Tuesday, August 3, 2010

Rindu Ramadhan

Assalamu'alaikum

Bismillah.

Seriously, dah mula rindu suasana Ramadhan. Tahun lepas semasa di DQ, kurang rasa sikit berbanding tahun-tahun lain. Mungkin kawan-kawan lain rasa, tapi sebab ada kontrak dengan Selangor menjadi imam di masjid - banyak masa terluang di masjid luar balik pukul 12 malam. Dengan setiap hari kena hafal sekurangnya tiga muka sehari, dan peperiksaan semester 2 merapati, bulan itu memang memenatkan. Amat-amat memenatkan.

Dulu, semasa zaman sekolah menengah saya raikan Ramadhan tahap saya. Jatuh cinta pada masjid UIA merupakan perkara rutin bagi saya - dengan suasana solatnya amat menenangkan. Safnya dirapat-rapatkan, direbut-rebut saf depan, sehingga sekarang saya tidak jumpa lagi masjid seumpama itu. Terutama semasa Qiam, boleh didengar esak-esak makmum, malah dengan Imam ikut sekali menangis. Sepuluh malam terakhirnya, masjidnya hidup. Lampu tidak ditutup, masih segar lagi dalam fikiran saya - setiap kali terjaga akan ternampak halaqah dan majlis ilmu tidak putus-putus. Pejam celik pejam celik - aih? Ini pukul 2.30 pagi, biar betul. Sahurnya dirai  ramai-ramai. Iftarnya FREE!!! hoyeh! Tarawihnya manis...Aduh.. rindu zaman muda.

Di masa sekolah rendah, jangankan tingkat bawah, menara dan bangunan-bangunan habis diconquer budak Al-Amin bermain kejar-kejar. Di masa sekolah menengah, habis diconquer tingkat dua buat tempat iktikaf. Hampir habis sekolah menengah - ketenangan kami diganggu muazzin muda yang tegas lagi garang =.=

Sewaktu Ramadhan, cinta pada Quran amat tinggi. Alhamdulillah - Ramadhan menyediakan momentum untuk menghadapi 11 bulan penuh..

Moga Ramadhan kali ini, dikecapi dengan maksimum. Biar Iman bagaikan asymptote yang selamanya menaik dan terus menaik mendaki y-axis tiada henti. Amin..

3 comments:

  1. insyaAllah. kita biasa-biasakan diri daripada sekarang ye ;)

    ReplyDelete
  2. aku pun rindu ramadhan sekolah kita sip. ada nyawa kata orang. bila lagi kita semua nak rasa macam tu ye

    ReplyDelete