Thursday, January 13, 2011

Senyum =)

Senyum seindah suria..

Yang membawa cahaya..

Senyumlah dari hati duniamu berseri..

Senyum umpama titian dalam kehidupan..

Kau tersenyum, ku tersenyum kemesraan menguntum..

Senyuman itu membahagiakan.. tahu tak? Aku dan dua adik penghibur hati.. =)

********************************
"It's really difficult to smile naturally. When people are in a situation they want to smile, the brain's frontal lobe, the area connected to the heart, sends the command to the face, miraculously controlling about 50 muscles, to create a natural smile. On the other hand, if you consciously try to smile, the order 'LAUGH!!!' is given out by the motor system. But the muscles cannot be controlled by force, so when you do it your smile will be very stiff, right? So to have a naturally cute smile, there's only one way. Smile unconsciously."  Mr. Brain episode 7.  
Aku sangat suka pada pagi. Pagi yang dingin dan sejuk. Sekali tarik nafas rasa penuh di dada. Pada pagi itu, seperti biasa, aku 'start' enjin motor. Tunggu seminit dua. Gerak.. ke kolej. Di selekoh sebelum lebuhraya, ada beberapa gerai dan salah satunya merupakan gerai kegemaran aku. Namun, bukan hari itu. Hari itu aku puasa. Jadi, tak membeli. Sebaik sahaja sampai di hadapan gerai itu, aku melemparkan senyuman pada makcik-makcik di gerai tersebut. Kemudian terus aku memecut. Hatiku terasa bahagia bila berbuat baik. Tenang betul pagi itu. Namun, ianya sebentar sahaja. Selepas itu, semuanya serba tak kena. Terutama di atas jalan raya. Banyak betul driver kereta yang tak bertimbangrasa. Dalam hatiku berkata, 'Mana mat-mat motor tak nak bawak laju, derang bawa kereta macam nak hempap orang..'. Trauma selepas kemalangan hari itu sedikit sebanyak berbekas di hati. Alhamdulillah, motor je tukar part sana sini, orangnya Alhamdulillah part-part semua ok. Hehe.. Dari pagi hingga ke petang selepas tamat kelas, terasa driver-driver kereta hari itu amatlah kurang ajar. Hati terasa amat panas. Sudah beberapa kali pada hari itu sahaja nyaris-nyaris dilanggar. Di traffic light antara bandar, aku ambil masa kejap tarik nafas lepas. Biar kepala 'clear' sikit.

Baru nak mula relax, ada lagi kereta masuk line sebelah tanpa signal tak ada apa, sekali lagi aku mengelak. Hati memang dah panas sangat dah. Lepas tu bawak memang pecut habis. Dalam hati duduk istighfar banyak-banyak. Rasa ibadah-ibadah yang duduk buat sepanjang hari itu macam perlahan-lahan jadi wap air hilang di udara. Rugi macam tu je. Dalam duduk melayan marah campur nak cuba hilangkan marah itu, tengok-tengok dah sampai simpang kawasan gerai. Ha, sampai pun. Nak masuk simpang pulak tiba-tiba ada pula kereta masuk simpang tak bagi signal, yang kita ni punya menunggu dia lintas baru kita masuk, tengok-tengok dia masuk simpang tak bagi signal apa muka buat tak tahu. Menggelegak balik. Hari itu, memang la mende kecik macam itu pun boleh jadi sebab nak marah.

Dah masuk simpang kawasan gerai tu, ternampak makcik gerai tu. Yang masa itu aku tengah tahan marah, masya Allah makcik tu senyum dengan angkat tangan...zupppp! Hilang terus marah, aku pulak balas balik senyuman dia. Lepas senyum itu, ingat nak sambung balik mood marah tadi, tapi tak boleh dah. Rasa macam 'panas' nak marah dah tak ada dah. Aku masa tu macam orang bingung, duduk termenung atas motor lepas parking. Pelik sungguh! Apakah dengan senyuman sahaja bisa memadamkan api yang sedang marak macam itu aja?(makcik tu orang Indon..buat macam sinetron la sikit kan..)
Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah. (Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)
Kemudian, dah pejam mata lama-lama fikir kenapa boleh jadi macam tu? Bila ingat balik hadith ni, baru tahu. Senyum itu sedekah. Allah akan bagi balik berganda apa yang kita sedekah. Perhaps, senyum itu salah satu? Aku tak tahu. But, I'm thankful that day.. I don't know what will I do with my 'fire' of anger that day if it continued to burn. Allah itu 'adil.. Hal Jazaul Ihsanu illal Ihsan.
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga? Ar-Rahman, 60
Kan? Moga Allah berkati semua senyuman kita. Senyuman penuh makna, dan dari hati. Kalau tak nanti jadi 'stiff' macam Dr Brain kata. Dan, jangan lupa! Jangan sekali-kali pandang rendah pada kebaikan walaupun jumpa saudara kita dengan bermuka manis. Nabi dah ingatkan.. Who knows, one day you might need someone to smile to you.. kan? Sekian. Terima kasih.. jadi, sila ambil masa nak senyum! Senyum la slalu..layannn

7 comments:

  1. salam.

    oh... Asif pun org y panas baran...
    ops.
    senyum :)

    *learn something new. :)

    Salam.

    ReplyDelete
  2. salam.

    :) itu zaman dulu.. tapi kadang2 terkeluar jugak.
    senyum :) baru dapat bahan manhaj, amalkan la terus kn? hehe

    salam

    ReplyDelete
  3. senyum :)

    being both cyclist and driver make us aware and concern.

    baguslah. hehe

    ReplyDelete
  4. hehe. yep! a little experience from my motorcycle period makes me aware when driving a car..definitely.

    senyum :)

    ReplyDelete
  5. kesian kau, ok, next time, bila ade kete yang ala-ala takde lesen camtu, kau flyin kick je side miror die ok...?hehe

    ;)

    ReplyDelete
  6. haha..nak jugak flyin kick, tapi takut aku je yg terkehel..jdi mcm tahun lepas, seminggu tak g kelas, dislocated..haha

    ReplyDelete
  7. asif kacak do!!:D!
    senyuman dalam gamba tu natural ke forced punya smile?haha..

    ReplyDelete