Sunday, July 24, 2011

cahaya..

شكوت إلى وكيعٍ سوء حفظي … فأرشدني إلى ترك المعاصي

وأخبرنـي بأن العـلم نور … ونور الله لا يُهْد لعاصي

Aku mengadu pada Waki' tentang teruk daya ingatanku,  Beliau menganjurkan agar aku meninggalkan maksiat,
Beliau memberitahu, sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,  Dan cahaya Allah tidak dikurniakan kepada pelaku dosa.
-Syair Imam Syafi'e

Masa reunion malam kedua, Port Dickson, 23 July 2011
Syed : Sip, ko ingat tak syair imam syafi'e yang arab pasal nampak betis tu?
 _ _ _ _ : Ingat2..(Aku bacakan syair tu..)
Syed : Ha..yang tu...nak dengar tak yang ko baca tu, dia dilagukan? Sedap..
_ _ _ _ : Ha.Nak2..

Dia buka laptop dia, dan pasang lagu. Masya Allah, pada saat aku dengar syair itu, maksud sebenar syair itu mula menusuk dalam hati. Bukan lagi sekadar hafalan tazkirah maulana-maulana dulu-dulu. Maksud-maksud yang pernah dihadam dulu, masuk balik. Solat malam itu sangat nikmat.


Ya Allah, aku tengah sakit. Aku tengah tenat. Aku tengah jatuh dalam lubang dalam yang aku tak nampak dasar. Aku tengah ber'uzlah. Nak faham dan cari kenapa itu dan ini. Dan aku tengah cuba check balik hubungan aku dengan Kau, dan dengan keluarga aku, dan dengan kawan-kawan. Aku tengah muhasabah balik, kenapa itu dan ini, kenapa jadi itu dan ini. Aku tengah cuba cari hikmah. 


Mungkin ada sesuatu yang Allah nak aku adjust sebelum aku memecut lebih laju dalam hidup aku.. Aku cuba yakin. Tapi sekarang, not even the faintest of light appears to shine the path. I'm hoping you can as well pray for me.


At least, I'm happy with them for the last two days. And Alhamdulillah, it helps me a lot to continue on my journey. Batch Caliph14, Al-Amin Gombak. Location -TM Resort.

p/s - I'll post about my reunion maybe tomorrow or in the next few days. insya Allah,.,

 

Sunday, July 17, 2011

Nak sampai dah.

Ramadhan dah hampir dah. Bulan yang sangat istimewa.. istimewa hadiah Allah yang Maha Pemurah. Dalam hati, berbunga. Bulan yang pada pendapat aku sangat meriah. Ditambah dengan kemeriahan orang-orang di sekeliling aku. Dari kecil sampai besar, aku lihat orang-orang Al-Amin, orang-orang Darul Quran, orang-orang UIA Gombak, dan ikhwah-ikhwah. Dan Alhamdulillah, mereka bukan jenis yang mensia-siakan Ramadhan. Jadi, pengalaman Ramadhan aku, semuanya bahagia dan 'penat'. Haha..biaso lah. Kalo dah berlumba tu mano tak penatnye ek.

Bulan Ramadhan makin hampir..terasa bahang kesejukan dan ketenangan(bahang ni bukang untuk panas ke?). Dalam halaqah pun sudah mula naik-naikkan mutabaah ibadah. Bagi warm-up, supaya masa Ramadhan sampai lactic acid tak banyak sangat terkumpul sampai cramped dalam diri kita. Kalau di masjid UIA, selalu rasa tercabar. Pakcik-pakcik tua duduk saf depan, semua 20 raka'at depa rebut. Kaki boleh jugak nak tercabut masa tu. Cemburu dengan kekuatan.

Jadi apa lagi. Jom sama-sama merebut ruang untuk lebih dekat dengan Allah. Imam Malik ketika bulan Ramadhan, meninggalkan kitab-kitab Hadith beliau, dan segala aktiviti kecuali yang berkaitan dengan Al-Quran. Bulan Ramadhan, bulan al-Quran. Momentumnya kalau dimanfaatkan elok-elok cukup untuk mengistiqamahkan kita sepanjang tahun.

