* Ini catatan peribadi. Tidak mewakili individu mahupun institusi lain.
Alhamdulillah. Cuti kali ini aku isikan dengan manfaat, insyaAllah. Moga Allah redha. Aku bahagikan masa untuk keluarga aku - duduk rumah, main game dengan adik-adik besar, jalan-jalan dengan adik-adik kecil, malah ketika aku menaip post ini adik-adik kecil sedang bermain basikal di belakang aku. Aku cakap pada adik-adik kecil aku, nak jadi budak sejati kena naik basikal biar jatuh luka berdarah lutut siku berkali-kali. Belajar dari kesilapan. Macam aku dulu. Ceh. Sampai pokok jambu yang tinggi itupun aku panjat buat gaya kelawar kalau jatuh mesti patah tengkuk. Lepas itu balik kena rotan. :)
|
|
Masa aku bahagikan juga untuk pergi ke seminar-seminar, majlis ilmu, kuliah dan kursus. Membaca tidak lekang pada malam-malam yang kosong alhamdulillah. Walaupun buku Raheeq Makhtum belum habis baca, sebab terlalu banyak ilmu untuk dicatit dan dihurai dalam buku itu. Aku perlu catit isi-isi penting semasa membaca, termasuk rujukannya. Supaya senang dirujuk suatu hari nanti. Selain itu, aku menulis balik apa yang dah jadi input, supaya lebih memahami untuk amalan. Buku-buku nipis alhamdulillah habis dibaca. Buku yang aku rasa paling memberi impak ialah What I Believe oleh pakcik Tariq Ramadan dan juga Dahsyatnya Ibadah oleh Pak Amr Khalid.
Dan lagi sebahagian masa cutiku untuk bekerja. Alhamdulillah, kali ini dapat job di MAHA International 2012. Sebagai crew yang menjaga 'show ground' laman ternakan dan laman jentera, under department Outdoor - Exhibition and Operation - MARDITECH. Aku mendapat seorang partner yang bernama Azizi, seorang guru dan performer Qasidah. Kami mula bekerja 2 hari sebelum MAHA bermula. Aku keluar rumah pada pukul 7.30 (more or less) dan perjalananku di atas motor mengambil masa selama 45 minit tops sebelum aku sampai di tempat aku bekerja. Masa aku bekerja berakhir kebiasaannya pada pukul 11 malam, kalau debrief berjalan lancar.
Laman TernakanAlhamdulillah. Tugas aku secara basicnya agak mudah. Meronda dan memantau area ternakan dan machinery, menugaskan kontraktor dan electrician andai terdapat masalah pada wiring dan khemah, menjadi tempat pertanyaan pengunjung andai terdapat apa-apa inquiry atau masalah, dan yang terakhir handle exhibitor dan peniaga secara matang dan berhemah dan membawa perkara berkaitan ke pihak yang berkaitan.
Area ternakan sangatlah luas. Banyak crew lain yang mengatakan area kami terlalu luas hanya untuk kami berdua sahaja cover. Alhamdulillah, dua-dua ada motor. Tak ada masalah sangat. Cuma nak cover area yang perlu berjalan kaki amatlah besar. Terutamanya bila perlu sweep the area every hour or two hours.
Laman ternakan adalah kawasan yang sangat interesting. Terdapat pameran ternakan hidup yang mempamerkan rusa, kambing, ayam, arnab dan juga lembu. Dalam dewan pameran ternakan pula ada burung-burung dan ayam-ayam yang sangat cantik, dan harganya sangat mind-blowing. Fasa kedua pameran juga ada pameran kucing. Meluangkan masa selama hampir dua minggu di area ternakan, aku sudah mula mengenali manakah lembu yang baik bakanya, manakah baka pedaging dan baka tenusu. Aku mula mengenali Charolaise, juga baka Limousine. Aku mula menyayangi baka Brahman. Aku mengagumi baka baru yang dibangunkan oleh MARDI iaitu Brakmas. Saban pagi sewaktu membuat rondaan pagiku pergi dari satu pameran ke satu pameran bertanyakan apakah masalah yang ingin dilontarkan dan diselesaikan, aku mengisi sela-sela masaku dengan membelai-belai lembu-lembu itu. Sangatlah besar lembu-lembu yang berada di situ, ada yang menyamai ketinggianku. Aku juga mula mengenali kambing Boer yang membawa baka yang sangat bernilai. Kambing African Dwarf yang saban hari akan ada pengunjung yang bertanya dimanakah dapat mereka membeli kambing itu. Sempat juga aku bermain-main dengan arnab - Teddy Bear, juga Holand Hop, dan Red Eye. Pada waktu petang, aku akan membaca ma'thurat di sebelah kawanan rusa jinak. Kali pertama aku mendengar bunyi rusa merengek. Sepanjang 21 tahun aku hidup, tidak pernah sekali pun aku mendengar rusa bersuara, tapi Alhamdulillah aku mendengar suara itu semasa aku bekerja di situ. Di situlah aku tahu betapa bernilainya tanduk rusa, Velvet.
