Friday, August 12, 2011

A brave new world

Assalamu'alaikum.

Hari ini lain sikit. Tajuk dalam bahasa Inggeris, tapi 'post' dalam Bahasa Melayu. Beberapa hari lepas, aku pergi ke Masjid Negara atas urusan ada sedikit perkongsian dan perbincangan 'interfaith'. Bersama seorang abang, atau aku memanggil beliau dengan panggilan Bro. Bro tersebut seorang yang sangat berpengalaman dalam meng'handle' kes-kes murtad, muallaf dan problematic Muslims. Niat aku terbit untuk mula memberi sedikit tumpuan dalam kepakaran ini apabila melihatkan hakikat darurat baru buat umat Kristian di Malaysia, iaitu 'Silent Christian Followers'. Dan ini tercetus setelah pergi perkongsian Bro tersebut di Darul Quran mengenai perkara ini. Ceyt. Datang sebagai alumni, alumni pulak yang makan dalam habis.

Pagi itu, sampai di Masjid Negara pada pukul 9.30 pagi. Memasuki masjid terus berkenalan. Seorang English, pelajar Oxford - memegang dua degree dalam bidang Physics dan Theology, memegang master dalam Astrophysics dan sedang menyiapkan thesis untuk master dalam Theology. Sangat-sangat menarik perwatakannya, bermazhab Protestan. Sedang panas-panaskan perbincangan datang seorang makcik,
Makcik : Dik.. dia ni Muslim ke? Tengah buat apa ni?
Bro       : Dia nak belajar pasal Islam..
Makcik : Sorry la dik..kena keluar la. Ada staf tengok tadi. Dia minta keluar. Laptop tu tak boleh jugak.. Laptop tak boleh bawak masuk masjid.

Bila keluar, dia bertanya kenapa kena keluar, adakah sebab dia non Muslim? Tak, laptop =.=. Is that Islamic? dia bertanya. "No.. it is just cultural, there are lots of other mosques unlike this one". Rasa nak pergi jumpa cerita  pasal Hadith kisah dialog nabi dan delegasi Kristian yang berlangsung selama tiga hari di dalam Masjid. Tapi, tak apa, atas dasar hormat kita patuh. Banyak lagi hal yang boleh difokuskan berbanding argue perkara yang kurang penting.

Kami duduk di luar. Perbincangan kami bermula 9.45 sehingga 1.20 tengahari. Sangat padat, penat, dan 'out of the box'. Ada beberapa hujah yang dia bawa tak pernah aku dengar, belajar dan baca. Nanti aku kongsi di akhir post.

Thesis-related
  • Definition of Jama'ah.

  • Concept of Nabi and Rasul

  • Concept of Adam - comparison : God taught Adam names of things(Islam). God gave Adam freedom to call things by names he wanted(Christian). Implying freedom of choice.

  • Concept of Ummah(regeneration)

Discussion and sharing ideas
  • Concept of Final Scripture(preservation)

Dalam ni, soalan ditanya kenapa Quran sahaja yang Allah preserve? Kenapa tidak Taurah dan Injil? Jawapannya di sisi manusia - kerana selepas setiap kitab-kitab lain diturunkan, sekiranya ajaran Tauhid diselewengkan dan umatnya tersesat, akan ada nabi lain yang diutuskan untuk mengembalikan keaslian ajaran tauhid. Dan ini berlaku terus menerus, kecuali apabila tiba pada zaman Nabi Muhammad. Kerana aku percaya nabi Muhammad nabi terakhir, dan kalau umat ini tersesat dan tak berpegang pada ajaran tauhid, takkan ada nabi lagi selepas baginda. Solusi bagi keadaan ini tidak lain dan tidak bukan ialah Al-Quran, sumber yang diturunkan dipelihara dan terus terpelihara hingga akhir zaman. Sebab tak ada nabi selepas Muhammad, Allah jaga al Quran dengan menjaga keaslian dari segi mushaf dan hafalan. 

  • Concept of rewards in Quranic context

  • Concept of instincts and Justice

Di mana keadilan Allah kalau kita lahir dalam keluarga non muslim? Aku dan brother tu kongsi pasal konsep fitrah dalam diri manusia. Juga anugerah Allah kepada manusia, logic dan reason. Macam mana kisah nabi Ibrahim.. Meraikan fitrah dalam diri dengan bertanyakan soalan-soalan.. Juga bercerita mengenai konsep 'kafir'. Bukan senang nak jadi 'kafir'.. Aha. Kacing..!(bunyi mesin wang)

Things got 'hotter'
  • Concept of 'House of Peace' and 'House of War'

Dia cakap dalam Islam ada ni. Aku pun erk...ade ke? Tak ada lah. Tak pernah jumpa. Dia pun bagi ayat ni..dan kata ada orang Islam setuju, dan mereka tergolong dalam house of war, dan ada orang Islam tak setuju, dan mereka tergolong dalam 'House of Peace'. Apekahhh..