Zaman nabi, nabi akan berjumpa Jibril setiap malam untuk al-Quran(HR Bukhari, Ibnu Abbas). Tapi kita macam mana? Aku merasakan satu kerugian jika kita mahu muhasabah dan insaf apabila Ramadhan telah bermula. Jadi, untuk menjadi orang yang betul-betul mendapat manfaat, aku merasakan kalau sebelum ini belum bermula lagi, seeloknya boleh bermula sekarang. Supaya kita hidup dan mati dengan gembira.

p/s : tak sabar.. Allahumma barik lana fi sya'ban, wa ballighna Ramadhan.. 
p/s 2: al fatihah untuk Dr Lo'lo'. A prominent Muslimah.. may Allah bless her.

Wednesday, July 13, 2011

Pulang [2]

Takziah aku ucapkan buat keluarga arwah, atas pemergian arwah Abdul Hadi bin Zaharatullaili. Pergi dalam tidur, setelah sawan dan terjatuh.

Beliau - lahir 1990. Seorang yang amat aku kagumi. Senior yang sangat hebat dalam pelbagai aspek. Arwah sangat expert dalam hal-hal syabab atau ikhtiar hidup, survival skills, ikatan, dan hal-hal berkaitan. Arwah antara seorang senior yang aku look-up untuk melangkah semasa zaman persekolahan.

Arwah juga sangat mahir dalam bidang muzik. Sangat-sangat mahir. Masa tingkatan 5, dia reka satu lagu yang dicadangkan untuk lagu sukan rumah kami. Tapi sebab tinggi sangat tak jadi. Kalau di sekolah, persembahan nasyid dia sangat-sangat outstanding.

Bahan bacaan dia totally outstanding. Pemikiran dia mendahului usia dia.

Arwah juga seorang yang sangat-sangat exceptional dalam akademiknya. Terutama matematik dan fizik. Arwah juga berfikir luar kotak selalu. Dulu, masa aku jadi pengawas, aku denda dia. Selalu masa kena denda, dia akan tanya macam-macam yang aku tak boleh jawab. Tapi, dia senior baik. Dia hormat junior, dan dia ikut juga buat denda tu walaupun dia tanya macam-macam.

Arwah baik dengan kami. Tunjuk ajar dalam aspek syabab sedari kami tingkatan satu. Rasa sebak bila ingat kenangan masa tu. Kami geng-geng masyab sememangnya sangat mesra dengan arwah. Gelak dan loyar buruk masa perkhemahan etc. Sebak sangat bila aku ingat balik. Cepatnya dia pergi..

Sebak.

Ini gambar-gambar kakak dia post tadi.
My english teacher, Cg Alia status'ed about him.

My junior.

His biology teacher, Cg Arash.

My senior.


Arwah dan abang beliau. Dia yang menyanyi dan bermain piano. One of his many great performances.

Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'aafihi wa'fu 'anhu.

*dah. aku nak menangis puas-puas. He'll be missed, surely.

Sunday, July 10, 2011

We'll carry on [BERSIH 2.0]

*Post ini adalah mengenai BERSIH 2.0. Ianya pendapat, pengalaman dan pandangan peribadi, tiada kaitan dengan mana-mana pihak dan pertubuhan.


9 Julai 2011

Damai
Malam sebelum itu mereka berkumpul di Damai. Sudah rutin hampir setiap hujung minggu mereka berkumpul dan qiam berjemaah. Namun kali ini, hangatnya semesti terasa lebih lain daripada biasa. Masing-masing yang di rumah dan juga di Damai, diingatkan supaya berdoa pada Allah agar dilindungi dan dikuatkan untuk 'event' pada hari tersebut. Secara peribadi, saya menyukai dan mencintai mereka. Mereka berdoa pada Allah dan bertawakkal, dan mereka berakhlaq. Jika ketika demo, mereka juga akan melaungkan slogan-slogan yang bersih seperti "Hidup, hidup hidup rakyat" dan "Tumbang 3x Kezaliman". Namun, mereka tidak bersetuju dan berdiam ketika diteriakkan "Hancur 3x Najib" dan "Hancur 3x BN". Demo dengan aman dan berakhlaq. Tiada provokasi, hanya berjalan dengan aman. Itu kami yakini akan berlaku sekiranya tiada gangguan mana-mana pihak.
Check berita sentiasa untuk pastikan jalan yang available
Pagi itu, saya tiba di Damai selepas menghantar Amru, adik saya ke KTM. Dia pergi bersama-sama rakannya. Beberapa kali saya memujuk ibu saya, yang ianya berbahaya bagi budak tingkatan 3 pergi bersama. Namun dia tetap ingin pergi. Nak buat macam mana? Degil macam abang la.. Saya tiba di Damai. Segar dan bersemangat. Arahan dari IKRAM, yang IKRAM tidak akan turun sedikit mengecewakan. Namun, kami dibenarkan untuk turun atas nama individu. Alhamdulillah. Kalau IKRAM tidak membenarkan ahli-ahlinya turun, akan saya turuti. Mereka pemimpin yang saya taati. Sedikit lega juga apabila mereka membenarkan kami turun. Alhamdulillah. Pagi itu, kami bermesyuarat dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Bersama saya, saya membawa sebuah kamera, baju kuning, dan juga sebotol air untuk kemungkinan 'tear gas' dan asid nanti. Kami membentuk sepasukan kumpulan untuk pergi meninjau jalan-jalan yang sesuai untuk tiba ke destinasi. Yang pertama sudah ditangkap oleh polis. Kami akan menyambung. Saya bersama-sama dua motor lain pergi meninjau jalan-jalan yang sesuai di sekitar Pudu, Masjid India, dan tempat-tempat lain untuk mencari jalan supaya kami boleh tiba ke destinasi. Sedikit anekdot dalam perjalanan kami meninjau, kami terpisah sebentar dek roadblock demi roadblock di KL. Ketika dalam perjalanan pulang, saya ternampak sebuah trak polis melintasi kami. Saya memandang lama ke dalam trak, ternampak beberapa orang dewasa dan beberapa orang budak. Pada masa itu, masih tak terdetik mereka ditangkap. Tiba-tiba, mereka mengangkat tangan dan menunjuk lambang 'PEACE'. Lah..tangan mereka digari. Allahu Akbar.. Kami pun men'salute' mereka. Masya Allah..semangat. Sepanjang riki,Alhamdulillah tak ada masalah. Kawan rapat saya juga baru tiba, Ahmad Ridhuan aka Ewan Jade, seorang cameraman yang 'talented'.

Beberapa das tembakan tear gas dilepaskan. Ewan, si baju hitam yang sedang mengangkat kamera.
Kami bertolak sekitar 12.45 tengahari ke Pudu. Dalam lebih kurang konvoi 10 motor kami menuju ke Pudu untuk menyertai crowd yang dah mula terbentuk. Terjumpa beberapa ikhwah dalam perjalanan. Saya dan Ewan park motor kami dengan cepat, dan terus memasuki crowd. Tak sampai seminit selepas kami sampai, 'tear gas' dilepaskan. Kami menyangka kesannya masih jauh, jadi kami tak berganjak dan terus menunggu untuk maju ke depan. Namun, ketibaan helikopter entah dari mana menukar suasana menjadi kelam-kabut. Angin dari bilah helikopter meluaskan 'reaching range' gas pemedih mata yang dilepaskan. Mata, kulit muka dan dada tiba-tiba terasa pedih, cukup untuk menbuatkan mata berair tanpa digosok. Kedengaran beberapa yang menjerit "Jangan gosok muka dan mata!". Tips supaya kesakitan tidak bertambah.
Mask pun tak function. Minum air banyak-banyak pakcik!
Kehadiran heli menambah parah.
Namun, kali ini tembakan gas pemedih mata sekali lagi bermula. Dan kali ini, ia lebih dekat dengan kami. Ya Allah..pedih semuanya. Terasa kasihan melihat makcik dan pakcik yang sedikit tua, semestinya azab. Gas tersebut sekali lagi disebarkan oleh helikopter yang terbang tetap tak bergerak-gerak di atas kami. Sakitnya makin terasa. Muka yang dah ditutup terasa amat pedih. Mata juga mula memaksa untuk digosok. Di dalam dada terasa sangat pedih. Cuba untuk tidak bernafas, namun tindakbalas otot-otot yang memerlukan oksigen lebih mendesak, memaksa saya menarik nafas panjang sekaligus menyedut gas dengan banyak. Saya melihat makcik dan pakcik Melayu, Cina dan India sudah ada yang mula menangis kesakitan. Alhamdulilah.. terasa bangga dengan remaja-remaja kita yang membantu memapah makcik dan pakcik secara sukarela. Saya mengeluarkan air cepat-cepat, menawarkan kepada mereka yang kelihatan terlalu sakit dan pedih. Ewan masih 'steady'. Selepas kesan gas sudah hilang, kami maju.


Di tengah-tengah perjalanan, sekali lagi kami dalam crowd panas. Juga kelihatan satu fenomena yang lain daripada yang lain. Beberapa orang menunaikan solat di tengah jalan di depan barisan kukuh FRU. Dalam ketegangan itu, saya amat menghormati mereka-mereka yang menegur wartawan-wartawan yang mengambil gambar di hadapan orang solat. Dan wartawan juga menghormati permintaan mereka. Dalam masa itu, saya juga sempat berkenalan dengan beberapa warga asing dan mereka yang sedikit unik. Kalau bukan sebab bateri kamera saya habis(dengan izin Allah), saya akan mengambil gambar mereka semua. Terkilan juga tak sempat mengambil gambar beberapa ikhwah dan bekas pelajar DQ dan Al-Amin. Jarang sangat dapat jumpa.
Sempat bersalaman sejurus sebelum gelombang tembakan pemedih mata bermula..
Baru lepas kena gas pemedih mata..
Kami meneruskan perjalanan, sehingga tiba di kawasan berhampiran Hibiscus Hotel di mana saya merasakan itulah saat yang paling menyeksakan bagi kami. Aku dan Ewan juga terpisah di situ. Di situ, crowd dihalang dari depan dan belakang. Tiada tempat untuk lari. Masih ingin mara. Lalu beberapa das tembakan gas pemedih mata dilepaskan. Masing-masing melarikan diri.. Kali ini, kerana jalannya kecil dan crowdnya pekat, kesan gas lebih sakit. Saya dan beberapa orang yang lain mengambil canister gas pemedih mata dan cuba membuangnya ke tempat lain, namun kami dikejar. Salah seorang berjaya ditarik oleh polis yang berpakaian biasa dan dibelasah habis-habisan dengan belantan dan kaki. Alhamdulillah dalam hati ketika itu. Dada masih pedih. Namun, kami yang muda-muda lebih menginginkan pakcik-makcik selamat. Saya dan beberapa pemuda lain yang tak dikenali, namun mempunyai tujuan yang sama segera berpatah balik untuk memapah mereka yang berusia dan terlalu sakit, dan menawarkan air serta garam kasar untuk mereka.
Sejurus sebelum dilepaskan gas dekat Hibiscus Hotel, abang ini memberi garam kepada orang ramai.
Membentuk 'ribath' atau ikatan. 
Namun, ketika crowd sedang lari ke arah yang bertentangan, sekali lagi kami ditahan polis. Kali ini lebih parah. Ramai yang mula duduk di hadapan polis. Hujan mula turun. Slogan-slogan yang sebelum ini diteriak "Bersih 4x!" menjadi "Hujan 4x!. Diselangi takbir. Sejenak waktu untuk kami menghilangkan ketegangan dan berhibur. Crowd semakin berani untuk maju. Hujan dianggap dapat melumpuhkan gas pemedih mata.

