Friday, May 21, 2010

Jangan Buat Biadap.

Salam.

Bismillah.

Sekarang ini, kita ada konvoi sedang mengembara ke Palestin. Dengan risiko yang tinggi, juga tahap keselamatan yang agak kritikal, mereka mengambil langkah berani untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Dengan sokongan Perdana Menteri Turki, mereka akan menaiki kapal kargo Turki, untuk bersama-sama memberi sokongan dan juga meruntuhkan sekatan yang dijalankan ke atas saudara kita di sana.

Masya Allah. Antara sebab-sebab saya kurang terlibat dengan pergerakan politik di Malaysia, adalah kerana saya lebih kagum dengan pergerakan-pergerakan NGOs di Malaysia. Mereka diam, tapi bekerja. Kurang cakapnya, berkesan kerjanya. Sekali lagi, mereka mengagumkan saya. Dengan gabungan dan kerjasama, mereka bersama-sama mengambil risiko untuk ke Palestin semata-mata untuk meruntuhkan sekatan yang dijalankan ke atas saudara kita di sana. Kali ini, mereka mempunyai publisiti. Misi sebegitu sememangnya memerlukan memerlukan publisiti dan liputan yang luas, agar dunia tahu apa yang terjadi. Secara langsung, memberi perlindungan kepada mereka. Seperti Viva Palestina. Liputan luas. Radio IKIM.fm juga menjadi radio rasmi untuk LifeLine 4 Gaza. Untuk maklumat lanjut, sila layari blog rasmi LifeLine 4 Gaza.

Kita mesti ambil tahu tentang mereka, jika tidak kita bukan daripada kalangan umat Islam.

*************

Pernah tak kita mendengar seorang budak kecil meminta sesuatu? Biasanya ada dua keadaan. Sama ada budak itu akan meminta dengan sopan, atau akan meminta dengan ragamnya tersendiri. Juga akan ada dua keadaan timbul, sama ada dia akan mendapat apa yang diminta, atau dia tidak akan mendapatnya. Seterusnya, terbit lagi dua keadaan, reaksi budak tersebut terhadap respons permintaannya awal-awal tadi. Daripada dua keadaan pertama, secara asasnya akan wujud 2 jenis reaksi terhadap setiap respons.

Boleh buat 'tree diagram'. Di hujungnya, akan wujud 8 keadaan berbeza. Daripada 8 keadaan, kita bahagikan kepada 4 kumpulan.
Kumpulan 1 : Minta sopan - Dapat - Terima Kasih. Minta Sopan - Tak dapat - Diam.
Kumpulan 2 : Minta tak sopan - Dapat - Terima Kasih. Minta tak sopan - Tak dapat - Diam.
Kumpulan 3 : Minta tak sopan - Dapat - Tak berterima kasih. Minta tak sopan - Tak dapat -Memberontak.
Kumpulan 4 : Minta sopan - Dapat - Tak berterima kasih. Minta sopan - Tak dapat - Memberontak.

Jika diaplikasikan set ini kepada kanak-kanak, setiap kumpulan mungkin nampak normal. Walaupun ada kumpulan yang akan menonjol, namun ia masih dalam lingkungan normal. Namun, jika kita tingkatkan sedikit tahap subjek, dan kita aplikasikan pada diri kita. Diri saya dan rakan-rakan. Di mana duduknya kita?

Namun, bagaimana pula kita dalam lingkungan reaksi dan respons tersebut?
Terhadap sesama manusia, guru, alam, dan yang paling penting Allah.

Seringkali dalam menelusuri dan meneroka diri sendiri, pelbagai soalan ditempuh. Bagaimana situasi kita dalam menjalani kehidupan seorang pelajar, penuntut dan murid? Bagaimana pula situasi kita jika dibandingkan dengan Rasulullah dan sahabat? Di manakah taraf kita?

Paling meresahkan hati, bagaimana kita dihadapan Allah? Pada masa itu, tiada lagi seni-seni 'wordplay' yang boleh kita mainkan. Tiada lagi 'tumpuan sementara' atau pengalih perhatian sebagai pelepas hukuman. Tiada lagi skil justifikasi yang ketika di dunianya kita berbangga-bangga memilikinya. Pada hari itu, mulut kita dikunci.

Hanya mata yang memilih, bahawa diri ini memilih untuk menangis kerna takutkan Tuhannya, atau untuk merangsang nafsu-nafsu seks yang tidak pernah puas.
Hanya tangan yang memilih, bahawa diri ini menggenggam kedap tangan kirinya ketika solat, mengira untaian tasbih, mencantumkan dua telapak menjadi satu untuk meraikan kehambaan di hadapan Tuhan yang Maha Hebat, atau untuk melepaskan tenaga-tenaga syaitan, menyalahgunakan apa yang diberikan, di jalan kemaksiatan.
Sungguh, saya meyakini, hari itu akan terjadi.

