Saturday, May 7, 2011

Taujih si Ibu..

Sedang aku berehat-rehat, Ayaz dan Saif bercerita tentang kehidupan tadika mereka. Aku pun kembali digamit nostalgia. Teringat ketika aku masih di Tahap 1, di Tadika Amal, kami selalu menyanyikan nasyid-nasyid mengenai nabi-nabi, dan lagu yang paling dalam terpahat di dalam kepalaku ialah lagu Nabi Yunus ditelan ikan paus.

Teringat kisah sirah terkenal Nabi Muhammad. Mengenai kisah-kisah nabi yang dimotivasikan Allah setelah tahun kesedihan, dan juga peristiwa Taif. Saat itu, kesedihan nabi Muhammad tidak tergambar. Isteri kesayangan beliau, Khadijah meninggal. Begitu juga dengan bapa saudaranya, Abu Talib. Lebih menyedihkan nabi, bapa saudara beliau tidak mati dalam mengakui ketauhidan Allah. Bapa saudaranya yang bersamanya susah dan senang dalam dakwah beliau. Disusuli pula oleh peristiwa Taif. Beliau di Taif dua minggu bersama Zaid dibaling batu, diejek dan dicaci oleh penduduk, dan kanak-kanak Taif sehingga berdarah dan luka. Penduduk langit menyaksikannya dengan perasaan sedih dan kasihan. Malah malaikat sudah pun bersedia membalikkan bukit Taif. Namun, nabi masih mendoakan hidayah buat mereka.

Nabi berehat di satu kebun di hujung Taif bersama Zaid. Dua pemilik kebun itu berasa kasihan kepada baginda yang terusir dan terluka, lalu memerintahkan pembantunya memberi sedikit buah kepada nabi. Pembantunya, seorang Nasrani bernama 'Adas membawa buah tersebut kepada nabi. Beliau menghulurkan anggur tersebut kepada nabi. Nabi berterima kasih, dan mengambil buah tersebut, lalu diucapkan ''Bismillahirrahmanirrahim''. Pembantu tersebut sedikit terkejut, lalu berkata "Perkataan itu agak asing bagi penduduk di sini..". Baginda lalu bertanyakan dari mana asal usul beliau. Pembantu tersebut menjawab, "Aku adalah seorang Nasrani dari Ninawa". Nabi bertanya, "Adakah engkau dari desa lelaki soleh Yunus bin Matta?". "Bagaimana engkau tahu tentang Yunus?" tanya 'Adas sedikit terkejut. Nabi berkata, "Itu adalah saudaraku. Beliau seorang nabi, aku juga seorang Nabi..". 'Adas terus menundukkan dirinya dan memeluk nabi sambil menangis.. lantas beliau mengucap dua kalimah syahadah.

Itu lah taujih sang nabi. 'Umar pula pernah berkata, jikalau tidak kerana tiga perkara, nescaya dirinya akan hancur. Puasa di hari yang panas, qiam di malam yang sejuk, dan sahabat yang saling mengingatkannya kepada Allah.. Itu taujih si 'Umar.

Apakah pula taujih si Ibu? Hati aku kuat berkata, taujih buat ibu tercinta di dunia ini, adalah anak-anaknnya yang soleh dan solehah. Lihat sahaja di Palestin. Ibu-ibu kuat di sana, termotivasi oleh syahidnya anak-anak yang lain. Anak-anak soleh dan solehah. Sedih mengenangkan, aku sering menjadi yang sebaliknya. Di saat ibuku penat mengajar di sekolah, melayan kerenah-kerenah anak-anak murid, aku tidak berada di sisi ibuku. Tidak menjadi motivasi beliau. Tidak menaikkan semangat beliau. Sering, aku merindukan zaman kanak-kanak aku. Dialah segala-galanya buat aku. Dan aku yakin, itulah yang sebaiknya.

Mama, di hujung kiri berbaju kelabu.
Nothing much to say. I pray, so I can be a good and soleh son to her, not only beneficial here, but until akhirat. Amin..

Selamat hari Ibu, mama! T.T

*Family day esok! Can't wait!
p/s - lagu ni, menangis dengar. Pasal Nabi Yunus. Nasyid yang aku hafal dari kecik lagi.. sila kan dengar.. Doa nabi yunus dalam perut ikan paus, La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzaalimin.

2 comments:

  1. May you continue be a good son to him, Asif.

    jadi legasi untuknya dunia akhirat kan :)

    ReplyDelete
  2. ya.. aku yakin kau boleh. kau yang bawa aku kan...ehe..

    legasi dunia akhirat.. ya ya..

    ReplyDelete