Thursday, April 17, 2014

Cinta di mana?

Sebelum cuti bermula, kami meluangkan masa bersama seorang ustaz yang sangat dihormati di Penang. Seorang lulusan Yaman, dia banyak membuka minda kami mengenai dunia. Aku mengaguminya dengan rapat kerana beliau telah menjelaskan Usul Isyrin kepadaku dengan begitu jelas sekali, bagaimana pada hari ini aku menggunakan prinsip-prinsip tersebut dalam melihat dunia. Beliau juga seorang yang sangat mendalam ilmunya di dalam sirah. Bagaimana beliau menggariskan panduan sirah dan mengaitkannya dengan kehidupan sangat aku kagumi.

Perancangan asalnya ialah untuk kami bersama beliau sehari suntuk untuk belajar dengan beliau (rancangan murabbi kami). Setibanya di rumah beliau, beliau mengajak kami keluar jalan-jalan. Pergi makan sana sini (I was forced to declare that day my cheat day). Sepanjang jaulah kami ke sekeliling Penang, ada beberapa perkongsian yang beliau ceritakan pada kami, untuk pengajaran bersama. Aku merasakan ini sangat perlu untuk aku nukilkan di sini, untuk manfaat bersama dan juga untuk nota pada diriku masa hadapan.

Lafaz yang umum tidaklah dimaksudkan untuk generalization. Frasa umum dikhususkan maksudnya pada yang terlibat.

1. Ukhuwwah
Betapa ukhuwwah itu asas kegemilangan. Seperti sudah menjadi tradisi hari ini untuk yang mengikuti dakwah ini melalui bahan-bahan dengan intense dan padat, sampai lelah dibuatnya. Sekejap program sana, sekejap program sini. Mutabaah yang ketat, rigid, dan bi'ah yang sangat serius. Tiada santainya, tiada relaksnya, tiada rehatnya. Yang ingin berehat, santai dan berhenti sebentar seperti tidak mengambil urusan dakwah dengan serius..

"Mana nta kenal akh ni?", "Oh ana kenal dia dari program".. Ustaz mengungkap seperti sesetengah ukhuwwah yang lahir pada hari ini datangnya dari program-program.

Sedang pakcik makcik dulu-dulu membinanya dengan penuh kehangatan, gelak ketawa, kemesraan, kepercayaan, yang lahir semulajadi tanpa dipaksa dan bukannya plastik. Sebab itu dengan izin Allah kebanyakan mereka masih bersama di dalam gerabak dakwah.

Apa yang ustaz nak sampaikan pada kami ialah supaya kami bersama-sama mad'u kami, untuk ukhuwwah yang sebenarnya. Bukan ukhuwwah program. Ukhuwwah yang kekal, walau selepas mereka memilih untuk tak ikut tarbiyah, kita teruskan. Biar cinta yang lahir itu tidak didasarkan pada apa-apa, kecuali Allah. Walau agamanya sudah kurang, kita hulurkan tangan. Walau tarbiyah tidak terjaga, kita tetap hulurkan tangan. Moga-moga dengan izin Allah dia kembali bersama gerabak dakwah. Kerana jika cinta kerana Allah, walau apa yang terjadi, kita tetap akan ada untuknya.

Kadang-kadang aku tak boleh comprehend siapa yang kata tak boleh nak kawan sebab dia dah berubah, agama tak jaga, hubungan dengan Allah tak jaga, tinggalkan yang memperlahankan dakwah dan sebagainya. Kita berkawan atas dasar kerana Allah atau dia? Maksud aku, kita selalu kata, rupa dan populariti akan pudar, harta akan kurang, tapi agama kekal. Kalau agama dia berubah, kita tinggalkan dia. Aku tak boleh comprehend. Aku tak faham. Agama juga manipulated variable, Allah yang constant. Andai dia hanyut, tugas kita genggam dan pegang. Apa-apa yang terjadi, kita setia. Kita tetap di sisi, berdoa, bertahan. Kalau dia putus asa pada Tuhan, tugas kita sambungkan kembali. Entah. Aku tak subscribe pada idea macam itu.

Ustaz bercerita kisah-kisah bagaiman ikhwah akhawat yang hari ini padu dan laju di dalam dakwah walau telah berkeluarga, kerana masing-masing ada kenangan hangatnya ukhuwwah. Dan yang laju, rigid, keras, dan 'mee segera', kebanyakannya hilang sama ada ditelan zaman atau dilanda konflik. Tiada lagi yang mengikat.

Moga ukhuwwah terus mengikat..




2. Keluarga
Ustaz juga bercerita betapa hari ini banyak masalah rumahtangga terjadi dalam kalangan ikhwah akhawat muda. Bukan dalam jemaah ini sahaja, tapi masalah ini masalah nasional. Macam mana keluarga dakwah, atau al Bait al Muslim yang difahami sangat ideal. Isteri yang mengutamakan program berbanding suami, suami isteri yang hilang nilai romantiknya, yang sanggup pergi program walaupun anak adam. Ayat Al Quran mengutamakan Allah berbanding keluarga, ibu bapa, dan anak-anak telah disalahfahami konteksnya, kerna ayat itu merujuk kepada konteks aqidah.

Sehingga ada yang ingin berhenti usrah kerana terasa hati pada pasangan yang lebih mengutamakan jemaah berbanding pasangan. Terlalu ideal, rigid, dan serius. Mujahadah telah disalahfahami dengan rigidity dan keseriusan. Pasangan menganggap nikah ini hanya untuk dakwah, tiada usaha untuk memurnikan keluarga itu sendiri, hanya platform. Lupa. Mereka lupa. Marhalah kedua selepas individu muslim adalah keluarga muslim.

Kenapa bersusah membina individu muslim kemudian membiarkan keluarga muslim begitu? Keluarga adalah lapangan dakwah. Usaha harus dilakukan. Bukan sekadar bernikah, beranak, tapi membiarkan anak-anak kerana sibuk dengan kerja dakwah. Ustaz mengingatkan andai berlaku seperti itu, tak mustahil anak-anak akan menjadi musuh dakwah pada masa hadapan.

Nasihat ustaz, be romantic. Bawa pasangan pergi dating, jalan-jalan, bagi hadiah. Keep it alive. (Ustaz dah 8 tahun kahwin pun kalau jalan pegang tangan dengan isteri lagi, di rumah ustaz ada couple mug, makan pun suap menyuap lagi..)

Insya Allah, tak plan untuk menjadi anak, abang, suami, dan ayah yang membelakangkan keluarga kerana dakwah. The option is not mutually exclusive. It's not either family or dakwah. It is both and that's life. It's about how you manage.


3. Akhlaq
Di akhir sekali, akhlaq. Akhlaq yang baik, indah, mudah didekati, mesra adalah buah dari tarbiah dan ibadah. Hasil ketaatan pada Allah akan terzahir pada akhlaq yang baik. Perkara-perkara yang dianggap kecil seperti melayan haiwan, melayan warga asing sehingga perkara yang besar - semuanya indah andai disandarkan akhlaq yang baik.

Pengikat jiwa itu adalah akhlaq yang indah. Seorang kawan yang mengambil berat, abang yang penyayang, pelajar yang menghormati, ayah yang menyayangi, suami yang romantik, pekerja yang amanah, da'i yang mencintai dan menyeru kepada kecintaan kepada Allah, ummat nabi yang mencontohi nabi, dan akhir sekali sebaik akhlaq adalah akhlaq yang merendah diri dihadapan Rabbnya. Mengagungkan perintah Tuhannya dan berkasih sayang dengan makhluqnya - dua prinsip pengabdian dan khalifah [Qawaid Dakwah, Qaidah 1 - Hammam Said]

Kalau sudah kasih sayang itu buahnya, mengapa tidak ternampak? Adakah ianya tidak berbuah?

Wallahu a'lam, sekadar catatan dan perkongsian. Moga-moga ada manfaat.


p/s - Sedih sebenarnya course mate ramai pindah kampus ke Pasir Gudang. Gambar di bawah adalah gambar bersama classmates merangkap bekas anak usrah - malam terakhir kami bersama. 90% memori aku di Penang adalah dengan depa ni. Gambar lain unavailable.


p/s 2 - lagi tiga hari saya akan bertanding di International Kapas-Marang Swimathon 2014. Open water competition. Track 6.5 kilometers crossing the sea from Pulau Kapas to Marang. Doakan saya selamat sampai :) Nanti saya post di sini pengalaman sepanjang renang across the sea. Tak sabar nak tengok Nemo berenang-renang di bawah kaki. Harap tak ada ikan jos.

1 comment:

  1. Dengar tu sipo. Be romantic k. Ko da x lama da tu. hehe

    ReplyDelete