Kami ikhwah utara baru selesai Mukhayyam dua minggu lepas. Mukhayyam yang sangat banyak ibrahnya, sangat memenatkan, dan sangat menyuntik semangat perjuangan.
Lagu tema kami Jejak oleh Izzatul Islam. Ayat hafalan kami pendek sahaja, al Anfal 60. Tapi, ayat ini sehingga sekarang terngiang-ngiang di telinga, terbayang di mata, terus menerus meniup bara semangat untuk berjuang agar kembali marak untuk Allah, Islam dan ummah.
War game kami sangat seronok. Walaupun penuh nyamuk, tapi ganas, berstrategi, dan penuh ruhi. Panglima kami senantiasa mengingatkan kami agar sentiasa berselawat dan ingat tujuan asal. Kami diingatkan mengenai syurga yang menanti. Semasa perang sudah bermula, ada masa semua sunyi sepi, ada ketika keadaan sangat riuh. Kami memandang ke langit andai ada artileri datang menghentam.
Semasa pasukan infantri sudah masuk, ada juga ikhwah yang menjadikan diri sebagai diversion(syahid kemudiannya) supaya special force kami boleh masuk untuk membebaskan tawanan. Antara sebab kemenangan kami, ialah kerana guard team pasukan lawan yang sepatutnya menjaga hostage turun ke ground zero untuk membantu pasukan yang engage attacking team kami. Ibrah perang Uhud. Special force kami bagaikan Khalid al Walid semasa Uhud. Teruk mana pun pasukan Abu Sufyan dibelasah kaum Muslimin, batalion berkuda Khalid kekal di posisi untuk serang dari sisi belakang Jabal Rummat. Bak kata Syeikh Khalid semasa Heroes, Khalid al Walid sabar bagaikan kucing menghendap mangsa, garang bagai singa bila menerkam.
Kami di guard team juga menerima banyak serangan. Kami kekal pada posisi dan tidak belas kasihan. Sementara ikhwah lain lebih gemar membaling peluru, kami cenderung untuk menghentam secara dekat(macam Rasengan dan Raikiri). Ada yang sampai dihentam peluru dan peluru pecah di kepala. Di akhir war game, kami digelar unit paling kejam. -.-
Kesan mukhayyam masih kekal sehingga sekarang. Pengajarannya terpahat, moga kekal sehingga kematian datang menjemput.
Sekarang ini pejuang-pejuang di Sabah masih dalam keadaan bersedia. Walaupun sudah selesai operasi yang sangat kritikal. Moga Allah bersama mereka yang benar.
Peranan kita buat masa ini, berdoa dan beri sokongan sepenuhnya. Andai pihak musuh menawarkan perjanjian damai, terimalah. Andai tidak, saya lebih cenderung untuk berpihak kepada keputusan untuk 'selesaikan' sahaja terus.
Dalam risalah ta'lim, Imam Hasan al Banna menyenaraikan, Wajibat al Akh antaranya berniat untuk syahid, dan bersiap-siap untuknya. Justeru, saya ingin mengajak untuk kita bersama-sama menyiapkan persediaan. Hidup kita, kalau mampu isilah dengan amalan para syuhada' yang sudah terbukti mereka diredhai Allah, dan mereka redha pada Allah.
Semasa menghayati sirah Mus'ab bin Umair dan Salim Maula abi Huzaifah bersama classmates(halaqah), hati ini sentiasa sebak apabila membaca ayat minal mu'minina rijalun sadaqu, ayat ini dibacakan oleh Rasulullah semasa melihat jasad as syahid Mus'ab b Umair. Ada yang sudah menunaikan janjinya pada Allah, dan ada yang masih menunggu. Moga kita termasuk dalam mereka yang akan menunaikan janjinya pada Allah.
Hidup kita, pelajaran kita, masa kita, diri kita, adakah benar-benar kita sudah waqafkan untuk jalan dakwah? Adakah kita menyahut seruan Allah untuk perniagaan yang tiada ruginya? Atau adakah kita sudah memberikan Allah pinjaman yang baik?
Adakah kita sudah berikan sehabis baik untuk ibadah kita, study, keluarga, dakwah dan tarbiyah, tsaqafah, jasad, bumi dan kesejahteraannya, makhluq di sekeliling kita, juga haq-haq Allah, al Quran, dan diri?
Berkata sebahagian salaf:
Apabila hadir akan seseorang itu akan kematian, akan dikatakan kepada malaikat:
"Hidulah kepalanya", maka berkata malaikat: "aku dapati al-Quran pada kepalanya".
"Hidulah hatinya", maka berkata malaikat: "aku dapati dihatinya ada Puasa".
"Hidulah kakinya", maka berkata malaikat: "aku dapati pada kakinya ada Qiamullail".
Maka berkata: "dia memelihara akan dirinya, maka dia dipelihara Allah."
-Ibn Rejab al-Hanbali ra
Ikhwah wa akhawat, saya menyeru kalian dan juga diri saya, Wa A'iddu!
No comments:
Post a Comment