Monday, June 7, 2010

Iman dah besor.

Salam.

Bismillah.

Semalam birthday adik saya, Iman. Satu-satunya adik perempuan saya. Dah umur 16 tahun sudah.

Antara perkara yang banyak bermain dalam fikiran saya ialah adik-adik. Macam mana nak ajar mereka menempuh hidup ini, sama ada nak tunjuk atau biar sahaja mereka rasa sakit. Sama ada nak bersama mereka atau nak biar mereka keseorangan dalam belajar erti hidup. Namun, kecenderungan saya lebih kepada pilihan pertama. What I know a little about this world, it's too scary.

Juga yang bermain, is how to lift their intellectual levels? Kadang-kadang, memang risau menekan-nekan, lebih kepada nak berhibur. It's ok, cuma, harapan dengan buku dan dokumentari itu lebih dekat. Bukan novel-novel cinta yang mengarut. I see there's no contribution in that aspect. I know many great and loyal lovers - who never touched love novels, never knew what was dating before they get married, and lead a happy life. Juga dalam mengisi masa lapang, it's ok to online lama-lama. But, fill it with something. Something worthy to be labeled as a contribution. I believe that way is better. But, it remains as an opinion only.

Berhibur itu boleh. Tak ada masalah, cuma, kadang-kadang kita perlu recheck diri dan keadaan, tengok sesuai tak untuk berhibur. Kadang-kadang saya merasakan saya agak strict dan rigid dengan adik-adik. Dari banyak aspek. Ada juga teringat perbincangan dengan kawan baik, Ahmad Ridhuan, mengenai patut bagi mereka 'merasa' supaya tak buat lagi. Namun, kerisauan ialah takut mereka tak dapat bangun balik. Hmm..

Lagi-lagi dengan adik perempuan seorang ini. Dengar dia balik cerita, kesian dia. Saya cuba strict, tak dapat. Mungkin lebih kepada pendekatan lembut, iyelah, dia perempuan. Memang kena pun. Cuma, saya berharap begitulah. Harapan agar dia menjadi wanita solehah, dalam konteks sekarang pelajar yang baik. Tak dapat sempurna tidak mengapa, cuba sedaya upaya. Dengan korupsi sekeliling dia, tak hairan lah kalau keadaan jadi macam itu. Rasa-rasa nak terjun balik dalam sekolah, beritahu balik kesilapan yang senior-senior pernah buat(sayalah tu..). Insya Allah, ada peluang nanti.

Risau juga dengan budaya yang menjadi-jadi sekarang ini. Nabi pernah bersabda, Dajjal akan datang membawa syurga di tangan kirinya dan neraka di tangan kanannya. Hakikat sebenarnya, syurga itu adalah neraka, dan neraka itu adalah syurga. Itu hadith. Kalau dibawa perumpaan ini dalam masa sekarang, konsep ''appearance'' dan ''reality'' amat memainkan peranan. Macam dah terbalik semuanya. Kalau dulu, perempuan pakai tudung tak tutup aurat, orang dah pelik. Sekarang, lagi longgar lagi pelik. Macam terbalik. Sekarang ini macam-macam ditayang di TV, kalau lihat, perlahan-lahan sendi-sendi agama mula tercabut. Dulu masa Syahir dalam AF, punyalah kami budak DQ doa moga dia terkeluar. Alhamdulillah, keluar tapi masuk balik.

Asif minta maaf Iman kalau Asif macam keras sikit. Cuma, itulah harapan Asif untuk Iman. Nak Iman jadi orang baik besar nanti. Kalau panjang umur, jadi isteri untuk orang baik, buat anak banyak-banyak, prepare tentera untuk join group Imam Mahdi nanti. Iman nak dapat orang baik, kena jadi baik. Kurangkan bercakap nak dapat orang baik, jadi baik dulu.

Jadi mawar yang tajam duri-duri dia, biar pahlawan sejati yang kuat jiwa dan imannya sahaja yang layak untuk memetik. Ini soal harga diri dan maruah.
Jadi kolam yang penuh air dan dalam, biar pemuda yang cukup berani sahaja dapat merenanginya. Ini soal ilmu.
Jadi pohon semalu, biar jejaka yang tinggi hormatnya pada wanita sahaja dapat menyentuh. Ini soal malu dan akhlaq.

Ciri-ciri ini susah nak jumpa sekarang. Ramai nak yang baik, terlupa nak jadi baik.

Asif minta maaf lagi sekali. Ego Asif tinggi sangat, malu nak cakap depan-depan. Tak apa, biar orang tahu apa harapan Asif pada Iman. Harapnya, Iman dapat jadi anak solehah, pelajar yang taat, naqibah yang amanah. Biar kawan-kawan semua berpaling, redha Allah yang Iman cari. Jangan belajar jadi syaitan bisu, walaun terang-terang maksiat dilakukan, masih menyimpan dan tidak bertindak. Cukuplah sesetengah ulama' dah jadi macam itu. Belajar kena rajin sikit, nanti dapat masuk DQ, hafal Quran..hehe..

Asif minta maaf segala salah silap Asif. Cuma nak Iman tahu, apa yang Asif sekat sangat selama ini, tak nak Iman jadi macam yang lain. Ramai dah terkorban. Tak sanggup nak tengok. Cuma, nak Iman jadi yang berakhlaq dan berilmu. Tak nak Iman jadi macam Asif, dah keluar sekolah baru nak sedar diri. Sampai sekarang masih terhegeh-hegeh nak baiki diri.

"Knowledge is power". Allah dah janji nak warisi bumi ini untuk orang beriman, namun, memang fitrahnya perlu kuasa untuk menguasai dunia ini. Jadi, timba ilmu banyak-banyak. Apa-apa pun, all the best.

Happ Birthday Iman! I love you..

* Dah baca nanti buat tak tahu je, jangan cakap apa-apa. Segan. Cuma, harap dapat berubah jadi lagi solehah. Nak Iman tahu, Asif bangga dengan Iman. Ingat, wanita solehah perhiasan dunia paling cantik. Tak ada wanita solehah, even bintang-bintang dan bulan tak cukup untuk menghiasi dunia ini, tapi kalau ada satu pun, sudah cukup untuk menghiasi hidup sebuah keluarga. Wanita solehah, yang baik akhlaq, ikut syariat. Dia tak pakai tudung sahaja, tapi dia tutup aurat. :) Jadi perempuan yang balance!

Salam.

* Ini post bertujuan peribadi. Kalau ada yang meremang bulu, cepat-cepat tutup ye..hehe.. Gambar adik, tak boleh letak. Saya masih merasakan kurang sesuai gambar perempuan diletakkan secara 'fokus' dan 'besar' di Internet. Group tak ada hal. Masih cuba menerapkan dalam keluarga :)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. insya Allah. syukran. it remains as an opinion only though.

    ReplyDelete