"...maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya." [9:5]


Aha..jadi kalau orang bukan Islam datang bagi ayat ni, dan kata Islam promotes terrorism, kita nak jawab apa? Mula-mula masa tengok, uish nak jawab apa ni. Tapi, ingat balik silibus dah diajar, tengok ayat kena ikut konteks. Dari dulu lagi point dia sama. Quran ini lengkap, cuma kita saja perlu usaha untuk faham kelengkapan Quran. Jadi, tengok lah ayat penuh dia dan ayat-ayat selepas itu. Masya Allah, ayat ini kalau tengok full dan selepasnya dari dia anggap Islam promotes terrorism boleh jadi akan anggap Islam promotes peace. :D
  • Kita ini umat Muhammad? Laws apa yang valid?

Ini dia tanya. Aku cakap, Islam, specifically Quran. Dia cerita pasal kisah nabi dengan orang-orang Yahudi di mana orang Yahudi tanya nabi pasal kesalahan yang mereka buat, nabi suruh mereka berhukumkan dengan Taurah. Dia tanya, kata Quran sahaja yang valid kenapa nabi suruh ikut taurah? Point aku - pertama nabi tak memaksa orang lain berhukumkan Islam. Kedua - orang bukan Islam is not subjected to Islamic laws. Ketiga - Nabi turun untuk mansuhkan agama-agama samawi lain. Jadi, Yahudi secara islamiknya tak valid dah. Tapi nabi hormat orang yang beragama, malah meminta dia menjadi pengikut yang baik lagi. Sememangnya mu'jizat nabi antaranya ialah akhlaq yang sangat baik. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Ha..part ni kami pulak dalam gaya bajet offensive concept dia. Setakat ni kami defend ok lagi..haha. Nak try touching dia punya pulak.

  • Concept of Jesus' eternalness

  • Concept of seven heavens

  • Concept of original sins

  • Drama of Adam and Eve

Yang ni panas sikit. Bukan emosi. Tapi agak mencabar rasional. Dia cakap Jesus itu represent Love. Jadi, lepas adam kena turun ke bumi, semua manusia berdosa. Sebab dosa itu menerbitkan kematian. Dalam syurga ada Tree of live, dengan Tree of Good and Evil. Kami tanya, kalau Adam tak makan lagi forbidden fruit, kira dia tak ada sinful nature la? Dia kata tak ada. Jadi macam mana dia boleh pilih nak makan? Dia kata neutral. Mana-mana pun boleh jadi. So God does play dice? :) Dalam Islam, everything ada plan. Drama? Bagi aku itu untuk kita ambil pengajaran. Lepas tu dia tanya, kalau nabi Adam dah bertaubat, kenapa Allah tak bawa balik nabi Adam naik ke syurga? Nampak sangat Allah is not loving. Kalau love dia takkan hantar nabi Adam ke bumi. Kalau dalam Christian, semua berdosa, tapi percaya Jesus dah konfem masuk syurga. Aku macam, aik? what the heck senang sangat? Then aku balas, itu view dia yang nampak hantar ke bumi not loving. Tapi Allah aku bukan macam Kristian, main dadu tak. Allah aku ada plan, dan Dia Maha mengetahui. Lagipun, aku nampak orang Kristian macam spoilt son.  Aku cakap, di dunia ni manusia diuji. Selepas percaya, ada lagi ujian to make sure only yang betul-betul worthy. Allah nak mengajar erti cinta pada manusia kepada Tuhan. Allah tak nak hamba-hamba take for granted cinta yang Allah beri. Kalau Allah cinta kat kita, Allah mesti nak kita faham hakikat cinta supaya kita menikmatinya. Bukan cinta buta-buta, tapi hamba sampai kiamat duduk spoilt yakin percaya Jesus terus masuk syurga. Brother tu sangat membantu. Aku tak hafal lagi Bible. Dia dah hafal banyak jadi dia tolong tunjuk bukti bagi ayat dalam Bible dan aku macam perh dia ni memang smart habis nak jadi macam dia, dan dia lah tunjang dalam perbincangan tu. Sangat-sangat respek dia. 

