Thursday, September 17, 2009

Credits to Them (Iftar's)

Salam.

Alhamdulillah, lega rasanya Iftar yang dirancang akhirnya berjaya dilaksanakan.

Baik alhamdulillah kelancaran program. Dan macam biasa, pasti tak sunyi surau itu dari kenakalan rakan-rakan, walaupun usia semakin tua, tapi jiwa mereka (dan saya) makin muda. Muda dalam merasai makna kehidupan. Sentiasa berdarah panas, menggelegak. Walaupun pada kali ini kami mengalirkan tenaga kami dalam bentuk tenaga 'kebudak-budakan' insya allah beberapa tahun lagi tenaga dari jiwa-jiwa muda yang sama akan dialirkan untuk Islam. Ya, Insya Allah. Doa-doakan.

Ingin rasanya ana calitkan sedikit penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus lumus mengendalikan program ini samada sebelum, semasa mahupun selepas.

Banin
Aizat (Pengarah)
Amin
Hasif
Ayman
Abu Dzar
Hakim

Banat
Amirah Hafit (T. Pengarah)
Qurratu 'Aini
Haziqah
Adibah

Ini list-list AJK yang ana maklum. Terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus walau ana tertinggal kot nama-nama AJK lain. Terima kasih pada cikgu-cikgu kerana memberi serba sedikit cadangan. Terima kasih kepada kawan-kawan kerana sudi bersusah payah meredah junaman H20 yang bercampur asid demi menghadiri iftar. Terima kasih kepada Imam Jemputan, Azfar dan Anas dari Darul Quran. Cep.

Ada juga rasa terkilan, kawan-kawan lain tak dapat hadir. Amirul yang masih di Langkawi. Wakil KYUEM Halim je dapat datang, Asyraf ada aral. Omar nasib baik datang, aku punya la pelik mesej lain macam je. Alih-alih datang. Perh, peluk juga time tu. Rindu betul. Nasib aku tak ada sakit jantung mar, kalau tak nahas kau hantu aku kejar kau. Hehe. Asri unta tak ada. Naim Sarawak tak ada. Abot Transformer tak ada. Syed Skeleton King a.k.a Spiderman tak ada. Al Hasan tak ada. Syazwan a.k.a Peon pun tak ada. Agak ramai juga tak datang. Tak apa, next time kita kumpul lagi. Insya Allah, akan ada masa. Kalau tak ada, doa moga-moga kita jumpa di depan pintu Syurga. AMiin.

Alhamdulillah. Kerana Allah beri peluang untuk kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Di mana golongan ini merupakan antara golongan yang mendapat naungan Allah di padanag Mahsyar kelak. Naungan di mana tiada naungan selain naungan Allah. Moga-moga kita termasuk dalam naungannya. Amin. Bilamana sesetengah tenggelam dalam peluhnya. Bilamana sesetengah meminum peluhnya sendiri. Bilamana sesetengah diinjak oleh orang lain dek kesesakannya. Bilamana sesetengah menghadapi keterikan matahari yang hanya sejengkal dari dahinya. Astaghfirullah. Moga kita berada di bawah naungannya. AMiin.

Jumpa lagi. I look forward to seeing you guys in the 'Hari Raya Gathering'. Salam.

4 comments:

  1. Ana orang biasa sahaja.
    Kuli bawahan.
    Hamba. Hehe.

    :)

    ReplyDelete
  2. sedih x dpt lama2...
    huhu...
    tp lepas jugaklah rindu yg bersarang dlm jiwa

    ReplyDelete
  3. Kuli= pen'setup' prog. mastermind. :p

    ReplyDelete