Di saat kita ditenggelami kemaksiatan dan dosa, jijik dan keji, sungguh biadap jika kita terus menerus bergelumang. Anggota-anggota yang pada asalnya suci, merintih-rintih melaknat tuan diri pelaku maksiat. Hati yang pada asalnya putih bersih, meronta-ronta saat dirinya dicemarkan dengan gelap pekat dosa. Menunggu dendam kesumat untuk dilepaskan di hadapan Hakim Yang Maha 'Adil. Tunggulah kau wahai diri yang berdosa!
(Akhirnya) mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"
Maka demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan sunyi-sepi. -Al Anbiya' 14-15

Di saat kita melihat kawan-kawan tersasar, sungguh biadap jika kita membiarkan. Setelah bersama-sama diikat kenangan, setelah bersama-sama Allah Tuhan yang Maha Penyayang meminjamkan kasih-sayangNya mengikat hati-hati. Setelah semua yang telah berlaku, makin jauh mereka menghilang, makin galak kita bersorak. Di saat hatinya lemah longlai untuk bangun kembali, jauh di sudut merayu supaya diangkat kembali, dilindung dengan perisai keimanan, menangis ketakutan dalam kekusutan batin, kita gah menyokong syaitan yang menunggangi hatinya. Di luar dia gah, di dalam dia jatuh, menanti runtuh..Kecewalah dia di SANA..
Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)" - Al-Furqaan 27-29

Di saat kita melewati memori guru-guru, sungguh biadap jika tiada doa terangkat untuk mereka. Setelah berlaut ilmu mereka berikan, dengan mudah kita lupakan. Tidak hairan jika kita tidak mengaut manfaat dan keamanan dalam hati walau bergunung ilmu Tuhan kita kaji.. Tidak hairan jika makin lama kita semakin jauh dari Tuhan.. Tidak hairan jika makin lama makin menyombong kita dengan ilmu-ilmu kita, sijil-sijil, ijazah-ijazah, sedang tanpa kita sedari, kita telah dengan sengaja mengoyakkan sijil restu guru kita.. Sijil untuk memohon keberkatan ilmu..

Di saat kita menjalani hidup kita. Kita terlupa, dan sentiasa terlupa, malah sengaja melupakan Tuhan yang menanti kita.. Dalam 4 golongan di atas, kita berada di mana? Adakah kita menjadi hamba yang baik ketika meminta, dan berterima kasih serta bersyukur atas apa jua keputusannya? Baik atau buruk kita redha, kerana kita yakin adanya sungai-sungai, nikmat-nikmat, dan janji Allah di syurga kelak. Adakah kita termasuk dalam golongan yang mudah melupakan setelah mendapat nikmat? Dalam kala kita berusaha terlalu kuat, setelah diberikan Allah, kita selalu merasakan bahawa apa yang kita perolehi sekarang merupakan apa yang kita usahakan. Sedangkan ia hanyalah pemberian Allah untuk menguji kita. Sampai bila kita mahu sedar? Allah terus memberi, sedangkan kita terus meminta. Dikenang kembali, adakah kita berterima kasih selepas mendapat nikmat? Adakah kita semakin tenang selepas mendapat apa yang kita hajatkan? Adakah Allah memberi dan terus memberi kepada kita tanda RedhaNya, atau adakah Allah terus mencampakkan apa yang kita hajatkan ke muka kita? Jika Allah redha, ia barakah, jika tidak, bilang kembali apa yang Allah beri. Adakah ianya tanda redha atau murka Allah?

Dunia, cinta, harta dan pangkat.. Ahh.. Fikirkan kembali diri.. Adakah kau sanggup menukarkannya dengan nikmat syurga yang Allah sendiri menjanjikan bahawa nikmat yang ada tidak pernah disantap oleh mata, didengari oleh telinga, mahupun digapai oleh akal, tak tergapai semuanya..

Jika kau mahu semua itu wahai diri.. Buat apa yang patut.. Jangan buat biadap.. Kau minta syurga, kau ludahkan maksiat.. Kau minta ketenangan, kau hamburkan dosa.. Kau mengaku bertuhankan Allah, kau sembah berhala-berhala pemikiran..

Di depan Allah, kau tiada apa-apa. Yang ada hanya amalan sebagai bekalan, dan anggota badan serta malaikat sebagai saksi. Dunia hanya sebahagian kecil daripada garisan perjalanan masa tanpa henti. Di perhentian akhir, ianya di atas pilihan kau pada persinggahan ini. Kau pilih nikmat, kau buat apa yang patut.. Kau pilih azab, kau buat apa yang patut.

Kita semua umat Islam..Umat Islam ada dua nasib di sana..hati ini pilih untuk menjadi yang pertama..

[12]
(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".

Hati ini tak mahu yang kedua...

[13]
(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.
[14]
(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
[15]
"Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!"

-Al hadid


Pesan pada diri.. Hidup ini sekejap. Mati hanya sekali.. Hidup kali kedua ditentukan oleh hidup kali pertama..

Ingat itu wahai diri.. Ingat.. Moga kita beroleh kemenangan..

Salam.


3 comments:

  1. MasyaAllah, nice post.

    Rajin pula buat tree diagram ye?

    Alhamdulillah, sememangnya mengingati mati ini, pendorong terbaik.. kerana kita tahu yang lambat-laun kita akan kembali bukan?

    Ana mmg sependapat dgn enta pasal NGO, and I am really into it, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. hehe. thank u..

    rajin tak rajin.. better than prob dstr..haha..

    Yap. thats right.

    and that's i know..u know, skola ana, skola NGO..where NGOs ramai di situ. and i know that from ur link..
    heheh.. pape pun, all d best dlm perjuangan..

    our differences - are what make us human.. :) cherish it..

    ReplyDelete
  3. ana boleh nampak kekreatifan nta dlm berkarya..
    suke dgn tree diagram yg dibina tu..

    ~hati ini juga mahu yg pertama tapi takut termasuk dlm golongan kedua..
    :(

    ReplyDelete