Sunday, February 26, 2012

Tunggangan baru, Alhamdulillah.

Hari tu, motor Xcite rosak, semput katanya. Bawak-bawak mati tiba-tiba. Motor yang dah accident dua tiga kali dengan aku sama-sama. Cabut itu ini, calar itu ini. Motor yang dah banyak sangat berjasa pada aku. Sayang sangat. Dah berapa kali hantar baiki, rosak juga. Sampai haritu nak pergi program, on the way, rosak. Tersadai tengah highway. Immobile lah jugak beberapa hari.

Ada kelmarin, ayah aku close deal dengan seorang abang ni. Beliau belikan motor baru. Taklah motor BARU, motor second hand jugak, maklumlah, orang bujang tak payah nak power sangat lah motor BARU. Cukup untuk keperluan. Ayah aku tahu aku minat motor besaq. Aku pernah minta RX-Z. Tapi motor tu panas sangat, sebab kawasan rumah ini banyak pencuri motor. Yamaha LC jiran aku yang pasang rantai dan alarm pun diangkut motor bawa lari naik lori. Motor SS aku pun kena curi tahun lepas. Jadi untuk tak ambil risiko, ambil motor kurang panas. Ingatkan motor cup biasa je. Tengok-tengok dapat motor ni, Alhamdulillah, seronok tak terkata. Motor ni tak panas di pasaran penjenayah (Ceh.. cakap macam kita ni penjenayah jugak ye dak? -.-)

Ayah aku[dalam gambar]  close deal malam tadi.
Jelita sungguh!! 
Kena banyak berlatih posture baru. Tak biasa. Sebab biasa motor kapcai dengan motor Jaguh je. Motor macam ini tak pernah lagi. Insya Allah, moga Allah berkati pembelian ini, berkati aku sebagai rider dia, dan bantu aku untuk menjadi rider yang bermanfaat untuk dakwah. Lepas ini boleh lah nak pergi daurah ke, jogging ke, sekolah ke naik motor ni. Tapi malu sikit lah, segan. Motor cantik, yang bawaknya tak berapa skillful. Takpe, pelan-pelan kayuh!

Moga Allah limpahkan berkat ke atas ayah aku, aku, dan motor ini. Terima kasih Baba!

Selamat tinggal Xcite! T_T

5 comments:

  1. Lame2 la makin same 'anggun' penunggang dengan motor. Ameeeen...

    ReplyDelete
  2. one word: PERGH.

    Nanti ajar aku naik Asif! haha, ak assume ini ialah motor yg ada clutch yg ak tak penah naik, bawak keta manual pon tak reti,er bukan tak penah selepas JPJ :P

    ReplyDelete
  3. Halim - hew hew..amin. sori tak dapat berbual panjang di seminar Muslim kelmarin.

    Syazwan - Haha. Boleh aja..haah ada clutch. biasa lah, aku pun gitu wan..tapi practice dua tiga hari ok lah. tak susah pun. Ko for sure kejap je boleh.

    ReplyDelete
  4. Bro motor xcite 2 ape cite? Hubungi sy klo nk jual mtr xcite 2 0196695748

    ReplyDelete