Thursday, January 6, 2011

Kisah bermakna - Pengorbanan itu manis

Aku baru saja nak mula lupa pasal kawan-kawan aku di Palestin. Alhamdulillah, Allah ingatkan aku balik dengan kisah ini..

**************************
Seorang ikhwah yang berada di lapangan terbang. Perutnya berkeroncong. Dia terlupa makan dek terlalu sibuk melayan mereka yang bersedia untuk pemergiannya. Laparnya amat mengganggu. Dia mahu makan. 'Allah.. di 'airport' ada ke restoran yang halal?' dia terfikir sendirian. Dibincangnya bersama rakan-rakannya yang lain. 'Macam mana nak makan kalau cop Halal pun tak nampak?'. Sedang mereka mencari-cari dengan penuh harapan, mereka ditemukan dengan restoran yang 'confirm' halal, McD. Terus diajak oleh rakan-rakannya yang kegembiraan. Namun, muka beliau terus bertukar muram. Sedih. 'Kenapa? Ko tak suke ke jumpa McD ni?" tanya seorang rakannya. Kepalanya diangguk, sememangnya dia agak kecewa. "Aku tahu memang lah boikot, tapi yang ni je Halal. Time ni lah darurat..boleh je" dihujah oleh seorang rakannya. Jawabnya, "Aku bukan apa..aku tak nak. Tak sanggup". Rakan-rakannya bertambah pelik dengan sikapnya.

"Apa yang kau tak sanggup? Makan? kan aku dah cakap, kalau dah tak ada makanan halal, ini dibolehkan.." balas rakannya. Dia diam sebenar, menarik nafas..."Tak.. bukan macam tu. Aku memang tahu, kalau dalam keadaan darurat, kita memang boleh makan benda haram. Termasuk babi.. tapi, ermm, aku tak tahu pula dalam keadaan darurat kita boleh bunuh manusia lain untuk mengenyangkan perut kita. Boleh ke macam tu? Kalau tak ada makanan halal lain, aku boleh je nak makan babi, tapi bunuh manusia, boleh ke? Macam tak sanggup la..sori.." balasnya dengan serius. Mengharapkan jawapan. Dia maklum rakan-rakannya yang lain juga sudah cukup masak dan faham dengan fakta itu. Fakta yang tidak boleh disangkal lagi, diterap dalam bertahun tarbiyah. Ada yang belajar bisnes, ada yang belajar ekonomi, semestinya mereka akan nampak duit yang sedang mengalir laju ke arah muara 'Senjata Israel'. Dari mana? Dari mata air 'umat Islam'. Namun dia maklum, ilmu sahaja belum mencukupi. Falsafah di sebalik ilmu-ilmu dunia harus sentiasa dikaitkan dengan kefahaman yang syumul dan bersih. Dia juga faham, tema dakwah yang mereka payungkan - dakwatuna bari'ah wa naziihah. Dakwah kami bersih dan suci. Jangan setakat melaungkan kembali ucapan Hasan Al Banna itu, fikirnya.

"Air mineral pun air mineral la.. kita ambil 'azimah, bukan rukhsah..insya Allah " jawab rakannya yang lain. Senyuman terukir di muka mereka, bunga kefahaman akhirnya membuahkan pengorbanan yang manis. Pengorbanan yang wujud kerana cintanya mereka terhadap saudara-saudara mereka di Palestin. Mereka juga faham, kalau setakat berlapar, jauh lebih hebat Ikrimah bin Abu Jahal yang syahid kerana memberi keutamaan kepada sahabat yang lain untuk meminum air semasa perang.
************************
Mereka pun makan aiskrim :)
Motivasi nih. Kalau dia boleh buat, aku mesti boleh lagi. Insya Allah. Istiqamah jangan tak istiqamah. Semalam, aku tolong mak aku prepare 'presentation' Fiqh Sirah tulisan syeikh Ramadhan al Buti untuk usrah beliau hari ini. Pasal apa? Isra' Mi'raj. Masa tu, a point thunderstruck me. Masjid Al Aqsa, sumber inspirasi untuk nabi Muhammad. Selepas dibaling batu dengan teruk di Taif sehingga malaikat pun bersiap sedia untuk membalikkan gunung Taif kerana marah (malaikat pun ada perasaan), Allah sediakan Isra' Mi'raj sebagai motivasi. Di Masjid Aqsa - kenapa? Situ dekat dengan tempat kelahiran 'Isa 'alaihissalam al Masih kita. Di situ juga nabi Muhammad tersayang kita mengimamkan solat, dimakmumkan nabi-nabi sebelum beliau. Kenapa?

Allah nak tunjuk pada nabi, mesej yang nabi bawa bukan mesej baru. It's a continuous message. Mesej yang mengajak kepada Allah. Nabi-nabi lain yang menjadi makmum, mereka juga melalui perkara yang sama. Kepahitan, penderitaan dan pengorbanan. Allah nak bagi tahu nabi, 'Kau tidak keseorangan'. Mesej yang nabi pikul tu sekarang terpikul atas bahu kita. Kita mungkin tak sedar, tapi kita kena ingat, kita tak keseorangan dalam tanggungjawab ini. Macam Uwais al Qarni, Umar dan Abu Bakr tak kenal siapa dia masa nabi cakap. Tapi, Uwais amat terkenal dalam kalangan penduduk langit. Begitu juga dalam kes kita. Mungkin kita tak tahu, ada lagi tak orang yang nak pikul tanggungjawab bawa mesej nabi ini. Kita mesti yakin, ada. Sama ada di hujung anjung rumah flat di Kedah, atau di basement parking kondo di Kuala Lumpur, mahupun di tepi sungai Ulu Yam, hamba-hamba Allah yang soleh ada di mana-mana. Yang penting kita jangan putus asa.

Heroin kita bukan Rosmah.. (Gambar Rachel membantah)
Kita juga mesti yakin, Al Aqsa itu sumber motivasi kita. Banyak hero-hero situ. Banyak juga kenangan di situ. Usah salahkan Barat, usah salahkan Yahudi. Bangkit diri sendiri, bangunkan dari tidur diri yang sudah lama lena sebelum kita menuding jari pada Israel dan Amerika. Bakar syiar-syiar Israel dalam diri sendiri sebelum kita bakar bendera mereka.

*****************************************
p/s : tonight alhamdulillah,  my mind ate a plate of bright piece of thinking, the presentation of a new idea - 'Westernophobia'. The class ended 10.30 pm. And I feel satisfied now. Alhamdulillah.

p/s : this boycott isnt going international la..he said. Ehem. Bro, sape kata tak international? mai pakat tengok sini.
1.Ini artikel baru 14 November tahun ni. Klik
2.Ini pulak gerakan BDS. Boycott, Divest and Sanctions for Palestine. http://www.bdsmovement.net/

Selamat mengkaji :)

1 comment: