Tuesday, May 3, 2011
Pengalaman, dan tugas kita.
Minggu lepas. Emak aku bercerita mengenai seorang pakcik. Ketika emak dan ayahku dalam perjalanan ke satu destinasi, ada seorang pakcik bersama keretanya memandang kereta kami dengan pandangan semacam lain. Bukan normal. Berkali-kali, sehingga disedari oleh kedua ibu bapaku. Lalu, atas dasar ingin tahu, ayahku berhenti di sebelahnya ketika berhenti di 'traffic light'. Masya Allah, dia mengangkat tangan, dan tersenyum lalu menunjukkan kepada tingkap keretanya, dan berkata "Kita sama" berulang kali. Pada mulanya, mereka tidak faham apa yang pakcik itu cuba katakan. Setelah melihat apa yang ditunjukkan oleh pakcik itu, mereka tersenyum sekali. Rasa semangat kebersamaan itu.. Alhamdulillah...Ini sticker yang pakcik tu girang tunjukkan pada ibu dan ayahku.
Alhamdulillah. Cuti semester minggu lepas aku melalui pengalaman yang amat bermakna. Alhamdulillah.. Selepas memberi pengisian kecil di UPM mengenai ghazwul fikr, aku dihantar oleh Hakim Ali ke stesen KTM malam itu. Terdetik dalam hati, cuti ni nak dibuat apa? Alhamdulillah..Allah menjawab. Dapat mesej daripada kenalan di UIA, mengenai tawaran menjadi sukarelawan di booth Aqsa Syarif. Terus menawarkan diri..
Alhamdulillah.. berdoa agar amalan ini melonjakkan diri termasuk dalam golongan yang berada dalam naungan Allah di mahsyar nanti. Ada sesuatu yang ingin aku kongsi.. Iaitu mengenai peranan kita. Peranan kita-kita yang mempunyai maklumat mengenai Palestin. Di sana, aku melihat beberapa situasi. Di booth Aqsa Syarif, matlamat utama kami adalah untuk pameran dan penerangan, jualan merupakan objektif keempat dan terakhir. Jadi, kebanyakan masa kami di sana, kami luangkan untuk mengedarkan pamplet dan brochure, serta menerangkan serba sikit mengenai video yang ditayangkan, dan bagi yang lebih berminat akan bergerak ke bahagian pameran. Ada juga yang lebih meminati buku dan baju serta produk-produk lain.
Di sana, alhamdulillah, semangat aku mula bangkit. Ramai sangat yang menunjukkan sokongan terhadap Palestin. Letak tepi cara pakai, dan bangsa. Bila kami menghuraikan sikit, dan mengenalkan mereka pada hero-hero termasuk Faris 'Audah, muka mereka kelihatan serious. Sebelum menjadi volunteer ini, kadang-kadang terasa sangat sedikit rakyat Malaysia yang mengambil berat perihal Palestin. Jikalau tidak mahu boikot tidak mengapa, pilihan peribadi, ini sehingga menyalahkan rakyat Palestin yang mempertahankan diri. Tapi di sana, tabung sentiasa dimasukkan duit. Memang ramai yang malu-malu untuk menunjukkan sokongan, sehingga terpaksa aku selalu mengingatkan, "Jangan segan bro/sis! Bangga..kita bantah keganasan, tuntut keadilan..".
Ada pattern kalau tengok. Kalau yang datang ada gaya korporat dan orang kaya, kebiasaannya mereka akan pergi ke seksen pameran dan projek Aqsa Syarif - Kilang Roti dan Ternak Lembu di sana. Mereka biasanya akan meminta kad. Lain pula jika kanak-kanak, mereka akan mengerumuni video. Kagum. Dan sedikit kedekut nak keluar duit beli button RM2. Haha. Kalau yang remaja dan dewasa, Alhamdulillah.. Kadang-kadang, ada yang sangat meluap-luap perasaan ingin tahu mengenai Palestin, terdetik dalam hati, "Derang ni tak tahu lagi ke?". Kesal, bukan kerana mereka tak tahu, kerana usaha orang-orang macam aku ni masih belum cukup untuk sebarkan maklumat mengenai Palestin. Ada juga yang terkejut, pabila ditunjukkan peta Palestin yang dihakis, mengenai perjanjian Oslo, mengenai penderaan mental dan sebagainya. Kebanyakan mereka ingat, Palestin masih kuat, dan tiada apa yang terhakis, cuma diserang secara berterusan. Mereka terkejut, betapa ramai pelarian Palestin, betapa kecilnya negara Palestin, dan mengenai kedudukan Masjid Aqsa di dalam Islam.
Alhamdulillah.. bagiku, Al-Aqsa akan terus jadi motivasi buat muslimin seluruh dunia... ini sedikit gambar kenang-kenangan.. ada seorang pakcik kartunis di booth kami, rapat jadi dengan dia. Sambil bekerja, sambil dengar dia bagi tazkirah. He's a bit into sufi, and JIN!! Rasa nak berkongsi jugak, tapi kang tak jalan keje. Dia lukis dan infaq pada Palestin. Bersyukur dapat bersama-sama orang hebat. Mulut mereka diam, tapi mereka bekerja kuat..
Terasa rapat. Walau sekejap berjumpa.. Terutama Rizuwan, yang berkopiah. Terkilan jugak, masa nak tangkap gambar dia, bateri habis..Insya Allah..lain hari, kita berjumpa.. yang penting, tugas kita, untuk sebarkan maklumat dan menyemarakkan semangat perjuangan Palestin di hati rakyat Malaysia..Allahu Akbar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment