HIMPUN
Aku seorang yang optimis. Mula-mula nak tulis opportunis, tapi tengok maksud dia kurang baik. Jadi, aku tukar jadi optimis. Yang aku maksudkan aku jarang untuk terus tak bersetuju dalam sesuatu perkara yang melibatkan perjuangan. Apa yang aku nampak, untuk setiap cabang dan jalan, ada orangnya. Aku ingat dulu aku usrah dengan ustaz Nazri yang jadi juri Akademi Quran masa di Darul Quran, walaupun dia ISMA, dia laksanakan tugas dia sebagai murabbi kami. Betul-betul dia tarbiyah kami, tanpa mengungkapkan sikit pun pasal jemaah-jemaah ini. Kami guna buku Maza Ya'ni. Sampai satu bahagian, dia tanya kami, bagaimana jalan nak sampai khilafah? Masing-masing kami memberikan pendapat. Macam-macam. Akhir sekali dia dengan muka selamba kata, kami semua ada betulnya. Bayangkan khilafah itu macam Darul Quran. Ada yang pergi DQ naik basikal, naik motor. Ada yang parents hantar. Ada yang naik KTM, nak kereta sendiri. Macam itulah umat Islam dalam perjuangan. Macam-macam method, macam-macam cara. Ada hikmah dia. Satu hari nanti, andai di KTM keretapi dia terbabas, andai jalan ada road block, andai si berbasikal di kejar anjing, akan ada juga yang sampai untuk memacakkan bendera tertegaknya khilafah. Boleh mengkritik - itulah asas pemacu untuk berjaya, tapi jangan menghalang laluan orang lain. Malam itu aku diajar untuk betul-betul berlapang dada. Dia memang murabbi yang sangat aku hormati.
Jadi, aku pun pergi ke HIMPUN dengan fikiran yang positif, dan mengharapkan sesuatu yang dapat beri impak yang signifikan kepada ummah. Aku pergi dengan kawan-kawan aku dari IIS. Kami pergi ke sana untuk melakukan survey - bertujuan untuk mendapat persepsi umum di samping menanam di dalam dada masyarakat sedikit sebanyak paradigma penyelesaian terbaik bermula dari diri sendiri. Sampai sahaja kami di sana, kami diperiksa oleh RELA untuk keselamatan. Aku dan Zul dari IMU solat dulu. Kami masuk ke stadium, disambut dengan banner-banner yang bersifat kemelayuan. Pendapat aku, kita patut berbangga dengan bangsa kita sendiri. Sebab itu 'trait' yang Allah bagi pada kita. Dan kita kena hargai. Jadi, aku tak ada masalah dengan banner-banner tertentu, bukan semua. Dan tugas kita bila wujud perbezaan - kita belajar. Ta'aarafu. Kemudian, bila aku tengok crowd, tak seramai yang dijangka. Aku pun fikir, biasalah benda macam ini. Kami mencari-cari Omar JAD untuk dapatkan borang survey. Lepas dapat - aku terus meluru(ceh macam semangat sangat je) untuk mencari mad'u-mad'u untuk disurvey dan di dakwah. Macam-macam orang yang aku jumpa, survey dan bawa dia berbual. Dari perokok ultra-Melayu berbibir hitam, orang muda berjubah putih berselendang hijau, wanita-wanita muda berseluar jeans berbaju ketat, kepada makcik dan pakcik yang hampir tidak larat untuk memanjat tangga stadium. Hampir semua lapisan ada - untuk berada di situ menunjukkan sokongan kepada pembelaan agama. Dalam sesi-sesi panjang temubual, sela-sela masa aku berhenti untuk mendengar ucapan-ucapan.
MUNSYID |
| (Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kemalangan itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Ali 'Imran 165]Pendekatan apa? Self-correct paradigm. Apabila ditanya soalan ini, "Apakah faktor gejala murtad di Malaysia? Disebabkan oleh aqidah umat Islam lemah, atau gerakan Kristian, kelemahan akta kerajaan atau ada faktor lain?" hampir 100 peratus menjawab 'Salah gerakan Kristian'. Dari soalan ini, aku cuba untuk membawa yang ditanya menelusuri sirah, dan cuba membentangkan idea dan paradigma yang ingin aku terapkan, aku membuat perbandingan dua tiga idea dan pendekatan - seandainya dia tertarik dan terbuka, aku terus bercerita. Seandainya dia masih berkeras, aku biarkan. Aku amat yakin, kita akan kuat sekiranya aqidah kita kuat. Kita akan kuat, apabila hubungan dengan Allah kita kukuh. Kita bukan umat tahyul, yang mengabaikan sunnatullah dan mempercayai hanya dengan berdoa semua selesai. Kita umat Muslim Malaysia, umat yang dinamik dan maju. Cuma, paradigma 'defensif dan paranoid' itu perlu diubah.
Iya. Islam itu antara cirinya yang istimewanya ialah inqilabiyah - tertegak atas keruntuhan jahiliyah. Tapi, ini bukan aspek aplikasinya. Kita harus menjadi kuat melalui aqidah kita, bukan kuat atas lemahnya orang lain. Aku setuju diadakan HIMPUN. Namun, isi HIMPUN ternyata jauh dari sangkaan aku. Yang aku jangkakan ucapan-ucapannya akan berbaur motivasi dan urgency untuk memantapkan aqidah umat Islam, pergi menjadi ucapan "Hidup Melayu! Hidup Raja-raja!" dan memberi amaran kepada umat bukan Islam agar jangan menggugat umat Islam. Islam tak sepatutnya di'potray' sebegitu. Dunia sudah berubah. Zaman sudah berubah. Cara sebegitu tak sesuai lagi. Dakwah itu adalah bagaimana untuk mengetuk pintu hati. Apabila ucapan-ucapan lebih kepada perkauman dan teknikal, yang hadir tidak merasakan tanggungjawab untuk membuat pemantapan aqidah untuk diri sendiri mahupun merasakan tanggungjawab untuk memantapkan aqidah orang lain. Malah hadirin lebih leka, kerana 'blame' itu sudah dishiftkan kepada kerajaan dan gerakan Kristian. Sedih. Umat Islam hari ini, perlu bangun dari tidur. Isu Aqidah bukan isu mudah.
Bila aku balik malam itu, dalam KTM - teringat kisah Khabbab bin Arat. Kita selalu makan kebab kan? Nama kebab asal dari nama sahabat ini lah. Ceritanya? Khabbab ini sahabat nabi, seorang tukang besi. Dia diseksa sangat teruk ketika zaman Mekah dulu. Badannya disikat dengan sikat besi yang merah membara, disikat-sikat sehingga terkoyak daging-dagingnya. Itu baru bahagian belakang badan. Di bahagian hadapan, ditabur bara-bara. Sehingga bara-bara itu terpadam sendiri oleh air dan darah dari badan beliau sendiri. Betapa kuatnya ujian sahabat ini. Khabbab kerana tak tertahan perit seksaannya berjumpa Nabi Muhammad, untuk memohon doa membalas orang kafir dan menyelamatkannya. Nabi menjawab - adakah kamu tidak malu? Orang terdahulu ada yang badannya ditanam dan dibelah dua hidup-hidup. Seksaan mereka lebih dahsyat. Khabbab memilih untuk terus bersabar dan mempertahankan imannya. Tapi umat pada masa hari ini, dengan mudahnya mengalihkan tanggungjawab aqidah kepada pihak lain. Sedangkan ianya tanggungjawab kita.
Bro Hariz explain pada gadis-gadis Melayu terakhir. |
Berkongsi pandangan dengan seorang dari Hizbut Tahrir. |
Suasana ketika Hasan Ali berdoa. Masya Allah..spiritual. |
Bersama Nidzam. Ceit..baju Sharing Islam aku basuh masa tu. |
Kami kena ada di Masjid Shah Alam pukul 6.45 pagi. Jadi aku keluar rumah pukul 5.00 pagi. Sejuk jugak. Solat subuh di masjid sebelah UIA PJ, kemudian terus memecut ke Shah Alam. Tepat-tepat sampai pukul 6.45 which is not bad since that was the first time I went there by myself with my bike.
Nidzam dan adik comel sebelah kami. Kecil-kecil dah datang dialog..ganasss |
Madam Fung dan Moderator Roby Zaid |
Mr Tan, Xifu Naser, dan Dr Yamin. Smart mereka |
Mereka menghormati kita sebagai Muslim. Mereka memahami 'nature' Islam yang murtad tidak dibolehkan. Perbincangan pada hari itu berkisar sekitar pembudayaan dan keagamaan. Ramai Cina Muslim hadir di situ juga setidaknya membuang paradigma masuk Islam bermakna masuk Melayu. Paradigma yang mengakar 'masuk Islam masuk Melayu' ini sangat parah, seperti yang diungkapkan oleh Sis Yap dari MACMA. Yang seronok juga, mereka menyambut budaya kita dengan memainkan piano lagu 'Bubur Ayam' dengan Sepaku Gelang.
Ada kata-kata dari Dr Yamin Cheng, mengenai banyaknya persamaan nilai dalam Buddha dan Islam. Persamaan nilai dalam Confucius dengan Islam. Aku setuju sedikit sebanyak. Masya Allah, ada seorang auntie Muslim berbangsa Cina dengan tegas mengatakan, "Past is the past. We do not bring our past into our present..If we were a Buddhist, and now we are a Muslim, we don't embrace our Buddhist past". Terkejut. Masya Allah, betapa dia benci untuk kembali ke zaman jahiliyah dia. Aku maklum, sesalan masa dahulu semasa belum memeluk Islam tentunya kuat dan dalam. Yang mana perasaan itu takkan difahami oleh mereka yang lahir dalam Islam. Mereka menghargai aqidah mereka lebih dari kita. Itu yang aku nampak dalam diri mereka yang revert.
Masa makan - aku makan dengan auntie dari MACMA. Nampaknya Malaysians masa sesi Q & A mesti ada yang nak jadi panelis tambahan. Kita kena belajar tanya soalan. Sebab orang lain pun nak tanya.
Want to know about this dialog? Usha link Nidzam - kamceng Shah Alam. Dia ini dah jadi aktivis tegar dah.
Kenapa tajuk aku dua sisi syiling? Kerana dalam dua-dua event ini, ada dua sifat yang tak boleh dipisahkan. Sifat terbuka, dan sifat defensif. Dalam diri kita, aku rasa kita kena pandai olah dua sifat ini untuk maju ke depan. Dalam aspek aqidah punya ancaman, iya - defensif lah. Contohnya, macam mana Palestin kena bom, macam mana kita nak asingkan diri dari jahiliyah, macam mana kita nak buang sifat-sifat yang buruk. Tapi kita perlu bersifat terbuka dalam bersosial dengan masyarakat. Bukan terbuka sehingga menggadaikan prinsip ikhtilat tidak, itu kena defensif, tapi terbuka untuk kita belajar dan mengajar. Da'wah - kita perlu membuka hati orang.
_______________________________________________________
1. Aku sokong tujuan asal HIMPUN. Aku sokong. Cuma, bila dah lari tujuan asal - aku jadi tak setuju. Dan aku harap impak positif dia pada Islam akan jadi lebih banyak dari impak negatif pada Islam.
Allahamdulillah, aku orang first :)
ReplyDeleteAsif, terima kasih banyak-banyak.
terima kasih.
Untuk post ini. Allah aku tak tau nak ungkap apa, sedih ada, cemburu pun ada.
Doakan aku dapat ikut rentak kat US nih :)
terbaik ni sipo. terbaik!
ReplyDeletesedap je baca. tenang, kecuali part aktivis tegar tu. adoi..
ReplyDeleteSyazwan Lol wan tu tri - Sama-sama walaupun aku tak tahu kenapa kau terima kasih haha. Amin..insya Allah. always the best.
ReplyDeleteAnon - aku confem tau sape kau. haha. kenapa tak nak tulis name? tq2 :)
Nidzam - part lain aku tak tenang tulis.. part tu je yang tegar je rasa tenang..haha. gurau. mmg btol an. :)