Friday, March 5, 2010

Such A Wonderful Journey

Salam.

Bismillah.


Prologue..

Saya dapat tawaran ke Darul Quran. Semasa sedang Explorace, sebetulnya sedang berada di KLCC ketika itu menjual buku sambil dihambat pak guard. Alhamdulillah. Ketika itu, cita-cita Allah tunaikan. Juga menjadi motivasi terus untuk menjuarai Explorace, dan Juara juga. Alhamdulillah.. Nama kumpulan memang unik, Cent-Toot. Asal usul istilah serta falsafah di sebaliknya juga unik. Nak tergelak pun ada bila ingat balik. Habis Explorace ada lebih kurang seminggu sebelum kemasukan pertama ke sana. Kemasukan ke sana sedikit sebanyak dikejutkan dengan dua program pertama yang menyambut kami. Sejujurnya, bukan saya tidak tahan dengan program sebegitu, cuma, agak kecewa apabila bakal-bakal penghafaz Al-Quran diprovokasi secara emosi dan fizikal. Masya Allah..Darul Quran memang unik, dan perancangannya juga haruslah unik untuk mengubah keadaan. Unik, jangka masa panjang serta efektif. Biarlah perlahan. Revolusi mana yang cepat. Mungkin ada hikmah Allah dedahkan perkara-perkara yang berlaku di situ, untuk saya ambil tindakan juga. Siapa sangka, ada juga beberapa orang yang berpendapat sama. Moga Allah kurniakan keberkatan dalam kerjasama kami, biar berbeza jalur dan aliran, namun perkara yang salah harus dibetulkan. Agar haq diberikan pada yang haq. Since then..WE exist..



ALhamdulillah. Jam 11.20 bersamaan dengan 17 Rabiul Awal 1431 Hijrah, 4 Mac 2010, saya telah tamat tasmi' secara mushafahah dengan Ustaz Saiful Nizam kitab Al-Quran. Masya Allah.. saya sendiri tak sangka yang saya sempat habiskan hafalan sebelum mati. Hanya berdoa dari hari ke hari agar sempat mengkhatamkan Quran di dada. Ingin menjadi Quran berjalan, namun saya tahu bahawa ianya berkali-kali ganda lebih susah dari bercakap(menaip?). Kedatangan saya ke Darul Quran dengan harapan yang terlalu menggunung. Harapan untuk menghafal Al-Quran. Saya percaya, ianya memang satu perjalanan yang memeritkan.

Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan tiadalah yang lebih berat seumur hidup saya daripada memahat Quran di dada serta memikirkan tanggungjawab yang bakal ditempuhi. Kadang-kadang secara tidak sedar saya sengaja mengabaikan tanggungjawab, menjadi kebudak-budakan yang teramat sangat, meninggalkan tarbiah, menjadi pelajar yang berbuat salah, dan sebagainya. Kemungkinan ketakutan itu melahirkan satu defense mechanism yang membentuk escapism, melarikan diri daripada realiti. Program-program awal menekankan tentang betapa berat tanggungjawab yang bakal kami galas apabila keluar nanti, bukan sekadar memberi syafaat di akhirat kepada 70 orang. Malah, jangankan memberi syafaat dan memahkotakan kedua ibubapa kami dengan mahkota secerah sinar matahari di akhirat nanti, balasan kami akan jauh berlipat ganda sekiranya kami gagal menunaikan tanggungjawab kami kepada manusia. With Great Power, comes Great Responsibilities. Segala yang saya pahat di dada saya akan disoal oleh Allah di akhirat nanti. Di saat saya sudah hampir dikuasai oleh kegembiraan, ketakutan segera mendampingi. Ianya satu pertaruhan. Sekiranya saya gagal, setidaknya tulang-tulang rusuk saya bakal ranap dan hancur dihimpit tanah kubur sekaligus menikam-nikam jantung saya. Setidaknya saya bakal dipatuk oleh ular-ular yang di mana jika setitik bisanya jatuh ke bumi, nescaya tiada tumbuhan dapat hidup. Itu baru azab kubur, permulaan kepada azab kubur, usah disyarahkan lagi panjang, permulaannya sudah cukup menakutkan.

