Thursday, August 4, 2011

Mencari makna di sebalik Ramadhan

Merenung jauh ke luar. Bayu Ramadhan sememangnya manis. Orang di sekeliling seorang demi seorang sudah pergi. Kita di sini menunggu masa untuk dipanggil menghadap Allah. Kaget juga terkadang memikirkan apa yang sudah kita sediakan untuk berdepan Ilah di hari sana. Bila difikir balik, terasa ada kosong. Entah-entah semuanya kosong. Semuanya akan dituntut di akhirat, lagi kita gelabah tersalah tingkah. Periksa balik, ingat-ingat balik, fikir-fikir balik. Rasa makin tenggelam. Hidup kita selalunya kita letakkan Allah sebagai 'cukup syarat' untuk meneruskan hidup, sedangkan Allah itulah kehidupan. Sesak dada bila ingat diri kufur nikmat.

Allah.

Dulu, masa tingkatan lima, khatam sebulan 30 juzu' sudah menjadi perkara biasa. Dari Januari hingga sebelum SPM. Mutaba'ah ketat dari naqib pada masa itu membentuk tabiat. Sehari sejuzu' cukup. Sampai Ramadhan, khatam lima kali pun menjadi mudah. Masa itu semangat 'fastabiqul khairat' dalam kalangan kawan-kawan agak kuat. 20 rakaat dengan imam UIA pun setel. Entah macam mana kaki masa itu kuat sangat sampai boleh tahan. Qiam semua 'complete'. Ramadhan masa itu memang indah. Alhamdulillah, hati rasa sangat bersih. Mungkin masa itu masih muda, jiwa remaja termotivasi oleh kuantiti ibadah. Sebab masa itu hati tak kotor sangat, kualiti sudah automatik beres Alhamdulillah, hanya fokus pada kuantiti.

Tapi, bila umur dah meningkat, fokus beralih arah. Kegagalan untuk mengekalkan momentum masa remaja dulu membuatkan diri ini kurang melihat pada kuantiti. Jiwa semakin bertambah hormat pada pakcik-pakcik yang mampu untuk solat tarawih dan berpuasa dan bekerja. Juga bertambah hormat pada ibu-ibu yang sanggup bangun pagi hari untuk menyediakan sahur. Untuk keluarga semata-mata, masya Allah. Alhamdulillah, tahun ini sempat menolong ibu sedikit sebanyak. Menyempatkan si ibu untuk bertahajjud.

Anekdot sahur dengan family

1. Biasanya adik-adik bangun lewat. Saya dan parents dah ready baru mereka bangun. Kadang-kadang bila nak azan, "Takpe..kita kan orang Islam. Ikutlah Mekah. Jadi kita tunggu Subuh Mekah baru habis sahur. Subuh sini subuh Melayu.. =.="

2. Nak azan dah ni, "Takpe.. azan baru nak mula. Dah nak habis azan barulah berhenti.."

Pagi-pagi lepas ke surau, masa tulah adik dua orang lelaki tu ambil kesempatan nak main-main motor Jaguh dan SS. Tak main dah motor biasa, nak main motor clutch. Poyo sungguh..

Anekdot tilawah

1. Selalu menegur si adik-adik mengenai bacaan al Quran. Terutamanya masa Ramadhan, MAGLEV(Magnetic Levitated Train) semuanya. Baca nak macam masjid India dah, laju tinggal semua panjang pendek mad mad makhraj semuanya tinggal berciciran. Mereka ingat hukum tajwid pun kena ikat macam syaitan kena ikat kah? Apekah... Tapi itulah.. entah-entah si abang ni ego, sebab adik adik laju tilawahnya. Yang abang-abangnya poyo steady alasan. Yang si adik-adik, ada yang dah juzu' yang beyond imagination dah macam mana mereka sampai situ. Yang tensi nya, kadang-kadang masa tengok TV, iklan depa sambung baca Quran, cerita start pause balik. =.= Budak-budak.

2. Selain laju, selalu adik-adik baca 'slow' je suara. Sebab kalau salah baca kena tegur kuat-kuat dengan abang-abang. Lepas tu buat bunyi 'tsk' tu. Semacam kami mengganggu momentum bacaan mereka. Adehh..

Itulah sedikit sebanyak celoteh tahun ni. Tahun ni pun saya tukar diet. Sahur tak mau makan nasi. Iftar pun ala kadar. Bak kata kawan, Nidzam - Makan banyak mengantuk masa tarawih. Tak naklah macam tu. Makan banyak dah tinggal berapa sunnah nabi dah, tambah mengantuk masa tarawih lagi sayang. Tambah pula ada syarat kena hilang 10kg. Harapan masih ada.. hehe

Makna dalam seharian Ramadhan
Tahun ini insya Allah, nak lebih usaha untuk melihat makna di sebalik Ramadhan. Betul-betul cuba untuk andai kata ini Ramadhan terakhir.

 " Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman". (Q.S Al-Isra' ayat 82)

Tilawah - dalam tilawah, tak mengejar berapa banyak kali khatam dah. Walaupun sekali khatam kelihatan terlalu sangat sedikit, saya cuba belajar untuk lihat manfaat dan hikmah di sebalik sunnah dan ibadah. Cuba lihat tafsir, baca terjemahan, betulkan makhraj. Bayangkan macam mana nabi Muhammad baca depan Jibril, macam itulah cuba untuk sampai. Ulang-ulang ayat yang dirasakan kena pada batang hidung -Ya ayyuhallazina amanu, ya ayyuhannas, kuntum, ayat-ayat sumpah dan sebagainya. Biar rasa dada penuh dengan redha dan iman.

