Dalam damai, teratak sepi menjelma pertanyaan menyentak hati.
Bermainlah pilu sang isteri, membelai pipi permata hati.
"Ummi, di manakah Abi?".
Bergetarlah bibir mencari, perlukah ku kisahkan apa yang terjadi.
Pada si kecil yang ingin mengerti,
"Sayang Abi, kekasih Ummi pergi mencari cinta Ilahi".
"Tidurlah sayang, Ummi dodoikan bersama zikir mendamaikan.
Bangunmu esok menjadi pejuang mujahid sepanjang zaman".
[Di Manakah Abi - Ar Raid]
"Apakah doa engkau?" tanya Sa'ad bin Abi Waqqas kepada Abdullah bin Jahsy semasa perang Badar.
"Saya harap yang Berkuasa atas segala-galanya akan membenarkan saya menumbangkan ramai musuh. Hingga akhirnya saya bertemu dengan lawan yang amat kuat dan hebat. Saya akan bertempur dengannya bersungguh-sungguh. Kemudian saya akan dibunuh olehnya. Kedua-dua tangan saya dikerat. Telinga saya dipotong. Kemudian hidung saya dicabut, biji mata saya dicungkil."
"Agar nanti apabila ditanya Allah kemana hilangnya semua pancaindera saya, saya menjawab semuanya telang hilang semasa saya berjuang di jalan-Nya untuk membela Agama dan RasulNya. Lalu Allah membalas jawapanku dengan jawapan 'Sadaqta'(Engkau benar..)." [Doa Abdullah bin Jahsy semasa perang Badar]
Sa'ad mememui badan Abdullah bin Jahsy sesuai dengan doanya di akhir peperangan. Hidung dan telinganya digantungkan pada sebatang pokok dengan seutas tali.
Ya Allah, kau kurniakan untuk aku dan rakan-rakanku syahid, sebagaimana kau kurniakan kepada mereka-mereka yang terdahulu syahid. Jadikanlah kami pembela-pembela agamaMu. Amin.
Di akhir hari, kita hanyalah seorang hambaNya. Allah tidak memerlukan kita, tapi kitalah yang memerlukan Allah.
No comments:
Post a Comment