duty untuk tiga hari aside from class.

"Barangsiapa yang bernazar dalam dirinya, untuk hidup bersama agamanya, maka dia akan hidup dalam kelelahan. Namun, sesungguhnya dia (walaupun lelah) akan hidup dalam keagungan dan menjemput kematian dengan keagungan" (Syeikh Ahmad Yasin)

2. Hari itu masa Ramadan dengan Imam Muda Mu'min, alhamdulillah dapat kutip around RM 24 ribu. Masa jadi tukang kira, banyak kejadian berlaku. Ada yang bagi cincin emas kahwin depa, ada yang bagi dalam sampul surat buka ada lebih RM 500. Ada yang tulis dia bagi duit itu as zakat. Masya Allah. Memang duduk follow pengurus Aqsa Syarif Pulau Pinang, dari awal sampai habis. Dengar beliau berucap, macam mana pengalaman beliau di Gaza, macam mana bila dia balik betapa yakinnya dia bahawa kita semua sedang bersama-sama kumpulan yang menang di Palestin. Macam mana dalam sejarah terbukti Al Quds ini berfungsi sebagai spiritual inspiration bagi umat Islam. Sama-sama dengan ikhwah, lagi-lagi salah seorang usrahmate akan bertolak ke Gaza untuk A2G8. Ya Allah, nikmatnya. How can I describe the feeling? After all these years, Allah put me in this place, where I met many unsung warriors who spent their lives upholding Islam.

3. Biasa lepas program Ramadan ini, akan tidur di Baitul Ikhwah. Ada seorang ikhwah pandai main keyboard. I always sit beside him. Just listening to him playing beautiful pieces macam Beethoven's Fur Elise, Yiruma's Kiss in the rain dan River flows in you, even The Chosen One Maher Zain. I would sit and wait for mengantuk datang. Bila mengantuk, ambil bantal tidur. Music is beautiful, di syurga, akan ada halwa telinga yang tak pernah ditanggapi oleh mana-mana telinga di dunia ini. How much more beautiful would it be?

4. Ada seorang brother di hostel, masa mandi dia akan always pakai seluar dalam only. Nak masuk pun segan, bukan dalam bilik air, kat sinki pun dia pakai macam itu masa awal-awal semester dulu. Tapi sekarang tak dah. Hari itu masa borak-borak dengan dia, cakap dia tak mo pakai macam itu dah. Because of me. I asked why, I never mentioned anything pasal perkara itu. Dia kata, dia malu, orang hafal Quran. And kami gelak sama-sama. He helped me buat ruqyah dan pagar masa ada bilik di aras kami kena gangguan, bau busuk, laptop kena curi dan ada air kencing merata-rata, kerusi bergerak sendiri malam-malam. Alhamdulillah, dah tak ada sekarang, kuasa Allah. He'a a smoker. And he's not my roommate. Yet, he understood how much I hate people smoking in my room, he told people not to smoke in my room even when I'm not around. My roommates are smokers, Alhamdulillah, mereka pun tak merokok dalam bilik. I want to make our room as comfortable as possible. As peaceful as possible. And somehow, our room got the nickname surau aras, -.- although it's not me who makes it a surau. Other people always came to our room to pray, sebab bilik masing-masing ada pasang radio kuat, main gitar, main game dan merokok. So the only place is our room. Kadang-kadang pukul 2-3 pagi ada lagi yang datang untuk solat. Lagi-lagi Ramadan.  Kadang-kadang kesian kat budak-budak baik, tapi dapat roommate macam apa, mereka tak kuat sangat nak resist. Our room is also a place to study. Sometimes, people I don't really know datang nak study kat bilik. Sambil mengomen kat bilik sendiri bising. Tapi tak apalah, as long as I can provide a safe, peaceful, calm and clean room for others cukuplah. Moga dapat redha Allah.

5. Rabu ini akan balik KL!!!!!!!! Hoyeah I dunno macam mana seronoknya rasa nanti! Mesti gembira kalau yang duduk oversea balik rumah. Yang duduk Penang pun dah happy dah! Dah nak dekat tiga bulan tak jumpa family. Walaupun dah besar, tapi rasa macam nak meloncat-loncat je! Haha. Bulan pertama duduk sini turun 8 kg. Tapi bila balik ni macam nak makan je Mama masak banyak-banyak! Rindu masakan Mama. 

Dari kiri: Hawari, ME, Imam Mu'min, Ust Syazalie, Akh Harryzan
Wassalam. Selamat mengejar lailatul Qadr kawan-kawan. Jangan slow down, masa ini nak naikkan momentum! [0132724207- kalau nak menderma untuk Palestin, atau Rohingya atau Syria, do contact me.]

Wednesday, August 1, 2012

Home

Last Ramadan, I behaved very abnormally. I was having some kind of confusion and loss control. It was like all of my unresolved life's conflicts surged all at once. I didn't return home. I traveled from mosque to mosque, iktikaf and sometimes, I slept at a bus stop at Greenwood, just to find answers and clear my head. My parents were very worried. During that time, my father sent me a single text message. He said whatever I was going through at that time, face it like a man and always remember, my parents will always be there for me, come home. Upon reading the text, my fear swept away. I felt safe and secured, I felt at home in my heart. I did not know what was I afraid of, and still do not know now. I don't know what had happened, but it was a very miserable moment.

And here, I have the same 'home' feeling. Apart from my weekly call to my parents and little cute chubby brothers and my daily text message to my little sister, I feel like home when reading the Quran. Reading the Quran makes me feel safe and secured. It gives me a very deep tranquility. It is like every ayat is intended for you. And it feels hard to turn to another page because of how beautiful your heart interacts with the page, but it also feels very excited and curious for what is waiting for you at the next page.

This Ramadan is a very blessed Ramadan. I got to have iftars with ikhwah at baitul ikhwah here in Penang. I got to learn from my naqib, who went to Gaza last year's Ramadan. The way he described Gaza and al Aqsa, oh, I really wish I could die there syahid, and be buried with syuhada'. Allahuma amitni bi mauti syuhada'. ALhamdulillah, this week I will be tasked as a bodyguard and personal assistant for an Imam from Gaza who came here. His name is Imam Mu'min. My duty will start tomorrow. I want to learn as much as possible from him.

May Allah help us all in improving ourselves.

ALhamdulillah for the life I'm having now :)