Monday, July 19, 2010

Sindrom 'Crocs' dan Teori Konspirasi

Salam.

Bismillah.

Alhamdulillah. Dalam mood gembira - Rindu pada falsafah - disentuh sedikit semalam oleh Xifu Naser. Dimurnikan kembali kepercayaan intisari murni dalam dada -Quran oleh Bro Shah Kirit. Hehe.. Jangan main-main, Authenticity of the Quran yang dia present amat strong argument beliau. Mood gembira - kawan Cina saya, tahu untuk hormat agama saya. Bila tengah buat assignment, macam mana boleh bukak topik tengok tapak tangan, minta nak tengok tangan. Hampir disentuh, saya cepat-cepat cantum tapak tangan buat style hormat dalam kungfu. Hehe.. Itu permulaan untuk pattern tali pinggang hijau ITF. Ingat lagi? Haha.. Kemudian, dia minta maaf dan cakap prinsip hormat agama. Wow! Belum Islam pun dah tahu dalam Islam tak boleh bersentuh lelaki-perempuan sebelum kahwin? Moga Allah beri hidayah.

Mengulas isu terbaru, dah lama dah sebenarnya - Sindrom Crocs. Apa sebenarnya sindrom ini? Hehe.. Saya dapat isitilah ini daripada senior saya yang amat saya kagumi dan hormati - malah role model saya; Abdullah Hafidz. Sindrom ini merangkumi segala paranoid yang wujud terutama dalam diri seorang Muslim terhadap mana-mana sentimen yang bersifat non-muslim. Di'generalize'kan semua perkara. Isu terkini walaupun lama, isu selipar Crocs. Di mana corak di selipar Crocs yang tak 'ori' didakwa menyerupai nama Allah. Permulaannya kebanyakannya menerima, Alhamdulillah saya hidup dalam kalangan Muslim yang objektif dan 'adil kembali menentang isu ini.

Hakikatnya tiadalah corak itu menyerupai perkataan Allah melainkan anda menyambung sesuka hati anda membentuk nama Allah. Kalau dilihat kembali, kemana perginya Alif? Erk? Huruf alif itu amat penting dalam falsafah huruf sedangkan kiranya ia memberi makna signifikan kepada kalimah Allah. Saya ingin menyeru kita kembali kepada pemikiran umat Islam terdahulu, kerana yakinnya mereka dengan kebenaran Islam, tiada rasa paranoid mahupun terancam. Senjata kedamaian mereka akhlaq, perisai mereka iman, pelindung mereka Allah. Namun, tiadalah ingin saya mengulas Crocs ini lebih mendalam. Ingin saya beralih kepada sindrom Crocs yang lebih tinggi peringkatnya sama ada dari segi intelektual mahupun simbol(?)

Ianya mengenai satu bidang atau lebih mudah satu aspek ilmu atau maklumat dipanggil conspiracy. 'Conspiracy theory'. Dalam menelusuri sejarah yang dikaji oleh sejarawan-sejarawan yang benar-benar objektif dan kemudiannya hilang ditelan zaman, akan anda temui sisa-sisa konpirasi terancang yang telah bermula sejak dari dahulu. Jika boleh dinukilkan amatlah panjang. Dari sisa-sisa di Piramid, Stonehenge, mahupun Terracota ditemui kod-kod yang berjaya ditafsir. Agak pelik namun hampir serupa, "Manusia agung akan datang KEMBALI akhir zaman nanti". Satu siri khas akan dibuat insya Allah pada masa hadapan. Kod-kod ini mengundang seram - tempat jauh beribu batu - kronologi lebih kurang serupa. Satu tamadun yang mundur tiba-tiba maju dengan kehadiran seorang lelaki misteri yang kemudiannya menghilang. Kalendar kaum Maya? Itu antara peninggalan lelaki misteri ini. Sejujurnya, lelaki ini bukan sembarangan orang. Jejaknya dijumpai merata-rata di sepanjang zaman.


