Niat di hati nak buat specific post of comparison - 'Of respiration and Quran' tapi nampak gayanya Ramadhan tinggal lagi 13 hari, jadi saya sedikit tak keruan dan takut rugi, jadi straight to the point sahaja. Insya Allah next time for the full analogy.
Dalam masa-masa kita hidup sehari-hari dalam Ramadhan ni, kadang-kadang rasa macam nak stay bahagia macam itu sahaja. Sebab apa? Kita rasa, setiap nafas yang kita hembus dan tarik bulan ini, terkadang kita merasakan kita bernafas dengan hamdalah, istighfar, takbir, dan tahmid. Perlahan sahaja suara kita menutur zikir-zikir tanpa kita sedari sendiri. Kita merasakan nikmat hidup dengan udara mengingati Allah. Kita duduk sebentar selepas penat, keluar dari mulut menuturkan 'Alhamdulillah'. Bersandar ingin menunggu azan di surau, diisi masa-masa lompong yang sedikit itu dengan istighfar memuhasabah kembali hidup sebelum ini. Berkira-kira satu hari berapa banyak dosa kita buat, berkira-kira cukup tak sujud, qiam dan ruku' kita untuk tebus balik dosa itu. Tengah berkira-kira Allah tidurkan kita. Kata Yusuf al Qaradawi, tanda Allah sayang seseorang hamba itu, Allah mudahkan dia untuk berehat. Alhamdulillah. Terlelap sebentar kita nikmati. Kita bangun, berdiri untuk berwudhu' keluar 'Allahu Akbar'.
Wudhu' diambil. Setiap anggota dibasuh, dihantar sekali doa kepada Allah. Membasuh tangan - berdoa supaya kitab amalan di akhirat nanti diserahkan dengan tangan kanan bukan tangan kiri. Berkumur - memohon diampuni dosa-dosa mulut. Muka - memohon diampuni dosa mata, memohon supaya timbul kecintaan orang-orang lain melihat muka kita, sekaligus mendoakan kita. Berterusan kita berdoa sampai kita membasuh kaki. Menapak dalam surau, kita mulakan dengan kaki kanan dan Bismillah. Lalu membaca doa memasuki masjid. Bersalam-salam, senyum-senyum dan bertanya khabar dengan mukmin lain. Selesai, terus bersiap menunaikan solat-solat sunat. Ya Allah, indahnya hidup bulan ini. Diisi hidup dengan zikir-zikir, doa-doa, amalan wajib dan sunat. Aman rasanya bernafas dengan perasaan mengingati Allah. Kita terfikir, alangkah indahnya kalau dari dulu kita sudah merasai nikmat ini. Terus kita berdoa, supaya Allah memberi jalan istiqamah ini kepada kita. Moga kita tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam hadith ini..
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْـتُهُ بِالْحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِى بِشَيْئٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْـتُهُ عَلَيْهِ ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبٌ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبُّهُ ، فَـإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطِشُ بِهَا ، وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا ، وَلَئِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيْذَنَّـهُ .(رَوَاهُ الْبُخَارِى)
Dari Abi Hurairah RA katanya, telah bersabda RasuLullah saw : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman: Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yanq ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya.
( Hadis Qudsi – Riwayat Imam Bukhari )
Maksud ayat-ayat dalam recitation ini sangat mendalam. Menangislah dan bertaubatlah puas-puas.
p/s 1 - saya jadi guru ganti English di Al Amin for two weeks. Alhamdulillah okay setakat ni. Cuma budak-budak ada masalah nak panggil saya apa? Cikgu, Ustaz, Abang atau Sir. Well.. I prefer Sir. :)
ha ah membantu lah jugak . thnx ! :)
ReplyDeleteiraizati-
ok. afwan. kalau opinion tu salah roger2 la ye sini. and kalo nak kongsi or ask apa2, silakan. i'll share my best.
ReplyDeleteasifahmad-
semoga kita istiqamah sahabat..... :)
ReplyDelete