Sunday, January 27, 2013

Matahari dan Bulan, Tuhanmu bersumpah atas pentingnya tarbiyah!

Penciptaan matahari hebat. Proses yang berlaku di dalamnya hebat. Double resonance dan quantum tunneling. Ah..sampai sekarang aku tak faham bagaimana dunia quantum berfungsi.

Begitu juga fenomena yang berlaku di permukaan. Angin solarnya sahaja boleh menghancurkan grid nasional di bumi andai kedatangannya tidak diambil perhatian.

Bulan, oh indahnya tidak terungkap. Andai merindu, pandanglah bulan. Tapi cantiknya bisa membuat luka bertambah parah. Manakan tidak, wajah kekasihku lebih indah daripada bulan. Masakan aku tidak merinduinya. Allahumma Solli 'ala Muhammad.

******************

Pertanyaan wakil tarbiyah Ikhwan, seorang jurutera memanaskan enjin carian di dalam kepala aku. Tanyanya, sumpah apakah paling panjang di dalam al Quran? Aku memejamkan mata, mencari-cari waw al qasam ataupun perkataan yang berantai dengan uqsimu.

Aku meneka-neka, tempat jatuh bintang - bi mawaqi'in nujum, hari qiamat - bi yaumil qiyamah, negeri Makkah - bihazal balad, Tuhan barat dan timur - birabbil masyariqi wal magharib. Bukan itu jawapannya. Ada ikhwah meneka wal 'asr. Bukan itu, bisikku. Asr itu sangat pendek. Aha! Mungkinkah yang jurutera itu maksudkan sumpah yang bersambung? Dapat! Aku baru sahaja ingin mengangkat tangan, jawapan sudah diberikan. Surah as Shams jawapannya.

Beliau mengajak kami mengira sumpah di dalam surah tersebut. Matahari, Dhuha, bulan, siang, malam, langit, binaannya, bumi, hamparannya, diri, dan penyempurnaannya. Sebelas sumpah kesemuanya!

Beliau terus bertanya, Allah bersumpah sebelas kali untuk apa? Belum sempat aku menjawab, jawapannya menghenyak dadaku. Ku lihat ikhwah di sekelilingku juga mukanya sudah redup, pucat, dan sedih. Dewan diam.

Astaghfirullah. Ampunilah dosa aku ya Allah. Kau bersumpah sebelas kali untuk "Qad aflaha man zakkaha. Wa qad khaba man dassaha". "Beruntung bagi yang menyucikan dirinya, merugi bagi siapa yang mengotorkannya".

Sekelilingku masing-masing tunduk dan beristighfar. Mereka pimpinan Ikram Siswa IPT dari seluruh Malaysia. Pasti, mereka juga seperti aku. Memahami tarbiah itu seperti di dalam Quran  "yatlu 'alaihim ayatihi wa YUZAKKIHIM wa yu'allimuhul kitaba wal hikmah".

Air mata terasa ingin keluar. Allah..betapa aku telah mengambil ringan akan kepentingan tarbiyah ini. Urgency tarbiyah aku abaikan. Sedangkan Kau bersumpah atasnya sebanyak sebelas kali. Maafkan aku. Aku alpa. Aku leka.

Astaghfirullah.

Kita malah sering mengotorkan diri. Ruginya. Kita sibuk berhibur. Sibuk dengan perkara yang tak membawa manfaat di akhirat. Sibuk dan sibuk. Sibuk dengan dosa dan perkara sia-sia. Lebih buruk, sia-sia itu dihiasi dan disalut dengan nilai-nilai islamik. Astaghfirullah.

Ke mana kita bila azan memanggil? Apa jawapan kita bila hati terlintas untuk berpuasa sunat? Apa respons kita bila teringat al Quran? Adakah ibu bapa sudah ditelefon? Atau syaitan menarik-narik kau ke arah permaisuri-permaisuri IPT kau?

Diam. Muhasabah.

Jurutera meneruskan tazkirah. Mulut-mulut ikhwah tidak berhenti istighfarnya.

Aku keluar dari hotel mewah Marriot Putrajaya dengan pelajaran yang amat berharga. Sehari suntuk bersama Ikhwan sememangnya tidak ternilai. Sungguh, ketika itu tidak sedikit pun timbul bibit kekaguman dengan mewahnya hotel, tapi terasa ingin pulang untuk menyeru pada ahli keluarga, rakan-rakan dan kawan-kawan, ayuh kita jadikan tarbiyah nafas hidup kita!

