Aku cuma rindu.. Itu sahaja. Aku jenis orang tak tahan rindu. Lepas rindu, rindu lagi. Lepas itu, rindu. Rindu lagi, sampai bila-bila.
Aku pun buka buku-buku Sirah dalam bilik aku. Sesak dada, sebab rindu sangat. Aku tukar buku, ambil buku pasal sahabat Nabi. Lagi la kuat rindu.
Akhir sekali aku ambil Quran. Lepas baca aku peluk cium Quran kuat-kuat. Mushaf aku tercabut sikit dah kulit luar dia. Sayang dekat Quran. Lega sikit rindu.
Ada orang pernah pesan, jaga Quran elok-elok. Kalau dalam rukun Iman, antara kesemua rukun itu, Quran sahaja yang boleh kita pegang cium peluk baca bawa ke mana-mana. Cinta pada Allah, baca Quran. Rindu pada Nabi baca Quran dan selawat.
Allahumma Solli 'ala Muhammad.. wa 'ala ali Muhammad.
________________________________________________
Muhammad bin Abdullah. Akhlaq beliau dah cukup mempesonakan. Terngiang lagi di telinga, sahabat seusrah di Alamin dulu mengingatkan, sunnah terbesar nabi, ialah akhlaq. Dibacanya surah Al Qalam.
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia -ayat 4Cuma, aku masih gagal hidupkan rindu aku menjadi amalan seharian. Mesti ada terlepas.
Niat aku juga belum terlaksana lagi. Nak tahu basis dan hadith serta dalil setiap 'ibadah yang kita buat. Baru bertambah cinta pada Nabi. Bukan tahu untuk berhujah, tidak langsung. Cuma, nak rasa 'syok'nya buat apa yang nabi buat. Aku tak nak selawat buta-buta. Aku nak bila selawat, aku senyum tak sabar nak jumpa nabi. Atau menitis air mata, Nabi baik sangat, masa nak wafat ingat ummat, aku? Aku nak tebus hidup aku dulu-dulu. Cinta-cinta monyet dan segala bagai yang aku terbazir..
Rindu aku memang masih tak tertahan. Cuma, kalau aku rindu nabi, tapi tak buat macam nabi buat, apa aku nak cakap pada nabi nanti? Nabi ada sahabat yang persistent - Bilal dijemur tengah panas dan diletak batu besar. Abu Dzar dibelasah satu Mekah sehingga pengsan. Khabab bin Arat yang mana kita panggil kebab sempena nama beliau, diseksa dengan diseret badan dan punggung beliau atas bara api, sehingga bara api itu padam bukan sebab air, tapi disebabkan darah dan lemak dari badan beliau. Sumayyah mati disula. Mus'ab bin Umair syahid tak bertangan dengan tombak di dada. Talhah tahan panahan dan tombak dengan badan beliau ketika perang Uhud melindungi Nabi, sehingga Abu Bakar mengatakan 'Perang Uhud milik Thalhah'. Abu Ubaidah patah giginya demi mencabut besi dari pipi nabi.
Nak kata kita punya cabaran lagi hebat? Kita dah cuba tapi tak dapat? Banyak lagi masuk list pasal cabaran nabi dan sahabat - nak dibandingkan, Subhanallah tak terbanding. Tapi zaman mereka ada nabi, zaman kita tak ada. Itulah.. :(
Nabi lahir didahului dengan tanda-tanda manusia agung. Cahaya keluar daripada Aminah. Api Majusi yang sudah beratus tahun membakar, terpadam. Gerbang-gerbang istana Kisra runtuh. Gereja-gereja di Syam menyembah bumi. Bagaikan sinar baru, menerangi alam.
Baginda mencintai orang miskin, menghubungkan silaturrahim, mengasihi yang muda, mencintai yang tua. Orang yang sangat baik. Anak yatim. Kalau ada elemen-elemen yang boleh buat kita cinta pada seseorang, semua ada pada Nabi Muhammad. Nabi berkuasa, tapi nabi juga menjadi juga hamba. Nabi memimpin negara, nabi juga menjahit baju yang koyak. Nabi memerangi orang kafir, nabi juga menyayangi anak-anak yatim dan mencintai kanak-kanak. Nabi miskin harta, namun satu Madinah gembira kerana kekayaan hatinya. Nabi berkuda ke perang, nabi juga berlumba dengan isteri beliau.
Nak cinta nabi, kena kenal. Bukan sekadar di mulut.
Dari Anas radhiyallahu ‘anhu bahwasanya ada seseorang yang bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang hari kiamat. Ia berkata, “Kapan hari kiamat terjadi?” Maka beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam balik bertanya, “Apa yang telah engkau persiapkan untuknya?” Ia menjawab, “Tidak ada sama sekali. Hanya saja, sesungguhnya saya mencintai Allah dan Rosul-Nya.” Maka beliau bersabda, “Engkau bersama orang yang engkau cintai.” Anas pun mengatakan, “Tidaklah kami berbahagia dengan sesuatu seperti halnya kebahagiaan kami dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Engkau bersama orang yang engkau cintai.” Anas berkata, “Karena saya mencintai Nabi, Abu Bakar dan Umar. Dan saya berharap saya bersama mereka karena kecintaan saya kepada mereka, meskipun saya tidak beramal seperti amal mereka.” [1]
_________________________________________________
Sangat-sangat rindu. |
Hanya satu jalan - bawa mesej nabi. Amalkan dan sebarkan..Selawat dan 'izzah.
Allahumma Solli 'ala Muhammad.. wa 'ala ali Muhammad.
Allahumma Solli 'ala Muhammad.. wa 'ala ali Muhammad.
__________________________________________
p/s - mood drained out. Physics and Further Pure belum siap.. tak apa, ada lagi 10 jam sebelum pukul 12 tgh malam.
p/s - yang tak nak sambut maulud. cakap elok-elok pada yang sambut. supaya dia kenal cara lebih baik mencintai nabi, selawat dan amalkan sunnah. kalau keras sangat tegur, lagi jauh hati.
Foot note :
[1] HR.al-Bukhari kitab al-Jumu’ah bab man intazhara hatta tudfan 5/12 no.3688, Muslim 8/42 kitab Al-Birr wash shilah wal aadaab, bab al-Mar’u ma’a man ahabba8/42 no.6881
p/s - yang tak nak sambut maulud. cakap elok-elok pada yang sambut. supaya dia kenal cara lebih baik mencintai nabi, selawat dan amalkan sunnah. kalau keras sangat tegur, lagi jauh hati.
Foot note :
[1] HR.al-Bukhari kitab al-Jumu’ah bab man intazhara hatta tudfan 5/12 no.3688, Muslim 8/42 kitab Al-Birr wash shilah wal aadaab, bab al-Mar’u ma’a man ahabba8/42 no.6881
baca post ni, buat semakin rindu.
ReplyDeleteair mata dah bergenang,
syukran!
Ar Rayah World News
ReplyDeleteMungkinkah Mesir Pembentukan Pertama, Kekhalifahan Kedua
http://ibnuyassir.blogspot.com/