Thursday, June 10, 2010

Momentum.

Salam.

Bismillah.

Alhamdulillah, semalam, dapat juga menghirup secangkir manisan halaqah, setelah dua minggu tertangguh. Betul la bak kata pepatah, yang dah patah, tapi masih dapat dipatahkan menjadi pepatah; Bila dah hilang baru nak mencari. Bila dah jauh baru nak merindu. Bila dah lari baru nak mengejar. Dulu, masa halaqah senang sahaja dapat, walaupun di DQ, kena selit sana, selit sini, cover line sana sini, tak ada sangat rasa 'dahaga' sangat. Sekarang ini, bila dah masuk medan, baru merasa.

Semalam, di UIA, setelah lama 'kosong', perangai pun macam dah kurang ajar semacam, solat pun macam tak syahdu sangat, Alhamdulillah Allah kembalikan semangat balik. Iyolah, Iman itu meningkat dan menurun. Den ni kalo iman turun, den jadi setan sikit. Jadi, nak kena lah topup iman itu selalu. Kalau tak, huru hara keliling. Jadi, bila dah ada semangat laju balik. Alah, konsep wajib kita orang 'muda', hoho, setiap tindakan mesti ada kefahaman. Semangat itu hanya untuk menambah kadar sahaja. Boleh anggap kefahaman itu macam constant velocity, lagi tinggi kefahaman lagi tinggi constant velocity. Jadi, bila semangat sempat la accelerate kejap. Bila tak semangat, masih ada kefahaman, jalan juga kan? Jangan semangat tanpa kefahaman :)

Tauhid
Dalam halaqah, masa tadabbur, dapat surah Al-Ikhlas. Betullah orang kata, Truth is Simple. Kalau siapa yang tengok The Divine Book, selalu lah nampak ayat "One God, One Message". Masya Allah, tak tahu nak kata apa. Dah lama gersang, dapat surah memang sedap batin kena tibai habis-habis. Nak bercerita sikit, mungkin ramai yang dah dengar dan baca, tapi tak apa, kalau geng Dajjal duduk guna konsep 'repitition' untuk terapkan mesej dalam subconscious mind, kali ini biar "Ahmad Albab yang punya"(?). Apa kene mengena?

Dulu, masa zaman Nabi Musa, Perintah Pertama yang diturunkan kepada nabi Musa dalam bahasa Hebrew, "Shamma Israelu Adonai Ilahain Adonai Ehad". 1350 tahun kemudian, Nabi Isa diutuskan. Nabi Isa ditanya oleh seorang lelaki tua yang berilmu, "Master, What is the first commandment of all?" Nabi Isa menjawab, "Shamma Israelu Adonai Ilahain Adonai Ehad". Ayat ini diulang satu-satu perkataannya seperti yang dijawab oleh Nabi Musa. Apa maksud ayat ini? Apakah pentingnya ayat ini sehingga ia menjadi perintah pertama Tuhan Nabi Isa dan Musa? Ayat ini bermaksud "Hear O Israel, The God Our Lord, The God is One." Masya Allah.. Ayat tauhid. Paksi dalam mengesakan Allah.. Lebih kurang 600 tahun selepasnya, Nabi Muhammad tercinta diutuskan. Delegasi Kristian datang mengadakan dialog, selama tiga hari tiga malam. Lalu ditanyakan pada Nabi Muhammad oleh seorang Kristian itu, "Now tell me, what is your concept of god?" Nabi Muhammad menjawab, "Qul Huwa Allahu Ahad".