Namun, jika saya berjaya, hidup saya akan tenteram. Usah dikatakan ketika sudah khatam, ketika sedang memaksa diri menghafal pun hati sudah begitu bahagia, masakan dapat disamakan apabila terbenam di dalam hati satu set lengkap panduan hidup sepanjang zaman. Jika dapat dimanfaatkan dengan hikmah, tepat, dan bijak berapa ramai manusia dapat diselamatkan, usah dikatakan kehebatan kitab ini daripada aspek sainsnya, aspek bahasanya sudah cukup untuk membuat manusia tersedu sedan menangis di satu sudut terpencil, bersendirian. Itu jika orang biasa-biasa, jikalau orang bahasa, alangkah menyesalnya saya tidak mempelajari bahasa arab dengan sepenuh jiwa dahulu. Inti nikmat solat itulah Al-Quran. Jika hati orang kafir dibuai dengan music-music Miley Cyrus, Jay Sean, Cascada, Slipknot, L.P, dan sebagainya, hati orang Muslim dibuai dengan ayat-ayat yang begitu menenangkan jiwa. Masya Allah.. Itu baru di dunia. Saya akan mendapati kubur saya meluas sejauh mata memandang, saya akan mendapati Quran sebagai teman ketika di kubur, syafaat dan hujah ketika di akhirat. Masya Allah.. cerita Al-Quran cerita hebat. Cerita syurga dan neraka. Bagaikan hidup.

Pernah ada satu ketika, saya ditanyakan oleh seorang junior. "Bang, susah tak nta nak hafal Quran?". Saya senyum, "Nta rasa?" Rasulullah ketika musim sejuk, baginda berpeluh ketika turunnya wahyu. Ketika musim panas, baginda kesejukan ketika turunnya wahyu. Unta baginda terduduk ketika turunnya wahyu. Secara maknawi, Al Quran amat berat. Namun, pengalaman saya bersama Al-Quran agak unik. Kami pelajar persijilan dikehendaki menghafal mengikut silibus 1 juz setiap minggu. Saya katakan, ia waktu yang amat berat, pedih, susah, malas, bahagia, ketagih, bengang, kecewa, dan seribu macam perasaan lagi yang bercampur ketika itu. Ada ketika, air mata menitis ke muka-muka surat mushaf tersayang kerana ke'lembab'an menghafal, geram dan kecewa. Ada ketika, rehal terasa mahu dilempar, pintu dihempas, dan meja dihancurkan. Ada ketika juga, terasa mahu dibelasah orang sekeliling kerna terasa diganggu. Ada ketika, terasa diri ini bagaikan kotor apabila membaca Quran. Ada ketika juga, terasa bangga kembang dada dan hidung disebabkan dipuji oleh Allah di dalam Quran. Ada ketika, solat menjadi pelepas tekanan. Ada juga makanan menjadi pembayar stress. Ada ketika juga, bola menjadi mangsa kekejaman kaki-kaki melepas geram. Malah di akhir-akhir hampir khatam, otak-otak kami hampir putus fius. Wujudnya teori-teori sesat yang sekiranya dapat dijual kepada Ayah Pin, Pak Kahar, mahupun Abuya dapat berjuta ringgit. Namun, teori-teori itu lenyap dalam ketawa. Ada juga ketika media dijadikan bahan kami bergurau. Ketika Cinta Bertasbih, dicanangkan kawan agar diadaptasi versi Darul Quran, Ketika Cinta BerTASMI'. Prank-prank Birthday semua tahap menggila. Semacam movie jika dilakonkan semula. Memori bersama Al-Quran itu amat bernilai. Saya katakan, program persijilan memenatkan namun membahagiakan.