Sebelum ditembak [AlJazeera]
Namun, sangkaan itu salah. Kali ini berdas-das tembakan gas berkali ganda daripada biasa dilepaskan. Sekali lagi, saya sempat mengambil satu dan membaling jauh ke arah kami. Botol air dikeluarkan. Namun, gas pemedih mata terlalu banyak. Kiri, kanan, depan belakang semuanya ternampak kanister yang mengeluarkan gas yang tebal kekuningan putih sedikit. Di belakang kami, FRU sudah mula mara bersama belantan dan perisai. Loceng FRU dibunyikan. Beberapa das ditembak lagi. Kami sudah mula kucar kacir. Sakit. Saya minum air sebanyak mungkin. Namun, gas terlalu tebal. Kesannya amat menyakitkan, dada terasa terbakar. Saya mula terduduk di atas lutut. Muntah-muntah. Mata sudah mula kabur. Beberapa pakcik dan makcik juga sudah tersungkur memegang kaki yang masih kuat berlari. Hidung, mata, mulut, dada semuanya terasa pedih membakar. Masing-masing berlanggar sesama sendiri. Hujan tidak beberapa membantu. Saya cuba untuk bangun, memotivasikan diri bahawa ada orang lain yang lebih memerlukan air dan garam yang dipegang di tangan. Bangun untuk mencari.. Melayu, Cina, India semuanya kami bantu. Alhamdulillah.. terasa semangat untuk meneruskan makin membara. Yang jatuh diangkat dipapah. Sesungguhnya, saya bangga dengan pemuda-pemuda Malaysia. Mereka sememangnya menunjukkan sikap-sikap yang bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri. 
Gas dan asid dilepaskan ke dalam perkarangan Hospital  [malaysiakini]
Kami dihalau sehingga ke Hospital Tung Shin. Di situ saya berjumpa dengan beberapa bekas pelajar DQ - Iqbal, Basith dan lain-lain. Juga bersatu balik dengan kumpulan asal saya. Alhamdulillah. Ewan masih tidak kelihatan. Dari dalam, kami ditembak beberapa kali dari jauh. Kali ini kesannya tidak mendalam sangat kerana kami di dalam pagar, dan kebanyakan kanister yang ditembak di kawasan hospital dilempar ke luar kembali. Kebanyakannya duduk diam-diam sehingga kesan gas hilang. Ada yang berlari mencari tandas bagi mencuci muka. Kenyataan salah seorang pekerja yang ditemubual, 

Katanya, walaupun terdapat lebih 500 orang di tempat kejadian, tetapi "Berlaku beberapa keadaan huru-hara apabila pihak polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata. Mereka bersembunyi di dalam hospital, dan menunggu diam-diam sehingga gas tersebut hilang," tambahnya. Salah seorang pemandu ambulans hospital itu juga berkata orang ramai berkelakuan baik di hadapan hospital itu, tetapi ramai yang bergegas ke tandas untuk mencuci muka mereka untuk mengurangkan kesakitan terkena gas pemedih mata. Katanya, hospital tidak mengalami apa-apa kerugian dan insiden itu juga tidak menjejaskan pesakit di situ.[malaysiakini]
Kami dari hospital meneruskan sehingga ke KLCC. Sepanjang perjalanan, kami diiringi oleh hon-hon kereta yyang meryorak untuk kami. Kedai-kedai makan penuh. Mereka yang cedera juga dirawat oleh sukarelawan 'medic' yang memakai tag. Saya gerenti, kalau kedai lain bukak, sure untung. Pada masa ini, ada satu situasi yang mencuit hati saya. Ada satu ketika, di mana seorang melaungkan "Bersih 4x" saya bersama yang lain sama-sama menyorakkannnya termasuk yang di sebelah saya, seorang pemuda berbangsa Cina bersama kawan-kawan dan keluarganya. Namun, tiba-tiba yang sedang 'lead' sorakan menukar tune dan bertakbir, pemuda tersebut ikut turut bertakbir bersama-sama yang lain. Tersedak dibuatnya. Namun, saya menganggap mereka Muslim. Apabila saya berjumpa dengan Ewan, saya ceritakan keadaan ini, dia berkata mereka sebenarnya 'open' dengan amalan kita. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka suatu hari nanti. 


Kami berhenti di KLCC, untuk menunggu pemimpin berucap. Tuan Ibrahim, Dr Hatta, dan Chua Jui Meng tiba dan terus berucap. Semangat dimarakkan ketika itu. Sebelum berucap di atas 'stage' sementara, kami umat Islam berdoa dipimpin oleh Tuan Ibrahim. Seterusnya, mereka membacakan 8 tuntutan Bersih sebelum itu. Ucapan yang saya kira memberi pencerahan dan semangat, sekali gus mengingatkan balik tujuan kita berdemonstrasi. Ucapan yang diselangi takbir, dan mengingatkan balik rakyat mengenai hak-hak mereka. Ketika mereka berucap, helikopter polis terbang rendah di atas kami. Bunyi helikopter menenggelamkan suara-suara yang sedang berucap. Ucapan diteruskan. Dalam pukul 4, kami bersurai. FRU mula mengejar bersama-sama dengan trak mereka. 