Musa said 'Ehad', Isa said 'Ehad', Muhammad said 'Ahad'. Peace be upon them.. ;)

Direction

Masa belajar topic vector, sebelum CUTI! ini, dapat satu ilham. Ceh, cara cakap macam dapat harmonikan empat fundamental forces je. Tentang direction anggota kita. Kalau kita perhati betul-betul, direction mata kita sama dengan direction mulut kita, metaphorically la. Tak perlu la gi depan cermin nak muncung-muncung. Nak muncung mulut tak apa, nak muncung mata macam mana. Maksudnya, medium perantaraan yang keluar dari mulut dan yang masuk ke mata masih dalam lingkungan arah yang sama. Jika difikirkan, apa hikmah Allah buat macam ini? Kita muhasabah balik, seringkali kata-kata kita menyakitkan hati orang. Kadang-kadang kita tak bermaksud pun. Tapi, ditanggapi lain. Kadang-kadang juga kita sengaja, dalam proses untuk menyampaikan teguran, kita lupa kita menegur siapa. Kadang-kadang orang yang lebih tua, perlu lebih dihormati. Saya pernah silap. Silap. Silap. Bila dapat kita rungkaikan hikmah dalam penciptaan diri kita, hidup akan jadi lebih bermakna. Saya dapat hikmahnya, ialah agar kita sentiasa melihat dengan siapa kita berkata-kata. Dengan orang tua, lain cara. Dengan orang muda, lain cara. Dengan sebaya, lain cara. Itu cara nabi, dalam lingkungan kesopanan yang amat santun, setiap hati disentuh dengan lembut. Kerana, dia melihat dengan siapa dia berkata-kata. Bukan bila melihat orang berpangkat, kita diam dan menjadi syaitan bisu. Bukan kerana melihat orang mempunyai pengaruh besar, kita menipu hati dan diri sendiri.

Dari mata dan mulut kedua-duanya mempunyai arah yang sama, kita alih kepada telinga kita. Tup-tup. Arah lain. Kalau mulut dan mata arah utara, telinga arah timur dan barat. Tabiat manusia, menjadi defensive. Selalu bila ditegur, rasa nak kondem balik si penegur. Adush! Ego tinggi betul aku ni.. Awal-awal dah kalah dengan syaitan. Bila kita singkap hikmah kenapa arah telinga berbeza dengan arah mata, kita dapat faham, tak kira sesiapa yang menegur dengarkanlah. Dia komen, dia puji, dia kritik, even dia tipu. Kalau kita tengok Perdana Menteri bercakap, dalam hati, "Eh, takkan dia tipu?". Contohnya. Bukan apa, kita rujuk hadith nabi,

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Sama-sama muhasabah. Insya Allah.. Pesanan untuk diri sendiri, apabila menegur, menyapa, bergembira, bersedih, dan berkomunikasi melalui perkataan, tengoklah dengan siapa kita bercakap. Kalau lain kali ditegur, tutup mata, buka hati. Insya Allah, ada keberkatan. Permulaan, memang akan ada rasa terancam. Tapi, kalau kita terima dan berubah, Allah akan putihkan hati, next time, bila ditegur, tak melatah :) . Tak perlu pakai Fab Total. Hoho..

Insya ALLAH.

*Perumpamaan di atas adalah pada pandangan peribadi penulis, sekiranya ada kesilapan dan ketidakcocokan dalam metafora, mari kongsikan. Bersama-sama menjadikan penulis lebih TERBAIK dan TERKENAL dengan perumpamaan! Tak adelah.. Gurau.
* Baru tahu simbol mangekyou sharingan di atas tu simbol ancient Occultism.
* Ayat Bible di atas anda boleh rujuk di Deuteronomy 6:4, dan Mark 12:29. Nak tahu lebih lanjut, marilah sertai FCR!

Salam.

2 comments:

  1. heh, harmonikan four fundamental forces? please, leave for me on spot in your team..

    anak adam mmg sering tersilap dan tersalah kan? sebaik2 yang bersalah ialah yg bertaubat..

    keep writing akh! moga tsabat!

    ReplyDelete
  2. hoho.. tak ada team lagi.. jauh lagi.. tapi Insya Allah.. ur post in my team is,,,leader of the team..! tada..

    memang.. selalu sgt..Allah baik..Maha Pengampun..

    ReplyDelete