Dahulu, saya mengagumi kehebatan Al-Quran kerana kitab lama mana yang mengandungi ayat-ayat yang amat bertepatan dengan fakta sains. Malah, kawan baik saya juga menjumpai ayat-ayat yang berkemungkinan mengatakan mengenai usaha manusia dan kajiannya di CERN dan angkasa. Masya Allah. Betapa hebat AL-Quran ini. Tidak cukup rasanya masa sekiranya saya ingin berkongsi kekaguman saya terhadap ketepatan Al-Quran, tepat dari pelbagai aspek. Undeniable. Jikalau sebelum menghafal dan ketika menghafal, saya boleh dikatakan agak minat, keterlaluan mungkin dalam bidang sains dan Al-Quran. Masya Allah. Namun, setelah masa berlalu kekaguman saya beralih arah. Saya walaupun seorang yang kidal yang mana dikatakan otak kanan lebih aktif, iaitu bahagian seni dan sastera, saya kurang cenderung kepada bahasa mahupun sastera. Keindahan pada saya hanyalah ketepatan susunan ciptaan Allah dalam sains, keunikan, keseimbangan yang menjangkaui pemikiran manusia, serta yang berkaitan dengannya. Akan tetapi, dalam mana saya menghafal Quran, saya melihat Quran memiliki keindahan yang lebih lagi, bukan sekadar himpunan petanda-petanda yang tepat dan halus, malahan ianya merupakan kitab bahasa yang amat indah. Bahasa Al-Quran, masya Allah, amat indah. Sebelum ini, saya hanya menerima ianya sebagai satu fakta yang saya sendiri tidak dapat memahami apakah keindahan bahasanya, dan bagi saya keindahan itu hanya dapat dirasai oleh mereka yang pakar dalam bidang bahasa. Masya Allah.. Akhirnya saya menjadi tertarik dan kagum, betapa indahnya bahasa dalam Al-Quran. Susunannya, logiknya, gaya bahasanya, Allah, memang menusuk kalbu. Kalau baca terjemahan pun sudah boleh kagum, apalagi yang pakar dalam bahasa arab. Mesti nikmat.. (look forward to learn it from anyone who's willing to share)

Gembira pun gembira, jangan lupa ada tanggungjawab. Di period saya khatam, Allah susun beberapa peristiwa pahit namun cantik hikmah dia. Yang tahu, tahu lah. Nak ucapkan terima kasih kerana sudi bersama dan menyokong perjanjian itu, terima kasih juga kepada yang pedas-pedas teguran dia dan demanding agak jugak, terima kasih juga kepada yang berkongsi apa-apa termasuk RAdiX, hehe, terima kasih yang sudi mentarbiah diri, juga terima kasih kepada yang apa-apa lah sama ada positif mahu negatif, saya akan ambil positif, Insya Allah. Most importantly, without doubt, I dedicated my worldly success to my parents and family. As Thrall said during his battle with Aedelas Blackmoore, "I am what he made me". And me, I am what they made me. I am what life made me. And the Cause of everything, I am what Allah made me. May I die, defensing His kalam. Amin.

3 comments:

  1. nmpk teramat berharga gelaran "hafiz" ni bila nta kita tepat jam 11.20. haish. mcm kejap je ana rasa. tgk2 dah jd hafiz qur'an. alhamdulillah :)

    btw, mabruk 'alaik ya akhi, doakan kami bakal2 hafiz insyaAllah di bumi al-amin. mabruk 'alaik again :')

    ReplyDelete
  2. mabruk alaik akh..
    tahniah2..

    doakan ana menyusul, suatu hari..

    insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. mu'az - bukan gelaran yang berharga, it is what u've achieved. btw, al-hafiz tu gelaran untuk pakar hadith..pqs..jgn lupe.. :)

    syazwan - Allah..syukran akh..hehe..i know u can..selamat berjaya di INTI tu..

    ReplyDelete