Friday, June 18, 2010

One step further - IKRAM


Salam.

Bismillah.


Saya pernah ditanya oleh seorang pakcik pemandu teksi, "Nak, nak ikut apa-apa gerakan dakwah tak?" Saya lihat dia lain cara pemandangannya terhadap saya. Kebiasaannya akan wujud 'remark' pelik dan lain apabila melihat orang berkopiah memakai seluar jeans, di Malaysia maksud saya. Namun, kali ini pandangan pakcik ini tenang dan berbeza, sesuai dengan kopiah yang disarung, pemikirannya juga jernih. "Ada. Insya ALLAH, cuba istiqamah.." saya menjawab. "Oh..baguslah macam itu, ha, cuba kamu describe sikit apa kamu faham pasal ni.. especially pasal yang kamu tengah ikut sekarang.." pakcik cuba memanaskan tajuk. "Oh.. saya tak tahu banyak sangat pakcik, tapi saya cuba lah. Emm.. yang saya ikut ini, semestinya berdasarkan Quran dan Sunnah. Dan dari apa cara perjuangan dia, saya dapat nampak ikut rentak sirah Nabi. Simple saje. Tak perlu kitab-kitab bergunung untuk faham sama ada kami ikut sirah atau tak, mudah. Telus. Ringkas. Saya suka macam tu.. Lepastu, cara dia treat rakan-rakan gerakan lain, macam kawan. Saya dari kecil sekolah bawah wajihah amal situ, nampak. Saya kurang gemar, kalau-kalau ada yang membuka kelemahan gerakan lain semata-mata untuk menunjukkan kelebihan diri sendiri.. itu terdesak sikit. Saya juga nampak konsep perubahan berfasa dalam gerakan ini.. Alhamdulillah. Saya yakin dengan wasilah itu. Mungkin ada yang nak politik terus, ada yang nak khilafah, ada yang tumpu pada amal, itu saya hormat.. Saya suka pilihan saya.. hehe.. tak ada ayat Quran kot nak backup hujah pakcik, bukan tak ada, kang panjang kang..haha" saya menjawab panjang lebar. "Apa pendapat anak pasal pergaduhan antara gerakan?" pakcik ini bertanya. Tajam betul soalan-soalannya. Saya menjawab "Oh.. saya dari science stream pakcik, dari apa yang saya faham, ini orang panggil random error.. maksud dia bersumber sesetengahnya dari manusia. Perangai manusia. Bukan salah sistem atau apa-apa.. setakat ini saya tak jumpa lagi la mana-mana dasar gerakan yang kata dia sorang betul yang lain salah.. haha. taksub pun jangan. figuritas pun jangan. Setiap orang ada pendapat sendiri, dan setiap orang nak yang terbaik untuk masing-masing. Cuma, ada musuh lagi nyata perlu kita hadapi.. dan itu, membuatkan saya kurang terlibat konflik-konflik kompleks-kurang berakal inter-jemaah dan tumpu pada yang lebih berfaedah.."..perbualan berlanjutan...
Sampai. "Nak.. istiqamah, jangan lupa". "Insya Allah pakcik.." Moga perkongsian ini dapat membuka minda - melapangkan hati Insya Allah. If one really knows what is happening or at least get the picture of whats going on today in this world, he/she won't care too much about inter-jemaah conflict and stay focus. Stay away from useless quarrel, endless debate, and complex twists of facts in order to prove which one is the best. As it is millions of generations before us since Adam and Hawa, it shows the possibilities of billions and gazillions of gene permutation and combination. Also we have millions distinct environments to form the continuous variations. Thus, we should understand and accept the fact that everyone has their own opinion. "Whdatul Fahm" is achievable I believe that, but is it really the unity of what we are quarreling for, or is it in another aspect of tolerance and cooperation? Wallahu a'lam. Allah knows best.



***********************************


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

MISI dan VISI?

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

source: www.ikram.org.my

mari beramai-ramai bergerak untuk Islam..
sila invite kawan2 anda...

sebarkan~

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Tel: 03-55483140 Fax: 03-55427864

p/s: makanan disediakan bagi yang mendaftar kehadiran ke PELANCARAN IKRAM.
untuk mendaftar boleh hubungi nombor tertera diatas..

JazakAllah khair~

1 comment: