Friday, August 13, 2010

Siapa kau?

Siapa kau?

Aku Asif. Kau siapa?

Aku adalah Kau. Kau tahu aku siapa?

Aku adalah aku, kau adalah kau. Kau bukan aku.

Tak, aku adalah Kau. Aku datang nak ingatkan kau pasal hidup kau.

Sudah, aku tahu macam mana nak hidup.

Kau jangan berpura-pura. Kau pegang Tali Allah, makin lama makin longgar. Kau tahu hidup tak bersama kau hari ini. Kau buat-buat lemah. Bodoh..

Apa yang kau tahu pasal aku?

Aku kan Kau. Semua aku tahu. Benda yang kau tak tahu, aku tahu. Kau jangan lupa, depan Allah nanti Islam akan datang - dakwa kita atau menyokong kita. Dakwa Kau atau sokong Kau. Kau jangan lupa, Nabi pernah bercerita tentang Umar al Khattab, Islam khabarkan pada Allah, "Ini dia orang yang buat aku kuat. Sebelum dia memeluk Islam, aku kecil. Aku menjadi kuat setelah itu". Apa kau rasa Islam akan khabarkan tentang diri kau?

Kenapa kau mahu ambil kisah? Ini hidup aku, bukan kau.
Kau masih belum faham kan? Aku Kau. Kalau kau masuk syurga, kita untung. Aku tak nak ikut kau masuk neraka. 

Baik. Aku dengar. Sila..

Kau remaja. Bangkitlah. Kau pemuda. Sedarkan diri kau akan tanggungjawab. Islam kau mana? Iman kau mana? Kau lupa sudah - Naqib kau selalu bertanya, apa sumbangan kau terhadap Islam? Sini cakap jalan, depan sana depan Tuhan. Jadi, aku harap kau bangkit balik. Gali dan cari semangat kau dahulu. Ini Ramadhan. Cepat-cepat naik. Takut tak ternaik nanti habis Ramadhan.

Kenapa kau nak aku bangkit?

Ilmu kau boleh jawab soalan itu. Jangan jadi bodoh sombong. Selak balik buku-buku di bilik kau. 

Kau tahu masalah aku? Jawapan kau bukan penyelesaian dia. Aku bukan budak kecik semua jawapan boleh suap.

Kau lupa, Allah ada. Zaman Nabi, ada masalah kembali pada Allah, baca Quran, solat. Kau buat semua itu? Ada kau duduk dan berdoa selepas solat? Kau jangan cari alasan. Cukuplah malaikat kiri kanan menyampah dengan kau. Sudah.. Mari bangun. Masalah itu menunggu untuk diselesaikan. Bukan menunggu penyelesaian datang. Kau bukan determinist, bukan juga yang mengagungkan free will. Kau ada Islam. Bersyukur.

Aku penat...

Penat? Kawan tersayang kau pun sudah masak dengan frasa yang selalu kau sebutkan pada dia, "Diamond is a lump of coal that did well under pressure". Jadilah seperti itu. Yakini Rahman dan Rahim Allah. Ikutkan Nabi lagi penat. Sudahlah.. Mari kembali pada Allah.. Jangan diikutkan kata nafsu.

Baik.. Aku cuba. Terima Kasih. Kau, duduk sini temani aku. Terima kasih..Doa kan aku ya.


5 comments:

  1. pergh..kuat imaginasi kau..post yg bagus..

    ReplyDelete
  2. Rasa itu tanda ada iman. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  3. Sengal ke aku? - ye ke? hehe

    Jannah - syukran. AMin.

    ReplyDelete
  4. "Apa kau rasa Islam akan khabarkan tentang diri kau?"
    tersentak..

    ReplyDelete