Kembali kepada zaman di mana Yahudi ditindas oleh raja Nebukadnezar - juga di masa penulisan Talmud kitab yang mengagungkan racism yang menjadi pedoman Yahudi Sekular hari ini. Di mana Harut dan Marut mengajarkan sihir-sihirnya kepada penduduk di sana. Al-Baqarah(ms 16). Juga apabila Nabi Sulaiman hadir dan menghapuskan ilmu-ilmu sihir tersebut dan menanam buku tersebut di bawah Istananya. Sehingga akhirnya tiada lagi wujud ilmu yang dikenali sebagai Kabbalah, pada masa itu. Namun, setelah masa berlalu sekumpulan Knights Templar berjaya menemui kembali runtuhan itu dan sejak itu - mereka menguasai dunia. Cehh..



Ring a bell? Di'sedut' dari filem National Treasure. Siapa pernah tengok cerita itu faham. Pakcik ini menceritakan tentang datuknya yang diberitahu rahsia yang tidak boleh ditanggung oleh manusia 'treasure' tersebut. Setiap tapak kaki mereka ditutup dengan begitu berhati-hati. 9-11, Iraq, UFO, usah disebut semuanya. Mereka yang tampil dengan berani hilang begitu sahaja. Agak mengejutkan sejarawan mendedahkan keturunan berkuasa hari ini merupakan keturunan Fir'aun zaman nabi Musa. "Tidak 'adil Allah menetapkan mengikut keturunan". Begitu tak 'adilkah Allah? Tidak, Allah itu 'adil. Allah memberi setiap manusia kebebasan memilih. Malah, Puteri Diana maut atas keberanian beliau melanggar kod kekeluargaan mereka - nampak macam kemalangan kan?

Terlajak jauh pulak. Dalam usaha mendalami teori-teori konspirasi ini, terkadang seseorang itu terlalu melihatkan kepada fizikalnya sahaja berbanding apa yang tersirat di sebalik makna-makna simbol dan teknik mahupun tujuan itu sendiri. Sebagai contoh, apabila kita melihat dua tiang, apa yang ada di fikiran? 
"Aisehmen... asyik-asyik dua tiang! Ini konspirasi freemasons ni"
"Pejam mata. tidak2... dua tiang!"

Tiang yang mereka maksudkan ialah dua tiang yang dipercayai terletak di gerbang 'temple of Solomon' bernama Jachin dan Boaz melambangkan kegelapan dan cahaya. Juga lambang dua dunia, seperti checkered board. Dunia kita, dan dunia jin. Paranoid sebegini amat merisaukan saya takut-takut kita terlupa melihat mesej di sebaliknya.

Daripada Abu Hurairah, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya): “Bersegeralah dengan melakukan amal-amal! Sebelum berlaku fitnah seperti kegelapan akhir malam yang gelita, (di mana) seorang lelaki itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang atau ia beriman pada waktu petang dan menjadi kafir pada waktu pagi. Dia menjual agamanya dengan kesenangan dunia.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
  
Saya biarkan hadith ini dalam huraian anda. Hehe.. 

Juga apabila dalam poster-poster kita melihat gambar bermata satu. Apa-apa yang bermata satu kadang-kadang secara tidak logik kita mengaitkannya.


"Ini mind control ni.. salah.. "
"Eh.. apa mata satu ni? Ini Dajjal..."