Ewan, who picked me up at Wisma Perkeso. Thanks bro!
Ketika sedang dikejar, saya melihat seorang polis mengejar seorang cameraman dan merampas kameranya. Diambil begitu sahaja. Kami terus berlari sehingga ke Wisma Perkeso. Crowd diiringi dengan hon-hon kereta dan motor. Lalu sebuah trak yang penuh dengan mereka yang ditangkap, dan salah seorang daripada mereka melaungkan takbir dari dalam trak. Kami menyambut dengan bertakbir sekali. Allahu Akbar.. saya di pick up oleh Ewan di Wisma Perkeso, sejurus selepas bertemu sebentar dengan anak usrah saya. Mereka pun pergi.Alhamdulillah.. Moga usaha-usaha ini diredhai Allah. 

Penutup
Mungkin ada yang tak bersetuju dengan Bersih, dan ada yang bersetuju. Masing-masing mempunyai sebab masing-masing dan saya amat menghormati perbezaan pendapat yang wujud dalam kalangan kita. Cuma, izinkan saya berkongsi satu sebab antara banyak sebab lain mengenai mengapa saya menyertai Bersih. Kerana saya telah melihat apa yang mereka telah buat terhadap hidup beberapa orang yang saya kenali. InternalSecurityAct. Akta yang telah menghancurkan hidup-hidup mereka yang kurang bernasib baik. Kawan baik saya, antara salah seorang mangsa. Bapanya ditangkap ketika dia masih kecil, dan saya melihat dia membesar dengan 'struggle' yang luar biasa, ditambah dengan ketabahan si ibu untuk menyara diri. Sebab ditangkap? Percayalah. Ianya tidak boleh diterima akal, untuk kepentingan politik. Sekolah saya antara tempat di mana anak-anak yang tak berbapa disebabkan oleh ISA berkumpul. Saya juga melihat kesusahan sekolah saya di peringkat negeri dan daerah, untuk mendapat kelulusan dan sebagainya disebabkan status kami 'sekolah swasta'. Pada mulanya saya tidak nampak banyak perbezaan, saya menganggap mana-mana kerajaan akan melayan kami sebegitu. Namun, apabila Selangor jatuh bertukar pemerintah, Alhamdulillah nasib sekolah saya menjadi lebih baik dengan begitu jelas dan mendadak. Kenapa? Wallahu a'lam. 
Canister tear gas yang berjaya dikutip oleh seorang ikhwah.
Dan bagi saya, ia merupakan tanggungjawab saya untuk menuntut perubahan dan kebaikan demi kemaslahatan kami. Jangan dianggap ianya 'violent', dan jangan dianggap ianya merugikan rakyat. Saksikan sendiri bagaimana ruginya rakyat apabila duit-duit rakyat digunakan secara salah dan untuk kepentingan peribadi. Saya yang melihat dengan dekat, amat merasai kesannya. Jikalau ada jalan yang lebih baik, serulah saya. Nescaya saya akan menyahut seruan anda. Kerana saya mencari jalan yang terbaik untuk menjadi lebih baik. Wallahu a'lam.
It is violent.

p/s : Click link untuk lihat perjalanan crowd saya.
p/s 2 : jangan dikata polis jahat. mereka diperalat. dan mereka mempunyai dilema mereka sendiri. kerana ada yang melihat ketika demo polis menyokong mereka. kita pun faham bahawa mereka perlu ikut arahan.
p/s 3 : lebih semangat untuk membantu Palestin. Kita di sini, gasnya hanya memedihkan mata, telinga, muka, dan dada. Mereka di sana gasnya menghancurkan saraf, mata, muka dan dada. Allahu Akbar.. moga Allah membantu mereka di sana.

