Friday, July 16, 2010

Aku bangsa Melayu

Salam.

Bismillah.

Ingin saya berkongsi sedikit pengalaman dan coretan di sini - mengenai status bangsa saya. Dalam IC, saya berbangsa Melayu. Melayu itu sudah sinonim dengan agama Islam, walaupun ramai Melayu sekarang tergadai akidah dek duit, mahupun kecetekan ilmu. Nauzubillah.

Saya berbangsa Melayu - malah saya berbangga menjadi Melayu. Saya percaya ada hikmah Allah lahirkan saya dalam kalangan bangsa Melayu. Jangan risau, sokongan saya terhadap UMNO hanya wujud apabila mereka berganding dengan kumpulan-kumpulan hebat lain dalam memperjuangkan Islam seperti IKRAM, PAS, ABIM dan sebagainya - juga saya menyokong perjuangan mereka dalam memelihara bangsa sekiranya bangsa itu tidak diangkat lebih tinggi daripada agama, juga sekiranya ia tidak berdiri di atas kejatuhan bangsa lain. Ciri Inqilabiyah itu hanya untuk Islam, bukan untuk bangsa.

Sering, saya disalah anggap dalam konteks bangsa.

Kisah 1
Pada suatu hari, semasa daurah di @#%^@, terdapat seorang wakil Ikhwanul Muslimin dari South America untuk bersama-sama belajar dari jalur yang sama di negara ini. Semasa sarapan pagi, saya membuka perbualan dengan beliau. Dalam bahasa Inggeris, saya yang kurang petah 'speaking', berborak mengenai jenis sarapan pagi di Malaysia. Sehingga apabila saya menyebut capati dan roti canai, dia menyampuk, "Wait, you are Indian(he said this, I'm not sure whether it is adjective or not)". Saya menjawab "No sir, I'm a Malay". Dia menyambung "No, you are Indian. Look, your nose, your eyes, everything.. You are Indian. I'm sure of that" sambil memandang kepada ikhwah-ikhwah lain mengangguk-angguk dan ketawa. Hampeh punya ikhwah, tak backup pun. Dalam ketawa "Haha. Seriously sir? No way.. I'm a Malay. But, I love my mum's curry very much..hahaha".

Kisah 2
Semasa di tembok menunggu pensyarah datang, saya berborak dengan seorang rakan sekelas, Leroy, seorang Irish dari Ireland. Kami berbual dalam bahasa Inggeris, kerana saya sangkakan dia tak tahu berbahasa Melayu. Sedang kami berbual, saya membuka tajuk mengenai sekolah menengah beliau. Mengejutkan, beliau bersekolah menengah di Malaysia - sekolah kebangsaan. Kemudian, saya bertanya sama ada beliau boleh berbahasa Melayu atau tidak. Tanpa disangka, beliau terus menjawab dalam bahasa Melayu. Dia kemudian bertanya, "So, where do you come from?". "Malaysia of course.. I'm a Malay.. here look at my face". "Hahaha.. bluffing.. please don't use your face as a proof that you are a Malay. You look like Pakistanese or mixed of Iraqi" dia menjawab. (+.=)

Kisah 3
Dalam kelas, class mate Lee Siak Hong bertanya, "Asif, you don't wanna potong your janggut? Your mustache is gone". "No, it's an identity.. hehe". "Identity of what? Don't tell me it's Malay's identity... haha.. are you a Malay?". "Haiya.. no lah.. it's my prophet's doing.. my religion. Encouraged by my prophet". "Oh.. ok.. sorry ma.. you are a Malay right?". "Ya lah.. " saya mengakhiri perbualan.

*********

Saja nak berkongsi. Dalam mendepani cabaran kecelaruan identiti pada masa kini, amatlah perlu untuk kita mengenali agama kita. Bukan bangsa ya, agama. Agama lebih utama daripada bangsa. Saya bersyukur dibesarkan dalam suasana yang agak ketat. Seeloknya membunuh keinginan terhadap perkara-perkara yang tidak 'perlu' dan 'berdosa'. Allah menyusun cukup cantik, jikalau dulu - amat susah nak keluar pergi mana-mana. Sebelum mendapat izin, ditanya setiap perkara oleh mama tersayang. Sekarang, sebut je bila dan di mana, mama mengizinkan dengan penuh kepercayaan dan doa. Kemungkinan risau dalam keselamatan mesti ada, namun dari segi kepercayaan tiada masalah. Balik lewat malam kerana menghadiri kelas falsafah quran, perbandingan agama mahupun halaqah seperti sudah biasa. Sebagai seorang manusia yang agak tertarik dengan matematik, juga dengan falsafah determinism yang menghiasinya - saya cuba menjejak kembali ke masa belakang. Alhamdulillah, sekiranya kepercayaan itu diberikan sebelum sempat saya matang dan memikirkan apa yang boleh membawa bekal ke 'sana' dan apa yang tidak, tentunya saya sudah jadi 'lain' daripada apa yang telah saya jadi.

