Saturday, March 12, 2011

Au Revoir

"Bila nta bertolak?" ana bertanya.
"Insya Allah 15 Mac ni.." dia menjawab. Hati ana gembira untuk dia, pada masa yang sama juga sedih.

___________________________________________

Ana kenal dia sejak kecil lagi. Dia senior ana, setahun tua. Kami bertaekwondo sama-sama, lagi dalam team demo sama-sama. Satu Selangor kami jelajah berdemo. Selalu jugak muka kena reverse turning kick dia. Tidur hotel, mandi swimming pool, macam-macam lagi. Lepas itu sekolah sama-sama, sampai besar masuk DQ pun tempat sama. . Ana rapat dengan adik dia, sebaya dengan ana. Orang yang ana maksudkan ini, akhlaqnya sangat baik dan ana sangat hormat. Kalau nak diletakkan dalam rank, dia lah orang paling ana hormat selepas ibu bapa dan guru-guru yang ana rapat.

Sederhana memang sinonim dengan dia. Dia tawadhu'. Ada sekali masa ana tanya keputusan semester 2 DQ, dia diam dulu, pejam mata, istighfar kemudian baru cakap, dapat 4.0 flat. Ada lagi sekali selepas dia selesai A-Level A2, masa tamrin kami berjumpa. Ana bertanya mengenai result A2 dia. Dia jawab 3A dan 1B. Dia mendapat B dalam bahasa German. Ana dalam hati, oh..Mungkin German susah sangat. Dia pelajar pandai. Lepas itu ana tanya dia pasal ikhwah-ikhwah lain kawan ana yang di GMI yang lain dapat berapa. Dia cakap-cakap, pun ikhwah-ikhwah tu tak dapat A German. Ana tanya la, berapa yang dapat A German. Dia cakap, seorang A, seorang B, yang lain C dan ke bawah. Nak tersedak masa itu, dia dapat 2nd ranking untuk Bahasa German. Sangat-sangat low profile. Masya Allah.

Kalau tengok muka dia, rasa bertambah iman. Dia macam abang pada ana. Mentor dan guru. Masa ana jadi SU Masyab, dia pun pernah jadi SU Masyab. Ana rujuk dia. Dia jadi KU, tahun berikutnya ana pulak. Pun ana rujuk dia. Dia masuk DQ, pun ana masuk, ana rujuk dia. Tapi, rapat dengan dia bukan melahirkan rasa taksub macam kita taksub pada sesetengah tokoh politik atau PS. Dia pendiam, tapi dia selalu mengingatkan ana, menegur sangat-sangat halus, dan ambil berat. Ilmu dia banyak, diam dia pun banyak. Bercakap bila perlu.

Banyak lagi nak cakap, dan ana pun tahu dia tak online selalu, dan sangat rendah probability untuk dia baca post ini. Pernah masa kami berprogram di Bukit Fraser, kami disuruh tulis nama orang-orang yang kami inginkan jika berada dalam situasi tertentu macam ketika tersesat di hutan ataupun jika mati nak siapa imamkan solat dan nyatakan sebabnya. Ana masih ingat dia menulis nama ana untuk situasi tersesat di hutan, dan ana betul-betul ingat sebab ana ada skil atau tenang dalam cemas(sebab orang lain tulis macam itu juga), tapi dia cakap apa, "Sebab ana rapat dengan dia". For someone you respect so much, when he admits that he is your close friend, cloud nine la.

Cuma, sedih dia nak pergi ke German dah. Lepas ni tak jumpa dah program, tak jumpa dah. Sebab sayang sangat. Tapi takpe, lagi tiga tahun jumpa balik kan? Ha. Insya Allah. Cuma lepas ni kurang la ahli AJK kem tahfiz seorang. Ana doakan moga perjalanan nta dipermudahkan. Insya Allah, moga perjalanan menjadi Muslim engineer berjaya. Amin. Ya rabbal 'alamiin.

Barakallahu fiik ya akhi.

* Post peribadi.

14 comments:

  1. alhamdulillah, sangat sangat beri motivasi!

    ReplyDelete
  2. agak touching..
    isk..isk..
    ade tisu x?
    ana kenal org tu,hebat mcm asif..
    smoga ukhuwah ini kerana Allah.
    ^_^

    ReplyDelete
  3. haih,asif kalau post tak menyentuh hati bukan dia.dan bila asif cerita macam kagum jugak lah dgn senior nih :)

    ReplyDelete
  4. yup. kekaguman kau merebak la asif.

    Moga senior tuh dipermudahkan urusan dan pulang membawa manfaat. InsyaAllah.

    "banyak ilmunya, banyak pula diamnya". sangat terkesan.

    ReplyDelete
  5. jujur, post yang menyentuh hati. lagi lagi melibatkan seorang sahabat. insyaAllah, nta pewaris dia juga :)

    ReplyDelete
  6. anon - alhmdulillah.. :)

    kamal - kamal kenalkan..? ha..kalo lagi lama nta kenal, lagi nta kagum.. even kat DQ yang penuh dgn org pndai bcakap, tak sama pun.. di AlAmin dia best student, di DQ pun best student, di GMI pun best student.. walk his talk..

    syazana - nti pun kenal die..

    syazwan - hehe.. amin... ya rabb.. :) kau pun sama di US tu nnt..

    muaz - amin.. :)

    ReplyDelete
  7. selamat bermusafir. selamat menuntut ilmu :) best post ni

    ReplyDelete
  8. orang macam dia sangat rare.... ana juga mengenali orang itu, dan kita juga pernah menjaga kem tahfiz bersama walaupun sekali.... he will be missed~~~

    ReplyDelete
  9. Asa Allahu yubarik fikuma abadan abada - Abdullah Hafiz wa Asif Ahmad Hasbullah

    (ye ke Abdullah Hafiz?)

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. hurm..harimau mati meninggalkan belang

    ReplyDelete
  11. Hm,,ibn umar klu rasa futur msti die start baca sirah perjuangan sahabat2.moga dgn melihat sirah org2 soleh cmni bertambah le iman kite...

    ReplyDelete
  12. perh. macam tu sekali ye. x sempat pon kenal beliau. tapi baca post ni macam rugi lak tak kenal. hm,

    Asif pon apa kurangnya.. =)

    ReplyDelete
  13. perenggan petame mcm da dpt tahu siapa die .
    bace prggn akhir , hah , konfem die :)

    ReplyDelete
  14. ASIP PON SAMA!
    /respect!
    haha

    ReplyDelete