Friday, June 24, 2011

We are young!

I look forward to seeing their progress. I see the bright minds ready to engineer the future. Form 5 this year. I see so much potential in them after their Tamrin. They have six months more. I see their eyes are full of flare and spirit. This Tamrin really gives them an impetus. Especially my group. Being together with them makes me happy and filled. And I would love to help them to cater their juniors. Being systematic and dynamic. Eager to see our new plan starts. Insya Allah..


'Regeneration'. Continuity. One out, few more comes in. The wave will never stop. With accurate understanding, precise tuning, sufficient effort - 'fata' - pemuda - can be quiet an arsenal. Ta'rif, takwin and tanfiz. Each step is viewed carefully. Transitional process is handled carefully and the end-product will be, insya Allah undeniably magnificent. Just read the tales of the past - small focused group in Makkah spread to other spots of the world. A group which had gone through a dense process - creating an important term - Sulbah - Spine. A core group which inspired the dakwah around the world. A group which was comprised of amazing syabab - Mus'ab bin Umair, Mu'az bin Jabal, Sa'd bin Abi Waqas, Zubair al Awwam, Thalhah 'Ubaidillah, Salim Maula abi Huzaifah, and many more. And then leap a few long years ahead - we will find Thariq bin Ziyad with his strong batalions, Mehmed II al Fath the best leader leading best of soldiers. Zoom to the end of our past, the strong warrior of Ghazi emirates - inspired by his dream seeing a big tree where the roots cross continents and its branches conquer the sky, Osman son of Ertugrul founded the Ottoman empire. These warriors have undergone a long quality process of tarbiyah - and they went around the world to do what they yearned, da'wah.

 Just see how many young bright polymaths in Islam. At the age of seventeen, 500 years before Renaissance Al-Biruni was already calculating latitude of his hometown by observing latitude of the sun. Ibn Sina at the age of eighteen was summoned by Nuh ibn Mansur, Samani ruler to treat him. His Al-Qanun fi at-Tib made him known as a giant among giants in the West. Ever heard of the Wright brothers who made the idea of human flight possible? Ibn Firnas was already ahead of them. This young inventor also tried to fly, although he fell hurting his back. A crater in our Moon was also named after him. And many more bright young Muslims who contributed along the way. Each of them was tutored by amazing teachers - murabbi. Pure conscience with divine morality.

Allah upholds this kind of young people. Young men and women who devote their youth to Allah - is one of the seven groups which will receive Zilalullah at the Mahsyar. Experienced ones train the young ones. Refine each human product into something worth living. Scrutinize each of them in a long process - enduring hardship, boredom sometimes, and engraving principles in their hearts. A long process where only the strong-willed ones will survive- biiznillah.

It's a long and hard way. Especially for us, young seeds in this old world. Insya Allah, what we do here will be counted there. Together we pray for a better tomorrow.....

**********
p/s2 - "Kerana ustaz rasa calon tunang saudari sekarang itu adalah orang yang beragama. Sebab itu dia tidak usik atau ganggu saudari yang sedang belajar." I found an Ustaz saying this in his blog. I want to be and will be like that guy :D If I'm late, it's fate. Lately, people around me keep talking about this.
p/s3 - Dalam kereta, masa hujan lebat ribut-ribut sikit, tercakap "Macam Grand Line la pulak..ganas cuaca" =.= what's wrong with me? And my siblings all looked at me like this.  (<.<") "Apa abang aku ngarut pulak ni?"

Tuesday, June 21, 2011

Goodbye, Tok Mek.

Last week, my grandmother died. Inna Lillah.. we straight away rushed from KL to Kelantan. I drove more than three quarters of the journey. Which took around 8 hours. That journey was different. Usually, my dad was the joker. He lit up the car with jokes and etc. But that day, he was exceptionally quiet. The day itself grieved. Our journey was accompanied by rains. Sad rain. I felt sorry for my father.