I'adah - Alhamdulillah. Ada buku CMI Biro Akademik. Banyak kenangan seronok dalam biro tu. I'adah ini untuk pengetahuan pembaca membawa maksud mengulang hafazan. Dalam kes saya, 30 juz lah mengulangnya. Minimum kata seorang cikgu 3 juz sehari. Terbatuk dibuatnya. Tapi itulah, cuba merasai nikmat hafalan. Bila hafal, refleksi pada diri dan kehidupan. Kadang-kadang ayat simple boleh memberi kesan yang amat signifikan - Innallaha 'alimun bizatissudur. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati. Moga hati dapat berpuasa juga. Cari asbabun nuzul, mantapkan sirah dalam al Quran, pahat ayat-ayat taujih.

Solat - Cari makna dalam solat. Setiap lafaz, setiap rukun. Bila sujud, kepala sama dengan kaki, darjat terendah untuk mencari makna tertinggi. Cuba nak solat macam nabi dan sahabat solat. Khusyu'. Cuba nak menangis masa solat. Baca Fatihah, cuba nak merasai dialog dengan Allah. Betul-betul cuba khusyu'. Moga Allah kurniakan. Kalau imam baca masa tarawih, kita turut kumat-kamit. Menghayati setiap makna dalam bacaan. Terima kasih guru-guru Bahasa Arab dari Tadika Amal hingga Al-Amin Menengah, kalau saya tak tahu Bahasa Arab, ianya satu kerugian yang sangat besar.

Ibu-bapa - banyak tanggungjawab yang terlepas. Salah satunya, nak cuba pandang ibu bapa dengan pandangan kasih sayang dan rahmah. Memang kita sayang ibu bapa, cuma, saya jarang nak pandang betul-betul, nak zahirkan sayang itu. Masa nak berpisah memang salam memang cium pipi, tapi nak betul-betul pandang muka mereka lama-lama, entah tak terbuat. Tapi.. azam ye kawan-kawan. Kita azam khuruj, keluar dari jahiliyah ni selama-lamanya. Angkat tangan siapa nak.. (Rindu pulak nak pi khuruj dengan kawan-kawan tabligh..). Dah azam, kita buat. Jom. Azam.. start Ramadhan ni. :D Selalu tengok mak check adik-adik dah tidur. Usap-usap.. check nyamuk ada ke tak. Lap kalau tidur peluh-peluh. Selimutkan kalau terlucut. Entah-entah kat aku pun buat macam tuh.. siapa tahu. Aduh. Bahagia sungguh :) Apa kata kita pulak buat kat parents macam itu. Kalau mereka tertidur atas sejadah dengan telekung, kita tolong sorongkan bantal. Tertidur lepas solat asar penat mengajar di sekolah, kita tolong uruskan iftar. Masak nasi kan dah pandai! Haha.. lauk bantai la apa-apa. Kalau komplen tak sedap cakap lah kita makan ala kadar ikut sunnah.. Haha. Gurau. Itulah.. haq ibu bapa, banyak yang terlepas. Jangan lah kita khianati amanah Allah dengan kita ganti dengan haq kawan-kawan, haq awek dan boyfren, takpun haq cinta hati kita. Yang dah terlajak, kita sama-sama taubat. Ramadhan ini the best beginning untuk kita mulakan yang baru. Allah.

Adik-adik - yang dah besaq biaq pi depa la. haha. Yang kecik-kecik, berjanji untuk meluangkan masa lebih lagi. Main Angry Birds sama-sama, tengok documentary sama-sama(Sori..BabyTV memang gua tak layan. Derang suka tengok..gua tido terusssss.haha).


________________________________________________________

Itulah sedikit sebanyak yang ingin difokuskan.

Harapnya umur ini sempat sampai di akhir Ramadhan. Hati biar kasi putih.. biar hilang titik-titik dosa tu. Dan moga amal ini berterusan ke bulan-bulan seterusnya.

I'm sorry for my breakdown before. To my family, to my friends, and to you.
MINNI-ATGSN -LUAPG-ASTIT-MAIRQ  
Insya Allah.. :D Allahumma barik lana fi Ramadhan. Allahumma Amiin.

4 comments:

  1. Allahuakram!
    samalah kita,malu juga bila ditanya bacaan quran dah berapa juzu',insya allah fokus pada makna dan tajwid,rindu zaman kita fastabiqul khairat ;)
    post yg santai :) jzkallah ats perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Tak tahu nak cakap apa.

    Terima kasih Asif. Enta Allah bukakan hati untuk melihat banyak yang remaja lain tak lihat.

    Dan moga Allah izinkan untuk buat apa yang banyak manusia lain tak buat. InsyaAllah.

    p/s: Pohon doanya ye.

    ReplyDelete
  3. Auza'ie - :) itulah kekantoian nak berlumba dgn fellow alaminians mmg kalah. haha. rindu kan? lagi2 masa lepak di masjid UIA. Afwan..

    Syazwan - tak tahu nak cakap ape? hehe. dah cakap da tu. Sama2. Amin atas doa.. insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Sama2 kita muhasabah diri. InsyaAllah.

    ReplyDelete