Aku ingin berkongsi sedikit nasihat yang aku dapat daripada saudara Muhammad, junior aku dalam umur, senior dalam segenap aspek kehidupan. Nasihat ini aku dapat masa mereka sedang berkursus pengawas di Al Amin, dan aku ketua fasi ketika itu. Pada awalnya, aku tak berniat untuk berkongsi apa yang dinasihati, tapi aku merasakan kalau ia dapat memberi manfaat apa salahnya. Muwasofat yang ingin dibentuk pun salah satunya "Naafi'un lighairih". Walaupun nasihat yang aku minta spesifik, namun aku rasakan ia dapat memberi manfaat umum andai dikongsi.
"Muhammad, kalau ada kelapangan, ana nak jumpa nta sekejap, peribadi" pintaku ketika masa mereka menunggu waktu makan. Kami makan di kawasan surau, jadi aku bawa dia ke depan dan aku duduk bersila mengadap dia. Kami duduk bertentang. Ingin sahaja aku buat sebagaimana nabi dan Jibril, lutut bertemu lutut, tapi aku segan dengan dia.
"Muhammad, Ansihni, macam mana untuk ana menjadi hafiz yang baik, menjaga haq-haq al Quran, dan mengekalkan hati yang bersih? Iman ana semacam malap, dan ana memerlukan nasihat." aku bertanya dan meminta. Aku sangka mungkin dia akan menjadi sedikit kekok, bekas guru bahasa Inggeris merangkap seniornya meminta nasihat, tapi tidak. Dia memandang tepat pada mataku dan menunaikan haq aku untuk dinasihati.
Pesannya, aku harus ingat beberapa perkara untuk menjadi hafiz yang benar-benar menjaga. Yang pertama, mata yang aku pandang dunia mata yang sama itu juga lah aku akan gunakan untuk memandang Al Quran. Apabila aku keluar ke dunia yang tidak menjaga pandangan Allah, pada masa itulah aku harus beringat, yang mata aku yang dipinjam Allah ini perlu tekad menundukkan pandangan kerana mata inilah yang akan memandang Al Quran yang mulia itu.Yang kedua, telinga aku juga harus aku lakukan perkara yang sama. Jauhilah lagu-lagu yang liriknya tidak menambah iman, atau menambah kesyukuran untuk aku mensyukuri nikmat pendengaran itu. Jauhilah mendengar umpatan. Kerana dengan telinga itu lah aku akan mendengar bacaan Al Quran. Yang ketiga, mulut. Perhatikan setiap kata-kata yang keluar. Ingat sabda nabi, berkata baik atau diam. Tiga perkara yang disebut ini, tiga anggota inilah yang menjadi tempat jatuhnya baik atau buruk ke dalam hati. Kita jaga tiga ini, kita jaga hati. Hati kita terjaga, baiklah seluruh amalan kita. Bagaimana mungkin bercampurnya dosa dan pahala, maksiat dan ketaatan di tempat jatuhnya pandangan Allah, hati.
Untuk menjaga Al Quran, tiada cara lain. Mengulang dan mengulang dan mengulang. Aku selalu berprogram dengan adik Muhammad. Selalu, apabila kami fasi sudah bangun pukul 4.30 pagi untuk mengejutkan peserta, sering aku melihat dia sudah duduk di tiang surau mengulang Al Quran. Dia berkongsi, dia suka mengulang Quran sebelum Subuh. Kebiasaannya 5 juzu'. Dia berkongsi juga, untuk mereka yang sibuk, bila mana ada masa terluang, bacalah walaupun sedikit. Jangan tinggal. Kita jaga haq al Quran, kita juga akan terjaga. Akhlaq kita akan melambangkan akhlaq al Quran.
Terakhir, sentiasa ingat Allah dan merendah diri. Dalam hidup seharian, matlamatkan Nabi Muhammad sebagai model terbaik dalam hidup manusia.
Kemudian aku bertanya, "Ana pernah buat kesilapan masa silam ana. Yang mana sampai sekarang, ana masih menyesal, ana masih menghukum diri ana, dan ana masih merasakan Allah menghukum ana. Bukan ana tak pernah insaf dan taubat, ana dah buat, dan ana tak pernah berhenti sampai sekarang. Tapi, ana masih tak nampak jalan keluar dari permasalahan ana sekarang. Sedikit lagi nasihat? Boleh?"
"Nta kena terus yakin dengan apa yang nta sedang usahakan sekarang. Untuk orang yang bertaqwa, Allah akan bagi jalan keluar. Nta kena usaha dan yakin. Allah uji nta, nak dekatkan nta lagi dekat dengan Allah..........." dan panjang lagi, yang mana menjadi sedikit peribadi.
Alhamdulillah. Ini sedikit perkongsian, untuk aku dan juga kalian yang menginginkan sedikit 'kickstart' untuk terus memacu dalam jalan mencari redha Allah yang berat dan penuh ujian.
Walaupun mungkin simple, tapi itu yang ajaib. Kata-kata orang beriman, lain kesannya. Semacam tumpatnya ucapan Naib Mursyid Ikhwan, diselang-selang terjemahan, namun memberi kesan yang mendalam. Alangkah baiknya andai aku dikurniakan hati yang jernih untuk mengagumi sirah dan akhlaq nabi, dan juga setiap orang salih supaya aku tak tercicir mutiara walau sedikit.
**************************************************
Inilah dia orang yang aku meminta nasihat daripadanya. Dia sekarang tingkatan lima, di Al Amin Gombak. Beradab dan humble orangnya. Walaupun hebat, very approachable.
Ini gambar adik Muhammad beberapa tahun lepas. |
Ini gambar terkini dia semasa Kursus Pengawas di Al Amin Gombak 2012. Baru dua minggu lepas. Semasa slot 'Master Chef', mereka masak macam-macam, yang mana secara peribadi pandangan aku, ketua Fasi dan fasi-fasi lain, ternyata skil memasak kaum lelaki lebih hebat. :)
Kurus kan dia? Aku sekarang pun tengah follow diet plan dia. Tak makan nasi - dia memang tak makan nasi, masa program pun. Makan roti, cereal dan biskut. Memang menjaga betul. No wonder kami boleh menangis bermakmumkan dia semasa Qiam. Senior aku yang jadi fasi pun minta dia baca macam-macam masa Qiam, gaya bacaan Al Afasy lah, Saad lah, Mahir lah. Dia senyum je.
No wonder kami boleh menangis bermakmumkan dia semasa Qiam.
ReplyDeleteteringin la pulak nak merasa.
-iraizati-
x sabar nak tengok asif kurus,mesti kiut kan? hahaha
ReplyDeleteSebuah perkongsian yang baik. Baru tahu adik muhammad dh kurus. Moga Allah merahmati kita semua. :)
ReplyDeleteSUBHANALLAH...
ReplyDelete