Kita telah meletakkan perkara yang salah sebagai keutamaan. Tapi kita seringkali tertanya mengapa hidup kita tidak tenang. Masakan mendayung ke belakang boleh sampai destinasinya di hadapan.

Bagi pembaca al Quran, anda faham bahawa sumpah Allah bukanlah sumpah main-main. Jikalau disebut di dalam Quran sahaja sudah pentingnya tak terkira, inikan pula dikuatkan dengan sumpah. Bukan sekali, tapi sebelas kali. Allah..Allah..Allah.

Sumpah Allah bukan lah dengan perkara-perkara remeh, tapi perkara yang hebat! Matahari dan bulan. Siang dan malam. Matahari itu kehidupan, bulan itu kecantikan. Siang itu pekerjaan dan penghidupan, malam itu pakaian dan kerehatan.

Belum masuk lagi mengenai agungnya penciptaan langit oleh Allah al 'Azim. Atau bumi yang di atasnya penuh dengan keindahan. Kau dan aku, kita juga keindahan. Indahnya kita akan lebih indah dengan Islam.

Alasan apakah lagii yang ingin kita berikan kerana menjuzu'kan Islam? Islam itu cara hidup. Tak cukupkah al Quran sebagai peringatan?

Tarbiyah itu jalan menuju fitrah. Fitrah seorang khalifah.

Moga jalan aku dipandu, istiqamah, dan berakhir dengan syahid yang sebenar-benarnya.

Aku keluar hotel, terus bercakap dengan ibuku di telefon. Rindu.

****************

Sebelum aku pulang ke P.Pinang, aku menumpang sekejap di rumah seorang syeikh. Beliau orang kuat tarbiyah IKRAM dan MUSLEH. Beliau antara generasi awal tenaga pengajar al Amin. Ustaz Megat Amin namanya. Isterinya, Muallimah Mahani guru aku.Beliau mengenaliku sejak aku masih pakai pampers lagi (comel tak terkira aku masa tu). Tapi selepas itu beliau berpindah dan kami jarang dapat berjumpa.

Mukanya serius masa aku sampai di rumah beliau. Cucu-cucunya bermain di sekeliling beliau. Begitu lembut beliau bersama-sama kanak-kanak. Aku sangat mencintai mereka yang mencintai kanak-kanak. Sebelum beliau duduk untuk melayan aku sebagai tetamunya, beliau mencium dahi cucunya.

Pertanyaan pertama beliau padaku, "anta dah ada berapa orang anak?". Terkeluar sedikit air sejuk dari mulutku, menahan rasa nak tersembur. Tersedak sedikit. Alhamdulillah tak tersembur. Aku langsung tak menjangka itu soalannya.

"Ya Allah..ustaz..ana muda lagi. Tak kahwin pun lagi"..dan perbualan kami berkisar mengenai nikah. Pandai ustaz pilih topik. :)

****************

Kami dah mula halaqah. Dah tiga kali liqa'. Alhamdulillah, 6 orang classmates sambut seruan nak join usrah.

Hari itu, masa pergi street dakwah pada hari MaulidurRasul, kami naik motor. Perh..dah lama tak dapat motor memang bawak pun macam lepas gian lah. Saling memotong, saling hon, saling mencilok (terma yang bermaksud memasuki laluan sempit antara dua kereta atau lori untuk memecut). Best!

Dan itu pengalaman pertama mereka street dakwah.

Empat dari mereka perokok. Seorang dah berhenti. Lagi tiga dalam proses separuh batang sehari. Berhenti slow-slow dan berperingkat. Aku pohon doa kalian untuk mereka!

P/s malam sebelum daurah sempat bersama security yang bertugas dan dapat tengok sedikit sebanyak mengenai keselamatan. Things were very very very serious. Macam-macam risk bahayanya.

Unfortunately, lepastu kena jadi PR officer. Sambut wakil ikhwan dari various countries.

Gambar [Lepas Street Dakwah]

5 comments:

  1. I hope I can meet you face to face one day. You inspire me. More than you could imagine.

    - Silent reader

    ReplyDelete
  2. subhanallah...bertuah saudara sbb dipilih Allah untk rasai smue tu.
    c0retan yg menarik.sememangnye tarbiyah itu akn lebih mndidik & mnjaga hati.
    jazakallah ats perk0ngsiannye...

    ReplyDelete