Salam.
Haritu, ana pergi ijtima'.
Ijtima' ini perhimpunan orang-orang tabligh dan juga bukan tabligh untuk menuntut ilmu. Seriously, memang terlalu ramai. Tak beragak ramai. Kuala Lumpur sahaja second day yang ana pergi mencecah 16 ribu orang. Khemah yang dipasang tak payah tahu la besar mana, kalau kos pemasangan untuk satu khemah dah mencecah RM 3 juta. BBC juga hadir untuk buat Live Report, dikatakan perhimpunan kedua terbesar di dunia selepas Haji di Makkah.
Ana pergi dengan kawan-kawan ana dari DQ. Darul Quran ini pelik sikit, walaupun ada berbagai komuniti dakwah, tapi ada sesetengah pihak yang memandang rendah pihak lain. Macam tabligh, selalu dikatakan jumud, ketinggalan, dakwah yang tak lagi realistik dan ideal untuk masyarakat. Tapi, bila tengok balik statistik kehadiran, KL sahaja sudah mencecah 16 ribu, automatik statement 'dakwah tabligh tak berkesan' ana deny. Sebelum itu lagi dah pelik, kenapa orang selalu gelakkan golongan ini? Jadi, Allah gerakkan hati ana untuk pergi. Kami sampai malam kedua. Sampai situ, terus nampak macam-macam bangsa. Cari port dalam khemah besar, tapi tak boleh masuk lagi, orang nak solat. Masya Allah, ada satu keadaan waktu tu, bila mereka solat, seram sejuk pulak rasa. Bila tengok, semua manusia kat situ, ramai sangat-sangat, sujud mengadap tuhan yang satu. Sebak pulak rasa. Seram sebab agaknya bagaimana la keadaan di Padang Mahsyar nanti. Bila keadaan nafsi-nafsi. Kau kau, aku aku.
Lepas tu, bila dah amik spot baik punya, buat la benda lain. Tapi, ada satu perkara yang menarik terjadi kat diri ana. Selalunya, bila sampai tempat crowded, ana jadi serabut dan pening. Macam kat shopping mall. Spare me, I can only stay fresh for two hours. After that, I'll be begging my mum to go home. For me to go shopping mall? Heh. Tak ada mende nak beli pun. Tbun lagi baik. Macam kat Nilai haritu, lepas lawatan pihak library DQ ke USIM, ada kawan minta ana belikan kain untuk mak dan adik ana. Dia siap bagi cadangan corak kain lagi. Baik betul. Tapi, ana masuk je kedai kain, zapp....20 minit ana rasa nak muntah. Pening. Dengan warna lagi, bau lagi. Macam-macam ada. Tapi, bila kat ijtima', rasa tenang je. Nak kira lagi crowded. Tapi, tenang. Tak serabut pun.
Bila time wudhu', hampir semua kat situ ambil air wudhu' guna botol. Walhal ada kolah, ada paip. Ana pun cuba la. Miraculously, rasa sangat puas. Sangat nikmat. Bila kita jimat air sikit-sikit. Bila solat pun, masya Allah. Tak payah cerita. Saat itu baru ana sedar, hardship. Ijtima' dia tak mewah. Tidur atas kanvas, bantal dengan beg, makan dalam dulang, air jimat sangat. Bila ana muhasabah balik, memang terasa amat puas! Mengapa? Sebab kita mujahadah untuk perkara tersebut.
Bila susah, baru rasa apa yang kita ada tu bernilai. Amat bernilai. Islam itu agama mujahadah. Serasa ana, sepanjang ana membaca sejarah, tiada orang hebat dalam Islam yang hidupnya senang lenang. Semuanya hardship. Dan ingat, susah dan senang, beza dengan tenang dan resah. Kadang-kadang, kita selalu fikir, hidup susah hati tak tenang. Tapi, it happens to be untrue. Kajian yang dijalankan di New York, Adakah wang dapat membeli kebahagiaan? Hasil kajian hanya 1 peratus yang bersetuju. (Rujukan Buku Motivasi HM Tuah). Walhal, semua tahu New York tempat cari duit.
Di situ baru ana sedar, mungkin inilah sebab 'orang dulu' hebat-hebat. Mereka merasa kesusahan untuk mendapatkan Islam, merasa rasa kesusahan dalam memperjuangkan Islam. Kita sekarang, semuanya nikmat dan mudah. Betul la kata nabi, ujian kesenangan itu lebih susah daripada ujian kesusahan.
Akhir, satu analogi kisah yang menarik yang ana dapat dari ISK(Ini Sejarah Kita).
Kisah monyet dan pokok kelapa. Satu hari, ada seekor monyet memanjat pokok kelapa. Dipanjatnya dengan begitu pantas sekali. Akhirnya, bila sampai di puncak, dia gembira dan berbangga. Tiba-tiba, ada angin yang bertiup, kuat sekali. Monyet tersebut cepat-cepat berpaut dengan kukuh. Dia berazam, sekuat mana angin yang datang melanda, dia akan tetap kukuh di atas puncak. Kemudian, datang angin yang lagi kuat. Monyet tersbut berpaut lagi. Angin tersebut tidak dapat menggoyahkan monyet tersebut, walaupun sedikit. Monyet itu puas. Setakat ini, kedua-dua angin tidak dapat menjatuhkannya. Kemudian, monyet itu disapa lembut oleh angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Amat nyaman dan menyegarkan. Monyet itu turut menikmatinya. Angin lembut tidak mungkin dapat menjatuhkannya. Dia pun terus hanyut dalam kelembutan sapaan angin tersebut, dan akhirnya dalam kenikmatan itu, monyet itu terlepas pautannya lalu jatuh dan mati.
Faham dan Fikir.
Salam.
p/s : Ana balik DQ petang ni, next post maybe minggu depan. Ana balik untuk Hari Keluarga SRIAAG. Minggu depan ada tiga jemputan, satu dapat tiket freepergi Konsert 4 Gergasi(www.gamisconcert.blogspot.com), satu pergi kursus perubatan JAWI, satu family day. Mestilah family kan. Mereka hati kita. Ha..
salam kenal..
ReplyDeleteada benda nak discuss pasal masa depan fizik..
ada masa jumpa.
fon di blog
salam kenal jugak..
ReplyDeleteada kt malaysia ke skrg nih?
ke kat mesir? cuti ya?
ana pun agak bz..Minggu ni ada family day di PD.
Minggu dpn ana btugas di Knvo.
Minggu lg satu ada saifulislam datng dq buat bengkel.
ana akn cuba cari masa..
Hes gone..
ReplyDeleteHes not the way he used to be..
Hes gone..
Anyway, best membaca..
Bersajak ya?
ReplyDeleteSorry la...untuk bersajak, mintak auzaie, ana x terer...
Syukran...troskan..ada apa2 cdgn, komen, teguran, mhupun pembetulan fakta...silakan..