Monday, November 29, 2010

Attachment Hidup

Salam.

Bismillah.

Alhamdulillah, selesai Kem Hafazan kelmarin - selama 3 hari 2 malam. Faci-faci pun sama hampir setiap kem. Sedih seorang demi seorang nak pergi jauh-jauh. Tapi tak apa, kena sentiasa cari pelapis. Ada 'wave' baru kebelakangan ini. Gelombang nak menghidupkan balik ex-NC dan ex-Masyab. Insya ALLAH, Allah permudahkan.
 
Kem hafazan  - penuh makna. Moga kami tak berjumpa lagi dengan pelajar-pelajar itu untuk kem seterusnya. Kem itu pun sebenarnya khas untuk mereka yang gagal ujian Hafazan dan Tilawah.

Macam mana nak istiqamah?
Semasa bersama seorang senior yang amat dihormati, saya bertanyakan kepadanya beberapa perkara.

"Ana nak tanya, macam mana ye nta dapat istiqamah kat tempat nta? Yelah, tempat kita bukan tempat yang pekat bi'ah dia.. pekat bi'ah jenis lain yelah.."

Dia menjawab "Tempat ana mungkin beza sikit.. nta lagi susah kat sana..nta sorg. (Sambil berkali-kali menyatakan dia tak seistiqamah yang saya sangkakan..memang sentiasa merendah diri).. Cuma, kalau ana la.. sentiasa attach dengan surau. Dekat situ dapat kita cari sama-sama orang-orang yang nak cari bi'ah solehah itu. Dah jumpa orang, insya ALLAH senang untuk cipta bi'ah tu..yang penting attach dengan surau. Dari situ kita nampak siapa yang nak cari bi'ah untuk jaga iman.."

"Lagi..??" saya bertanya.

"Lagi satu..sentiasa attach dengan Al Quran. Kalau orang lain pilih nak attach dengan lagu-lagu yang tak membawa kepada ALLAH, dan benda lain..kita attach dengan Quran. tu penting. Paling penting, sentiasa jaga subuh. Itu penting.."

****************************
Attachment kita
Nasihat dia mungkin ringkas - tapi padat dengan inti-inti penting. Kalau tak dengan orang-orang soleh, Quran, bacaan-bacaan yang baik, solat awal waktu, ibadah wajib dan sunat, akhlaq-akhlaq yang baik, dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat - dengan apa lagi kita nak attach? Kita muslim, nabi ajar kita attach dengan perkara-perkara macam ini. Allah..


Ada perbezaan insya ALLAH. Tengok orang macam dia, hati kita jadi sejuk. Nak ikut. Mencari juga apa yang dia buat, kita ikut. Rupa-rupanya, kita lupa ikut apa yang orang-orang soleh tak buat. Nak ikut, ikut apa yang dia BUAT dan TAK BUAT. Apa yang dia tak buat? Lagu-lagu dari artis yang mengarut dia tak dengar, nasyid pun yang mudah-mudah macam Nadamurni dan Rabbani, movie pun tapis-tapis supaya jaga hati, tengok video Ikhwah buat. Kalau alasan nak hebat bahasa Inggeris, Allah, dia hebat akademik. English konfem. Berkat dia menjaga diri, Allah permudahkan.

Insya ALLAH, jom ikut apa yang orang-orang soleh TAK BUAT...

Kita dibenarkan berbeza cara dalam memahami Fiqh, berbeza dalam pendekatan dakwah, berbeza dalam pegangan falsafah, namun, saya tidak pernah melihat bahawa kita dibenarkan berbeza dalam memahami apakah itu AKHLAQ.... (Hasanhusaini.com)

Apa yang nak diisi?


Kita boleh pilih nak isi apa dalam hati kita. Kebaikan, kemaksiatan, atau nak campur dua-dua. Itu kita boleh pilih. Di Akhirat, moga kita berbahagia dengan pilihan masing-masing.

Wallahu a'lam.

5 comments:

  1. salam. ex-NC dan ex-Masyab? wah, patutla ada group NC kat fb tu kan?

    One thing, bi'ah solehah itu penting. kan?
    Semoga ALLAH permudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  2. di samping akidah...Akhlak.... memang sangat-sangat-sangat perlu ditekankan... Akhlak yang baik, menghasilkan individu yang baik...

    Remaja baik, negara harmoni...

    ReplyDelete
  3. faiq - amin..syukran for the du'a..

    isyraf - bukan NC je. ex MASYAB pun dah ada.

    nidzam - remaja baik, negara harmoni.. betul. macam kisah khalifah 'ali and pemuda. .. :)

    ReplyDelete
  4. nice 1..dan beruntunglah org2 yg mnsucikan jiwa mrk~

    ReplyDelete