Salam.
Prologue..
Saya baru pulang dari Darul Quran. Akhirnya, dapat balik. Secara halal alhamdulillah. Masih pelik dengan Mereka-mereka. Macam tak ambil kisah halal-haram. Pelik. Kalau golongan yang sepatutnya aplikasikan apa yang dihafal buat perkara yang melanggar peraturan, yang tak menghafal patutlah. Nasib baik Allah tak tetapkan peraturan hidayah hanya kepada mereka yang menghafal Al-Quran. Sebab itu ramai lagi yang lebih cantik akhlaqnya dari yang menghafal. Peraturan tetap peraturan. Kecil atau besar. Masih tetap akan dikira amanah dan khianatnya, masih tetap akan ditimbang pahala dan dosanya, masih tetap akan dihitung amalan baik dan buruknya. Walau sebesar zarah. Dahulu, jurutulis disanjung kerana maklumat yang direkodnya, zaman berlalu camcorder dan kamera mengambil alih, zaman berlalu lagi perhatian dialih pada kepantasan maklumat diproses. Malaikat Raqib dan 'Atid. Mereka perekod terhandal dunia. Tak terbayang oleh akal akan kecanggihannya. Tak terbanding dengan Quantum processor akan kepantasannya. Mereka merekod segalanya. Kecil hingga besar. Ringan hingga berat. Peraturan? Ianya hanyalah arahan pihak atasan. Tiada dalil yang mewajibkan ikut peraturan. Tiada dalil?
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
An-Nisaa' 59
Terjawab sudah. Peraturan adalah daripada 'ulil amr'. Wajib kita mematuhi. Bergandingan dengan kewajipan taat pada Rasul. Bukan ringan-ringan. Kita bukan penganut fahaman classic liberterianisme. Bukan juga fahaman sosialisme. Mahupun liberalisme. Jauh lagi fahaman cosmopolitanisme, mahupun pluralisme. 'The Prince' bukan perlembagaan kita. Socrates bukan contoh ikutan kita. Jauh lah, jauh fahaman-fahaman lompong. Kata mereka Muqaddimah jadi contoh ikutan mereka. Seorang kaut 'Carilah harta sebanyak-banyaknya' lalu jadi fahaman kapitalisme. Seorang lagi kaut 'harta patut diberikan kepada mereka yang berhak, supaya sama semua' lalu jadi fahaman sosialisme. Dua-dua cetus revolusi, cetus perang sana-sini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Family
Alhamdulillah. Pulang juga. Sibuk sangat Ramadhan. Hari pertama sudah kena jadi imam di Batang Kali. Sempat juga iftar sama family tercinta. Masuk hari ini, baru dua kali iftar sama family. Indah. Cuma tak cukup ahli. Yang lain dah mula iktikaf. Tertekan juga bila yang dekat dan jauh dapat balik untuk iftar, kita tak dapat. Sebab nak halal juga. No forgeries. Alhamdulillah dapat hari ini. Ayat sikit la dengan ustaz kan? Haha. Seronok balik. Jumpa famili. Macam-macam ragam. Awal-awal lagi dah kena dera dengan Ayaz dan Saif si kecil dua orang. Depa berdua minta pergi beli aiskrim. Fuh, mengancam betul. Mata semua duduk mengikut je yang membeli aiskrim. Beli yang mahal pula tu. Budak berdua relax dalam kereta. Kita ini yang tension semacam lalu depan crowd bawak aiskrim. I read those eyes! "Tak puasa ke?". "Aik? Mahal aiskrim. Jahr nya dedah depan orang ramai". Dan macam-macam lagi! Tapi tak apa, adik-adik tercinta montel nak aiskrim, kempunan agaknya. Itu 'ok' lagi. Bila makan, ha, macam-macam style. Ada yang gigit dari bawah kon, kemudian biar aiskrim menitik dari lubang bawah atas baju. Ada yang duduk jilat yang putih krim itu, alih-alih yang coklat nak jatuh. Kritikal betul. Takut jatuh setempek yang coklat. Rugi saja-saja. Kita pula duduk lebih-lebih nak menjaga setiap titisan aiskrim itu. 'Cakap jela nak kan?'. Seorang baru habis UPSR. Alhamdulillah, harap dapat manfaat dunia akhirat la apa yang dipelajari. Itu lah tanda ilmu berkat. Imam Syafie berkata, berkat ilmu terletak pada manfaat ilmu pada penuntutnya. Kalau sekadar pandai, semua orang boleh. Nak amalkan biar diri jadi lebih baik, itu baru berkat punya petanda. Kalau atas kertas sahaja, tak jalan. Ia akan samakan kita dengan mereka yang BELUM punyai syahadah di dada. Seorang lagi bakal PMR. Harap selamat.