We went to Kelantan, aiming to arrive at 9.30. I drove as fast as I could. Usually, my mom will check my speed. But this time, sorrow killed the mood. We all were hoping we could get there by the time. 9.30 p.m - last chance for living people to say goodbye to her, kiss her face, and send her away to meet her God. For sons and daughters, that would be the most important last moment with their beloved ones. Redha is one thing - humanly emotion craves the chance to send love prayers for the departure of their loves. I watched my dad's face along the journey. He was calm and tranquil. Maybe knowing his Mum died after solat dhuha made him a bit positive. I don't know.

Still, Allah decided. We arrived there 12.30 a.m. I can't imagine how my father felt, when he couldn't say goodbye to his Mum. His regret was felt by us. That night, I had a hard time to sleep. Felt like crying. Could never imagine how my father felt. Missing the only moment to say goodbye, to kiss his mother's cold forehead, and to wish farewell for her departure.

Tomorrow morning, we went to her grave. My dad brought us sons, praying besides her grave. Few minutes later, he told us to get into the car. He stood alone besides her mother's grave. Crying so heavily. I've never seen  him in a condition like that. That was the first time. He was a strong-hearted man. He cried while doa for a few minutes besides her grave, and then left.

*******************************

The next day, another news came in. While in Kelantan, we decided to help our grandparents on my mum's side to check their health. The news was severe. Both of them have chronic diseases. Allah.. I hope my parents will do just fine. Amin.

*Al-Fatihah untuk ibunda kepada bapaku - Hajah Kiah. Beliau meninggal sejurus selepas solat dhuha, masih bertelekung pada pagi Rabu lepas.

Friday, June 10, 2011

Pulang

Setiap manusia akan kembali kepada Allah.. Mengungkap kata-kata Syeikh Khalid, sebagaimana kita singgah di 'rahim' ibu sebelum dilahirkan ke dunia, begitulah juga kita akan singgah di 'rahim' bumi sebelum kita menemui Pencipta kita.

Petang tadi selepas solat jumaat, aku mendapat beberapa mesej. Ustaz Zaki, seorang warga pendidik Al-Amin, merangkap kawan rapat keluarga aku, pergi terlebih dahulu menemui Ilahnya. Buat seketika, tangisan kesedihan terbit. Dada seperti kecut, terkejut dengan berita tersebut. Baru beberapa bulan lepas, kami melawat beliau. Muka beliau bersih, dan semakin kurus. Batu karangnya sebesar penumbuk. Dipesan elok-elok pada kami, anak-anak muridnya agar menjaga makan dan minum supaya tidak menyesal di hari tua.

Seketika, terimbas kisah lama bersama beliau. Selaku jiranku sedari aku kecil, beliau mengenali aku dengan dalam. Dan agak banyak aku dan adik-adikku mengusik ahli rumahnya, membaling batu, dan bermacam lagi yang boleh dibuat oleh budak-budak nakal. Bukan sekali dua kami dimarahi dan disyarah. Jikalau ada yang bertanyakan peribadi beliau, aku mengatakan beliau seakan-akan Umar al Khattab. Garang dan keras, namun rendah diri dan lembut hati.

Beliau mengajarku di sekolah menengah. Sekali lagi. Bukan sedikit tangan kami berbirat dirotan beliau. Rindu benar-benar terasa ketika kami melawat beliau setelah beliau berpindah. Lawat kami bukan di rumah, tapi di hospital. Terkejut dengan rupa baru ustaz. Sangat kurus. 

Ustaz ahli teras IKRAM. Seorang huffaz. Juga seorang pengamal tomoi. Beliau berasal dari Thailand. Beliau juga bertemu Ilahnya di sana, Yala. 


Mengenal ma'zirah
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan su.paya mereka bertaqwa". [Al A'raf:164]

 Alhamdulillah, beliau mengenalkan kepada aku konsep ini. Dapat ianya terpahat bersama-sama dengan birat di tangan. Masya Allah, sehingga sekarang dari tingkatan dua, ayat ini masih segar. T.T

Pesanan terakhir
Jaga Quran..jaga Quran.. jaga Quran.
Insya Allah, ana akan jaga Quran baik-baik..
Buat seketika, tangisan kesedihan terbit. Namun, kini tidak lagi. Aku tersenyum. Ustaz sudah pulang..menemui kekasih ustaz :)

Moga ustaz ditempatkan bersama-sama yang diberi nikmat oleh Allah..Amin