Tidak lupa juga kepada binatang yang sangat comel dan setia kepada tuannya, sugar glider. Binatang ini dia akan setia sampai dia mati. Selalu je nampak orang jalan-jalan sambil sugar glider ini duduk atas bahu tuan dia. Tanpa diikat. Harga asas RM200. Perrh.. Terbatuk-batuk masa first time dengar. Tapi masih tak boleh lawan harga ayam dan burung [RM 500-3000], kambing dan lembu.
Aku juga sempat berjumpa dengan ayam yang sangat besar, Giant Coachin, hampir sama tinggi dengan pinggang Saif. Juga ayam-ayam yang tak pernah aku nampak seumur hidupku. Aku tak nak belai-belai ayam. Sebab dulu selalu kena kejar dengan ibu ayam masa kecil. Aku berpeluang duduk bersama-sama volunteers dan veterinars yang meluangkan masa untuk berjuang demi binatang-binatang. Aku berjumpa dengan pelajar-pelajar yang menjadi rescue team untuk anjing dan kucing semasa masa lapang mereka. Terima kasih aku ucapkan pada Save A Stray Malaysia dan Scratch(Kucing Terbiar Anjing Jalanan) sebab memberi aku peluang untuk duduk bersama-sama dan menimba ilmu. Hari pertama aku berjumpa mereka, aku terus bertanya, macam mana mereka beroperasi. Aku meminta kad untuk dihubungi dan aku memberitahu mereka, aku ingin membuka satu pusat perlindungan binatang bila aku besar nanti. Sebelum tiba masa itu, aku ingin belajar sebanyak-banyaknya dengan mereka. Terlalu banyak kezaliman dan ketidakadilan terhadap binatang yang telah berlaku. Dan aku membenci setiap saat apabila aku tak berdaya untuk membantu dan hanya mampu untuk berdoa.
Laman JenteraBerada di dalam bidang kejuruteraan berasaskan elektrik, tidaklah susah untuk aku menghargai betapa bernilainya jentera-jentera yang dipamerkan. MasyaAllah, yang dipamerkan lebih 90 peratus produk tempatan. Seperti mesin mengupas buah kelapa, buah rambutan malah buah durian! Macam-macam mesin dan jentera ada. Jawatanku sebagai crew yang memantau area jentera memudahkan aku untuk berjumpa sendiri manager-manager pameran dan bertanyakan mengenai inovasi produk, kolaborasi dan kerjasama, malah peluang pekerjaan. Saat itu, aku berasa bangga menjadi warga Malaysia.
Electricians dan akuAlhamdulillah, kebanyakan masa aku bekerja, aku meluangkan masa untuk belajar mengenai asas-asas power dan elektrik. Aku pergi berjumpa bos electrician meminta izin supaya dapat ikut sama-sama dan memerhati kerja-kerja yang dilakukan. Antara sebab utama mengapa kulit aku rentung di bahagian lengan dan muka adalah disebabkan aku berada di lapangan tak kira masa hujan atau panas. Sebab kuasa elektrik sangat penting untuk pameran dan maintenance, jadi keutamaan adalah untuk mengembalikan kuasa elektrik kepada dewan, exhibitor dan peniaga. Asalnya tugas aku hanyalah memaklumkan pada kontraktor di mana tempat bermasalah, tapi alang-alang dah ada peluang, apa lah sangat kotorkan seluar baju berpanas dan berhujan nak dibandingkan dengan pengalaman yang dapat. Ada 3 technicians Bangla, seorang Indonesia, dan seorang Melayu. Merekalah kawan-kawan aku semasa aku bekerja di sana. Mereka sering dimarahi dan dimaki oleh exhibitor dan peniaga bila ketiadaan power, dan akulah yang akan berada di sana untuk meredakan keadaan, dan kadang-kadang bila hilang sabar, exhibitor pula akan dapat lecture aku mengenai basic consumption of power. Orang kita ini pelik, khemah dipower untuk kegunaan pameran. Jadi bila mereka pasang dua tiga extension untuk charge laptop, handphone, tambah lampu, tambah freezer tambah kipas kaki, laptop pula kalau boleh satu khemah itu nak lima laptop. Kemudian bila wayar terbakar, connector cair, plug meletup mula nak mengamuk. Kalau marah itu normal, tapi bila yang dihambur adalah maki hamun sumpah seranah, aku rasa kasihan pada electricians ini.