Sekiranya kepercayaan tidak diberi, mungkin saya akan menjadi seorang yang ekstremis dan terlalu rigid. Setiap perit masa lalu, merupakan manis pada masa sekarang. Setiap kesalahan dan kebodohan masa lalu, merupakan kebijakan dan kecerdikan hari ini. Jika diingat kembali, kebanyakan perbuatan kita serupa dengan Umar Al Khattab. Dalam menyesali masa dahulu, Umar menangis kerana membunuh anak perempuannya hidup-hidup. Juga ketawa kerana memakan berhalanya ketika lapar. Saya kira kita juga begitu. Ketika mengingat dosa kita, malah kadang-kadang dosa orang lain terhadap kita, kita menangis. Baiknya Allah pada kita. Juga ketika mengingat dosa dan kebodohan kita terhadap orang lain, kita akan ketawa malah tidak mahu mengingatinya kerana malu dan kelakar. Setahun lalu, dua tahun lalu, tiga tahun lalu, setiapnya membentuk hari ini.

Bagaikan pergeseran dan haba. Di saat setiap pergeseran menghasilkan haba, kita semakin berputus asa terhadap kehidupan dan cabaran. Sehingga akhirnya terhasil cahaya api lahir dari pergeseran diri dengan ujian menerangi kegelapan perjalanan. Semacam ianya merupakan 'best combination' untuk kita. Pernah terasa seperti itu?

Juga dalam mengenali manusia. Seharusnya, apabila berlaku sesuatu - usah digali kembali kesalahan masa lalu kerana ingin melukai atau membalas atau apa-apa niatnya. Teguran itu amat indah, sekiranya ia berhikmah. Perkara sama berlaku kepada saya - sehingga apabila diingat kembali, saya ingin berbudi kepada mereka. Menyokong mana yang baik, membantu mana yang kurang baik supaya menjadi lebih baik. Dahulu, ketika saya mempunyai suatu habit yang kurang baik, namun ianya tidak saya sedari menimbulkan sesuatu yang kurang elok terhadap imej saya sehingga datang seorang kawan - bercakap secara peribadi di gelanggang, waktu rehat pertama. Membetulkan saya. Alangkah moleknya. Sehingga sekarang saya masih terhutang budi terhadapnya. Saya ingin menjadi sahabat beliau. Juga masih ada satu kisah, dia mengajarkan saya perkataan 'Tolong'. Ketika itu, dibebani bermacam kerja dan tugas, mahupun amanah, saya meminta bantuan seorang kawan, namun terlupa menyebut perkataan 'Tolong'. Dia menegur saya, tegas, dan semacam mendesak. Saya tersentak. Namun, saya tahu, dia ingin yang terbaik buat saya. Alhamdulillah, sehingga sekarang setiap kali saya ingin meminta tolong, saya teringat pada dia dan mendoakannya. Terima kasih! Terlalu banyak kisah-kisah manusia hebat di sekeliling saya untuk diceritakan. Keluarga, guru dan kawan.

Kesilapan masa lalu mencantikkan masa kini dan mengindahkan masa hadapan, sekiranya diwarnai dengan tinta redha Ilahi dan Sunnah Nabi.

******************

"You know, like somewhere in Arabs.. They still cut hands whenever a thief was caught red-handed. Very primitive you know.. If he does it again, they'll cut another hand. Creepy.. that's why their crime rate is very low" said my lecturer without realising she is offending my religion, not the Arabs actually. Later after class, I met her. "Miss, actually, the cutting of hand, it's my religion. It's called Hudud and it is only applicable to Muslims only". "Why so violent? You know, today, we have another better way of solving crime you know". "Sorry miss, what is your religion?". "I'm a Christian". "The Hudud, it's in my Holy Book, and it's not there just for exhibition - you can also say to your Bible, why don't Christians shave women's head whenever they don't wear head scarf. It's in your Bible, Corinthians. One thing, that's why their crime rate is low, not like any other modern countries". Next day, she met me, apologized. "I'm sorry too miss, just furious. After this, I hope miss can respect my religion. Thank you.."

4 comments:

  1. fuyo gempak giler dow asip..
    mmg ana rs nta cm pakistan..haha
    naseb baik nta xjual karpet,...;)

    ReplyDelete
  2. and may I know who's this?
    hehe.. hampir dah..

    ReplyDelete
  3. India? ok la tuh.. enta sesusur segalur sebangsa dengan Maulana bai Wahab tuh.

    Pakistan? pon ok la tuh, enta sesusur segalur sebangsa dengan Dr Abdus Salam, Physics Nobel Laureate.

    tapi ana tau enta malay, dan ana akan bangga dan gembira kerana enta sesusur segalur dan sebangsa dengan ana. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. hoho..
    rindu pulak ijtima' di Nilai tidur di atas kanvas berteraskan tanah keras...hoho..

    itu ana kenal hehe.. Partikel-partikel comel..

    itu pun ana bangga..hehe..

    ReplyDelete