  • Image of God

  • Cosmology

  • Dead Sea scrolls

  • Death of Jesus

Ini power jugak. Aku tanya, Tuhan ke kalau Jesus tu mati? Kan mati tiga hari, pastu hidup balik. Dia jawab, 'bagi kami Jesus tak mati. Dia eternal. Dia exist. Bila mati tu, ia proses perpisahan Jesus dari tubuh fizikal. Dia tak mati. Dia cuma keluar sementara. Aku macam. Perh.. hujah baru ni. Catit-catit. 

  • Personal God

Aku rasa yang ini paling signifikan. Tapi aku rasa bahaya kalau tulis sini takut tergugat aqidah. Sebab hujah sangat-sangat kritikal dan out of the box aku tak pernah jumpa dan baca lagi walaupun ada juga aku beli buku-buku interfaith tapi tak jumpa hujah dia ini. Jadi, siapa nak tahu boleh jumpa dan PM. Aku nak kongsi sangat-sangat, cuma tak nak public. Sebab banyak-banyak hujah Kristian, aku rasa ini paling powerful dalam justify Trinity dan love.

Alhamdulillah. Tengah-tengah nak panas lagi, Allah takdirkan azan berkumandang. Jadi, kami bersalaman dan greet each other. Dia akan datang lagi tahun depan, and aku berazam kalau aku tak fly lagi aku nak jumpa dia lagi. Plus dia pandai hebrew. Dan aku nak belajar hebrew. Dan di awal kami 'agree to disagree' di akhir pun sama. Aku iring dia sampai ke tempat letak kasut, brother tu pergi hantar dia ke gereja. Dan aku memecut balik rumah untuk salin baju sebab petang itu kena bagi pengisian. Hujan!  :DDD Basoh kuyup sejuk ketar-ketar. Moga Allah istiqamahkan aku, kerana aku merasakan iman aku bertambah dan lagi kuat yakinku pada Islam. Amin.

Dalam dada aku dah ada al Quran. Tuntutan dia, aku akan berusaha sepenuhnya untuk menunaikan. Termasuk mengamalkan dan menyebarkan. 


*the dialogue above happened in English. Full.

_________________________________________________________

A brave new world. Kenapa? Kerana kita saat ini sedang memasuki fasa yang akan betul-betul mencabar kita. Setiap aspek. Di akhir, hanya yang berani akan meneruskan. Maaf tak complete sangat nak cepat orang minta post lepas itu tak nak tangguh adik-adik dah khatam jauh lebih dari abang memang budak-budak sekarang agak poyo dalam hal ni. :D

p/s 1 - ada banyak isu lagi nak bincang. tapi, dua-dua tak ada masa.
p/s 2 - alangkah bestnya kalau ada kawan-kawan FCR lain. mula rindu yang di US.
p/s 3 - mereka dah mula bersaing. kita tunggu apa lagi, kita pemuda. :)
p/s 4 - any soalan atau pertanyaan atau keraguan sila tanya, jangan simpan. bahaya



8 comments:

  1. sangat curious nak tau pasal personal God tu, tapi macam mana? i'm not even a friend of yours pun, just a silent reader. :)

    ReplyDelete
  2. nice asif. Nice sgt. Dakwah dan Islah berjalan serentak disitu.... :)

    ReplyDelete
  3. hebat member2 kita ni, wish I had the same strength.

    ReplyDelete
  4. wah, yg pasal Jesus mati tu, 1st time dga jwpan mcm tu. so, bro jwb apa?

    hmm, pasal hebrew language, nak tye, tulisan hebrew mcm alphabet ke mcm mne? mnarik jgk kuasai byk bhs ni.

    nice sharing. moga Allah redha dgn usaha kita.

    ReplyDelete
  5. anon 1 - emm.. cne ek? add fb ok? PM je.

    nidzam - moga Allah redha. Susah nk istiqamah zam..

    halim - tak kurang jugak imam kita. hehe

    anon 2 - kan2? dia jawab dgn yakin. rasenye lah. nak blaja jugak tapi tak tahu kat ne. kene gi uni amiik specific la kot.
    amin.

    ReplyDelete
  6. Anak Usrah Yang Serumah! :):)May 12, 2013 at 12:57 PM

    Salam Asipo, nak tahu dgn detail lagi boleh?

    ReplyDelete