Sistem
Ramadhan kali ini ibadah mesti lebih bersistem. Sebagaimana sistematiknya dakwah nabi, ditonjolkan kembali oleh As-Syahid Hasan al Banna, begitulah juga harus kita contohi sunnah yang mulia ini. Islam bukan pada sesuatu yang kucar-kacir lalu diserah bulat-bulat pada Allah. Bukan juga pada sesuatu yang tidak teratur lalu tawakal terus pada Allah. Tabiat itu hanya alasan. Jadi, sistem mesti mantap seiring dengan dekatnya kita pada MATI. Untuk Ramadhan kali ini, Quran saya bahagi pada tiga lapisan. Lapisan pertama, kewajipan dunia. Saya perlu tasmi' pada ustaz SEKURANG_KURANGNYA lima muka sehari. Itu ustaz saya. Jadi, memang kena bahagi masa betul-betul. Ini ringan sekali. Lapisan kedua, kewajipan akhirat. Menghafal itu sunat, murajaah itu wajib. Quran itu nabi buat perumpamaan bagai unta yang ditambat. Kalau kita tidak mengikatnya, dia akan lari. Jadi, saya usaha untuk murajaah paling kurang dua juzu' sehari. Alhamdulillah, masih jalan. Lapisan ketiga, perlumbaan dunia akhirat. Ramadhan sudah sinonim dengan Al-Quran. Saya pun ada target. Tapi, rahsia. Imam Malik, tokoh hadith terkenal amat menghormati Al-Quran. Kita lihat hebatnya beliau sanjung hadith dahulu. Pernah suatu ketika beliau sedang meriwayatkan hadith di hadapan murid-muridnya, tiba-tiba muka beliau yang putih melepak bertukar kemerahan dan kebiruan bagaikan menahan sesuatu. Penuntut-penuntut beliau risau. Namun, beliau masih meneruskan periwayatan hadith itu sehingga tamat. Apabila tamat, salah seorang muridnya bertanyakan padanya tentang perubahan mendadak warna mukanya. Lalu beliau meminta tolong muridnya melihat dalam bajunya seperti ada sesuatu. Lalu apabila bajunya dibuka, keluarlah seekor kala jengking bersama dengan 13 kesan sengatan pada badannya. Beliau tidak mahu berhenti disebabkan terlalu menghormati hadith nabi sehinggakan beliau akan menghabiskan periwayatan hadith nabi walau apa pun berlaku. Masya Allah, itu Imam Malik pada Hadith. Amat menghormati Hadith Nabi. Namun, apabila tiba bulan Ramadhan, beliau tanpa membuang masa mengumpulkan kitab-kitab hadith beliau lalu menutup himpunan kitab tersebut dengan kain seperti selimut dan berkata "Wahai kitab-kitabku, Ramadhan sudah tiba, aku mencintaimu namun Al-Quran lebih ku utamakan" lalu menghabiskan masanya dengan Al-Quran.