Wahai rakan-rakan, ketahuilah ada agenda lebih besar berbanding daripada apa yang kita lihat pada mata kasar. Mind-control bukanlah seperti wujudnya satu mata yang terus memukau. Ianya berdasarkan sains minda yang kukuh tapaknya. Dijalankan kajian. Ianya seperti tayangan sekelip mata berkali-kali, membentuk 'subconscious message' dalam masa yang sama menerapkan nilai-nilai yang akhirnya diterima umum dan menjadi stereotaip. Inilah yang dimaksudkan dengan 'mind-control'. Contohnya stereotaip barat terhadap orang Arab dinukilkan dengan begitu jelas dalam karya 'Reel bad Arabs' oleh Dr Jack Shaheen. Mind-control yang dimaksudkan juga ialah subliminal messaging - cara halus menerapkan mesej untuk ditimbulkan dalam jangka masa yang panjang. Contohnya kartun-kartun 3D dan Disney yang begitu jelas menerapkan mesej-mesej sebegini. Juga melalui lagu-lagu. Contoh - Lady Gaga. Seriously freak out dengar. We know from her style of course she is into the Cabbalistic rituals like known Madonna, Britney and Christina. They even perform the rituals on stage! Berani betul. Tapi, ini lagu bila dengar 'backwards' lagi la naik bulu roma.
Daripada apa yang kita lihat - mereka ini orang-orang bijak juga kaya. Tak semudah itu untuk kita mengalahkan mereka. Saidina Ali pernah berkata, "Kebatilan yang terancang pasti mengalahkan kebenaran yang tidak terancang". Bukan sekadar membuang apa-apa yang bermata satu. Bukan sekadar mengalihkan pandangan dari dua tiang. Bukan juga membenci catur mahupun dam. Tetapi, berusaha membuang sifat munafik kita - beriman di pagi kafir di petang. Membunuh stereotaip mahupun mesej-mesej negatif yang dibentuk dalam diri. Mengelakkan agar cahaya di dalam hati disatukan dengan kegelapan dosa-dosa. Itu lebih penting. Bunuh Illuminati di dalam diri. Usah dicanang-canang mana lebih benar wahabi, salafi, syiah, sunnah, hanafi, syafi'e mahupun Perlis dan Selangor. Bak kata Napoleon, Divide and Conquer. Mula bangun - usah bergaduh sesama sendiri. Usah dikata diri Ahli Sunnah sekiranya sibuk mengutuk guru Wahabi. Ahli Sunnah hormat guru-guru bukan? Syafi'e tidak sependapat dengan gurunya Imam Maliki, malah kemudian wujud mazhabnya sendiri, namun apabila tidur, kakinya sentiasa dijaga supaya tidak dihadapkan ke rumah gurunya.

Komitmen mereka terhadap Iblis, amatlah kuat. Komitmen kita terhadap Allah juga haruslah lebih kuat. Lihat yang tersirat. Insya Allah, selamat. Dajjal bermata celik di kiri, buta di kanan - Sheikh Imran mengajak kita sama-sama mengambil pengajaran - tentera-tentera Dajjal ialah mereka yang celik pada fizikalnya, tetapi buta hatinya. Hanya mereka yang betul-betul beriman dapat membaca 'Ka Fa Ra' di dahi Dajjal. Adakah hati kita celik?
 



5 comments:

  1. Ini sedap dipromosikan ni.eheh

    ReplyDelete
  2. sebab itu kita kena gigit dengan geraham al-Quran dan As-Sunnah. Tahniah akh, moga terus jadi insan bermanfaat. Alhamdulillah

    extract from above: "I'm cute and I love kids".. wah ini nak cari pasangan hidup ke? =p

    ReplyDelete
  3. Luqman - promosi apa itu!? haha..

    Syazwan - iyap. that's right.. gigit kuat, jgn terlepas..

    Errr? No comment about that.. ana tunggu masa sesuai je. Dok cari dah, Allah tentukan.. when the time comes, ana tahu nk wat apa.. insya Allah. haha. tpi serius, tak teringat pun masa tulis..

    ReplyDelete
  4. ada soalan.anta selalu cakap tentang rolemodel anta.macamana nak contact dia?gaya anta cakap macam hebat.ana pun nk jdkan dia rolemodel gak,supaya jd hebat mcm korang berdua,,,

    ReplyDelete
  5. Boleh je bukak fb. Abdullah Hafidz.. dia hebat, not me.

    ReplyDelete