Selesai saya berprogram, saya terus bersiap untuk ke Al-Amin Merlimau bersama dengan adik saya, Muaz yang bersekolah di sana. Kami sampai di dalam pukul 12 malam. Pagi Isnin, cikgu Syima berjumpa dengan saya dan menunjukkan jadualnya yang telah disusun. 'Packed juga ni cikgu. Saya tak apa, tapi kesian kat budak-budak' ujar saya. Saya maklum, kejayaan itu akan dicapai dengan kesungguhan dan perancangan kerja yang kemas. Cuma, saya masih belum yakin ketika itu mereka mempunyai keinginan tersebut.
Kelas saya bermula dari 3.30 petang sehingga Asar. Selepas Isya' sehingga pukul 11 malam. Kelas diasingkan mengikut tahap dan juga lelaki dan perempuan. Lelaki di sini pemalu haha. Untuk setiap sesi solat, ditugaskan muazzin dan imam. Ada Qunut Nazilah setiap hari. Ya, Qunut Nazilah. Peringatan untuk kita yang hidup di tempat aman agar tidak lupa,' Untukmu Al Aqsa dan Umat Islam, jiwa dan darahku untuk kamu semua'. Saat Qunut ialah saat yang sentimental dan emosi untuk diri saya. Dan mereka membacakannya setiap hari. Saya mencintai mereka, kerana mereka mencintai bumi al Aqsa dan perjuangan rakyat Syria. Subuh mereka pun lelaki jarang yang terlepas Subuh berjemaah di sini. Kekuatan lelaki, pada saya, pada komitmennya dia menjaga solatnya di masjid. Andai dijaga solat dan Qurannya, insyaAllah, given enough time, cintanya akan terjaga, fizikalnya, mentalnya, dan spiritualnya.
Hari pertama sangat intense. Soalan penuh hingga kelas meleret. Banin dan banat, sama saja. Mereka meminta pula kelas tambahan. Saya tambah lagi dua slot pada masa lapang saya bagi memenuhi permintaan mereka. Amanah yang cikgu Syima tugaskan ialah supaya saya menampung kefahaman mereka dalam subjek tersebut, jadi saya isi masa saya dengan mereka semaksima mungkin.
Selepas Subuh, saya pergi berlari. Suasana di sana cantik. Tepi pantai. Selesai berlari, saya balik untuk bersiap-siap. Study dan sediakan nota ringkas untuk pengajaran di kelas. Selepas Zohor, saya bersiap dan pergi ke kelas. Sehingga malam saya di sana. Kalau Sabtu dan Ahad, saya di sana dari pagi hingga ke malam. Saya akan keluar semasa Maghrib untuk mencari kuliah-kuliah di masjid berdekatan. Dan cuba untuk pulang sebelum pukul 9 malam. Dan lebih kurang dua minggu rutin saya seperti itu. Saya menjadi rapat dengan mereka.
Hari terakhir hari paling tacing haha. Warden mereka memanggil saya untuk memberi ucapan perpisahan. Harapan dan nasihat. Malam itu saya berucap dan memberi nasihat yang saya kira dapat membantu mereka. Saya perlu pulang malam itu kerana saya menjadi pengarah untuk Kursus Pengawas di Al-Amin Gombak pagi Sabtu. Namun, sebelum pulang saya selesaikan tugas terakhir. Ada tiga orang pelajar yang mendapat markah 2%, 14% dan 22% untuk Matematik Tambahan mereka meminta saya memberi intensif untuk basic add Math, Functions. Saya meluangkan masa bersama mereka sehingga pukul 12.30 malam. Malam itu, ramai rakan-rakan mereka datang menemani kami dan membawa makanan.
Memang sedih untuk meninggalkan tempat itu. Ketika saya ingin pulang, ramai bangun untuk menghantar saya. Mereka salam dan memeluk saya, beri makanan sebagai bekalan perjalanan (macam lah jauh 3 jam setengah je pun) haha. Saya melihat mereka. Saya bertanyakan cita-cita mereka sewaktu awal perkenalan. Saya minta mereka doakan cita-cita saya tercapai. Saya pulang dengan semangat yang kuat, to make this world a better place.
Allahumma Solli 'ala Muhammad.
Insya Allah, cuti seterusnya ingin kembali menyumbang di sana.
SMIAABM is really something. Adik-adik yang baik.
ReplyDeleteGood post