Tapi exhibitor macam itu tak semua. Ramai sahaja yang bila dah setel masalah, bagi kami susu free, daging kambing free dan macam-macam lagi. Pada hari terakhir, aku belanja mereka makan dan aku salam dan peluk mereka. Rasa sedih juga nak berpisah. Ceh. Tacing pulak.
Ada juga DJ yang tak reti nak perlahankan volume masa azan. Siap karaoke lagi. Aku cakap elok-elok tiga kali sepanjang dua minggu aku bekerja. Pada hari kedua terakhir, masa azan Maghrib berkumandang, mereka berkaraoke dengan sangat kuat. Sebenarnya ramai exhibitor dan visitor yang complain, tapi sebab DJ tersebut ada di situ melalui 'orang atas', bila ditegur jadi tak lut. Masa itu, aku terus melangkah dengan perasaan yang meluat, aku naik stage pergi pada PA system, aku cakap "Abang-abang kakak-kakak sekalian, saya ini student power engineering. Setakat saya nak short-circuitkan PA abang ni sekejap je saya boleh buat, abang nak saya bagi port dekat speaker abang terbakar pun saya boleh buat, tu semua basic bagi saya. Sekarang ni tengah azan, saya minta tolong hormat. Tutup karaoke, kalau tak nak tutup alih speaker tempat lain jangan sampai saya dengar. Kita orang Islam, tolong hormat. Terima kasih." Dan aku berlalu pergi. Masa itu marah sangat. Di area ternakan dan machinery, ada 3 DJ. Lagi dua DJ siap pasang azan lagi. DJ satu ini aku pun tak faham kenapa tak boleh hormat. Walhal orang Islam.
|
Kismot, Sulaiman, Salman dan An. |
|
An dan Ijal |
|
Bharat |
Yang semua di atas ini group pertama. Mereka handle khemah punya electrical component dan wiring, generator dan distribution box. Ada lagi satu group electricians, under company 2J handle bahagian lain. Dengan kedua-dua group ini lah aku bersama sepanjang MAHA. Macam-macam aku belajar. Daripada troubleshoot problems sehingga merasa kena renjatan sampai sakit jari masa hujan. Pengalaman yang amat bernilai.
BossesAku ada tiga boss atas aku. Boss under Outdoor, namanya Firdaus aka Fida. Dia seorang yang sangat sempoi, muda dan belum berkahwin. Sporting dan masuk dengan orang-orang muda. Sebab dia pun muda. Daripada dia aku belajar pengurusan dan PR yang baik. Atas Fida, namanya tak nak aku sebutkan. Sebab dia seorang yang sombong. Atasnya lagi merupakan manager MAHA, namanya Encik Joehan. Kami panggil Encik Joe. Walaupun agak tua, tapi punya lah humble dan 'rock' kalau perkataan ini sesuai. Walaupun first day ada staff dah kena tengking, kami crew Operation alhamdulillah dia kamceng.
|
Tertinggal topi aku atas motor dia pula. |
Nak ceritanya, tiap-tiap hari masa aku check in, di HQ Operation and Exhibition, ada motor Harley Davidson. Sampainya lagi awal dari kami, crew Operation, perginya lagi lewat dari kami. Jadi kami tak tahu siapa tuan dia. Sampai hari ketiga terakhir, baru kami tahu itu motor Encik Joe. Aku ini faham-faham lah macam mana. Kalau nampak motor macam ini, mulalah excited. CC motor ini 883.