Kuantiti dan Kualiti
Sekarang sudah masuk fasa terakhir Ramadhan. Sudah tiba masa untuk melakukan pit-stop sebentar dan muhasabah sebelum memecut lebih laju. Tak perlu terburu-buru mahu kejar kuantiti jika kualiti entah ke mana. Ambil masa sedikit untuk muhasabah. Masa, jangan jadi orang yang rugi. Teringat tahun lepas. Syazwan, argue tentang masa. Dia minta bukti yang masa itu berlalu. Ataupun 'flow'. Ramai yang bagi argument, dari persepsi mental sehinggalah kepada perubahan sehinggalah kepada dimensi dan macam-macam lagi argument saintifik yang keluar. Itu tabiat pelik batch kami. Hehe. Poyo semacam je. Kemudian, yang terakhir datang Asyraf terus bagi ayat surah al-'Asr. Terus semua "Haah la, betul". Syazwan can't continue to refute it. Rindu betul. Ini bukti masa berlalu, manusia rugi. Jadi, mari semak semula. Adakah kita punya iman sudah bertambah? Adakah akhlaq kita makin cantik? Panas baran kita makin hilang? Buruk sangka kita sudah lenyap? Nafsu kita sudah tunduk? Ini hikmah Ramadhan. Sebagai latihan. Ada simpati dan ada empati. Kita lapar, kita dahaga, kita rasa derita. Timbul SIMPATI pada yang tak seperti kita. Lalu ada zakat. Iya, zakat meletakkan EMPATI dalam diri kita. Bukan hanya simpati dengan mereka, malah empati kemudian melakukan sesuatu untuk membantu mereka. Kerna kita merasa apa yang mereka rasa. Dalam ibadah, ada kuantiti dan kualiti. Saya cadangkan kita boost dua-dua. Namun, tumpu pada kualiti. Padanya terletak entiti ikhlas. Yang menjadi kayu ukur sebenar kita dan Tuhan. Ya, selarikan keduanya, utamakan kualitinya. Moga istiqamah. Semoga berjumpa Lailatul Qadr.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Lawak pula rasa, bila tahu kita sudah di'cop' oleh SB hanya kerana beberapa kali memberi tazkirah di Masjid. Tiada bau politik pun. Wahai pembaca, ketepikan sengketa dan prasangka. Letak tepi sempadan perbezaan pendapat. Satukan hati untuk Islam. Biar berbeza fikrah, biar berbeza wasilah. Kita berjuang untuk Allah, menegakkan agamanya. Sedih bila lihat dalam masjid pun berlaku pergeseran akibat berbeza fahaman politik. Pelik, mereka tahu tak tujuan? Tak tahulah.
2. Ada kawan kena ugut sebelum jadi imam, pakcik belakang dia kata "Dik, pastikan habis sebelum pukul 10. Orang penat. Tak payah panjang2." Kami buat 20. Sebelum pukul 10? Heh. Semangat Ramadhan!
3. Iftar minggu depan. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Harap ramai datang.
slm..
ReplyDeletemnta tanye sket..
kalo mmbace kire mgulang tak?
ana bace satu juk(manzil), satu juz lagi(para saba' biase nyer)tutup2 mate sket.
xmasyi agi ar. (msih mncari care murajaah berkesan dgn diri)
salam.huish, bdk mesir.
ReplyDeletehaah. mgulang jugak...
sama la.masih mncari formula lebih berkesan..
lama tak rasa environment ramai2 hafal quran.
ReplyDelete...
...
TAHNIAH kerana anda berada di situ..kini. make the best lah!
hah! satu lagi, kalau ada masa, sebelum saya make my move to egypt..it is a great pleasure if we can have a meet. and lots of chat
as we will be in the same field, as it is not a maybe. lots~
salam thaaqhib.
ReplyDeleteya. syukran. in every thing i'll try to do my best altho i cant be the best. insya allah.
nta bile take a lift to egypt?
lepas raya mungkin? tgk schedule nta.
31.10.2009~ seminggu sblm tu di x freekan
ReplyDeletebut~ sebulan b4..mmg khas utk kawan2..
huh~ 2 bulan yg upside down.. skrg da releks sikit