Wednesday, March 5, 2014

Destinasi cinta

Aku seorang pengembara. Aku menjelajah, menyesal, memahami, dan memperbaiki. A constant struggle to be a better person.

Sekarang, aku masih bersyukur kenapa Allah lemparkan aku ke Penang. Dalam keadaan pada permulaannya aku tidak dapat menerima hakikat, namun lama kelamaan hikmah mula menampakkan dirinya. Di sini, aku belajar banyak perkara, terlalu banyak mengenai kehidupan.

Aku bekerja untuk menampung hidupku, tak cukup duit aku puasa, dah kebulur baru pakai emergency call haha. Teringin nak mula bisnes, cuma belum mampu urus masa dengan baik. Aku seorang yang mengejar kualiti, terutama dalam pemahaman dan akademik. Aku tidak bisa duduk diam, andai satu-satu topik itu tidak aku fahami dengan baik. Kerna aku merasakan aku akan menyumbang untuk manusia satu hari nanti dengan ilmu aku, jadi aku rasa aku tidak boleh berbasa basi dalam amanah ini. Masa sekarang ini pun dah terlalu penuh, dengan akademik dan tarbiah. Andai aku menambah lagi, aku takut kualiti menurun dalam keduanya. Aku rasa aku perlu ubah persepsi, untuk memandang bisnes itu sebagai jihad untuk ummah. 

Still, engineer akan buat bisnes juga. Memang aim nak buka syarikat selepas ada pengalaman kerja dan networking.

Mencari
Destinasi cinta - sudah lama aku mencari, tersalah, tersilap pandang, tersakiti, semua sudah. 

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku...
Leraikan aku dari pautan nafsu..
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu..
Namun masihku mengharap ampunanMu..


Penghargaan
Aku balik sekejap hari itu.. Cuti 4 hari. Saja balik, baru dapat gaji jadi mentor Fakulti Elektrik, beli tiket nak tengok Ayaz dan Saif sukan, sambil lawat Muaz. Ayaz dan Saif siap call lagi, suruh balik. Seronok bercerita dalam telefon, masing-masing dah masuk TaekwonDo dan Silat.

Aku balik, Saif minta ajar Taekwondo. Dia tak ingat pattern dia, dah lah comel. Ayaz pula silat macam menari. Dengan si Saif cranky, lepas itu minta susu. Aku suruh cium pipi, dia cium, dengan hingus sekali melekat dekat muka aku. Dengan Ayaz yang ceritanya tak pernah nak habis, movie baru keluar kata dah tengok. Haha. Dengan Naim ajak cutting, sampai sekarang tak start-start lagi, dengan Amru ajak main game. Iman ajak selfie tak habis-habis. Dengan Muaz aku pergi Merlimau lawat dia, dia pergi bawak buku minta aku ajar Trigo. Haiz. And what more could I ask? When I think back, I have these wonderful people around me. It's love, this is love. My heart is filled with that, it's pure and original. Yet, I searched for another and hurt someone else T.T

Aku masih ada mak yang masih risau kalau aku balik pagi-pagi, walau aku pergi keluar jumpa ikhwah atau ke daurah. Mak aku marah aku sebab seluar koyak, dan komplen asyik koyak seluar tapi last-last dia tolong jahitkan. Aku masih ada ayah yang masih ambil berat, sentiasa tanya khabar macam aku budak-budak lagi. Ayah yang cukup humble untuk belajar tajwid dengan anak-anak dia, yang cukup humble tanya anak pasal usrah dan tarbiyah. Tanya nak beli baju baru ke seluar ke selipar ke. Perhaps he has forgotten how he raised me, he thought I would worry over such things. I was raised in hardship, I know how to survive. I have a wonderful family, wonderful parents and cute(read: sometimes ultimately annoying) siblings.

Therefore, I am grateful.

Puncak
Oleh sebab itu, aku berjanji dari dulu lagi, atas sebab nikmat Allah ini, aku ingin menyerahkan nyawa dan perjuanganku untuk melihat pembebasan bumi Palestin. Aku tak sanggup melihat betapa ramai yang menderita, diambil haknya, dibunuh keluarganya. 

Aku ingin menyumbang, untuk melihat pembebasan manusia di serata dunia, dan Palestin menjadi paksi untuk pembebasan umat manusia seluruhnya. Dan untuk itu, aku perlukan kekuatan dari Tuhan, untuk tarbiyah diriku, kekuatan jasmani, intelektual, juga kewangan. 

Aku ingin menjadi syahid yang sebenar-benarnya, aku merindui syuhada' yang dibentangkan profil mereka di dalam usrah aku, aku menjadi cemburu melihat teganya nabi-nabi dalam menghadapi ummah. 

Allahumma amitni bi mauti syuhada'.

Betapa pemurahnya Allah, sudahlah Dia memiliki semua ini, kita peminjamnya, masih lagi Dia menawarkan perniagaan supaya hambaNya untung. T.T

Destinasi cinta yang ku cari..
Sebenarnya terlalu hampir..
Hanya kabur kerana dosa didalam hati..



Pulang
Moga aku pulang kepada Tuhanku dalam keadaan yang Dia redha.

Wahai pemilik Cinta, sampaikanlah aku kepada CintaMu, hanya cintaMu. Tiada yang lain. Insya Allah.


p/s1: Aku dah buat resolve stop gaming, bukan sebab atas ianya negatif, tidak. Aku masih advocator yang game ini progresif dan produktif kalau betul cara dia, cuma aku tak ada masa dah nak main. Item semua dah bagi, kecuali satu. Sebab satu itu hadiah dari kawan baik. 

Bak kata naqib aku, keuzuran telah diangkat dari umat sejak turunnya wahyu. Total submission. 

p/s2: Sekarang tengah nak cutting. Hasan Heng pun dah mesej ajak cutting. Kena strict sikit makan, insya Allah first month beli coupon untuk gym, then lepas itu fokus untuk conditioning untuk swimming competition nanti. 

p/s3: Sekarang dah ajar 4 orang berenang, depa dah pandai breast stroke dan freestyle. Baru sorg lagi baru join, for a healthier life.



1 comment:

  1. Andai aku menambah lagi, aku takut kualiti menurun dalam keduanya. - says d one who scores full mark on three diff mid term tests T.T

    ReplyDelete