Hari terakhir aku berjumpa dengan seorang bro. Masa kami lunch di HQ, dia duduk bersama-sama kami. Sambil open kotak rokoknya, dia bercakap "Bro, aku masa muda dulu macam engkorang lah jugak. Tapi aku sesat jalan, Tuhan balas". Dia berkongsi macam-macam dengan kami. Dia berasal dari keluarga miskin, jual karipap sahaja. Dia berpesan, bila dapat duit yang penting sekali bagi pada parents dan family. Itu mesti utamakan. Dalam apa-apa hal. Yang kedua, jangan tikam belakang bila buat bisnes. Yang ketiga, nak cari partner, isteri atau kawan, cari yang sanggup susah sekali sama-sama. Yang terakhir, jangan sombong di dunia ini, dengan Tuhan dan manusia. Dia berkongsi mengenai bisnes, dari macam mana mula dengan korporat enterprise dan SDN BHD, kepada networking, kepada retails punya strategy dan marketing. Macam-macam juga aku tanya. Masa itu kami tak tahu siapa dia. Tapi dia pakai baju korporat. Boss kepada Fida masuk masa kami tengah makan sama-sama, dia kata pada bro itu, "Boss, kenapa duduk sekali dengan diorang ni?". Bro itu jawab "Asal, aku lepak sekali salah ke?". Boss kepada Fida jawab "Mana boleh. Diorang tak layak duduk sekali dengan boss. Lain taraf". Berdesing telinga aku dengar. Aku tak terasa langsung, tapi masa itu Fida yang merupakan staff ada sekali dengan staff-staff lain. Aku volunteer, memang tak terasa. Bro itu pun diam je. Bro itu pesan last sekali, "Ingat, bro jangan sombong. Kita ini bukan tuhan". Masa itu dia keluar, ada budak (visitor) tanya public phone di mana. Visitor itu cari parents dia. Bro itu ambil HP dia, tak fikir dua kali terus bagi visitor itu suruh call parents dia. Bila dia keluar HQ, itu dia, motor dia lagi tak boleh belah. Harley Davidson 1700 CC. Aku minta kad dia, dia bagi. Aku gelak seorang-seorang. Aku duduk lepak dengan electricians 2J, bro ini boss company ini rupanya. Company yang supply beratus-ratus khemah untuk MAHA 2012. MasyaAllah, moga Allah berkati bro ini.
|
Fida dan motor. |
Ini semua boss under department aku. Sepanjang MAHA, ada je kes boss-boss bertumbuk. Ganas betul dunia pekerjaan ini. Bertumbuk betul-betul, sebab tension mungkin.
Colleagues
Mereka semua some of my colleagues under department kami. My good friends. Walaupun ada droput college, ada yang jenis merempit semua, tapi mereka ada taman dalam hati. Ada yang tak solat, tapi marah kalau orang yang solat lewat solat. Despite what people think, I choose to think good of them. Aku cuma sempat berborak, mengenali mereka dengan lebih dalam, dan berharap satu hari nanti Allah akan membantu mereka menjadi muslim yang lebih baik, kerana mereka orang baik-baik. Banyak aku belajar, moga Allah pelihara aku daripada ilmu tak bermanfaat. Apa-apa pun, aku rasa gembira dengan mereka sepanjang MAHA.
PeopleKalau masa hujan, tak ada kes, aku akan duduk bawah bus stop. Tranportation di MAHA guna bus, trem dan trak. Jadi, akan ada ramai yang rehat-rehat bawah bus stop. Aku jumpa macam-macam orang di sini. Daripada acik microbiologist, abang tatoo, mak nyah peserta pertandingan kucing cantik, kepada pakcik tasawuf. Aku belajar dan timba pengalaman.
Paling seronok, bila ada seorang orang Arab datang, tunjuk "this, bus stop?". Aku faham dia kurang fluent dalam English, terus aku speak arabic. Walaupun kurang fluent, tapi dia faham. Paling bahagia bila dia cakap moga Allah berkati aku sebab bercakap dalam bahasa al Quran. Tacing kot, dah lah hujan masa itu, lagilah sentimental. Agaknya dapat tak jumpa Nabi masa di telaga kauthar nanti?
Aku rasa kita rakyat Malaysia, masih racism. Kita masih pilih nak hormat orang ikut bangsa. Kita treat bangla dan indon macam second class. I don't know about you, but I don't agree about this.
ConclusionAlhamdulillah, Allah kurniakan aku peluang ini. Aku rasa puas, aku manfaatkan cuti kali ini without any regrets. Aku berpeluang belajar dari pelbagai lapisan orang. Now, it's time to focus untuk universiti pula.
p/s - awak, saya dah pergi HOM dah. Tapi tak sempat pergi STS sebab dah mula kerja, ingat nak sambung di Penang nanti :)
p/s 2 - kulit sudah rentung. Angkat lengan terus Ayaz dan Saif "Huyyoo!" sebab nampak jelas sempadan kulit terbakar dan kulit biasa. Iman balik rumah pun kata, kulit muka dah terbakar! :)